31 Julai 2008

.
MAAFKAN AKU SAHABAT
.
.
Pagi itu, mungkin kerana terlalu mengantuk,
Aku terus melangkah deras meninggalkan surau Zubair,
Tanpa menoleh ke belakang dengan pandangan hanya terbayangkan tilam dan bantal,
Kutinggalkan dirimu keseorangan di tepi tingkap surau,
Mungkin kau melihat diriku ketika aku melangkah keluar,
Namun fizikalmu yang tidak dapat bercakap, menghalangmu dari memanggilku,
Betapa lalainya aku, apabila sampai ke bilik,
terus kurebahkan diri tanpa menyedari dirimu tiada bersamaku seperti kebiasaan pagi...
.
Malam itu, ketika ingin menyerahkan ruhku kembali kepada Tuan kita,
Baru kuteringat, aku belum meluangkan masaku untukmu,
Kebiasaannya kau berada di atas tilamku, tetapi malam itu kau tiada,
Kulihat dan kucari diseluruh bilik, kau tetap tak kelihatan,
Hampir lima minit mencari, baru ku teringat,
Astaghfirullah, aku meninggalkan dirimu di surau Zubair,
Percayalah sahabat, aku terasa amat bersalah ketika itu,
Hampir-hampir aku menitiskan air mataku,
Mengapa sahabat sebaikmu boleh kutinggalkan disana?
Sedangkan kemana-mana aku pergi, kumengharap engkau melindungiku,
Pulang ke kampung, kuheretmu menemaniku,
Ketika tidur, kuheretmu menemaniku,
Ketika aku sedih, kuheretmu bersama kesedihanku,
Tetapi pagi itu, kutinggalkanmu di sana...
.
Pagi ini, sekali lagi aku hampir-hampir menangis,
Aku ingin bersamamu tapi kau tiada disisiku,
Hidupku hari ini, bagaikan tidak sempurna seperti kebiasaannya,
Banyak masaku terbuang dengan perkara yang sia-sia,
Walaupun kucuba manfaatkan masaku sebaik mungkin,
Tetap ada masa yang terbuang walaupun kumerancang dengan teliti..
.
Malam ini, tekadku, akan kucari kembali dirimu disurau itu,
Walaupun kutahu kau mungkin telah mendapat sahabat baru,
Kulihat ditepi tingkap, kau tiada, degup jantungku semakin laju,
Dari kejauhan, kulihat satu jasad mirip jasadmu,
Bila kudekati, ah, fatamorgana, itu sahabatmu,
Alhamdulillah, bila kuteliti disatu sudut,
Ya engkau disitu!! Kuambilmu, kuciummu dan kupelukmu seeratnya,
Tak tergambar betapa syukurnya hatiku kerana kau masih disitu,
Walaupun kutahu mungkin kau telah berkenalan dengan orang yang lebih memahamimu,
Yang lebih ikhlas bersamamu, kuterpaksa membawamu pulang,
Kerana bagiku, kaulah temanku yang paling rapat walaupun kita baru setahun bersama,
Diriku memerlukanmu, peringatanmu sentiasa melindungiku dari kemaksiatan,
Kutakkan tinggalkan dirimu lagi wahai sahabat kecilku,
Akanku cuba memahami dirimu,
Akan ku hafal segala isi hatimu,
Terima kasih sahabatku,
Kaulah teman sejatiku,
Kaulah Al-Quranul Kareem kesayanganku...
.
.

28 Julai 2008

Refresh our Spirit of Da'wah
.
.
"Wahai yang bersemangat lemah,
Sesungguhnya jalan ini (jalan Allah),
Padanya Nuh menjadi tua,
Yahya dibunuh,
Zakaria digergaji,
Ibrahim dilemparkan ke api yang membara,
Dan Muhammad SAW disiksa,
Dan ANDA,
menginginkan Islam yang mudah,
yang mendatangi kedua kakimu..."
(Ibn Qayyim Al-Jauziyyah)
.
.
Just nak kongsi dengan semua, bila baca kata-kata Ibn Qayyim rahimahullah ta'ala nie, takut sangat-sangat sebab gap usaha antara kita dengan manusia-manusia yang dicintai Allah nie sangatlah jauh. Kalau mereka ni semua pun di padang Mahsyar nanti takut nak jumpa Allah sampaikan terpaksa kata "nafsi-nafsi" (diceritakan dalam hadith, kecuali Rasulullah, baginda akan memohon Allah tolong umat-umat baginda) sebab mereka rasa Allah marah kat mereka (even segala yang mereka buat, adalah dikawal oleh Allah), kita ni macam mana?
.
.
Muhasabah kembali...
.
Nak berda'wah,
nak ajak nahi mungkar kita rasa segan,
tapi nak tawar menawar harga barang dengan apek Cina,
kita sanggup bertekak sampai petang...
.
Nak berzikir kepada Allah,
kita buat bila masa kita free,
tapi nak buat benda hiburan dan nak berseronok,
kita boleh plan sebulan sebelum nak pergi...
.
Fikir-fikirkan,
Adakah dengan segala amalan kita hari ni,
kita rasa kita akan mendapat Syurga Allah?
kita akan mendapat ni'mat teragung iaitu melihat Allah?
.
Ya Allah, ampunkanlah kelalaian kami selama ini,
Curahkanlah hidayahMu kepada kami,
Agar kami sentiasa dibawah Rahmat dan RedhaMu...
AMEENN...

25 Julai 2008

Third Week of Semester I 2008/2009



The (looks like) Boeing 737...

Haa kenapa ek ada lukisan boeing 737 nie, hehe actually ni lah akibat dari masuk kelas lewat pagi tadi. Actually bukan sengaja nak lewat, tapi kelas yang pukul 10 abis lewat sket, then bila masuk kelas complex analysis, row paling depan yang ana selalu duduk, penuh plak. Terpaksa la duduk belakang walaupun agak terseksa dengan bau botol perfume kat belakang kelas tu.

Duk belakang, faham-faham la, start ngan lecturer yang agak sentimental suara dia, slides plak kelabu, ada bro-bro yang macam duk bukak pasar malam lagik, memang takleh nak concerntrate la. Alhamdulillah la jugak sempat buat notes sendiri, tapi lepas sejam, notes dah sampai kat tempat Dr ngajar, melangut balik la sambil tangan duk conteng-conteng buku nota tu. Last-last, orang duk bincang problem compex differential, ana dapat kapal terbang as a solution:(
Hmm...Doakan ianya takkan berlaku lagi. Rasa macam buang masa ja pi kelas kalau camnie...


21 Julai 2008

Dilema Budak Sekolah Agama…
.
.
.
Ana mulakan penulisan kali ni dengan dua petikan kata-kata yang ana dapat dari seorang akhwat bila bertanya ana berkaitan ikhtilat antara lelaki dan perempuan melalui email...
.
.
“Mengikut pandangan rumate ana berhubung dengan bukan mahram ni ikut niat sendiri, hanya atas dasar silaturrahim dan kawan sahaja, tak lebih dari tue....apa pendapat mr.sani??..."
.
dan satu kata-kata yang agak pedih bagi budak sekolah agama...
.
"kadang2 ana konfius..mereka sama2 dari sekolah agama dulu sedangkan ana dari sekolah harian biasa sahaja..”
.
.
Sekali lagi cuba kita baca kat ayat yang ana highlightkan tadi, “kadang2 ana konfius..mereka sama2 dari sekolah agama dulu sedangkan ana dari sekolah harian biasa sahaja..” Honestly, masa baca soalan dari akhwat nie, ana rasa merah muka ana, macam nak terkeluar air mata dan pendek kata ana malu sangat. Hampir-hampir ana nak log out dari internet tanpa menjawab soalan akhwat nie.
.
Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk menjawab soalan nie. So ana nak tanya kepada semua bekas-bekas pelajar sekolah agama sekalian, adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebagai insan-insan yang sepatutnya menjadi role model kepada masyarakat yang tak mendapat pendidikan agama Islam yang lebih dari kita. Semua orang tahu, pelajar sekolah agama akan belajar subjek Syariah Islamiah dan Quran Sunnah (for SMKA generally) dan pelajar sekolah harian biasa akan belajar Pendidikan Islam ja.
.
So sepatutnya kita kena lebih faham dari mereka. Tapi sayangnya, kenapa kita mendapat kata-kata yang “pedih” didengar macam yang ana petikkan kat atas? Betul cakap Ust Salam dalam ISK, orang yang fakeh lebih baik dari orang yang banyak ilmu sebab orang yang fakeh, faham apa yang dia belajar, tapi yang banyak ilmu, hanya sekadar belajar ilmu tue. Na’udzubillah, ibarat maca keldai dalam surah Al-Jumu’ah ayat 5:
.
.
.
.
Mungkin ada yang kata pasnih “Alah diorang tak faham sebenarnya, dah diorang tak boleh nak jaga diri dalam ikhtilat, tak bolehla nak samakan ngan kita”. Persoalannya, adakah ada beza hukum dalam Islam bagi pelajar sekolah agama dan sekolah biasa? Atau ana jelaskan lagi soalan ana, apa hukum ikhtilat yang sebenar dalam Islam? Semua jelas kan, hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram hanya akan halal bila mereka kahwin. Selain dari ni, kalau ada keperluan yang sangat-sangat memerlukan yang dah diputuskan oleh ulama', baru dibolehkan, tu pun ada adab-adab yang kena dijaga. Even bila dah bertunang pun, hukumnya tetap sama kecuali beberapa hal yang sebenarnya better tak payah contact langsung, terus kahwin lagi baik.
.
Ana yakin, dua orang insan yang akhwat kat atas tadi tanya mula-mula pun tau apa hukum sebenarnya. Tapi kenapa untuk menjelaskan kepada akhwat tadi, hukum berubah menjadi “berhubung dengan bukan mahram ni ikut niat sendiri, hanya atas dasar silaturrahim dan kawan sahaja, tak lebih dari tue....”?
.
So kalau ikut niat, salah tak kalau ana ajak seorang akhwat keluar gi KLCC nak gi beli buku kat MPH? Eh niat ana ikhlas neh, niat nak gi beli buku ilmu, kat MPH, bukan niat nak kuar dating ngan akhwat tu…Tak salah kan? Dan ana gi tu pun, tujuan ana jugak sebab nak mengeratkan silaturrahim antara saudara seIslam jer, bukan ada aper-aper…Camner? Salah kah? Kalau ikut pandangan tadi, memang tak salah la. Dan malangnya akhwat tadi dapat pendapat ni bila dia tanya kat rumate dia. Ana yakin takda ulama’ yang akan cakap boleh sebab terang-terang benda ni boleh bawa kepada zina kan? At least, zina mata, zina telinga dan mungkin zina mutlak boleh berlaku sebab orang lelaki dan perempuan sememangnya akan tertarik kan?
.
Berbalik kepada soalan ana tadi, kenapa ya rumate akhwat tadi boleh bagi pendapat macam tue walaupun besar kemungkinan dia tau apa hukum sebenar. Sebabnya, ana dapat find out dari beberapa perkongsian ana ngan sahabat ana, sebabnya, dah dia pun duk buat benda tue, takkan dia nak kata salah kan? Macam ana, kalau ana nie seorang pengamal couple (macam ajaran sesat jer:P), bila orang tanya ana, apa hukum couple. Mampukah ana menjawab hukumnya HARAM? If ana kata haram, abislah ana kena counter back ngan orang yang bertanya tue.
.
So nasihat untuk orang yang tengah bercouple, cepatlah nikah atau breaklah sebelum Allah turunkan bala untuk kita. Especially bekas-bekas student sekolah agama dan pejuang-pejuang Islam, sedarlah dan insaflah, kita membawa imej Islam! Bukan setakat couple je, rokok, tengok filem barat yang memang harini akan ada unsur lucah tue, dan segalanya yang negative la, jomlah kita bermujahadah untuk tinggalkan semua tue. Fahamilah dan ketahuilah, semua nie hanyalah akan merosakkan hati kita dan Islam yang kita bawak nie.
.
Asif jiddan-jiddan kalau ada sahabat-sahabat ana yang terasa, honestly, ana tak membayangkan dan ana tak berniat pun nak pointkan kat sapa-sapa. Just tak tahan dan sedih bila tengok benda ni jadi depan mata dan ana takda kemampuan untuk tegur direct.
.
Dan untuk semua, janganlah hanya melihat isu budak sekolah agama jer sebab once we are born to be Muslim or once we declare our self as a Muslim, sememangnya tanggungjawab kita untuk tinggalkan perkara yang Allah larang dan ikut segala arahannya. Dan jugak tanggungjawab kita untuk tunjukkan akhlak yang paling baik kepada masyarakat especially yang bukan Islam untuk tertarik dengan Islam. Jangan sampai kita menjadi faktor penyebab kenapa da’wah Islamiyah tak berkembang di kampus dan di Malaysia amnya.
.
.
.
Wallahua’lam…

19 Julai 2008

Salam 'alaik....
.
.
19/07/08
.....Ceritanya, lepas motor Auzan yang diwasiatkan kepada Moja telah abih minyak kat Batu 8 pagi tadi masa Moja rushing ke kursus aper tah yang sangat penting*! So ana dah janji la nak antar tolong belikan minyak lebih kurang pukul 6 lepas ana balik dari KL....
.
5.50++ptg;
Tet-tet-tet(ring tone)....
Moja: Sani, kat mana?
Sani: Area Batu 5 nie, on the way balik UIA dah
Moja: Tolong blikan minyak boleh?
Sani: Boleh-boleh, 6.30 bleh ea...
Moja: Ok thanks...
.
6.30++ptg;
Tut-tut...
Msg from Moja: Ana kat restoran depan skolah teknik.
Msg ana reply: Ok ana gi sana dulu japgi.
Lepas dah jumpa Moja ngn Shahir kat kedai makan tue, ana pun menunggang la ke stesen petronas kat IPD Gombak....
.
.
Point besaq yang nak cerita kat post kali nie bermula di sini:)
.
.....So tengoh duk speeding HONDA ana tue, lebih kurang 80++km/j (yang kalau mak tau, confirm kena bebel ni), nampak la kat depan nu ada sorang abang ni duk tercokoh kat tepi jalan. Kat tengah jalan plak, ada sebuah motor aiskrim dan kalau moment tu di"pause"kan, kire macam motor aiskrim tue melintasi satu objek hitam la (nampak macam plastic hitam dari jauh). So ana nie, yang dari jarak lebih kurang 500 m dari tempat tue, dengan kelajuan purata HONDA ana tu dalam 80km/j, memang taktau la menatang apa yang duk tengah jalan tue. So dalam otak duk pikir dah, ni plastik ke nie, langgar kang mesti best nie (nakal btoi). Tapi dah dekat ngan objek tue, pikir balik, ish takyah la, ngelak jela plastik tue.
.
.....Lebih kurang 50 meters dari abang tue, motor aiskrim ngn objek tue.... Ya Allah, apesal plastik hitam nie bertukar jadik kucing plak???!!! Dahla jadik kucing, dia lari plak ke tepi yang masa tu memang ana nak lalu kut tepi.
.
Sreeettttt!!!!!!!! (bunyi geselan tayar bunga sign jenis GP saiz 80/90 HONDA ana yang baru ja ditukar awal bulan dulu)
.
.....Dalam hati nie, memang berdebar la, tapi still control macho and keep cruising at speed around 70 ana rasa. Bukan aper, sebab dengan kelajuan 80++ HONDA ana nie, kalau tayar depan terlanggar kucing tue, memang terbalik la, silap-silap makan aiskrim yang tak sempat bukak dari kotak aiskrim motor kat depan tue. If HONDA ana ni Civic, City, Accord or CRV takpa la jugak, ni sekadar EX5 ajer... Alhamdulillah, Allah masih bagi ana peluang untuk merasai nikmat mempunyai kesihatan yang baik...
.
.....Apa yang ana nak kongsi kat sini, bila jadik camtue tadi, first thing yang ana fikir, betapa hebatnya kuasa Allah menciptakan mekanisma gerak balas dalam badan manusia nie. Ana actually confius tadi, camna ana boleh amik keputusan untuk brakekan tayar motor dan tak ubah haluan motor bila nampak kucing tu lintas tadi? Benda ni jadi dalam masa lebih kurang 2 saat je. Dan dalam dua saat tadi, na'udzubillah, if Allah nak, ana boleh langgar kucing or motor aiskrim tue. The question is, why ana brake? Sebelum sampai tempat tue tadi, ana sempat tengok ada sebuah kreta nie, time lampu traffic light merah, selambe je dia tak brenti even ada kreta dari arah depan tengah lintas. Dan dia macam tak perasan ada kreta. kenapa dia tak perasan? Dan alhamdulillah kreta yang nak lintas tue sempat brake. Sekali lagi why that car brake?
.
.....Lepas beli minyak, masa on the way nak baik, teringat kat ayat Allah dalam Quran... Kalau Allah nak something tu jadi, tak payahla kita usahakan nak ngelak, mesti jadi jugak benda tue. Sama jugak, kalau Allah tanak something tu terjadi, takkan terjadi walau secantik manapun perancangan kita. So apa kesimpulannya kat sini? Adakah tak perlu buat apa-apa, tunggu ja apa Allah nak bagi?
.
.....Jangan... Islam tak ajar kita camtu kan... Lepas kita dah usaha, kita dah buat yang terbaik untuk sesuatu benda yang kita nak tue, berTAWAKKALlah kepada Allah. If Dia izinkan, ucapkan alhamdulillah dengan penuh rendah diri dan kalau Dia tak benarkan benda tue terjadi, ucapkanlah jugak alhamdulillah, mungkin Allah dah elakkan diri kita dari sesuatu yang buruk dan mungkin jugak Allah tangguhkan benda tu sampai satu masa yang paling sesuai untuk kita. Yakinlah dengan Allah!!! Allah malu kalau Dia tak dapat tunaikan permintaan hambaNya yang ikhlas berdoa, berserah dan menharap kepadaNya dengan ikhlas...
.
.
Wallahua'lam....
.
.
Pengajaran Tambahan:
1- Auzan tukarla meter minyak superbike nta tue...
2- Naik motor jangan berangan, jangan ingat orang tersayang, ingatlah keselamatan diri:P
3- Alhamdulillah Allah masih bagi peluang untuk hidup, dahla status sebagai "HAMBA ALLAH" pun masih samar-samar*, kalau balik menghadapNya tadi, taktau la camna. Astaghfirullah....
AYAT-AYAT CINTA vs. FILEM BARAT

Assalamu’alaikum…

Antum semua mesti pernah dengar kan fasal novel “Ayat-ayat Cinta”?:) Novel yang sangat popular satu masa dulu dan ana rasa ampai hari ni pun novel ni masih lagi popular sebab jalan ceritanya sangat menarik minat muda-mudi hari ni yang sangat excited fasal bab cinta nie. Dan novel nie sendiri, ramai yang komen, “It’s a good novel, sebab Habiburrahman El-Sherazi promotekan cinta yang berlandaskan syariat”. Ada jugak yang cakap, “Ah, novel is still novel, novel tetap melalaikan tak kira apa pun yang nak di bawak dalam novel tue”, antara yang komen camni, ana sendiri la sebab before this ana pernah jugak terkena penyakit ketagih novel nie. So bila dengar ja novel, tak kira la thriller ka, romantis ka, semua “for me” melalaikan la masa tu. Astaghfirullah, cepat sungguh buat andaian tanpa menyelidik masa tu. Dan actually sekarang pun, if ana start baca, tak kira la novel ka, buku agama ka, memang susah nak tinggal sebab tak sabar nak tau apa cerita lepas tue. Tambah-tambah la plak penulis buku tu suka sungguh bagi orang yang baca teringin sangat nak tau apa yang akan berlaku dalam bab seterusnya.

Anyway, kali ni ana nak komen skit fasal filem “Ayat-ayat Cinta”, yang dah jadi box office kat Indonesia dan sedang dipasarkan dengan agak "liat" kat Malaysia nie. Bila filem nie mula-mula kedengaran di mulut-mulut sahabat-sahabat ana dulu, memang ramailah yang nak tengok, especially yang dah baca novelnya. Termasuk la ana, sebab for me, lepas baca novel tue, banyak jugak la pengajaran yang dapat, especially dalam hal mu’amalah dengan orang lain jantina nie. So, bila release ja filem nie, dan dalam internet jugak boleh download, macam-macam la komen yang di dengar. Ada yang cakap, “Huh, tak best pun, tak thiqah macam dalam novel pun!!”, ada jugak yang cakap, “Jalan cerita lari, dalam novel takdak pun macam tue!!”. Macam-macam la, dan masa ni ana masih lagi duk cari filem ni dari kawan-kawan sebab nak tau jugak, best sangat depa komen, apa dah jadi sebenarnya.

Alhamdulillah, sempat jugak ana tengok filem nie. Bila dah abih tengok tue, terfikir jugak, “Eh apasalnya ngan filem nie, macam ok ja”. Kalau nak compare ngan filem Malaysia hari ni, Ayat-ayat Cinta lagi baik, at least ada jugak message Islam yang nak disampaikan dalam filem tu walaupun tak 100% ikut macam novel yang ceritanya memang sangat-sangatlah syadid. Maybe ada yang kata, eh bagus ka bila pelakon dia tak pakai tudung? Takkan si Fahri boleh tengok aurat si Aisya dalam filem tue, depa ni betul-betul dah kawin ka? Ramai actually yang komen camnie. Ana taktau kenapa mereka komen macam nie, maybe sebab mereka dah baca novel tue, then kecewa bila cerita tu tak ikut macam novel. Or memang sikap sesetengah orang macam tue, bila usaha orang Islam ja, ada ja yang tak kena. Tapi bila tengok spiderman ka, batman ka, transformers ka, takdak komen plak, tapi puji lagik. Tang adegan-adegan yang tak sepatutnya kita sebagai Muslim tengok dalam filem-filem non-Muslim tue, takmau komen plak erk? Tang ada scene dalam church dalam filem-filem Jepun, Korea dan American, takmau komen plak kalau-kalau filem-filem tu boleh lemahkan iman dan akidah kita. Dengan senang hati plak kata, kita kena hormati agama lain. Ok fine, memang kena camtue. Tapi sampai mana nak hormat tue, sampaikan budak-budak pun boleh hafal dah lagu yang main dalam church? Fasal hukum ni, ana takmau komen, ni bab lain.

Apa yang ana nak katakan kat sini, firstly, jom la pakat-pakat berenti tengok cerita-cerita Yahudi dan Nasrani ni dan cuba kita sokong filem-filem yang nak promote Islam. Pernah dengar kan fasal ghazwul fikri (serangan pemikiran). Antara cara-cara Yahudi dan Nasrani nak hancurkan umat Islam, mereka masukkan unsur-unsur yang boleh melemahkan umat Islam melalui jalan-jalan hiburan camnie. Kalau tengok filem-filem America or English harini, semuanya mendedahkan aurat secara berlebihan dan memang bagi ana sangat-sangat melalaikan. Even dalam iklan yang nak promote filem tu dalam TV sekalipun, adegan yang tak elok tu mesti ada jugak untuk attrack penonton tengok adegan-adegan tu dalam filem mereka. Tak sedarkah kita? Tak pulak kita kutuk filem-filem nie, tapi sokong lagi, promote abih kat kawan-kawan kata filem ni best la, dan yang lagi best ada yang bagi alasan, “Aku tengok ni sebab nak improve English ja”. Betol ka? Ana tak tuduh, if betul tak pa la, tapi if ada udang disebalik mee, taktau la.

Dan lagi jelas untuk tunjukkan bahawa apa yang kita tengok tu salah, kenapa sesetengah orang, bila tengah tengok filem-filem America tue, then bila kawan dia yang kaki masjid datang bilik, terus tutup! Why? Why tutup? If nak improve English, awat takmau ajak sekali kawan yang datang tadi tu, boleh tambah ilmu sama-sama. Tapi dak, kita rasa malu sebab filem tu ada scene yang tak elok. Kat sini soal “nifak” mungkin kita boleh sentuh sikit. Adakah kita malu bila orang tengok, tapi kita tak malu bila tengok sorang-sorang dan masa tu, Allah duk tengok kita? Kita berlakon baik depan manusia, tapi dengan Allah tak malu pulak. Kadang-kadang tu, orang yang dihormati dengan kefahaman agamanya pun boleh terjerat jugak dengan benda nie. Ni la kadang-kadang kita lupa, bila teknologi dah maju sangat, sampai senang-senang nak dapat filem-filem baru kat internet or LAN, kita lupa Allah sentiasa duk tengok kita. Buat apa nak cover malu depan manusia, sedangkan dengan Allah, kita tak malu nak buat dosa or lebih jelas lagi, zina mata tue. Ha pasnih nak buat dosa jangan malu la maknanya eh? Bukan macam tue, ana rasa budak tadika pun boleh faham ayat ana kat atas tadi, so, tepuk dada, tanyalah iman.

Ana rasa cukup la kut untuk kali ni, takmau taip panjang-panjang, cuba muhasabah balik ada kita duk buat lagi benda-benda nie. Semak balik, kenapa dua tiga hari ni, susah nak solat subuh kat masjid, susah nak baca Quran, susah nak bangun qiam, check tengok. If ada, cuba semak balik aktiviti harian kita. Kadang-kadang kita hairan, awat susah sangat aku nak bangun qiam, susah la nak jaga subuh on time, susah dan berat nak berjemaah kat masjid, padahal kita tak sedar, banyak benda yang kita tak jaga dalam hidup kita terutamanya yang boleh melemahkan jiwa Islam kita. Teringat kat satu hadis yang lebih kurang maksudnya, Allah kata hambaKu menangis dan sangat mengharap dalam doanya untuk aku maqbulkan, tapi Allah kata, macam-mana aku nak maqbulkan sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram ila akhir… Cuba relatekan tengok dengan kita, macam-mana nak istiqamah dengan ibadat kita sedangkan banyak benda yang berdosa yang kita duk buat hari-hari. Na’udzubillah…

Ana mohon maaf banyak-banyak kalau kata-kata ana mungkin menyakiti sahabat-sahabat ana, honestly, ana tak tujukan dan ana tak bayangkan sapa-sapa, cuma ana nak sama-sama kita muhasabah balik amalan kita. Moga Allah sentiasa memberikan hidayahNya kepada kita dan moga Allah gagalkan segala rancangan kita untuk hampir kepada perkara zina dan maksiat. Amennn....

Wallahua’lam….

p/s: Mungkin ada yang berpendapat, tak payah tengok langsung la cerita-cerita apa pun, lagha semuanya. Novel pun, jangan duk baca la novel apa pun. Ana setuju, if mampu, kita kena jauhkan benda-benda nie. Tapi dalam zaman sekarang, yang sememangnya kita dihidangkan dengan benda yang sangat teruk, at least dengan kehadiran novel-novel pembangun jiwa ni dapat jugak kembalikan at least seorang yang tak menjaga mua'malahnya kepada seorang yang agak menjaga pergaulannya. Mudah-mudahan slow-slow kita boleh kembali kepada kefahaman Islam yang sebenarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...