23 Disember 2008

HARI ITU

Pelik bercampur takut bila terpandang tajuk akhbar Berita Harian waktu breakfast pagi tadi. Pramugara "Bebas Tuduhan Edar Video Lucah". Ana rasa ramai yang baca dah tahu isi laporan berita yang dimuatkan dalam Berita Harian hari ni.

Sebagai seorang yang mengenal Islam sejak kecil tak rasa apa-apa ke bila baca laporan tue, or tajuk laporan tu sendiri. Bukanla niat ana nak mempertikaikan keputusan mahkamah, mungkin dari segi tue betul dia tak terlibat dengan pengedaran video lucah. Tapi macam mana pulak dengan kesalahan yang dia lakukan dalam video tue? Macam-mana dengan kesalahan dia yang maybe berzina or at least berkelakuan tak senonoh dengan wanita yang bukan mahram dengan dia tue? Bukti dah ada, mahkamah sendiri dah identify dia pelakon utama dalam rakaman tu, kenapa takda hukuman untuk kesalahan yang actually lebih berat dan lebih memudharatkan ni?

Dan termasuk kes ni, dah banyak kejadian seumpamanya yang berlaku tapi tak ada sebarang usaha untuk menghukum mereka yang bersalah ni, atau dengan kata lain, usaha untuk mengekang masalah zina ni sangatlah lemah. Ingat, salah satu tanda kiamat...

Dari Anas r.a. berkata; "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakan setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan." - Riwayat Bukhari & Muslim.

Isnin lepas time usrah, naqib ana, Dr Sany ada jugak sebutkan tentang ramalan dan kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pakar Islam tentang jangkaan hari Kiamat berdasarkan tanda-tanda yang ditunjukkan dari Quran dan Hadith Nabi. Termasuk yang dikongsikan oleh Moja tentang ramalan pakar dari Iran, Hari Kiamat mungkin berlaku dalam masa 20 tahun akan datang. Jika dengan izin Allah, ramalan tersebut adalah benar, adakah ianya sesuatu yang menyenangkan hati untuk tiba ke harinya? Adakah seperti hari anugerah kecemerlangan yang sangat ditunggu-tunggu? Takda siapa pun termasuk orang bukan Islam yang tak takut dengan hari kehancuran tue.

Ingatlah Pada Hari Itu...

1. Hari Kiamat
2. apakah hari Kiamat itu?
3. Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?
4. Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran,
5. dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
(Al-Qaari'ah : 1-5)
Ini bukan cerita dongeng ala-ala Cinderella, tapi satu kepastian yang akan berlaku. pastikan kita bersedia untuk menerima kehadiran Hari Kiamat ni. Usaha sedaya mungkin untuk manjadi hamba Allah. Moga kita semua mendapat syafaat Allah di hari Akhirat kelak...
Ameennn....

22 Disember 2008

SEM II BERMULA...

InsyaAllah tepat jam 8.30 pagi esok, secara rasminya kehidupan semester dua sesi 2008/2009 bagi ana akan bermula. Alhamdulillah syukur Allah masih panjangkan umur, berikan lagi peluang untuk ana teruskan perjuangan bersama-sama sahabat-sahabat di UIA. Dan dengan bermulanya sem 2 ni, bermakna cuti-cuti malaysia ana yang bermula 13 Nov lepas akan berakhir jugak. Actually harini macam sakit kepala skit, maybe sebab "wheather" shock kut. Masa cuti haritu, most of the time duk dalam rumah jer, keluar gi mana-mana ngan kereta, so kurangla terdedah kepada sang mentari yang comel. Nak buat camne, kat sini RF yang takder bumbung tu jer yang ada, so alhamdulillah la:)
Hmm artikel kali just nak ucapkan selamat meneruskan perjuangan buat semua sahabat-sahabat, ikhwah dan akhwat semua especially dari UIA Gombak dan untuk semua yang bakal memulakan pengajian. Mungkin sebagai peringatan untuk kita semua, since kelas belum bermula, pastikan kita betul-betul manfaatkan masa lapang & senang sebelum masa sempit & susah yang bakal tiba April nanti (final exam). Dan untuk engineering student, satu peringatan untuk kita, "last minute" study takkan membantu untuk dapat A dalam subjek core. Kalau zaman sekolah boleh la, tapi di university, C pun nasib baik dapat. Ingat, bermula hari ini, kita semua masih lagi dapat 4 flat, pastikan April nanti pun, ianya masih lagi 4 flat:)
Salam Perjuangan buat semua!!!:)
FT~For all IIUM student, get this important thing and paste it on your soft board...

15 Disember 2008

KITA DAN MEREKA


Sekadar nak kongsikan sedikit perkongsian yang ana dapat dari Muslim Holland yang isi kuliah Maghrib di Masjid Kangar semalam. Akhi yang sampaikan kuliah tu actually datang ziarah ke Asia untuk mencari negara Islam yang pada dia wajib dia mencari negara Islam untuk mendapatkan ilmu mungkin sebab kat Holland keadaan umat Islam cukup sedih katanya. Waktu solat, tiada azan dikumandangkan, hanya dibenarkan azan dalam bangunan. Dan mereka perlu set alarm clock untuk pastikan tak terlepas solat jemaah di masjid. Mungkin situasi ni sama dengan ikhwah-ikhwah kita yang belajar di luar negara, dan kalau teguh dan mampu hadapi situasi ni, besar ganjaran dan nikmat perjuangan yang mereka bakal dapat.
Terdetik sedikit "malu" di hati jugak bila dengar perkongsian akh dari Holland tue semalam. Malu sebab mereka perlu kunci jam untuk nak solat jemaah di Masjid, tapi kita kat sini, kadang-kadang lalu depan masjid time azan pun tak nak singgah. Kalau waktu zohor dan asar maybe la, kan orang keja tak sempat nak ke masjid. Tapi time maghrib takder pulak penuh macam time raya. Ni belum lagi dikira kes ke masjid ikut "warna". Kadang-kadang sebab masjid tu ramai orang "warna" lain, jiran masjid pun tak nak berjemaah kat masjid.
Hmm ingatlah dan sedarlah, negara kita masih lagi negara orang Islam. Sebelum kita dilarang mengalunkan azan di luar masjid, sebelum akhwat kita dilarang bertudung ke sekolah, sebelum hak-hak umat Islam dicabuli, marilah sama-sama kita hangatkan medan dakwah yang agak lesu di negara kita nie. Kalau mubaligh kristian yang tahu agama yang dia bawak tu salah pun bermati-matian menyebarkan dakyah dia, kita yang yakin dengan Islam ni takkan pulak nak diam, lembap dan lampi duduk di rumah makan, minum dan mati ja? Ingat, hisab Allah bukan sekadar berkaitan solat kita, puasa kita dan anak-anak kita ja, tapi jugak macam mana kita kembangkan agama Allah.
Ingat dan 'Amal sebelum terlambat...

06 Disember 2008

ATIKAH


“Mama, bila mama nak datang ambil Tikah??”

“Mak, harini mak tak jual nasi lemak ka? Ramai tak orang datang beli?”

“Tikah kesian nak tinggal mak, tapi Tikah tak kesian nak tinggal ayah…”

Tiga baris kata-kata yang sempat ana dengar dari mulut seorang kanak-kanak comel yang pada ana, belum umurnya untuk dia boleh berkata-kata sedemikian rupa. Di waktu kanak-kanak seumur dengannya masih lagi merangek meruntun baju ibu mereka untuk ke tandas di waktu malam, tetapi Tikah hanya bersendirian seorang diri menuju ke tandas, cuma fikiran kanak-kanaknya masih ada sedikit, sesudah menyempurnakan hajat, barulah dipanggil “mak” yang sebenarnya adalah nenek kepada Tikah.

Dikala malam tiba, kanak-kanak lain sudah tidak berani lagi keluar rumah, ditambah pula suasana kampung yang gelap gelita, dimomokkan pula dengan cerita-cerita seram ala Puaka Niyang Rapik. Jangankan kanak-kanak seumur dengan Tikah, ayah-ayah saudaranya yang dewasa pun seram sejuk untuk keluar rumah dan melalui kampung itu. Tetapi Tikah tidak gentar langsung, cakaplah apa jenis makhluk pun, Tikah hanya tersenyum dan terus berjalan ke tempat yang dituju. Pelik, ke mana perginya perasaan takut seorang kanak-kanak berumur empat tahun itu?

Kelmarin, Tikah kelihatan begitu gembira, seakan-akan itulah hari paling gembira dalam hidupnya. Ibu saudara sepupu Tikah yang mirip rupa ibu kandungnya bertandang ke rumah Tikah. Dek kerana hanya dikurniakan putera-putera semenjak berkahwin, ibu saudaranya itu begitu akrab melayan Tikah. Bagai mengantuk disorongkan bantal, begitulah Tikah. Sejak dilahirkan, Tikah hanya mengenal mamanya melalui perbualan telefon. Hari itu Tikah seolah-olah ingin melepaskan rindunya kepada seorang ibu, tidak langsung ia berjauhan dengan ibu saudaranya itu.

Semalam, ketika ibu saudaranya kembali menziarahi Tikah, terus ia bangun dari tidurnya dan berlari sambil menangis ke arah ibu saudaranya itu yang sudah dipanggilnya “mama”. Bagi sesiapa yang melihat kejadian tersebut, pasti akan menitiskan air mata. Bayangkan sejak dilahirkan, tidak pernah mendapat kasih saying seorang ibu, hanya mendapat sedikit simpati dari neneknya, sedikit jenguk tengok dari ayahnya dan sejumlah rasa benci dari datuknya yang belum reda rasa marah kepada ayah Tikah yang telah memalukan keluarga dengan membawa pulang anak yang tidak boleh di”binti”kan kepada ayahnya.

Mungkin satu anugerah Allah kepada anak yang tidak berdosa ini, Tikah agak berdikari dan jarang menyusahkan nenek yang menjaganya. Jika tiba waktu makan, Tikah tak akan berebut-rebut mengambil makanan sebagaimana sepupunya yang sebaya dengannya. Akan ditunggunya sehingga mereka selesai, barulah Tikah akan menyertai. Paling mengharukan, Tikah yang berumur empat tahun itu sedar yang datuknya tidak suka kepadanya. Ketika datuknya berada di rumah, Tikah tidak akan masuk ke dalam jika neneknya tiada. Biasanya Tikah akan bertandang ke rumah jiran dan bermain bersama anak jirannya itu sehinggalah neneknya pulang.

Dan esok, mungkin Tikah akan menemui sinar baru dalam hidupnya. Jika ibu kandungnya membenarkan, ibu saudara Tikah itu akan mengambilnya sebagai anak angkat dan mencurahkan kasih sayang seorang ibu kepada Tikah. Terharu juga mendengar kata-kata dari mulut Tikah petang tadi, “Tikah dah ada mama baru!!!”…

Adik Tikah, moga dirimu yang tidak berdosa, yang menjadi mangsa nafsu manusia yang berfikiran pendek, akan dikurniakan Allah kehidupan yang baik dan dijauhi dari kezaliman manusia sekelilingmu.

Bittaufiq Wannajjah!!!

03 Disember 2008

KUBUR, SILATURRAHIM DAN HOSPITAL

.Alhamdulillah, syukur tak terhingga kerana diberikan Allah satu masa cuti yang sangat-sangat sesuai untuk ana kali ni. Dan ana rasakan cuti semester 1 2008/2009 ni adalah cuti yang paling best dan paling sempurna sejak 3 tahun ana bermastautin di Gombak.
Empat hari lepas, ditaqdirkan Allah, atuk ana yang terakhir kembali ke rahmatullah pada usia 92 tahun setelah hampir setahun terlantar sakit tua. Alhamdulillah segala urusan pengkebumian berjalan dengan lancar. Walaupun agak terkilan sebab tak dapat berada disisi tokwan waktu dia hembuskan nafas yang terakhir, seribu rasa syukur kepada Allah sebab ana sempat bertemu dengan tokwan beberapa jam sebelum dia berhijrah ke alam barzakh kira-kira jam 8.15 malam Sabtu lepas. Moga ruh tokwan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa...Amenn...
Usai urusan pengkebumian, satu perkara lagi yang membuatkan ana bersyukur sangat-sangat, ana tak pernah rasa rapat dengan makcik-makcik dan sepupu-sepapat sebagaimana rapat dan ramahnya kami berkongsi kenangan manis bersama tokwan. Kadang-kadang kematian yang selalu disambut dengan kesedihan ni, ada jugak hikmahnya untuk menghubungkan silaturrahim antara ahli keluarga yang tinggal ni. Dan doa ana, mudah-mudahan Allah membantu menguatkan lagi silaturrahim antara kami semua walaupun tokwan tak lagi bersama kami.
Dan hospital, alhamdulillah satu lagi nikmat Allah yang dianugerahkan kepada ana pagi tadi, sempat ana ziarah ke wad kanak-kanak di Hospital Pulau Pinang. Actuallay just jadik driver je and teman makcik, tapi ikut jugak la masuk dalam wad. Dalam wad, alhamdulillah Allah bagi peluang untuk tengok adik-adik yang masih lagi kecil, tapi dah diuji dengan ujian penyakit. Alhamdulillah Allah tak uji ana macam diorang, even dulu pernah jugak kena masuk ward. Tapi alhamdulillah tak lama dan tak menyusahkan mak ayah sangat. Dan sekali lagi tadi, Allah bagi peluang untuk merasai satu perasaan yang sangat tenang bila duduk di sofa dalam ward. Mungkin sebab faktor hospital tu sendiri yang menjadi tempat turunnya rahmat Allah kepada mereka-mereka yang memohon disembuhkan dari penyakit yang dihadapi, so bila kita duduk dalam ward tu, kena la tempias-tempias skit. Hehe ustaz ana la kata. Tapi serius, memang agak menenangkan la bila rest kat dalam hospital tadi.
Hmm ana stop sini dulu untuk catatan cuti kali ni, insyaAllah ana akan kongsikan lagi untuk separuh masa kedua cuti ni:)
Alhamdulillah....
Wassalam....

27 November 2008

FATWA TERPILIH

Alhamdulillah jam empat petang tadi, ana dan ahli rombongan (3 orang jer actually) ke KL selamat sampai ke Arau setelah menempuh perjalanan selama 1130 km bermula Selasa lepas. Perjalanan yang biasa, namun satu pengalaman yang agak bermakna buat ana kerana dapat memecahkan rekod peribadi memandu paling jauh secara solo. Alhamdulillah. Lepas ni mudah la dapat perkenan mak untuk kemana-mana yang lagik jauh...Hehe...

Posting kali nie, actually just nak melepaskan geram tak dapat nak menaip time-time idea datang waktu kat Chow Kit dua malam lepas. Hmm time-time takder si Aswad ni la idea nak menulis tu datang, nak tulis atas kertas macam rajin sangat plak.

Actually ana tertarik dengan satu isu yang kenapa ntah tiba-tiba ditimbulkan dengan kontroversinya sedangkan isu seangkatan dengannya yang sepatutnya lagi meluas di"panas"kan di media tak disebut langsung pun dalam berita-berita perdana mahupun akhbar harian. Ana rasa sape yang baca paper dua tiga hari ni mesti akan terbaca jugak isu pengharaman senaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK).

Sebelum ana teruskan, ingin ana tagaskan disini, artikel ni ditulis bukan untuk mempersoalkan keputusan MFK yang kita tau orang yang buat keputusan tu bukanla calang-calang orang kan. Tapi yang herannya, kenapa plak isu Yoga yang bukannya semua orang buat pun jadi besar sangat sampaikan dibuat satu rumusan oleh pengulas akhbar sebuah stesen televisyen yang satu nie.

Tapi kenapa ye bila MFK menfatwakan rokok haram, takda pulak isu ni disebar luaskan. Padahal rokok la yang paling banyak orang duk hisap kut. Sampai budak-budak sekolah pun tak pilih lolipop dah, tapi rokok pulak menjadi pilihan. Adakah kerana negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh kerajaan belum meluluskan fatwa yoga nie, yang actually raja yang suruh kaji dulu, isu ni diperbesarkan oleh media? Hmm berminat pulak mereka dengan fatwa yer, sebelum ni bila keluar fatwa apa-apa, diam ja.

Teringat dulu, bila isu ratu cantik timbul, heboh jugak. Tapi hebohnya suruh kaji balik la, sampai masuk parlimen. Dan paling dikesalkan, dek kerana menyokong tindakan Jabatan Agama menahan ratu cantik tue dulu, Dato' Ishak Baharum dikenakan tindakan pulak. Sampaikan ada satu daerah di utara, disebarkan risalah fitnah mengatakan Dato' Ishak Baharum mengkhianati negara.

Hmm wallahua'lam...Moga Allah menunjukkan kepada kita semua jalan yang terbaik untuk mendapat redhaNya. Moga kebenaran akan datang bila tiba waktunya nanti...


"Al-Islam Ya'lu, Wala Yu'la 'alaih!!!!!"

22 November 2008

CINTA

Untuk renungan dan ‘ibrah untuk kita semua, ana kongsikan analogi yang ana ambil dari sebuah buku yang begitu menyentuh hati ana. Bagaimana hanya dengan minat yang dimulai dengan pandangan mata, boleh mewujudkan satu perasaan Asy-Syaghaf yang mana pada peringkat ini, suatu dosa yang sangat besar pun boleh dipandang sebelah mata. Buat diriku yang seringkali terbabas, dan sahabat-sahabatku yang ku kasihi, mudah-mudahan Allah menjaga hati kita semua dari perkara sebegini. Jangan biarkan sedikitpun hati kita dinodai oleh fitrah palsu yang didorong oleh nafsu yang gila yang didorong oleh kawan yang paling tak berguna iaitu syaitan la’natullah.

Moga Allah lindungi kita semua…Ameennnn….


Seorang lelaki mencintai seorang wanita. Ia merasa tertarik kepada wanita tersebut sehinggakan susah hendak tidur, sering memikirkannya dan juga sering jugak termenungkan wanita yang diminatinya. Apabila orang lain membicarakan hal wanita tersebut, terbersit perasaan cemburu di dadanya lantaran merasakan wanita tersebut adalah miliknya. Hidupnya pun saban hari disibukkan dengan memikirkan si wanita tersebut, dan tak terhenti disitu, hidupnya setiap hari sibuk dengan memikirkan si wanita yang diminatinya.

Apabila manusia bertanya, “Apa yang kamu buat ni?”, ia merasa tidak melakukan sebarang kesalahan. Dia hanya tertarik kepada “si dia” saja dan pada tahap ini ia tidak melakukan perbuatan haram.

Setelah melaui tahap tertarik ini, ia semakin tenggelam dalam lautan cinta, hinggakan setiap perkara yang hadir dalam hidupnya, akan dibandingkan dengan “si dia”. Apakah apa yang ia lakukan setiap hari, akan disukai oleh “si dia” atau ia sendiri suka.

Setelah itu, datanglah pula tahapan ‘jatuh hati’ atau Al-Isyq, atau dalam istilah penyair, As-Shababah yang bermaksud jatuh hati seperti air yang jatuh dari atas ke bawah. Ia sudah tidak mampu lagi menguasai hatinya. Begitulah yang terjadi pada hati-hati yang sudah tertarik kepada wanita, ia tidak mampu lagi menguasai dirinya, hinggakan ia sanggup menanti di jendela rumah sehingga enam ke tujuh jam sehari. Kemana saja sanggup ia pergi dan menunggu walau setahun lamanya tidak menjadi masalah baginya. Ibaratkan kisah Qais dan Laila. Qais yang jatuh cinta kepada Laila, untuk melalui desa tempat tinggal Laila saja, ia perlu berkata;

Aku lewati kampung, kampung Laila,
Kucium dinding yang ini, dan dinding yang itu,
Bukan cintaku pada kampung itu yang menjerat hatiku,
Tapi cintaku pada si dia yang tinggal di kampung ini”


Setelah itu, cintanya semakin dalam hingga sampai ke tahap yang dipanggil “Al-Gharam”, iaitu cinta buta. Pada tahap ini, ia tidak mampu lagi berpisah dengan sang kekasih walau sesaat. Allah SWT mengingatkan mirip hal ini dalam surah Al-Furqan ayat 65;
Mereka tidak akan menginginkan perpisahan dengan azab, sebagaimana mereka tidak ingin berpisah dengan hal dunia yang mereka gilai.

Ketika mencapai tahap ini, ia mengetahui kalau berjalan dengan wanita itu adalah haram, tetapi ia tiada kuasa lagi untuk menahan dirinya untuk menyingkirkan hasrat melakukan hal itu. Hatinya telah lekat dengan “si dia” hinggakan tidak akan ada kuasa untuknya meninggalkan cinta itu selamanya.

Cintanya akan semakin mendalam dan kronik sehinggakan terangkat tahapnya ke peringkat “tergila-gila” atau “Al-Syaghaf”. Inilah yang dikatakan puncak cintanya, ertinya cinta itu telah menyentuh hatinya yang paling dalam. Bertepatan dengan firman Allah yang ditunjukkan ‘ibrahnya melalui kisah Yusuf dan Zulaikha;


Besarnya cinta Zulaikha pada Yusuf, telah mendorongnya melakukan perbuatan yang sangat berani. Ia berkata, “Kemarilah, pintu sudah tertutup.” Ia sekali-kali tidak akan berani melakukan perkara tersebut kecuali cintanya itu telah sampai ke peringkat yang paling dalam.


Alangkah baiknya jika cinta ini boleh disalurkan ke jalan yang betul iaitu dengan mencintai Allah yang kekal abadi serta nyata kasih sayangNya kepada hamba-hambanya yang ikhlas mencintai Allah.

Ingatlah sebuah kata-kata…

“Seandainya kamu mengejar dunia dengan meninggalkan Allah,
Dunia akan datang kepadamu dalam keadaan kamu hina disisinya,
Sebaliknya jika kami mengejar akhirat dan Allah tujuanmu,
Dunia akan datang kepadamu dalam keadaan dunia hina disisimu…”





09 November 2008

PERMATA YANG DICARI...


Antara tiga permata, yang mana lebih bernilai dan lebih mahal? Yang disimpan di dalam kotak, dalam cermin kaca pameran atau yang diletakkan di atas meja? Dengan menggunakan akal fikiran dan common sense seorang manusia, kita dapat memberikan jawapan untuk persoalan di atas.

Ana memilih yang didalam kotak sebagai permata yang paling berharga, dan ana rasakan permata tersebut adalah yang paling mahal diantara dua permata yang lain. Kenapa? Sudah pasti, yang di dalam kotak adalah yang paling cantik, dan sangat istimewa sehinggakan pemiliknya meletakkan permata tersebut di dalam kotak. Tujuannya apa? Agar jangan ada sesiapa menyentuh permata tersebut kecuali mereka sudah memilikinya. Dan jugak, permata tersebut tidak boleh dipertontonkan sewenang-wenangnya kerana ianya sangat bernilai. Seandainya setiap mata dengan percuma boleh melihat kecantikan dan kehalusan permata tersebut, mungkin nilai yang ada padanya akan jatuh dan sama dengan permata yang dipamerkan dalam cermin kaca pameran seperti di kedai-kedai emas. Sungguh berharga permata ini, sehinggakan hanya yang memiliki boleh melihat dan menyimpannya.

Permata di bawah kaca pameran, nilainya mungkin masih tinggi, tapi mana mungkin akan sama nilainya dengan permata yang disimpan di dalam kotak. Mata-mata manusia dengan senang bisa meneliti dan memerhati permata tersebut, seberapa lama, seberapa kerap sekalipun, kita boleh melihat dan meneliti permata tersebut, kerana pemiliknya memang bertujuan untuk mempamerkan permata yang dimilikinya. Dan yang membuatkan permata ini kurang nilainya, manusia-manusia sudah boleh menilai dan memberikan komen berkaitan mutu permata ini, kerana ianya bebas untuk dinilai dan dilihat. Dan bagi yang ingin memiliki permata ini, istimewa permata yang antum miliki itu mungkin sudah hilang, kerana semua orang sudah pernah melihatnya dan mengetahui mutunya.

Permata yang ketiga, yang diletakkan di atas meja, sememangnya paling rendah harga dan nilainya berbanding dua permata tadi. Mengapa? Jelas, kalau sesuatu benda diletakkan di tempat terbuka, dan tidak dilindungi, maka manusia bebas untuk melihat, dan untuk menyentuhnya juga tidak menjadi satu kesalahan. Mungkin si pemilik permata tersebut tida menyedari bahawa permata yang dimilikinya semakin hari akan hilang nilainya, maka dia dengan gembira dan senang hati membenarkan orang lain untuk menyentuhnya. Bahkan lebih malang, bagi si pemilik yang tidak menyedari bahawa yang dimiliknya itu adalah permata yang perlu dipelihara dengan baik, dibenarkannya orang lain untuk membawa permata itu kesana kemari.

Mujur permata adalah permata, seandainya permata adalah sejenis makhluk yang mampu untuk bercakap dan ber”sms”, semakin rendahlah nilai permata tersebut, sehingga mungkin, kecacatan permata itu yang tidak nampak pada pandangan mata, akan terzahir malalui mulut dan jari-jari permata sendiri. Maka beruntung permata yang diletakkan di dalam kotak, tidak banyak manusia pernah melihatnya untuk dinilai, dan kesuciannya terjaga dari mulut-mulut dan pandangan manusia yang bukan pemiliknya.

Perbandingan tiga jenis permata untuk difikirkan bersama.

13 Oktober 2008

WEDDING OF THE YEAR: Permulaan Hidup Baru Mujahid & Nihlah




Tahniah ana ucapkan kepada sahabat seperjuangan ana, Mujahid dan Nihlah ataupun singkatan bagi mereka berdua NEJA yang telah selamat menghubungkan ikatan suci pernikahan mereka berdua pada 11 Oktober lepas. Walaupun sedih dan sayu kerana terpaksa berpisah dengan beliau, namun sejuta kesyukuran mengatasi kesedihan kami semua sahabat sepermainan Mujahid tatkala melihat senyuman kegembiraan diwajah beliau dan paling penting, seorang lagi ikhwah sahabat ana telah berjaya menuruti sunnah Rasulullah iaitu bernikah dan selamat menyempurnakan sebahagian dari agama Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah.



Tiada kata-kata yang mampu ana coretkan untuk menceritakan hari bahagia Mujahid dan Nihlah ini. Ana sertakan momento-momento kenangan yang sempat dirakamkan oleh dua orang ikhwah jurukamera professional yang menjalankan tanggungjawab ukhwah dengan baik sekali pada hari itu iaitu Al-Aajili dan Abdullah Omar.

Pusingan jam...






Moja senyum nakal...

&
Hantaran dari Moja...










.















Bacaan doa selamat...
&
Moja sedang menghafal lafaz akad...



Dhany suka banget!!

&

Testing camera...















.

.

Keretapi hantaran...
&
Pembawa dulang pengantin lelaki...








.


.


.
Menanti wakil membuka majlis...
&
Ikhwah teman seperjuangan....
.
.






Wan Abdullah Mujahid...

&
Nihlah Johari...







.







.


.
.
.

Moja: "Aku Terima Nikahnya...."
&
Lafaz Ta'liq...



.
.
.


.


.


.
Sarung cincin....
&
Salam seorang isteri solehah...



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Menerima mahar hantaran...
&
Mempelai bersama ayah & bonda Mujahid
.


.

.

.

.

.

.

.
.
Mempelai dan ayah bonda Nihlah...

&
Mempelai bersama sahabat seperjuangan...

.














.
Kenangan terindah bersama ikhwah...
&
Who's next???


Bersama ibu-ibu JIM, RS dan wakil KNL...

Untuk laporan hari pernikahan, antum dijemput ke laman Untaian Hikmah, Akhi Dhany Sarip yang turut serta pada hari pernikahan ini merangkap Pak Andam bagi pengantin lelaki...


Kita doakan agar pasangan ini akan kekal jodoh mereka dan moga ikatan yang terbina bakal memantapkan lagi perjuangan dimedan da'wah. Dan moga ikatan suci yang terbina akan melahirkan mujahid-mujahid yang bakal menggantikan Solahuddin Al-Ayyubi...


Ameennn.....

07 Oktober 2008

MENANG LOTERI!!!

H
Hehe baru balik dengar adik-adik SBPI ngaji Quran tadi, ada pulak sapa ntah antar email National Lottery Online nie...
H
H
H
Your Email Just Won You:£ 691,252.00
H
Ref No.: UK/776090X2/23
Batch No. : 013/05/8394369
H
Lucky Beneficiary:
We are pleased to inform you of the result of the winners of the UKNATIONAL LOTTERY ONLINE YEARLY PROMO PROGRAMME, held on Friday 1st ofOctober, 2008.You have therefore been approved for a lump sum pay of£691,252.00(Six Hundred And Ninety One Thousand, Two Hundred And Fifty TwoGreat Britain Pounds) in cash credited to file IPL/4249859609/WP1. This your Ref No.: UK/776090X2/23 and Batch No. : 013/05/8394369
H
To file for claims please contact your claims agent Barrister Owen Green.
H
Email:xxxxxxxxxxxxx@hotmail.com
Tel: (+44) 704-571-7699
Foreign Services manager,
Payment and Release order Department
United Kingdom.
H
Send in the following information for claims verification and validation.
H
Full name.............. Contact Address........ Age....................Telephone Number....... Marital Status......... Sex....................Next Of Kin............ Zip Code............... Occupation.............Company................ State.............. Country................Nationality............
H
H
Your Reference and Batch number at the top of this mail:
H
H
Yours Truly,
Mr. Carl A. Allison
Lottery Coordinator
H
H
H
Hmm ana tak pasti betul ka dak email nie, but I think it is just another way of cheating people by using their own particular kut. Baru-baru ni kat kampung sendiri, imam masjid kawasan ana kena tipu jugak, tapi melalui SMS. Taktau camna diorang buat, just guna account number ja, bleh transfer duit dari account kita. Hmm kadang-kadang simpan duit dalam bank pun tak selamat jugak.
H
Tapi pokoknya, kalau something tu orang nak bagi kat kita saja-saja ja, taktau dari mana sumber, tiba-tiba ja dapat duit or hadiah, better jangan ambik. Satunya kita taktau dari mana, halal ka dak. Satu lagi, takkan la orang baik sangat nak bagi duit kat kita free-free ja?
H
Hmm baik ada seringgit, tapi kita tahu sumbernya halal, daripada ada sejuta, tapi taktau datang dari mana...

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu."
Al-Baqarah 2:168

06 Oktober 2008

'EIDUL FITRI 1429 HIJRAH

H

Alhamdulillah dengan izinNya, pagi tadi lebih kurang jam 7.15 pagi ana selamat membuka kunci pintu bilik D3.2 iaitu bilik ana yang ana tinggalkan selama seminggu untuk pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri 1429H. Dengan terbukanya pintu bilik ni, bermakna cuti ana telah berakhir dan konsentrasi perlu difokuskan kepada final exam yang bakal bertamu dua minggu lagi insyaAllah. Sebelum ana memulakan kembali kehidupan pejam pukul 4 pagi dan celik pukul 6 pagi, teringin ana nak kongsikan peluang yang Allah bagi untuk bersama dengan sahabat-sahabat dan keluarga pada eidul fitr lima hari lepas.
H
'Eid tahun ni, alhamdulillah ana dapat luangkan lebih banyak masa bersama keluarga berbanding raya sebelum-sebelum ni. Raya sebelum-sebelum ni, bermula hari raya pertama, ana jarang melekat di rumah, ana banyak ziarah kawan-kawan daripada duduk di rumah. Tapi tahun ni, ana pilih tema "Family First" untuk lebih masa bersama keluarga pada cuti yang semakin hari akan semakin pendek ni. Alhamdulillah, raya pertama ana memang tak keluar dari kawasan pagar rumah dan hanya menunggu saudara-saudara dan kawan-kawan ziarah ke rumah ja. Dan raya kedua baru keluar ngn kawan kejap ke perjumpaan alumni SMKAA dan pulang ke kampung di Jitra Kedah lepas tu. Hmm nak cerita banyak-banyak bosan pulak, so ana biarkan gambar-gambar di bawah berbicara:)
H
H
Tiga Hari Sebelum Syawal...
H

Shopping raya ngn Syahmi & Chuki. Sengaja ana ajak dua orang best friend ana ni gi main bowling jap. Actually bukan nak main sgt, tapi sebab dah lama tak nakal-nakal ngn dua orang budak ni, so bowling ja jadi pilihan. Nak ajak main kejar-kejar, dah time puasa pulak:) Anyway, hasil training bersama abg Dhany, I'm leading for the second game!!!

H

1 Syawal 1429 Hijrah....

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walillahilhamd!!!....

Sesi bergambar bersama keluarga selepas solat sunat hari raya. Alhamdulillah kami sekeluarga masih diberi kesempatan untuk berukhwah dan mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga. Gambar-gambar ni diambik pada hari raya pertama di rumah ana. Raya tahun ni, 3 orang ahli takda dalam gambar ramai-ramai tu sebab cousin ana, anak paklang sekarang kat Egypt sambung belajar, abang sulung plak tahun ni turn beraya kat rumah family wife dia. Dan kat pukul 9 dalam gambar ni, ngan ex-schoolmate ana yang datang ziarah petang tue. Syukran to syukran:P And Akram wa Syahmi for visiting me:)

H

2 Syawal 1429 Hijrah....


Raya kedua, lepas perjumpaan alumni sekolah & meeting anak-anak Perlis, ana pulang ke kampung sebelah mak di Jitra Kedah. Kat kampung, alhamdulillah jugak sempat jumpa dengan ramai mak-mak sedara and paling penting, sekali lagi dapat beraya dengan satu-satunya tokwan ana yang masih ada. Susah nak dapat kumpul ramai-ramai camnie, time raya la paling best sebab ramai yang cuti so boleh kumpul ramai-ramai termasuk cousin-cousin sekali. Dan satu lagi yang best raya ni, first time dapat buat tahnik (belah mulut) baby cousin ana masa majlis akikah hari raya ketiga ritu:)


Bila difikirkan balik, dihitung-hitung balik, raya ni actually dah berapa orang sedara-sedara yang takda yang dah kembali bertemu Allah. Dan jugak, berapa orang jiwa-jiwa yang suci bersih dilahirkan untuk menyambung silaturrahim dalam qarabah ana. Dan diri sendiri, tahun ni dah 22 tahun menyambut 'eidul fitri. Dan pastinya, tahun demi tahun, ada yang bakal kembali kepada Allah dan ada yang lahir menyambung keturunan. Seandainya tali silaturahim tidak dihubungkan dengan baik, pasti tali yang terhubung ini akan terputus dan hilang punca ikatannya. Na'udzubillah...


Hmm mudah-mudahan silaturrahim antara kami sekeluarga akan lebih erat dari hari ke hari...


AMEENN....

02 Oktober 2008

ANALOGI BALIK KAMPUNG: SIRI 2


Dalam siri satu analogi ini dulu, ana dah jelaskan pengangkutan mana yang paling kurang risiko terbabas dan sebagainya kan. Berdasarkan komen yang diberi dalam siri satu, Nuh dan Kak Wan Maryam mencadangkan jalan kaki sebagai pengangkutan paling selamat untuk pulang ke kampung. Ana setuju dengan komen-komen antum, tapi macam yang Kak Wan Maryam cakap la, if kampung belakang rumah ok la. Kalau kampungnya kat Ayaq Hitam Kedah nu, nak balik dari Gombak, berani ka jalan kaki? So ana buang siap-siap method jalan kaki ni dari siri satu dulu.

So dalam siri dua nie, ana nak menceritakan lagi fasal bas yang dipilih dari siri satu dulu. Kenapa ana memilih bas, antum boleh baca kat siri satu.

Bas ni kita semua tau, ada driver yang memandunya kan? Dan kalau perjalanan jauh, kita ada jugak co-driver untuk bantu driver tu kalau dia penat. Dan driver nie dilantik oleh syarikat bas tue sendiri kan. Sesetengah orang, mereka ada bas favorite mereka sendiri yang mereka selesa naik kan. Sama ada sebab basnya selesa, jalan yang dilalui tu sesuai, drivernya baik, memandu dengan cermat dan jugak mungkin sebab syarikat bas tu syarikat besar.

Bagi ana sendiri, ana akan memilih bas yang sesuai dengan ana. Contohnya, ana suka ambik bas Sri Maju kalau pulang ke kampung sebab bas ni akan lalu depan rumah ana, so tak perlu ana tunggu orang datang ambik ana kat stesen bas lagi. Dan dari segi pemandu, jugak, driver bas ni pun memandu dengan baik jugak kalau nak dibandingkan dengan driver bas lain yang macam driver nak gi laju lagi dari bas tue. So kat sini, faktor yang menyebabkan ana pilih bas ni adalah jalan, bas dan driver.

Berbalik kepada komen Cik Tim dalam siri satu dulu, ana setuju jugak dengan statement dia. Kenderaan besar tak semestinya selamat. Dari segi kuasa Allah, memang kita tak nafikan, naik apa pun, kalau dah nak berlanggar, berlanggar jugak. Tapi bagaimana pulak usaha kita untuk jaga diri kita sebelum bertawakkal? So disinila pentingnya memilih bas yang sesuai. Dalam kebanyakan kemalangan bas yang berlaku, pemandu adalah antara faktor utama penyebab kemalangan tue. Cuai, mengantuk dan memandu terlalu laju antara kesilapan-kesilapan yang dilakukan pemandu yang menyebabkan berlakunya kemalangan selain kegagalan bas sendiri untuk berfungsi. Tapi sedikit sangat la faktor bas nie ana rasa, kebanyakannya adalah kesilapan pemandu sendiri. Dan kalau betul pun bas tu memang rosak, manusia jugakla puncanya iaitu mekanik yang tak check betul-betul ataupun syarikat bas taknak keluarkan duit untuk baiki bas.

Dan dengan penjelasan ni, maka tamatlah analogi balik kampung yang ana nak jelaskan kat antum semua. Sedikit kesimpulan sebelum kita masuk ke sesi maksud analogi nie, pilihlah bas yang sesuai yang antum rasa boleh bawa antum dengan selamat pulang ke kampung. Tak kisah syarikat bas mana pun, jalan mana pun, yang penting antum sampai ke destinasi yang antum nak pergi. Dan antum perlu yakin dengan driver bas antum. Jangan sampai ketinggalan bas, nanti antum susah nak sampai ke tempat yang dituju…

Ada Apa dengan Analogi Balik Kampung???

Hmm kenapa ya ana beriya-iya sangat duk cerita fasal bas la, kereta la, jalan kaki la. Apa sebenarnya maksud ana ni? Mungkin ada antara antum yang dah boleh faham maksud analogi ana ni. Actually, whole story analogi nie, main point dia yang ana nak sampaikan adalah keperluan usrah dan berjamaah dalam hidup kita. Rata-rata yang mengunjungi blog ana nie, ana faham semuanya dah ada usrah, bahkan lebih senior dari ana dalam hal-hal usrah dan jamaah nie. Dalam analogi ni, ana cuba untuk kongsikan apa yang ana faham tentang usrah dan jamaah nie. So kalau ana salah, ana mohon yang lebih berpengalaman dari ana untuk membetulkannya.

Jom kita bincangkan apa maksud semua perkara yang ana tuliskan dalam analogi ni. Maksud ana bagi yang memilih kereta ialah, golongan nie tak suka sangat berada dalam kelompok yang ramai. Antum pun faham kan, kalau dah berada dalam kelompok yang ramai, pastinya kebanyakan benda kita perlu berkongsi kan. Tidur pun berhimpit-himpit kalau ada program. Makan pun, kalau dalam jamaah ni, selalunya kita akan makan dalam talam. So bagi yang tak selesa keadaan yang macam nie, mereka lebih suka untuk bersendirian dalam bekerja especially kerja-kerja dakwah. Ana tak mengatakan benda ni satu benda yang salah, even kalau antum mampu untuk bergerak sorang-sorang dalam dakwah, dan subhanallah dakwah antum cemerlang lagi dari yang bergerak dalam jamaah, silakan la.

Tapi perlu jugak untuk kita fikirkan, macam-mana pulak dengan orang yang tak mampu bergerak sendiri? Mungkin untuk fasa pertama, kita berjaya untuk fardhi atau kembalikan dia kepada pegangan Islam yang betul, tapi lepas tu macam-mana pulak dia nak bergerak? Tambah pulak kita pasti sibuk mencari mad’u lain untuk didakwah, terbabas balik dia kejalan yang salah. Sebab tu kat sini, bas (usrah/jamaah) penting. Kita ada seorang driver yang tahu jalan mana yang nak diikuti, so sama-sama kita bergerak ramai-ramai ke tujuan kita atau matlamat kita iaitu Allah, kembali kepada syariat Islam. Dan dalam usrah, since semua penumpang ikut driver yang sama, so kalau seorang penumpang taktau jalan yang diikuti tue, dia boleh bertanyakan penumpang lain yang tahu. Mereka boleh bincang. Kalau dah yang lain pun taktau jalan mana mereka ikut, mereka boleh terus tanya driver bas atau naqib dalam usrah. Naqib-naqib nie sendiri pun ada usrah dan naqib yang memandu mereka.

Dan bas ni, jalan yang diikuti tue ditentukan oleh syarikatnya kan. Sama macam usrah, naqib usrah tu dah dibekalkan dengan panduan dan bekalan untuk dia bawak penumpang atau ahli usrah dia mengikut jalan yang dah ditetapkan oleh wadah atau jamaah yang mereka ikuti. Persoalan wadah atau jamaah mana yang betul, tak perlula menjadi satu perkara yang boleh mencetuskan perbalahan. Antum yakin dengan naqib antum dan wadah antum, dan usrah lain, mereka yakin jalan yang mereka ikut, so masing-masing buat pilihan berdasarkan kemampuan diri sendiri dan yang mana antum rasa betul. Amat sedih harini melihat wadah sesama wadah berbalah menuduh yang tu salah, kita betul, dan sebaliknya bagi pihak yang satu lagi. Yang sebenarnya, apa matlamat kita? Nak cari wadah atau jamaah mana yang betul sampai kiamat atau nak tegakkan syari’at Islam?

Ana tertarik dengan analogi atau ibrah yang dibawa oleh Ust Rahmat Abdullah dalam filem Sang Murabbi. Lihat bagaimana di sebuah sungai yang berbatu, air yang lembut, yang sejuk dan jernih tue, mampu untuk bekerjasama dengan batu yang keras yang menentukan arah tuju air sungai tue. Pernah ka kita lihat satu hari, air bergaduh dengan batu, dia tanak lalu atas batu dan nak terbang. Tak pernah kan, bahkan tak boleh sebab air dan batu tu saling memerlukan. Batu tu walaupun keras, air akan membentuknya menjadi batu yang licin dan cantik. Batu tue pulak, menjadi jalan untuk air mengalir. Macam tu jugak dengan kita antara wadah, kita saling memerlukan sebab kita tak mampu nak buat semua benda. Contohnya wadah A fokuskan bidang pendidikan, wadah B focus bidang ekonomi dan seterusnya. So akhirnya, kita akan ada umat Islam atau kelompok Islam yang mengusai semua bidang dengan cekap tanpa meninggalkan sesuatu bidang dibelakang.

Dan bila dah berada dalam wadah atau jamaah, satu perkara yang kita semua perlu ingat, jangan ta’asub. Kalau sesuatu perkara tu terang-terang salah, kita perlu betulkan dengan baik. Dan jugak dalam usrah, jangan mengikut usrah semata-mata kerana naqib. Kita perlu fahami dan jelas matlamat kita mengapa kita berada dalam usrah. Dalam analogi kat atas pun, kita boleh tengok kan. Satu bas tak semestinya driver yang sama ja akan pandu bas tue, kadang-kala bas yang sama, driver lain yang bawak, yang jugak ‘arif tentang jalan yang diikuti tue. So janganla kita lari pulak dari bas tue semata-mata kerana drivernya berhenti kerja, sedangkan kita pun tahu, bas tu paling best dan selesa serta selamat dinaiki. Sama jugak dalam usrah, kadang-kala naqib kita ditukarkan atau dipindahkan ke usrah lain, maka janganlah kita pun berhenti dari usrah. Perlu jelas disini, apa sebenarnya matlamat kita berusrah dan berjamaah. Dan naqib sendiri, antum perlu pastikan ahli-ahli usrah antum faham yang mereka sebenarnya berUSRAH, bukan berNAQIB.

Ana rasa cukuplah huraian di atas sebagai penutup analogi balik kampung nie. Ana memohon kepada Allah agar apa yang baik dari penulisan ana kali ni, dapat ana manfaatkan untuk kebaikan diri ana dan antum semua. Dan seandainya ada kesilapan dalam pemahaman ana, mohon dibetulkan oleh antum yang lebih ‘arif dari ana.

Wallahua’lam….

30 September 2008


Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjengah esok, ana menyusun sepuluh jari tangan ingin memohon ma'af kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan, sahabat-sahabat sekampus, sahabat-sahabat sekampung serta semua pengunjung blog Fikrah Thanie yang mengenali ana atau tidak...
h
Semoga pelayaran bahtera hidup kita akan lebih indah serta diberkati oleh rahmat dan kasih sayang Allah... Sehingga kembali semula ke negeri Ramadhan, moga bahtera hidup kita akan terus tsabat dijalan Allah dan dijauhi dari sebarang perkara-perkara mungkar....
AAMEEENNNNN.....
h
سلامة هاري راي عيد الفطر
معاف زاهير دان باطن

25 September 2008

ANALOGI BALIK KAMPUNG: SIRI 1


Lima hari lagi, insyaAllah jika diberikan kesempatan oleh Allah untuk dunia ini terus berputar pada paksinya, kita akan menyambut eidul fitri bagi tahun hijrah 1429. Dan pada waktu ini, Puduraya, Jalan Duta dan jugak Stadium Bukit Jalil sedang dipenuhi oleh umat-umat Islam yang ingin pulang berhari raya di kampung. Dan ana, insyaAllah ana akan bertolak pulang malam esok ke Alor Star sebelum pulang ke rumah di Arau. Dan tujuan ana menulis malam ni, bukanlah untuk berkongsi kesedihan sebab tak dapat balik awal walaupun esok takda kelas, tapi ana nak kongsikan satu analogi yang ana duk terfikir selama dua tiga hari ni. InsyaAllah kalau antum hayati betul-betul, antum akan faham analogi ni berkaitan dengan apa sebenarnya.

Setiap tahun, setiap kali raya ataupun cuti, mesti jalan raya dan lebuh raya akan penuh dengan macam-macam jenis pengangkutan kan. Ada bas, lori, kereta, motorsikal, dan jugak kapal terbang, kalau boleh dimasukkan sekali (huhu ada jugak la kapal terbang). So kita ambik contoh kat sini, satu kumpulan umat Islam, yang nak pulang berhari raya di Kedah atau Perlis yang indah nun. Semua pengangkutan nie mempunyai satu arah tuju, menghala ke utara, untuk pulang berhari raya atau bercuti kan.

Kereta, Bas atau Motorsikal???

Pengangkutan-pengangkutan ni pulak, mengikut jenis masing-masing, ada kelebihan dan kekurangannya. Apadia pengangkutan-pengangkutan yang kita cakap tadi? Yang pertamanya, kita amik contoh kereta. Bagi mereka yang memilih kereta untuk pulang berhari raya, mungkin terdiri dari mereka-mereka yang mementingkan keselesaan dalam perjalanan kerana mereka hanya bermusafir bersama keluarga atau sahabat-sahabat baik mereka. Maka gangguan dari orang-orang yang tidak dikenali dapat dielakkan jika menggunakan kereta sebagai medium pengangkutan. Dan satu lagi kelebihan kereta, mereka bebas untuk memilih jalan masing-masing dan bebas untuk berhenti dimana-mana tempat yang mereka sukai.

Tetapi bagi yang memilih kereta, mereka perlu berhati-hati. Sebabnya, mereka tidak selalu menggunakan lebuh raya tue, so risiko untuk sesat atau terbabas lantaran ketidakbiasaan mereka menggunakan lebuhraya itu lebih tinggi berbanding pemandu lain. Dan satu lagi, kereta juga, oleh kerana saiznya yang agak kecil jika dibandingkan dengan kenderaan lain yang lebih besar, memungkinkan penumpang dan pemandunya mendapat kecederaan yang teruk jika berlaku kemalangan.

Bagi jenis pengangkutan yang kedua, iaitu bas, bagi ana adalah satu medium pengangkutan yang paling selamat untuk digunakan ketika pulang bercuti. Mengapa ana kata paling selamat, yang pertamanya, dari segi saiznya, bas lebih besar berbanding pengangkutan awam lain contohnya kereta dan motorsikal. Dengan saiz yang agak besar ini, bas dapat membawa ramai penumpang sekali gus mengurangkan jumlah kenderaan yang meluncur bersendirian di lebuh raya atau jalan raya seperti kereta dan motorsikal yang boleh menyebabkan kesesakan yang teruk sepanjang perjalanan.

Disamping itu juga, kelebihan bas terletak pada pemandunya yang sememangnya insyaAllah arif dengan jalan yang dilaluinya kerana tugas seorang pemandu bas itu sendiri, memerlukan beliau untuk berulang-alik menggunakan jalan yang sama setiap hari. Bermakna disini, apabila menggunakan bas, kita akan mempunyai seseorang yang sudah arif dengan jalan yang bakal dilalui dan tidak perlu bimbang untuk sesat atau tersalah jalan. Tidak dinafikan, bas jugak tidak terlepas dari terlibat dengan kemalangan. Tapi secara puratanya, jumlah kemalangan bagi bas agak kecil berbanding kenderaan kecil lain seperti kereta dan motorsikal. Lagi-lagi pulak, bas-bas ni mempunyai syarikat mereka sendiri yang memantau siapa pemandu mereka dan juga jalan yang hendak dilaluinya sudah ditetapkan oleh syarikat masing-masing yang pada pandangan mereka jalan tersebut adalah jalan yang paling sesuai untuk dilalui mengikut musim-musim tertentu. So disini, dengan pengawasan dan seliaan yang baik, insyaAllah akan mengurangkan risiko kemalangan dan kecelakaan lain kepada mereka yang memilih bas.

Bagi pengangkutan-pengakutan lain seperti kapal terbang dan motorsikal, bagi ana kedua-duanya amat berisiko dan agak menyusahkan berbanding pengangkutan lain. Kapal terbang misalnya, akan menyusahkan penumpangnya untuk pulang ke destinasi-destinasi pilihan mereka kerana fizikal kapal terbang itu sendiri menghalangnya untuk berhenti dimana-mana tempat yang hendak dituju oleh penumpang. Bagi motorsikal pula, dari segi mobiliti, mungkin agak baik. Tapi risikonya sangat besar jika meluncur dijalan raya kerana banyak lagi kenderaan besar yang turut menggunakan jalan yang dilalui motorsikal tue. Satu lagi kelemahan motorsikal, ianya hanya boleh dinaiki oleh dua orang penumpang termasuk penunggang pada satu-satu masa. Maka jika berhenti di tempat-tempat rehat yang sunyi, penumpang dan penunggang motorsikal tersebut lebih terdedah kepada bahaya serangan perompak atau binatang liar seperti anjing dan sebagainya. Dan jika cuaca kurang baik, pengguna motorsikal akan dibasahi dengan air hujan dan jugak mudah untuk tergelincir jika jalan yang dilalui mereka berair.
h
Maka disini kita dapat membuat satu kesimpulan berdasarkan logik-logik yang ana sampaikan kat atas, bahawasanya bas adalah pengangkutan yang paling selamat digunakan disamping harga penjalanannya yang lebih rendah berbanding kereta.

Ini hanyalah pandangan ana. Bagi yang tetap memilih kereta, motorsikal atau kapal terbang sebagai medium pengangkutan, mereka mungkin mempunyai alasan mereka sendiri mengapa mereka memilih pengangkutan tersebut walaupun mereka menyedari risiko-risiko yang bakal dilalui. Maka tidak perlulah pengguna bas mengkritik pengguna kereta atau sebaliknya. Yang penting, pastikan kita yakin pengangkutan yang kita pilih adalah yang paling selamat dan terbaik untuk menuju ke destinasi kita mengikut kemampuan diri kita.



FT~insyaAllah SIRI 2 akan menyusul bagi menjelaskan lagi makna-makna tersirat dalam analogi "Balik Kampung" ni. Siri satu ni hanyalah analogi semata-mata dan belum menyentuh maksud sebenar yang ana cuba sampaikan. Mohon ma'af kepada yang belum memahami dan merasa entri kali ini hanyalah sia-sia. Salam 'aidilfitri ana ucapkan kepada semua pelawat laman Fikrah Thanie, semoga antum semua telah memilih pengangkutan paling selamat dan paling baik untuk antum sampai ke desinasi yang dituju.

22 September 2008

AKU DAN KOPIAH


Semalam alhamdulillah ana dan beberapa orang sahabat seusrah dijemput ke rumah naqib kami, Dr Sany Izan di Batu Caves. So sedang menunggu waktu berbuka ni, dikala Moja rancak berborak, Hud dengan muka seriusnya mendengar, Nuh duk disebelah kanan ana, dan yang lain-lain sibuk berta'aruf sesama sendiri, Azree tiba-tiba memegang sebuah buku berwarna pink bertajuk, "Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung"... Ana penah jumpa buku ni masa melawat kedai buku kat Pudu, tapi tak sempat tengok habis sebab masa untuk berlepas dah dekat dan ana kena turun check bas dah sampai ke belum. Cuma yang ana sedar dalam buku tue, ada tulisan dari zaujah naqib kami iaitu Sis Suriza Ahmad Zabidi. Dan ana pun semalam, alhamdulillah sempat baca beberapa kisah bagaimana kisah akhwat-akhwat ni mula bertudung termasukla bekas lecturer ana sendiri, Sis Suriza.
~
Tengah-tengah duk syok membaca tue, Nuh mencelah pulak, "Haa baca buku aper tue!!". Ana pun tunjukkan kat Nuh, ada artikel Sis Suriza dalam ni. Adeyh Nuh tak kenal rupanya...Azree pulak mencelah, "Takkan budak ENGIN tak kenal Sis Suriza kut??". Hehe Azree, walaupun dah kerja ngn WAMY, masih lagi kenal lecturer-lecturer kat ENGIN nie..
~
Selesai baca beberapa lagi artikel, sengaja ana gurau dengan Nuh, "Eh ana pun nak buat buku jugak la, tajuknya, Bagaimana Akhirnya Saya Berkopiah:) ". Nuh pulak cakap, eh kalau camtue, ana pun nak buat jugak, "Bagaimana Akhirnya Saya Tidak Berkopiah"...Hehe ada-ada jer Nuh nie, walaupun muka serius, tapi sekali buat lawak, nak terkeluar biji mata jugak tahan gelak.
~
Dalam-dalam duk tunggu waktu berbuka tu jugak, bila sebut "Bagaimana Akhirnya Saya Berkopiah", teringat kisah ana, bagaimana dan sejak bila ana mula berkopiah. Kalau tak salah ana, ana mula diperkenalkan oleh abah dengan kopiah ataupun lebai jenis yang lembik nie waktu ana darjah tiga atau empat kalau tak salah. Masa nie, actually ana dah biasa pakai songkok ke sekolah, sejak darjah satu lagi, abah memang nak ana pakai songkok hitam ke sekolah walaupun ana bukanla masuk sekolah rendah Islam. So bermula dari situlah, bila masuk darjah tiga, abah ajak ke Kangar, dia nak belikan ana lebai untuk pakai selain dari waktu sekolah. So bermula di sini, bila keluar jalan-jalan or balik kampung ngan family, abah akan pastikan ana pakai lebai atau kopiah dulu, baru dia bawak kereta. Kadang-kadang kalau ana terlupa nak pakai, marah jugakla abah.
~
So ana pun mulalah biasakan diri pakai kopiah ni, sampai satu masa, maybe Pak Tan mula risau sebab ana kerap sangat berkopiah, dia cetuskan idea jahat kat ana. Ana tanya abah, "Awat abang An tak kena pakai kopiah pun, adik kena pakai?". Hehe, nyesal tanya, tak fasal-fasal kena marah ngan abah. Lepas tragedi kena marah ngan abah nie, ana tak pernah tanya lagi la, dan lepas ni jugak, jarang la lupa nak bawak kopiah kalau keluar ngan abah.
~
Lima tahun kemudian, masa ni ana dah tingkatan tiga. Sekolah yang ana masuk ni SMKA, so peraturannya mewajibkan pelajar memakai songkok ke sekolah. So semakin rajinla ana bersongkok, ditambah pulak sejak masuk sekolah menengah, ana jadi macam "pelik" skit bila tak berkopiah time keluar rumah. Kalau join aktiviti sukan kat sekolah pun, ana mesti bawak lebai untuk pakai masa main tue. Seriously, memang sangat-sangat tak selesa masa ni kalau tak pakai. "Syukran abah, didikanmu berjaya mengistiqamahkan aku"... Ada jugakla kawan-kawan tegur, "Eh nak main tue, buang la lebai, nanti kotor..". Ana taknak jugak, "Suka hati la, nanti aku basuh la sendiri...". Hehe actually masa sekolah nie, malu bila tak pakai songkok, ana rasa sangat tak selesa biar rambut terdedah. Adeyh macam aurat pulak.
~
Dan masa tingkatan tiga ke tingkatan empat ni jugak, paklang ana gi Mekah buat haji, so ana pesan kat dia belikan kopiah Mekah untuk ana, yang warna hitam macam yang ana pakai sekarang nie. Alhamdulillah ada rezeki, ana pun mula pakai kopiah jenis ni sampai sekarang. Dah dekat empat tahun dah pakai kopiah jenis nie. Effectnya, kalau ke kedai nak beli kopiah, ana memang tak minat langsung kopiah jenis lain. Ada jugak kadang-kadang tue teringin nak beli kopiah putih macam Ust Fadzil Noor, tapi bila gi ke kedai, kopiah hitam camni jugakla yang dibeli.
~
Hmm... Bila masa duk sorang-sorang, ana tanya jugak kat diri sendiri, kenapa ya aku berkopiah? Adakah sebab abah suruh? If abah suruh, sekarang duk jauh dari abah, kenapa masih pakai? Adakah sebab tak biasa dedahkan rambut? Tak jugak, sekarang, sejak dah faham sikit antara adat dan ibadah dalam memakai kopiah nie, ada jugak ana tak pakai kopiah bila keluar. Contohnya gi cafe, kadang-kadang tak pakai. Jogging, memang tak pakai. Driving pun sekarang, jarang pakai atas sebab-sebab tertentu. So kenapa sebenarnya ana berkopiah???
~
Bukan sebab tak biasa tak pakai, bukan sebab abah suruh atau seumpama dengannya. Actually ana berkopiah, untuk kebanyakan masa ana keluar dari bilik atau rumah, tujuan utamanya adalah untuk menjaga diri sendiri insyaAllah. Bagi yang jugak memakai kopiah bila keluar dari rumah, antum jugak ana yakin antum faham bagaimana memakai kopiah ni boleh menjaga diri. Pertamanya, apa first impression orang ramai bila tengok kita berkopiah? Mesti orang akan faham, yang kita ni Muslim kan? So kat sini dah dapat, alhamdulillah, orang tengok kita, orang nampak Islam, walaupun dengan pakaian kan.
~
Yang keduanya, bila berkopiah, kita akan lebih menjaga diri kita dari melakukan perkara-perkara tak elok, sebab kita sedar, kita bawak imej Islam, kalau kita berakhlak dengan akhlak yang buruk, kita dah bagi fitnah kat Islam. Kat sini, sekurang-kurangnya, bagi ana yang sangat dhaif dalam menjaga diri dari benda-benda maksiat nie, ana insyaAllah akan cuba pamerkan akhlak terbaik sebagai seorang Muslim supaya Islam tak diburukkan kerana ana. Adakah berat benda nie? Adakah ianya menjadi satu bebanan untuk kita kerana perlu menjaga Islam? Tak, jangan fikir macam tue, tujuan hidup kita pun untuk apa sebenarnya? Bukankah kita diutuskan untuk mempamerkan indahnya Islam yang salah satunya melalui akhlak baik kita. Dan untuk itu, orang bukan Islam mudah tertarik dengan Islam?
~
Teringat ana, dulu penah sekali ana teringin sangat nak gi auto show kat PWTC. Tapi alhamdulillah, Allah sibukkan ana, tak sempat nak pegi walaupun ramai kawan-kawan lain yang seENGIN sempat cari masa kosong untuk pegi. So mulanya agak kecewa, mana taknya, dah lama ana nak tengok Ferrari, Mitsubishi Lancer, Mac Laren SLR secara dekat. Tapi bila dengar kisah sahabat ana yang pegi ni, ana rasa syukur sangat-sangat sebab Allah halang ana pegi. Ceritanya camnie, ana ziarah kawan ana yang pegi tue. Dia ni pun jugak jenis pakai kopiah selalu jugak. So sembang punya sembang, dia cerita bestnya gi autoshow tue, ana tertanya, "Eh ramai dak yang pi tue pakai lebai?", yang membuatkan ana tanya nie, sebab dari gambar-gambar yang dia tunjuk, model kereta yang dipamerkan tue, setengah dari model wanita yang duk bertenggek kat kereta tue. Ya la kan, sebuah kereta, ada dua orang model jaga. Kalau ada seratus kereta dipamerkan, tak ke 200 model ada kat situ. Ni auto show ke, women show nie. So dia jawab dengan selambanya, "Aku buang la lebai ni, takkan nak pakai, gila hang!!".
~
Alhamdulillah, ana syukur sangat-sangat sebab tak pegi. Kalau ana ada jugak kat sana, mungkinkah ana akan bukak imej Islam yang ana pakai, semata-mata nak masuk ke tempat yang mata pinjaman Allah ni akan mendapat jamuan yang bakal disiksa di akhirat kelak? Astaghfirullah, Ya Allah ampunkan hambaMu ini....
~
Akhir kata, mohon sahabat-sahabat semua doakan ana akan terus istiqamah berkopiah dan doakan ana mampu membawa keindahan Islam kemana saja ana bertandang...
Wassalam...
~
~
FT~Adakah mengimpikan sebuah kereta yang agak mewah jugak dikira ghurur? Adeyh, kenapala gambar kereta yang dibakar dalam filem Sang Murabbi tu, kereta idaman ana....Huhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...