23 Disember 2008

HARI ITU

Pelik bercampur takut bila terpandang tajuk akhbar Berita Harian waktu breakfast pagi tadi. Pramugara "Bebas Tuduhan Edar Video Lucah". Ana rasa ramai yang baca dah tahu isi laporan berita yang dimuatkan dalam Berita Harian hari ni.

Sebagai seorang yang mengenal Islam sejak kecil tak rasa apa-apa ke bila baca laporan tue, or tajuk laporan tu sendiri. Bukanla niat ana nak mempertikaikan keputusan mahkamah, mungkin dari segi tue betul dia tak terlibat dengan pengedaran video lucah. Tapi macam mana pulak dengan kesalahan yang dia lakukan dalam video tue? Macam-mana dengan kesalahan dia yang maybe berzina or at least berkelakuan tak senonoh dengan wanita yang bukan mahram dengan dia tue? Bukti dah ada, mahkamah sendiri dah identify dia pelakon utama dalam rakaman tu, kenapa takda hukuman untuk kesalahan yang actually lebih berat dan lebih memudharatkan ni?

Dan termasuk kes ni, dah banyak kejadian seumpamanya yang berlaku tapi tak ada sebarang usaha untuk menghukum mereka yang bersalah ni, atau dengan kata lain, usaha untuk mengekang masalah zina ni sangatlah lemah. Ingat, salah satu tanda kiamat...

Dari Anas r.a. berkata; "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakan setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan." - Riwayat Bukhari & Muslim.

Isnin lepas time usrah, naqib ana, Dr Sany ada jugak sebutkan tentang ramalan dan kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pakar Islam tentang jangkaan hari Kiamat berdasarkan tanda-tanda yang ditunjukkan dari Quran dan Hadith Nabi. Termasuk yang dikongsikan oleh Moja tentang ramalan pakar dari Iran, Hari Kiamat mungkin berlaku dalam masa 20 tahun akan datang. Jika dengan izin Allah, ramalan tersebut adalah benar, adakah ianya sesuatu yang menyenangkan hati untuk tiba ke harinya? Adakah seperti hari anugerah kecemerlangan yang sangat ditunggu-tunggu? Takda siapa pun termasuk orang bukan Islam yang tak takut dengan hari kehancuran tue.

Ingatlah Pada Hari Itu...

1. Hari Kiamat
2. apakah hari Kiamat itu?
3. Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?
4. Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran,
5. dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
(Al-Qaari'ah : 1-5)
Ini bukan cerita dongeng ala-ala Cinderella, tapi satu kepastian yang akan berlaku. pastikan kita bersedia untuk menerima kehadiran Hari Kiamat ni. Usaha sedaya mungkin untuk manjadi hamba Allah. Moga kita semua mendapat syafaat Allah di hari Akhirat kelak...
Ameennn....

22 Disember 2008

SEM II BERMULA...

InsyaAllah tepat jam 8.30 pagi esok, secara rasminya kehidupan semester dua sesi 2008/2009 bagi ana akan bermula. Alhamdulillah syukur Allah masih panjangkan umur, berikan lagi peluang untuk ana teruskan perjuangan bersama-sama sahabat-sahabat di UIA. Dan dengan bermulanya sem 2 ni, bermakna cuti-cuti malaysia ana yang bermula 13 Nov lepas akan berakhir jugak. Actually harini macam sakit kepala skit, maybe sebab "wheather" shock kut. Masa cuti haritu, most of the time duk dalam rumah jer, keluar gi mana-mana ngan kereta, so kurangla terdedah kepada sang mentari yang comel. Nak buat camne, kat sini RF yang takder bumbung tu jer yang ada, so alhamdulillah la:)
Hmm artikel kali just nak ucapkan selamat meneruskan perjuangan buat semua sahabat-sahabat, ikhwah dan akhwat semua especially dari UIA Gombak dan untuk semua yang bakal memulakan pengajian. Mungkin sebagai peringatan untuk kita semua, since kelas belum bermula, pastikan kita betul-betul manfaatkan masa lapang & senang sebelum masa sempit & susah yang bakal tiba April nanti (final exam). Dan untuk engineering student, satu peringatan untuk kita, "last minute" study takkan membantu untuk dapat A dalam subjek core. Kalau zaman sekolah boleh la, tapi di university, C pun nasib baik dapat. Ingat, bermula hari ini, kita semua masih lagi dapat 4 flat, pastikan April nanti pun, ianya masih lagi 4 flat:)
Salam Perjuangan buat semua!!!:)
FT~For all IIUM student, get this important thing and paste it on your soft board...

15 Disember 2008

KITA DAN MEREKA


Sekadar nak kongsikan sedikit perkongsian yang ana dapat dari Muslim Holland yang isi kuliah Maghrib di Masjid Kangar semalam. Akhi yang sampaikan kuliah tu actually datang ziarah ke Asia untuk mencari negara Islam yang pada dia wajib dia mencari negara Islam untuk mendapatkan ilmu mungkin sebab kat Holland keadaan umat Islam cukup sedih katanya. Waktu solat, tiada azan dikumandangkan, hanya dibenarkan azan dalam bangunan. Dan mereka perlu set alarm clock untuk pastikan tak terlepas solat jemaah di masjid. Mungkin situasi ni sama dengan ikhwah-ikhwah kita yang belajar di luar negara, dan kalau teguh dan mampu hadapi situasi ni, besar ganjaran dan nikmat perjuangan yang mereka bakal dapat.
Terdetik sedikit "malu" di hati jugak bila dengar perkongsian akh dari Holland tue semalam. Malu sebab mereka perlu kunci jam untuk nak solat jemaah di Masjid, tapi kita kat sini, kadang-kadang lalu depan masjid time azan pun tak nak singgah. Kalau waktu zohor dan asar maybe la, kan orang keja tak sempat nak ke masjid. Tapi time maghrib takder pulak penuh macam time raya. Ni belum lagi dikira kes ke masjid ikut "warna". Kadang-kadang sebab masjid tu ramai orang "warna" lain, jiran masjid pun tak nak berjemaah kat masjid.
Hmm ingatlah dan sedarlah, negara kita masih lagi negara orang Islam. Sebelum kita dilarang mengalunkan azan di luar masjid, sebelum akhwat kita dilarang bertudung ke sekolah, sebelum hak-hak umat Islam dicabuli, marilah sama-sama kita hangatkan medan dakwah yang agak lesu di negara kita nie. Kalau mubaligh kristian yang tahu agama yang dia bawak tu salah pun bermati-matian menyebarkan dakyah dia, kita yang yakin dengan Islam ni takkan pulak nak diam, lembap dan lampi duduk di rumah makan, minum dan mati ja? Ingat, hisab Allah bukan sekadar berkaitan solat kita, puasa kita dan anak-anak kita ja, tapi jugak macam mana kita kembangkan agama Allah.
Ingat dan 'Amal sebelum terlambat...

06 Disember 2008

ATIKAH


“Mama, bila mama nak datang ambil Tikah??”

“Mak, harini mak tak jual nasi lemak ka? Ramai tak orang datang beli?”

“Tikah kesian nak tinggal mak, tapi Tikah tak kesian nak tinggal ayah…”

Tiga baris kata-kata yang sempat ana dengar dari mulut seorang kanak-kanak comel yang pada ana, belum umurnya untuk dia boleh berkata-kata sedemikian rupa. Di waktu kanak-kanak seumur dengannya masih lagi merangek meruntun baju ibu mereka untuk ke tandas di waktu malam, tetapi Tikah hanya bersendirian seorang diri menuju ke tandas, cuma fikiran kanak-kanaknya masih ada sedikit, sesudah menyempurnakan hajat, barulah dipanggil “mak” yang sebenarnya adalah nenek kepada Tikah.

Dikala malam tiba, kanak-kanak lain sudah tidak berani lagi keluar rumah, ditambah pula suasana kampung yang gelap gelita, dimomokkan pula dengan cerita-cerita seram ala Puaka Niyang Rapik. Jangankan kanak-kanak seumur dengan Tikah, ayah-ayah saudaranya yang dewasa pun seram sejuk untuk keluar rumah dan melalui kampung itu. Tetapi Tikah tidak gentar langsung, cakaplah apa jenis makhluk pun, Tikah hanya tersenyum dan terus berjalan ke tempat yang dituju. Pelik, ke mana perginya perasaan takut seorang kanak-kanak berumur empat tahun itu?

Kelmarin, Tikah kelihatan begitu gembira, seakan-akan itulah hari paling gembira dalam hidupnya. Ibu saudara sepupu Tikah yang mirip rupa ibu kandungnya bertandang ke rumah Tikah. Dek kerana hanya dikurniakan putera-putera semenjak berkahwin, ibu saudaranya itu begitu akrab melayan Tikah. Bagai mengantuk disorongkan bantal, begitulah Tikah. Sejak dilahirkan, Tikah hanya mengenal mamanya melalui perbualan telefon. Hari itu Tikah seolah-olah ingin melepaskan rindunya kepada seorang ibu, tidak langsung ia berjauhan dengan ibu saudaranya itu.

Semalam, ketika ibu saudaranya kembali menziarahi Tikah, terus ia bangun dari tidurnya dan berlari sambil menangis ke arah ibu saudaranya itu yang sudah dipanggilnya “mama”. Bagi sesiapa yang melihat kejadian tersebut, pasti akan menitiskan air mata. Bayangkan sejak dilahirkan, tidak pernah mendapat kasih saying seorang ibu, hanya mendapat sedikit simpati dari neneknya, sedikit jenguk tengok dari ayahnya dan sejumlah rasa benci dari datuknya yang belum reda rasa marah kepada ayah Tikah yang telah memalukan keluarga dengan membawa pulang anak yang tidak boleh di”binti”kan kepada ayahnya.

Mungkin satu anugerah Allah kepada anak yang tidak berdosa ini, Tikah agak berdikari dan jarang menyusahkan nenek yang menjaganya. Jika tiba waktu makan, Tikah tak akan berebut-rebut mengambil makanan sebagaimana sepupunya yang sebaya dengannya. Akan ditunggunya sehingga mereka selesai, barulah Tikah akan menyertai. Paling mengharukan, Tikah yang berumur empat tahun itu sedar yang datuknya tidak suka kepadanya. Ketika datuknya berada di rumah, Tikah tidak akan masuk ke dalam jika neneknya tiada. Biasanya Tikah akan bertandang ke rumah jiran dan bermain bersama anak jirannya itu sehinggalah neneknya pulang.

Dan esok, mungkin Tikah akan menemui sinar baru dalam hidupnya. Jika ibu kandungnya membenarkan, ibu saudara Tikah itu akan mengambilnya sebagai anak angkat dan mencurahkan kasih sayang seorang ibu kepada Tikah. Terharu juga mendengar kata-kata dari mulut Tikah petang tadi, “Tikah dah ada mama baru!!!”…

Adik Tikah, moga dirimu yang tidak berdosa, yang menjadi mangsa nafsu manusia yang berfikiran pendek, akan dikurniakan Allah kehidupan yang baik dan dijauhi dari kezaliman manusia sekelilingmu.

Bittaufiq Wannajjah!!!

03 Disember 2008

KUBUR, SILATURRAHIM DAN HOSPITAL

.Alhamdulillah, syukur tak terhingga kerana diberikan Allah satu masa cuti yang sangat-sangat sesuai untuk ana kali ni. Dan ana rasakan cuti semester 1 2008/2009 ni adalah cuti yang paling best dan paling sempurna sejak 3 tahun ana bermastautin di Gombak.
Empat hari lepas, ditaqdirkan Allah, atuk ana yang terakhir kembali ke rahmatullah pada usia 92 tahun setelah hampir setahun terlantar sakit tua. Alhamdulillah segala urusan pengkebumian berjalan dengan lancar. Walaupun agak terkilan sebab tak dapat berada disisi tokwan waktu dia hembuskan nafas yang terakhir, seribu rasa syukur kepada Allah sebab ana sempat bertemu dengan tokwan beberapa jam sebelum dia berhijrah ke alam barzakh kira-kira jam 8.15 malam Sabtu lepas. Moga ruh tokwan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa...Amenn...
Usai urusan pengkebumian, satu perkara lagi yang membuatkan ana bersyukur sangat-sangat, ana tak pernah rasa rapat dengan makcik-makcik dan sepupu-sepapat sebagaimana rapat dan ramahnya kami berkongsi kenangan manis bersama tokwan. Kadang-kadang kematian yang selalu disambut dengan kesedihan ni, ada jugak hikmahnya untuk menghubungkan silaturrahim antara ahli keluarga yang tinggal ni. Dan doa ana, mudah-mudahan Allah membantu menguatkan lagi silaturrahim antara kami semua walaupun tokwan tak lagi bersama kami.
Dan hospital, alhamdulillah satu lagi nikmat Allah yang dianugerahkan kepada ana pagi tadi, sempat ana ziarah ke wad kanak-kanak di Hospital Pulau Pinang. Actuallay just jadik driver je and teman makcik, tapi ikut jugak la masuk dalam wad. Dalam wad, alhamdulillah Allah bagi peluang untuk tengok adik-adik yang masih lagi kecil, tapi dah diuji dengan ujian penyakit. Alhamdulillah Allah tak uji ana macam diorang, even dulu pernah jugak kena masuk ward. Tapi alhamdulillah tak lama dan tak menyusahkan mak ayah sangat. Dan sekali lagi tadi, Allah bagi peluang untuk merasai satu perasaan yang sangat tenang bila duduk di sofa dalam ward. Mungkin sebab faktor hospital tu sendiri yang menjadi tempat turunnya rahmat Allah kepada mereka-mereka yang memohon disembuhkan dari penyakit yang dihadapi, so bila kita duduk dalam ward tu, kena la tempias-tempias skit. Hehe ustaz ana la kata. Tapi serius, memang agak menenangkan la bila rest kat dalam hospital tadi.
Hmm ana stop sini dulu untuk catatan cuti kali ni, insyaAllah ana akan kongsikan lagi untuk separuh masa kedua cuti ni:)
Alhamdulillah....
Wassalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...