29 Ogos 2008

HOW THEY CAN FLY...

.
Posting kali ni adalah kesinambungan dari post yang sebelum ni berkaitan dengan prinsip penerbangan. Ana yakin ada yang akan cepat bosan dengan post kali ni sebab mungkin tak berkaitan dengan minat antum dan apa yang antum belajar sekarang. Tapi sebab ada yang berminat nak tau macam mana kapal terbang boleh terbang secara teknikalnya, ana postkan jugak sambil-sambil tu ana jugak boleh ulangkaji subjek Principle of Flight yang ana belajar sem ni.
.
Okeh, seperti yang ana bagitau sebelum ni, tanpa enjin dan sayap, secara teorinya kapal terbang tak mampu untuk terbang hanya dengan fuselage atau badannya saja. So apa sebenarnya hubungkait dan fungsi yang dimainkan oleh sayap dan enjin ni yer. InsyaAllah ana cuba terangkan dalam posting kali ni.
.
Kita akan ambil pesawat komersil sebagai contoh untuk kali ni sebab pesawat jenis ni yang kita biasa guna dan tengok kan? So dalam penerbangan komersil, pesawat tu akan deal dengan 4 jenis daya iaitu daya tujah (thrust), daya seretan (drag), daya julangan (lift) dan berat (weight) kapal terbang. Daya-daya ni pulak dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan mendatar dan kumpulan menegak. Thrust dan drag berada dalam kumpulan mendatar manakala lift dan weight berada dalam kumpulan menegak.
.

.

Untuk memahami bagaimana empat daya ni bekerja, kita ambil satu situasi pesawat komersil yang kita guna hari ini, contoh kat atas ialah Boeing 747.

Sebelum penerbangan, bila pesawat dah bersedia untuk terbang, pilot akan tingkatkan thrust enjin pesawat tu ke tujahan yang maksima untuk menggerakkan pesawat. Bila pesawat mula bergerak atas landasan, thrust dan drag akan memainkan peranan iaitu thrust akan memberi tujahan ke belakang yang akan menggerakkan pesawat ke hadapan dan drag akan memberi halangan kepada pergerakan itu bergantung kepada saiz pesawat tersebut. Sebab tu, enjin perlu dimaksimakan tujahannya untuk melawan drag ini.

Dalam masa ni jugak sebelum pesawat mula terapung, pilot akan turunkan flap, iaitu satu bahagian pada sayap untuk meningkatkan keluasan sayap pesawat. Pentingnya sayap yang luas adalah untuk memberikan lebih lift atau julangan kepada pesawat tersebut untuk melawan berat muatan dan badan pesawat tersebut. Kita akan mendengar flap ini diturunkan ketika kapal terbang ingin berlepas dan bagi yang duduk ditepi tingkap berdekatan sayap, antum boleh nampak flap ni diturunkan. Seandainya pilot lupa untuk menurunkan flap ni, besar kemungkinan pesawat akan terhempas atau melanggar block di hujung landasan kerana tidak cukup daya untuk mengangkat berat pesawat tersebut. Dan bila pesawat sudah berada di udara, flap akan kembali ditutup untuk mengurangkan drag yang dihasilkan oleh flap ini.

Dan bagaimana boleh terbang, ana dah ceritakan sedikit dalam post prinsip penerbangan sebelum nie. Prinsip yang digunakan adalah prinsip Bernoulli yang kalau nak diceritakan, panjang lagi jadinya. Yang kita kena faham, bila pesawat dah bergerak dengan laju, tekanan tinggi akan dihasilkan dibawah sayap dan tekanan rendah akan dihasilkan dibahagian atas pesawat. Hasilnya, tekanan tinggi tu akan mengangkat sayap dan badan pesawat ke udara. Sebab tu keluasan sayap ditambah dengan flap supaya daya yang lebih besar dihasilkan untuk menampung berat pesawat.

Basically, inilah yang berlaku ketika bagi penerbangan komersil. Dan tugas seorang pilot sebenarnya paling kritikal waktu berlepas ni dan jugak waktu mendarat. Bila kapal terbang dah terbang, pilot hanya setkan kawalan automatik kapal terbang untuk kekalkan ketinggian, kelajuan dan arah tuju pesawat tue. Bila dah dekat nak sampai airport tempat tujuan pesawat tue, baru pilot akan ambil alih kawalan dan lakukan pendaratan. Mudah kan kerja pilot... Tapi sebenarnya kerja yang mudah ni amat berisiko untuk dilakukan. Tersilap langkah sikit, terhempaslah pesawat tue. Dan bila terhempas nie, kalau pilot masih hidup, dialah yang akan dipersalahkan walaupun bukan salah dia yang menyebabkan pesawat tu terhempas.

Satu perkara lagi yang agak penting dalam sistem penerbangan nie, kapal terbang sememangnya dicipta untuk boleh meluncur walaupun tanpa kehadiran enjin. So kalau enjin mati atau rosak, pilot masih boleh kawal pesawat tu sampai mendarat. Jadi janganlah panik kalau enjin pesawat yang antum naik tu rosak. Selagi sayap depan dan belakang serta pengimbang menegaknya masih elok, insyaAllah pilot masih boleh mendaratkan pesawat tue. Setakat yang ana belajar, inilah serba sedikit, macam mana sesebuah pesawat boleh terbang. Statistik menunjukkan, kapal terbang merupakan pengangkutan yang paling selamat di dunia berbanding pangangkutan lain. Ini merupakan satu fakta yang benar, tapi perlu diingat, sekali kapal terbang terhempas, jumlah kematian tu lebih dari sepuluh kali jumlah kematian kemalangan lain. Tapi perlu diingat jugak, apa jenis pengangkutan pun yang kita guna, kalau dah ajal, jangankan naik kapal terbang, naik basikal pun boleh berlanggar kan. Hanya kepada Allah lah kita berserah:)

.

Wassalam...

.



26 Ogos 2008

ANTARA EMOSI DAN RASIONAL

.
Assalamu'alaikum...
.
Antara emosi dan rasional, yang mana lagi penting yer? Kalau ditanya kepada akhwat, mesti jawapannya emosi, sebab they already know that women are emosional than men. Tapi kalau tanya pulak kepada ikhwah, for sure jawapannya rasional, sebabnya sama jugak, they also know that they are more rasional than women. It's true?:) Sorry la buat kontroversi skit untuk posting kali ni. Tujuan ana menulis fasal nie, just nak wujudkan satu perbincangan berkaitan soal emosional dan rasional nie yang kadang-kadang, dua hal yang berkaitan dengan perasaan dan akal ni jarang dititik beratkan yang akhirnya menimbulkan rasa tak puas hati bila buat kerja. Setuju atau tidak, inilah realitinya, seringkali ana mendengar dari ikhwah, "alaa akhwat ni emo la buat kerja!!" dari ikhwah, bila akhwat sangat-sangat risau dan bimbang bila sesuatu program tue macam lambat progress kerjanya. Akhwat pulak, "Eish ikhwah ni buat kerja main-main la, program nak start esok, tak confirm lagi barang-barang!!". Tapi bagi ikhwah, "alaa rileks la, jangan emos-emos, kita buat kerja relaks-relaks la..."
.
Sedar tak sedar, memang itulah sifat kedua-dua jantina nie, yang satu sangat-sangat risau, yang satu lagi selamba jer buat kerja. So which one better?:) Ana yakin sampai point nie, almost yang tak pernah fikir soal nie akan jawab, "eh rasional la ok, rileks2 jerla", bagi ikhwah, dan akhwat "Eh emosional la penting, tengok, kitorang lebih berjaga-jaga dan kerja siap awal". Bagi yang dah faham, mesti senyum je sekarang:)
.
Tapi kan, before we go further, eh betul ker yer akhwat lebih emo, dan ikhwah ni rasionalnya lebih? Berdasarkan pemerhatian so far, memang macam tue, kebanyakannya la. Dan ikhwah memang sangat selamber kalau buat kerja, projek besar baru dapat harini pun, dia boleh setuju lagi untuk run esoknya. Dan yang risaunya, akhwat la. Betul ke tak yer? Dari kajian psikologi, yang ana dengar dari Dr Fazilah dan jugak beberapa orang ustaz, memang kebanyakannya akhwat lebih beremosi dan ikhwah lebih rasional dalam tindakannya.
.
Kita ambil satu contoh. Dari segi pekerjaan, kenapa ikhwah lebih sesuai dan banyak tercampak ke bidang-bidang yang lasak-lasak macam tentera ke, panjat pokok ke, memburu ker...Kenapa? Dan akhwat pulak, kenapa mereka lebih sesuai bekerja dalam bidang yang bermain dengan emosi dan perasaan macam jadi cikgu tadika ke, pengasuh budak dan seumpama dengan itu? Sebenarnya taqdir dan perancangan Allah, akhwat sememangnya diberikan emosi atau perasaan yang lebih untuk bekerja dalam bidang-bidang ni dan ikhwah pulak, mereka diberi pemikiran yang rasional untuk bekerja dalam bidang-bidang mereka. Contohnya berburu. Masa nak membidik senapang atau panah tue, ikhwah atau lelaki yang rasional, takkan memikirkan kesian kat binatang tue nanti sakit ker, anak-anak binatang tu nanti takda tempat untuk bermanja dan nanti siapa nak jaga anak-anak binatang tu. Tapi akhwat, bila bermain dengan perasaan, dia akan fikir semua nie, silap-silap boleh menitis air mata sebab tak sanggup nak bunuh binatang tue. Ni advantage ikhwah bila mereka lebih rasional.
.
Bagi akhwat pulak, emosi atau perasaan yang lebih yang mereka ada nie, sebenarnya satu advantage bagi mereka untuk berjaya dalam mendidik anak-anak dan seumpamanya. Contohnya, kita ambik situasi nie, sebuah keluarga yang baru dapat anak sulung. Lepas tu pulak, baby diorang ni asyik nangis je malam-malam nak minum susu. Bagi yang bapak, kebanyakannya susah nak bangun. Dalam hati mungkin fikir, "ish budak nie nangis kuat betul, selotape mulut tu karang!!". Tapi bagi ibu, dia akan bangun tengok-tengokkan baby tu sebab dia kesian kat baby tue. Dan kalau kita tengok kat tadika-tadika pun, kebanyakan cikgu-cikgunya adalah akhwat, jarang ada ikhwah jadi cikgu tadika. Ada seorang ustaz nie cakap, seorang cikgu tadika perempuan, sama dengan dua orang cikgu tadika lelaki. So disinilah kelebihan perasaan atau emosi sebenarnya.
.
Betul atau tidak, antum boleh tengok sendiri. Pengalaman ana sendiri, yang terbaru. Ana duduk dalam satu majlis yang speakernya tu bawak anak saudara dia datang sekali hari tu. Masa dia bagi talk nie, anak saudara dia ni punyala nakal, kejap tarik baju dia, kejap panjat stage pastu lari kebelakang, kedepan pulak. Bagi ana dan ikhwah-ikhwah lain, "ishh budak nie nak buat camna eh, kena cubit nie, baru diam nie!!". Dalam duk fikir-fikir tu, turun sorang akhwat ke depan dan dia cakap apa tah, then budak ni tadi ikut dia ke belakang. Taktau la apa dia cakap, nak bagi makan karipap ke apa tah. Takpun ajak gi beli pistol air ker. Tapi masa nie, ana rasa lawak dan pelik jugak la, memang orang perempuan ni sesuai la bab-bab mengasuh budak nie. Ana memang surrender la kalau suruh mengasuh budak, kalau setakat dukung budak under two years ok la skit if dia tak nangis:)
.
So nampak tak advantage dan disadvantagenya emosi dan rasional nie? Apa kesimpulan yang kita boleh buat sekarang? Ana buat posting kali ni bukan bertujuan untuk condemn yang emos dan jugak bukan untuk condemn yang rasional. Tapi ana cuma nak kita semua appreciate kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mudah-mudahan lepas ni kita takda la nak gaduh-gaduh dan buat muka kelat lagi bila buat program. Bagi ikhwah terimalah kelebihan akhwat yang lebih beremosi dari kita, sebab dengan emosi yang lebih ni lah, melengkapkan kerja-kerja yang kita rasa boleh ditangguhkan dan last-last tak terkejar nak buat. Bagi akhwat pulak, terimalah kenyataan yang ikhwah memang rasional dalam berfikir yang kadang-kadang akhwat rasa benda tu tak praktikal, tapi ikhwah tetap boleh perform walaupun last minute. Kedua-dua pihak cuba faham kelebihan dan kekurangan masing-masing dan perahlah jus-jus kelebihan tu untuk kebaikan dan kejayaan kerja dan usaha da'wah kita.
.
.

Wassalam...
.
.

Tambahan: Apa yang ana sampaikan ni bukan satu fakta untuk diguna pakai untuk semua keadaan, tapi secara kasarnya dan keputusan kajian sama ada survey atau sesi kaunseling yang dilakukan oleh pakar-pakar motivasi, memang menunjukkan keputusan macam nie. So ana mohon maaf kalau apa yang ana sampaikan ni berlawanan dengan sifat antum. Wallahua'lam....

20 Ogos 2008

HIGH RISK OF FAILURE STUFF, BUT SAFEST IN THE WORLD...

Complicatednyer...

.
Assalamu'alaikum...
.
Hmm actually sekarang tengah study subjek Principle of Flight, then sampai kat part nie, tengok gambar nie, teringat apa yang Dr. Ali Ja'afar cakap fasal engin nie. Cuba antum tengok, bagi yang taktau, inilah salah satu jenis enjin yang digunakan oleh Boeing, Airbus dan lain-lain pesawat komersil untuk menghasilkan tujahan. Kalau antum perasan, yang tersangkut kat sayap kapal terbang macam sarang tebuan tue, inilah apa yang ada didalamnya. Kita tengok dari luar, nampak sarang ja kan? Bila dibuka, nah, lebih dari 200 komponen digabung untuk menggerakkan sebuah kapal terbang.
.
Bila ana sebut "lebih dari 200 komponen digabungkan", apa antum boleh bayangkan dengan statement ana ni. Hmm dalam engineering, lagi banyak komponen dalam sesebuah enjin tue, lagi tinggi peratus kegagalan dia. Dan enjin kepal terbang nie, kalau dia gagal berfungsi masa terbang, innalillah, hanya Allah lah tempat bergantung. Dr Ali sempat jugak buat lawak masa kelas haritu, masa nak naik kapal terbang dengan family dia, dia pesan kat wife dan anak-anak dia, "Let's say La'ila haillah first!!". Heheh, nilah satu masalah orang belajar aerospace, dia faham dan tahu apa potensi kegagalan enjin nie, then bila masa nak guna, memang agak bimbang la.
.
Berbalik kepada kegagalan engin nie, so apa yang ana cuba nak sampaikan yer? Ana rasa sahabat ana yang baca artikel ni semua boleh teka dah apa yang ana nak sampaikan. Yes, bila kita terbang, kita sebenarnya 100% berngantung nasib kat Allah sebab macam ana cakap tadi, engin kapal terbang nie, walaupun hanya satu komponen rosak, let say bilah turbine dia tue pecah atau patah, memang mati la enjin tue. Lepas dah stop engin nie, memang nyawa kita di tangan Allah jerla.
.
Ana teringat cerita seorang Tan Sri nie, subhanallah, diceritakan kat ana, dia ni memang seorang yang sibuk, dia ni CEO sebuah syarikat telekomunikasi kat Malaysia. Tapi dia sempat hafal 30 juzu' Quran dalam masa duk sibuk tue. Pelik kan? Bila ditanya, masa bila dia duk menghafal nie. Jawapannya, dia hafal masa naik kapal terbang. Alhamdulillah, Allah anugerahkan rezeki untuk dia, kalau ada urusan kerja yang jauh, dia ada personal jet untuk ke sana. So katanya, bila naik kapal jet jer, dia takkan bukak sebarang benda yang berkaitan dengan kerja. Tapi dia bukak Quran dan hafal. Alasannya, bila dalam penerbangan tue, pergantungan dia hanya dengan Allah, obviously la. Maybe ada yang kata, naik kereta pun kita dengan Allah jugak. Tapi ana nak ceritakan kat sini, zahirnya kita akan lebih berserah 100% nasib hidup mati kita kat Allah bila naik kapal terbang. Alhamdulillah kita ada Muslim professional yang fikir mcam nie.
.
So pendek je kali nie, sebab nak sambung study balik, japgi ada meeting plak... Pengajarannya, sentiasalah ingatkan diri kita bahawasanya Allah lah tempat kita bergantung, tak kiralah naik kapal terbang ker, naik kereta ker, all the time kita sememangnya bergantung kepada Allah yang menentukan apa akan terjadi kat kita. Kadang-kadang kita nie, macam tak sedar status "hamba" kita nie, kita rasa kita tak perlu bergantung kat sapa-sapa bila kita senang. Betulker? Wallahua'lam, jom cuba check balik amalan kita. Sedih kadang-kadang bila tengok orang solat macam nak tanak jer, seolah-olah Allah nak sangat kita solat dan sujud kat Dia. Padahal kita ni yang memerlukan solat tu, Allah tak rugi pun. Astaghfirullah, Ya Allah ampunkan segala kelalaianku selama ini...Ameennn...
.
.
Wassalam....
.
.
FK: Maafla yer, since I'm taking aerospace, banyak contoh main kut kapal terbang jer:P

17 Ogos 2008

"Akak Kandung Ye???"


Assalamu'alaikum warahmatullah...
.
.
Firstly, antum semua boleh teka tak apa yang ana cuba nak sampaikan bila ana letak tajuk "Akak Kandung Ye???"
.
Actually, the story was began last year, lama dah, then semalam timbul balik after more than five months dah ana cuba elakkan diri. Eh elakkan diri dari apa nih? Ehe belum masuk tajuk sebenar lagi. Anyway it is about "kakak angkat" or can be related jugak la to "adik angkat", abang angkat", "baby boy", apa-apa ja la yang berkaitan. Dan semestinya semua istilah ni tak pernah wujud dari lidah Rasulullah SAW. If "anak angkat", "bapak angkat" dan "mak angkat" kita tahu memang ada, tapi semua yang kat atas, taktau la datang dari mana.
.
Okeh, the story is, last year, ana di"sms" oleh orang yang ana tak kenal, zahirnya kes salah number yang ana rasa boleh diterima la sebab ana guna U-pack. Masa ambik tu pun, memang number dia berturut-turut, if mine 7380, belakang ana 7381, 7382 dan seterusnya la..If ja.. So this person cakap dia maybe salah number. Ok la, ana reply, takperla, tak kisah. Then, dah salah number tue, datang pulak, "Eh kalau bukan XXX, nta ni saper yer?" Ehee dah salah number takperla, buat apa nak tau ana saper plak. Ntah fikir aperla masa tue, sebab ana pun tengah duk sibuk borak dengan kawan, so reply jerla dengan ringkasnya, "sani, engin uia". Then dapat lagik, "Owh ana XXXX course XXX XXX" (eheh banyak sungguh X). Okla, dah malas dah nak layan, ni bukan salah number nie, macam nak menyalahkan number ja.
.
Then lepas lebih kurang five to six month tue, ada la jugak sms ala tazkirah, but alhamdulillah, ana berjaya ignored dan terus delete tanpa menimbangkan nak balas ke tak. Dan lepas tu alhamdulillah ada sesi mendelete number-number tak kenal dan tak perlu ada dalam handphone, number yang silap ni pun didelete sekali. But last night, ana dapat number yang tak kenal lagi, tanya khabar dan dah tahun berapa. Eh siapa nie, ayat dia macam kawan ana jer, so reply..."Alhamdulillah sihat, dah tahun 3 sekarang. Ni siapa yer?". Then she/he (masa ni taktau ikh or akh lagi) reply, "dah delete no akak ye...xpela...ismi XXX yang salah no. haritu. Akak nak dah nak convo XX ni" Adeyh, akak ni lagi... Then "owh, sorry la, ana terdelete kut ritu. Owh yer ke, akak ana pun convo gak 24 nie" Then, "Owh akak kandung eh?" Hehe actually the point is here (sorry citer panjang-panjang, bak kata Mr President Nik, nanti tak faham!!)
.
Bila ditanya akak kandung eh? Ana macam nak tergelak, abih tu, kakak aper lagi. Ni mesti ingat kakak angkat nie:) So dengan bangganya, ana reply, "Ada, the only elder sister I have!" Tersuratnya I'm trying to say that I have only one elder sister and tersiratnya, I'm not interested in having "step" sister or something similar to that name. Bak kata sahabat ana dari Penang, bila dia diajak buat program anak angkat, "Nihh!! Mak ayah aku pun tak larat nak jaga, nak pi angkat mak ayah lain pulak. Pastuh satgi duk ghaplah (merapu) ngan adk angkat apa benda lagi!! Nih, adik-adik aku pun aku takdan nak jaga lagi". Hehehe satu alasan yang agak kukuh, aku sokong hang Irsyad!!!!:)
.
Ana faham, ada yang akan cakap. Ala anta boleh la, anta ada complete set, anta ada abang, kakak, adik lelaki, adik perempuan. Macam kami nie, kena pulak yang tunggal, dimana kami nak dapat kasih sayang seorang adik? Ceceh, ayat menyentuh hati nie. Okeh, find me one hadith or any verse from Quran yang bagi benda ni, then ana sendiri akan promotekan:) Gurau ja... But, tu la, just like kes couple, cuba la sabar skit dan terima kebenaran yang Allah Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita. If dia taqdirkan kita anak tunggal, terimalah bahawa itu adalah yang terbaik untuk kita. Entah-entah kalau kita ada adik beradik banyak, bergaduh pulak ke apa ke kan. So, just say Alhamdulillah, Dia dah buat perancangan yang paling baik untuk kita:)
.
So, alhamdulillah, after that "bangga" message, ana tak dapat reply lagi until now (11.33 am, sunday) and hopefully ana tak dapat lagi sms macam nie. Hmm kenapa eh ana cerita benda nie, nak bagi orang ingat ana ni best sangat ka sampai orang nak sms ana? Actually ana nak wujudkan satu barrier, untuk tanak terima anything like this lagi. Honestly I'm not strong enough to protect myself from this kind of test. Since my handphone will be in my side averytime, then bila sms datang, baca la kan, mana tau saper. So I hope by writing this, ana akan lebih kuat untuk tak balas message yang "tak perlu" lagi. Dan untuk kawan-kawan dan sahabat semua, kalau tukar number tue dan yang memang tau ana tak penah ada number antum tue, tak payah la buat lawak nak berkenalan ke apa ke, membazir kredit ja. InsyaAllah I'll try to not entertain any sms yang bukan soalan, bukan nak mintak tolong dan yang "tak perlu".
.
'Afwan kalau ada yang terasa dengan entry kali nie, ana fikir banyak kali nak post ke tak, tapi untuk kesihatan HATI ana sendiri, ana perlu postkan entry nie. Wallahua'lam, moga Allah jauhkan kita semua dari perkara sia-sia, ma'siat dan zina...Amennnn....
.
.
Wassalam....
.
.
FT: InsyaAllah I'll see my kakak kandung dapat ijazah 24 Ogos ni:) Mubaarakah ya Ukhti, Inni Uhibbuki Fillah...And I'm going to be with my parents yang sangat-sangat dirindui hujung minggu ni... To Auzan, sorry la ana amik cuti Ahad depan yer:p
.
.
.

12 Ogos 2008

.
PRINSIP PENERBANGAN: ANTARA REALITI DAN TEORI
.
.
Masuk ke kelas Principle of Flight (PoF) 8.40 pagi tadi, ana dapat rasa satu sense yang agak baik bila tengok muka lecturer untuk fasa kedua kelas PoF nie. Sebelum nie, kami cuma didedahkan dengan satu bahagian dari anatomi sebuah kapal terbang yang menyebabkan ia terbang, iaitu sayap atau wing. Lebih dalam lagi dalam fasa 1 kelas PoF ni, kami lebih didedahkan dengan prinsip aerodynamic yang teorinya, kerana adanya aerodynamic, sebuah kapal terbang akan terbang di udara. Tapi jujurnya, sejak mula-mula nak apply majoring aerospace nie, hati ana asyik duk argue ja dengan otak (teori) sebab dua semester lepas, ana buat sikit kajian macam mana kapal terbang boleh terbang untuk pembentangan kelas Bahasa Melayu Kerjaya. Apa yang menyebabkan otak dan hati ana berbeza pendapat nie, adalah bila ana jumpa ayat dalam surah al-Mulk nie:

Untuk makluman semua, ayat 19 dari surah al-Mulk ni boleh dikatakan sebagai ayat popular la dalam bidang aerospace nie. Kalau ayat 4 surah As-Saff menjadi dalil mengapa kita perlu berda'wah dalam berjemaah, ayat 19 surah al-Mulk ni bagi ana sendiri, menjadi dalil mengapa ana memilih untuk buat pengkhususan dalam aerospace nie. Ana nak mengkaji dengan mendalam lagi teknologi penerbangan yang ada hari ni dan teknologi penerbangan yang Allah ciptakan yang sememangnya apa yang ada hari nie, tak dapat menandingi apa yang Allah buat, iaitu burung.

Berbalik kepada ayat kat atas, kita boleh faham, burung terbang, dengan mengembangkan sayapnya dan mengatupkan sayapnya. Dan lebih penting kita kena faham, burung boleh terapung diudara tu pun, sebab Allah tahan dia supaya tak jatuh ke tanah. Ishh, kalau nak compare dengan apa yang ana belajar dalam kelas, macam langit dan bumi la perbezaannya tue.

Dalam kelas, ana diterangkan, sayap atau wing lah yang menyebabkan sesebuah kapal terbang boleh terbang. Adala konsep-konsepnya, Bernoulli la, aerofoil la dan macam-macam lagi. Dan kapal terbang nie, untuk terbang, ia perlukan halaju yang tinggi untuk menghasilkan daya angkat (lift) untuk mengangkat kapal terbang tu ke udara. Ni konsep yang umum yang diterima hari ni. Tapi dikalangan saintis dan jurutera aeroangkasa dan aeronautika, konsep ni sebenarnya boleh disanggah balik.

Cuba fikir, awan takda sayap pun boleh terbang, belon udara panas takda sayap pun boleh terbang, roket takda sayap pun terbang. So teori sayap dah agak goyah. Dalam kelas tadi pulak, Dr Mohamed Ali cakap, engin sebenarnya yang menyebabkan kapal terbang boleh terbang. Dia cakap, wing tu sendiri, kalau takda engin, tak boleh terbang. Logik jugak, bila ditanya tadi, ana jawab, "depends on the aircraft" sebab roket, dan sesetengah fighter aircraft macam Harrier, hanya guna engin trust untuk terapung dan terbang. Dan Dr jawab tadi, "Wing without engin, like a dummy". Kenapa? Sebab macam ana cakap kat atas, wing sendiri, untuk terbang memerlukan halaju tinggi untuk mewujudkan tekanan tinggi di bawah sayap untuk mengangkat badan kapal terbang tue.

Kat sini, ana makin seronok belajar dalam kelas tadi, sebab Dr macam sama pemikiran ngan ana, apa sebenarnya yang menyebabkan kapal terbang boleh terbang. Dan sekarang, wing dah boleh ditolak secara logiknya. Dari segi teori, untuk menyatakan asbab, mungkin kita boleh guna.

Apa yang ana boleh buat kesimpulan tadi, engin adalah punca utama sesebuah kapal terbang boleh terbang. Dan burung sekalipun, burung tetap menggunakan engin untuk terbang. Bezanya engin burung dan engin kapal terbang ialah, teknologi burung jauh lebih tinggi dari teknologi engin kapal terbang. Cuba bayangkan, seekor burung hanya perlukan seekor ikan untuk migrate sejauh 4000 km. Tapi engin kapal terbang, memerlukan beribu-ribu gallon kerosin untuk terbang sejauh tu. Dan lagi canggih, engin burung ni boleh mengekstrak tenaga dari ikan yang ia makan tu. Subhanallah...

Tengok pulak kat landing gear (roda kapal tebang dan kaki burung). Kaki burung, mendarat berapa kali pun, tak perlu ditukar, tak pernah haus dan siap boleh tankap ikan lagi. Tapi landing gear kapal terbang, rodanya setiap dua kali mendarat dah kena tukar. Silap-silap, masa nak mendarat, tekan button landing gear, tanak turun pulak. Terus terhempas.

Dari segi navigasi pulak. Burung tak perlukan radar pun. Tapi kapal terbang perlukan radar. Harini secanggih mana pun radar, ada jugak kes kapal terbang berlanggar, pastu bila hujan lebat, tak dapat landing dan berlepas. Tapi burung, ana tak pernah dengar tragedi burung berlanggar sesama sendiri, kes burung terhempas lagi la takda. Yang ada pun, bila manusia-manusia yang jahil duk tahan pukat nak jerat burung. Dan lagi canggih, sistem navigasi burung nie, langsung takda kesan radiasi yang boleh menyebabkan barah dan sebagainya. Nampak tak, betapa tingginya teknologi seekor burung, hasil ciptaan Allah. Subhanallah...

Sebagai kesimpulan untuk post ana kali ni, jom kita sama-sama memerhatikan ciptaan hebat Allah yang ada disekeliling kita sekarang nie. Dan apa-apa yang kita buat, pastikan kita sedar, kita selesa, selamat, adalah kerana jagaan Allah. Contohnya naik kapal terbang, bukan sayap yang menyebabkan kita terbang, bukan engin yang memastikan kita terapung tue, tapi Allah yang menahan kapal terbang tue dari jatuh. Yakinkah kita hari nie, kejadian kapal terbang terhempas yang duk jadi tue, adalah sebab kegagalan engin, hilang kawalan dan sebagainya? Mungkin hanya asbab untuk menjaga emosi manusia, tapi sebenarnya kita perlu yakin, kejadian tu adalah diatas kekuasaan Allah untuk memberi pengajaran kepada manusia. Sepertimana firman Allah:

Bila membaca ayat nie, jangan pulak kita menyalahkan Allah jika kita diuji dengan musibah. Allah tak zalim macam yang kita fikir. Tapi cuba semak balik, mengapa kita diuji dengan musibah tu. Ana agak terpegun bila tengok dokumentari-dokumentari fasal kejadian kapal terbang terhempas nie. Selama yang ana tengok, kebanyakan yang terhempas tu adalah penerbangan-penerbangan Eropah dan Amerika yang majoriti penumpang pesawat tu adalah bukan Islam. Tapi kan, sejak jemaah haji mula ke Mekah dengan pesawat, tak pernah pun dengar ada yang terhempas (setahu ana la). Kita perlu fikir balik kat sini, mengapa jadi macam tu. Even pesawat yang membawa jemaah umrah pun, jarang yang terhempas walaupun setiap tahun lebih dari 100 penerbangan yang dibuat. Bukan saja kejadian pesawat terhempas, untuk setiap musibah yang berlaku, kita perlu semak balik, apa kesalahan yang kita dah buat selama nie. Firman Allah...


Wallahua'lam...Mudah-mudahan diri hina yang cuba menyampaikan ni sendiri dapat mengambil sebanyak-banyak input yang berguna dari perkongsian kali ni. Moga Allah pelihara kita dari ujian yang kita tak mampu nak terima...Ameennn...

08 Ogos 2008

KANAPA ANA MENULIS BLOG
.
.
Kira-kira satu jam lepas, sambil-sambil nak sangkut baju kat ampaian, ana terima satu sms yang kemudiannya menjadi dua dan tiga dan akhirnya empat yang semuanya ana balas. Hmm actually sms yang agak-agak terakhir agak berunsur provokasi dan alhamdulillah Allah bagi kemampuan untuk ana keluar dari medan perang dingin yang takda kesan lain selain dari renggangnya ukhwah antara umat Islam yang sekarang ni makin duk rengang tanpa usaha untuk merepatkan kembali jurang tu. Dan lepas baca balik semua sms ni tadi, teringat ana kat kata-kata seorang sahabat bila dia melawat blog ana dalam friendster dulu.
.
"Nta duk tulis blog tue, ada orang baca ke? Ana tengok takda orang comment pun"
.
Sekali dengar, memang boleh melemahkan semangat la jugak. Kutler nak support kita kan, at least bagi la cadangan untuk nak improvekan post dan apa yang ana nak kongsi dalam blog tue, tapi comment dan visitors jugak yang menjadi point utama.
.
Tapi apa-apapun, syukran sangat-sangat ana ucapkan (dalam hati) kat sahabat ana yang sorang nie, at least dia dah sedarkan ana, kenapa ana duk kongsi posting dalam blog dulu dan jugak sekarang nie.
.
So...Kenapa dan apa sebenarnya tujuan kita berblog atau berkongsi pendapat, life kita dalam blog yer? Adakah sebab nak tunjuk kat orang yang kita ni ada blog? Atau nak menunjuk kat orang yang kita ni ada ilmu yang tinggi? Atau nak bagitau kat orang life kita yang kita rasa best sangat? Bagi ana sendiri, lepas sahabat ana ni cakap macam tadi, ana cuba find out apa sebenarnya tujuan ana ada blog. Kadang-kadang ada sahabat yang agak "laser" ni baik jugak untuk kita muhasabah diri kita kan.
.
Hmm kenapa yer ana berblog? Actually kalau nak diikutkan ilmu, ana rasa ana tak layak untuk cakap bab-bab agama nie, nak cakap bab-bab tazkiyah nafs pun rasanya diri sendiri pun duk terbabas, hmm dah tak fakih dalam bidang-bidang ni, kenapa duk gatal tangan sangat post kat blog kan? Rasa ilmu banyak sangat dah ka sampai nak kongsi ngan orang nie? Bagi ana, bukan ketinggian ilmu yang membolehkan kita kongsi apa yang kita ada dengan orang lain. Ana suka nak kongsi satu kata-kata,
.
"Ada seposen, bagi seposen..."
.
Senang faham kan ayat kat atas, apa yang kita ada, kita kongsi dan bagi kat orang. Tak kira la ilmu kita sikit ka banyak, sampaikan ja. Apa tujuan kita sampaikan kat orang apa yang kita faham tu? Adakah semata-mata nak bagitau orang? Tak jugak sebab mungkin apa yang kita faham selama ni adalah tak betul. So bila orang yang lebih faham baca apa yang kita tulis, dia boleh betulkan kita balik. So bagi ana, tulis blog nie sebenarnya two way communication, bukan kita ja yang bagi, tapi kita jugak boleh dapat input dari orang yang baca kan.
.
Satu lagi, actually dengan tulis blog nie, kita sendiri boleh muhasabah diri kita balik instead of nak sampaikan kat orang. Contohnya harini ana cakap, jomla banyakkan solat sunat ba'diah dan qabliah. Then satu hari nie, bila malas-malas skit, liat ja nak solat sunat tue, kita akan teringat balik apa yang kita sarankan kat orang dalam blog kita. Secara automatik, kalau kita ni bukan seorang yang hipokrit, kita akan cuba jugak buat amalan yang kita malas tu. Kenapa, sebab kita duk sarankan kat orang, takkan kita sendiri tak buat. Mungkin ada yang pertikaikan balik, "eh kalau macam tue, dah tak ikhlas dahtu, buat semata-mata sebab "takkan kita tak buat" " kat atas ja kan. Ok fine, jom tengok surah As-Saff ayat 2:

Kalaula apa yang kita bincangkan kat atas tadi dikira tak ikhlas, takkan Allah nak turunkan ayat kat atas kan? Maknanya kata-kata kita tu sendiri boleh jadi pendorong untuk kita jadi rajin beribadah bila kita malas. So it is same to me, tujuan utama ana menulis blog ni pun sebenarnya nak apa yang ana cakap ni berkesan kat diri sendiri dulu sebelum orang lain mungkin boleh ambik apa-apa yang bermanfaat dari perkongsian dalam blog ni.

So bagi yang baru lagi dalam arena blog nie, termasuk ana, jomla kita sama-sama manfa'atkan teknologi blog nie. Sekurang-kurangnya sebagai medan untuk kita muhasabah diri kita balik. Dan bagi sahabat-sahabat yang ziarah ana dalam blog nie (camne la ziarah dalam blog, jemaah ruh kut:P), syukran atas nasihat-nasihat dan teguran yang ntum berikan, mudah-mudahan Allah berkati kita semua dan sentiasa pelihara kita dalam rahmatNya. Amennn...

.

Wallahua'lam...

06 Ogos 2008

DISANA KUTEMUI KETENANGAN…
.
.
Alhamdulillah, semalam, genap tiga kali ana diberi kelapangan oleh Allah SWT untuk bersama-sama dengan adik-adik di SBPI, mentasmi’ bacaan Al-Quran mereka. Sedar tak sedar, bila tiba hari Isnin ja, rasa tak sabar nak masuk ke hari Selasa sebab hari Selasa, malamnya ana akan ke SBPI untuk bersama adik-adik kat sana. Kenapa yer, rasa seronok sangat nak pi ke sana dan duduk dengar mereka baca Quran.
.
Honestly, bila bersama dengan adik-adik yang rata-rata tingkatan satu dan dua kat sana, rasa tenang ja hati dan segala penat dan letih ke kuliah dan aktiviti-aktiviti sampingan kat kampus macam hilang separuh. Walaupun ada yang baca tak lancar, ada yang terlanggar baris, yang panjang dia pendekkan, yang pendek pulak dia panjangkan, tapi hati ni tetap nak jugak bersama-sama dengan adik-adik kat sana. Benar kan janji Allah dalam Surah Ar-Ra’ad kat bawah ni:
.

Walaupun kita hanya dengar orang baca, tapi kita pun dapat ketenangan jugak dari ayat-ayat Allah tu. Dan lagi menenangkan hati tue, bila tengok adik-adik kat sana, dengan muka innocentnya, ada yang still macam budak skolah rendah lagi walaupun dah form 1, rasa lapang je dada ni. Tahniah adik-adik SBPI, antum memang anak-anak yang menurut kata.

Semalam actually agak busy dengan kelas dan aktiviti kat kampus, mulanya memang nak mintak sahabat ana gantikan ana ja malam ni sebab pukul 9 ada meeting pulak. Tapi ntah, otak ni memberi input, “takper, penat tu akan hilang bila dengar ayat-ayat Allah”. So pegi la jugak.

Alhamdulillah, memang ketenangan yang dicari ana jumpa jugak kat sana. Hampir-hampir jugak nak terpejam tadi bila dengar mereka baca Quran sebab agak mengantuk tadi. Tapi cepat-cepat teringat masa zaman kanak-kanak dulu, masa belajar ngaji kat Pak Lang Biasanya ana akan baca dulu satu muka, then bila Pak Lang datang, ana akan baca sekali lagi, if lancar baru boleh ubah. So satu malam ni, lepas dah abih baca satu muka, ana tengok Pak Lang, dia dah terlelap dah. Hehehe taktau la kut sedap ke kan, tapi memang Pak Lang lelap la, kesian Pak Lang, bersungguh-sungguh dia ngajar anak buah dia ni sampai boleh ngaji even penat ngajar kat sekolah pun tak hilang lagi. Syukran Pak Lang, moga Allah berikan ganjaran sebaiknya untuknya bagi setiap ayat Allah yang ana baca.

Ya Allah,
Kekalkanlah aku dalam ni’mat Islam dan Iman ini,
Yang Kau berikan sebelum aku melihat dunia lagi,
Gagalkanlah segala rancanganku yang boleh menjauhkan diriku dari diriMu, agama Islam ini dan Al-Quran yang kau utuskan melalui kekasihMu yang agung, Muhammad bin Abdullah SAW,
Matikanlah aku seandainya hidupku hanya akan menyebabkan aku jauh dari diriMu,
Jadikanlah hidupku bermanfa’at untuk Islam,
Dan kupohon padaMu Ya Allah, berilah aku ni’mat syaheed dijalanMu,


Ameeennn…..

01 Ogos 2008

.
SOAL HATI (Part 1)
.
.
“Sesungguhnya sesuatu yang harus anda lawan pertama kali adalah nafsu yang mengelilingi Anda. Jika anda menang melawan nafsu anda, anda akan mudah mengalahkan yang lain, tetapi jika anda kalah, anda akan lebih mudah kalah dari yang lain”
.
.
Sengaja ana letakkan kata-kata tabi’in ni sebelum ana mulakan apa yang ana cuba nak bincangkan. Syukran untuk sahabat ana yang mintak ana cerita sikit berkaitan dengan “penyakit hati”, sekurang-kurangnya ana dapat rujuk balik buku-buku yang dah berhabuk kat rak bilik tu. Lama jugak ana duk mencari idea dan ayat macam-mana nak terangkan apa yang dimaksudkan dengan penyakit hati nie. Bunyinya mudah, tapi taktau nak start kat mana. Macam tajwid kan, kita boleh baca Quran dengan betul, tapi nak bagitau hukum jadi payah pulak. Macam tulah jugak dengan penyakit hati, kita tau macam-mana nak jaga hati dari dihinggapi dengan penyakit-penyakitnya, tapi bila diminta untuk diterangkan, jadi susah plak.
.
InsyaAllah ana cuba sebaik mungkin untuk terangkan apadia penyakit hati nie berdasarkan apa yang ana faham dan berdasarkan rujukan ana daari beberapa buah buku yang ana baca. Tapi sebelum tu, apadia HATI ni ye? Untuk post kali nie, ana nak cuba terangkan dulu apa tu hati.
.
Mengikut apa yang ana baca hati diibaratkan seperti raja. Dan anggota-anggota lain yang melekat kat tubuh badan ni seperti sebuah pasukan yang menanti arahan dari hati dengan penuh setia. Kemana pun anggota nak bergerak bergantung kepada keadaan hati. Nampak kan sekarang, betapa specialnya hati? Sebab tula Islam amat mementingkan soal hati nie. Baik atau buruk seseorang tu, bergantung kat hati dia. Kalau hati dia rosak atau mati, maka buruklah akhlak orang tue. Dan kalau hati seseorang tu bersih, akhlaknya pun akan bersih sebagaimana hati dia. Bukti dari sirah Nabi yang boleh kita ambik kat sini, ketika Nabi Muhammad S.A.W. dipelihara oleh Halimatun Saadiah, Allah hantar dua malaikat untuk membelah dada Nabi dan mencuci hati Nabi dari sebarang perkara buruk yang ada pada manusia.
.
Hati ni jugak sebenarnya, memang satu perkara yang agak susah nak diterangkan. Hati ni, bila kita kaji dalam-dalam lagi, kita akan jumpa ruh, yang mana ruh nie satu benda yang manusia tak boleh nak fikir, firman Allah:

Jadi soal ruh nie, selain dari apa yang Rasulullah terangkan, memang kita manusia ni tak mampu nak fikir.

Macam tulah jugak dengan hati, setakat yang diterangkan oleh ulama’ dan hadith, mungkin kita boleh ambik untuk bincangkan soal hati nie. Bila sebut penyakit hati pulak, apa maksudnya yang sebenar ye? Adakah penyakit hati nie boleh dirawat dengan ubat-ubat farmasi atau jumpa doktor? Tak boleh, sebab hati nie, penyakitnya berkaitan dengan jiwa, perasaan dan nafsu yang memang tak boleh guna antibiotic atau ubat herba untuk merawatnya.

Mungkin sahabat ana ni tanya apa penyakit hati ni, sebab ana ada sebut penyakit hati dalam post ana dalam friendster blog ana sebelum nie. Actually, untuk penyakit hati yang ana tulis tu, ianya lebih kepada kegagalan untuk mengawal jiwa atau nafsu dalam kehidupan harian kita. So jom kita kenal dulu apadia jiwa atau nafsu ni yang berkait rapat dengan penyakit hati.

Jiwa Ammarah

Yang pertamanya, seperti yang Allah terangkan dalam Quran, jiwa ada tiga jenis dan satu. Ana yakin antum semua dah tau apa tiga jenis nafsu atau jiwa ni kan? Jom refresh balik, yang pertama, jiwa ammarah iaitu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan. Allah berfirman:

.

Dan ulama’ jugak membahaskan, jiwa ni adalah gudang segala kejahatan dan kejelekan dalam diri manusia. Maknanya, orang berjiwa ammarah nie, hidupnya sentiasa terarah kepada kejahatan dan dia tak rasa bersalah bila dia buat dosa tue.

Jiwa Lawwamah

Jiwa lawwamah, iaitu jiwa yang menyesali atas kejahatan yang dilakukan. Bila dia buat sesuatu, sama ada pada masa tu jugak atau lepas tu, dia akan rasa bersalah dan menyesal sebab dia libatkan diri dengan sesuatu dosa atau sebab dia tak buat lebih banyak kebaikan. Firman Allah:

Cuba kita teliti tengok, ayat berkaitan dengan jiwa lawwamah ni diletakkan dalam surah Al-Qiyamah. Dan dalam surah ni sendiri, Allah hanya membicarakan tentang hari kiamat dan nafsu lawwamah ja sebab jiwa lawwamah ni perlukan peringatan mengenai hari kiamat. Mungkin kita boleh buat satu kesimpulan disini, sapa yang nak menjiwai jiwa lawwamah nie, sentiasalah mengingatkan diri dengan hari kiamat. Ingat pembalasan yang akan diterima kalau melalukan dosa, dan ingatkan diri jugak dengan kelebihan orang yang melakukan banyak kebaikan.

Jiwa Muthma’innah

Seterusnya yang ketiga jiwa muthma’innah atau jiwa yang tenang dan sentiasa memikirkan cinta Allah. Jiwa ni dikatakan mempunyai gudang keimanan dan cahaya Allah. Orang yang memiliki jiwa ni adalah mereka yang khusyu’, tawakkal yang tinggi kepada Allah, yakin dengan Allah, mencintaiNya, lemah lembut padaNya dan sentiasa merindui Allah. Orang-orang yang memiliki jiwa ni akan dimuliakan Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Fajr ayat 27-30. Allah menamakan jiwa ni dengan nama jiwa yang tenang sebab mereka-mereka yang memiliki jiwa nie, sentiasa mengingati Allah sebagaimana firmanNya:

So kita dah bincang sepintas lalu kelas-kelas jiwa nie. Dalam tiga ni, cuba check dalam kelas mana kita duduk? Sebenarnya kita mungkin boleh memiliki ketiga-tiga jiwa ni dalam masa satu hari, sebab diketahui, jiwa manusia ni sentiasa dicucuk oleh syaitan dan iblis kan. So, make sure kita sentiasa sedar akan cucukan dan bisikan iblis nie, mudah-mudahan kita tak termasuk langsung dalam jiwa ammarah.

Cuba kita scroll balik kat atas, apa pulak jenis jiwa yang “satu” yang ana letak kat atas tu eh? Kenapa tak masukkan jadi empat terus? Hmm jiwa yang keempat nie, rasanya tak layak dikelaskan dalam jiwa manusia iaitu jiwa ghafilah (jiwa yang lalai dan takda tujuan). Hanya lembu, kambing dan haiwan-haiwan ja layak memiliki jiwa jenis ni sebab orang yang memiliki jiwa nie, mereka takda tujuan dalam hidup mereka. Mereka mungkin tak melakukan kejahatan macam orang yang berjiwa ammarah, dan mereka jugak tak melakukan amal kebajikan sebagaimana orang berjiwa muthma’innah. Nak kata mereka ni tengah-tengah pun susah sebab yang tengah tu jiwa lawwamah. Dan sedihnya, jiwa ghafilah nilah yang paling banyak kita dapati ciri-cirinya dalam kehidupan masyarakat hari ni. Hidup sekadar nak makan, minum, tidur, kerja, kahwin lepas tu mati. Tak terfikir pun mereka tentang hari pembalasan di Padang Mahsyar, neraka, syurga dan perkara-perkara yang akan manusia lalui selapas kematian nanti. Na’udzubillah, mudah-mudahan orang yang tulis dan baca post ni tak tergolong dalam golongan yang ghafilah ni, dan jugak tak tergolong dalam jiwa ammarah.

Ana rasa cukup untuk kali ni, sedikit perbincangan tentang hati dan jiwa nie. InsyaAllah jika berkemampuan, ana akan sambung lagi lepas ni berkaitan dengan cara menjaga hati dan penyakit-penyakit hati yang ada pada manusia. Kepada yang bertanya, ana mohon maaf sebab lambat keluarkan penulisan nie dan terpaksa buat sikit-sikit sebab tak mampu nak buat sekaligus. Dan ana harap sangat sahabat-sahabat seperjuangan dapat tampal mana-mana kebocoran dalam posting ni dan mintak tolong tegur kalau ana salah.

Wallahua’lam…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...