27 November 2008

FATWA TERPILIH

Alhamdulillah jam empat petang tadi, ana dan ahli rombongan (3 orang jer actually) ke KL selamat sampai ke Arau setelah menempuh perjalanan selama 1130 km bermula Selasa lepas. Perjalanan yang biasa, namun satu pengalaman yang agak bermakna buat ana kerana dapat memecahkan rekod peribadi memandu paling jauh secara solo. Alhamdulillah. Lepas ni mudah la dapat perkenan mak untuk kemana-mana yang lagik jauh...Hehe...

Posting kali nie, actually just nak melepaskan geram tak dapat nak menaip time-time idea datang waktu kat Chow Kit dua malam lepas. Hmm time-time takder si Aswad ni la idea nak menulis tu datang, nak tulis atas kertas macam rajin sangat plak.

Actually ana tertarik dengan satu isu yang kenapa ntah tiba-tiba ditimbulkan dengan kontroversinya sedangkan isu seangkatan dengannya yang sepatutnya lagi meluas di"panas"kan di media tak disebut langsung pun dalam berita-berita perdana mahupun akhbar harian. Ana rasa sape yang baca paper dua tiga hari ni mesti akan terbaca jugak isu pengharaman senaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK).

Sebelum ana teruskan, ingin ana tagaskan disini, artikel ni ditulis bukan untuk mempersoalkan keputusan MFK yang kita tau orang yang buat keputusan tu bukanla calang-calang orang kan. Tapi yang herannya, kenapa plak isu Yoga yang bukannya semua orang buat pun jadi besar sangat sampaikan dibuat satu rumusan oleh pengulas akhbar sebuah stesen televisyen yang satu nie.

Tapi kenapa ye bila MFK menfatwakan rokok haram, takda pulak isu ni disebar luaskan. Padahal rokok la yang paling banyak orang duk hisap kut. Sampai budak-budak sekolah pun tak pilih lolipop dah, tapi rokok pulak menjadi pilihan. Adakah kerana negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh kerajaan belum meluluskan fatwa yoga nie, yang actually raja yang suruh kaji dulu, isu ni diperbesarkan oleh media? Hmm berminat pulak mereka dengan fatwa yer, sebelum ni bila keluar fatwa apa-apa, diam ja.

Teringat dulu, bila isu ratu cantik timbul, heboh jugak. Tapi hebohnya suruh kaji balik la, sampai masuk parlimen. Dan paling dikesalkan, dek kerana menyokong tindakan Jabatan Agama menahan ratu cantik tue dulu, Dato' Ishak Baharum dikenakan tindakan pulak. Sampaikan ada satu daerah di utara, disebarkan risalah fitnah mengatakan Dato' Ishak Baharum mengkhianati negara.

Hmm wallahua'lam...Moga Allah menunjukkan kepada kita semua jalan yang terbaik untuk mendapat redhaNya. Moga kebenaran akan datang bila tiba waktunya nanti...


"Al-Islam Ya'lu, Wala Yu'la 'alaih!!!!!"

22 November 2008

CINTA

Untuk renungan dan ‘ibrah untuk kita semua, ana kongsikan analogi yang ana ambil dari sebuah buku yang begitu menyentuh hati ana. Bagaimana hanya dengan minat yang dimulai dengan pandangan mata, boleh mewujudkan satu perasaan Asy-Syaghaf yang mana pada peringkat ini, suatu dosa yang sangat besar pun boleh dipandang sebelah mata. Buat diriku yang seringkali terbabas, dan sahabat-sahabatku yang ku kasihi, mudah-mudahan Allah menjaga hati kita semua dari perkara sebegini. Jangan biarkan sedikitpun hati kita dinodai oleh fitrah palsu yang didorong oleh nafsu yang gila yang didorong oleh kawan yang paling tak berguna iaitu syaitan la’natullah.

Moga Allah lindungi kita semua…Ameennnn….


Seorang lelaki mencintai seorang wanita. Ia merasa tertarik kepada wanita tersebut sehinggakan susah hendak tidur, sering memikirkannya dan juga sering jugak termenungkan wanita yang diminatinya. Apabila orang lain membicarakan hal wanita tersebut, terbersit perasaan cemburu di dadanya lantaran merasakan wanita tersebut adalah miliknya. Hidupnya pun saban hari disibukkan dengan memikirkan si wanita tersebut, dan tak terhenti disitu, hidupnya setiap hari sibuk dengan memikirkan si wanita yang diminatinya.

Apabila manusia bertanya, “Apa yang kamu buat ni?”, ia merasa tidak melakukan sebarang kesalahan. Dia hanya tertarik kepada “si dia” saja dan pada tahap ini ia tidak melakukan perbuatan haram.

Setelah melaui tahap tertarik ini, ia semakin tenggelam dalam lautan cinta, hinggakan setiap perkara yang hadir dalam hidupnya, akan dibandingkan dengan “si dia”. Apakah apa yang ia lakukan setiap hari, akan disukai oleh “si dia” atau ia sendiri suka.

Setelah itu, datanglah pula tahapan ‘jatuh hati’ atau Al-Isyq, atau dalam istilah penyair, As-Shababah yang bermaksud jatuh hati seperti air yang jatuh dari atas ke bawah. Ia sudah tidak mampu lagi menguasai hatinya. Begitulah yang terjadi pada hati-hati yang sudah tertarik kepada wanita, ia tidak mampu lagi menguasai dirinya, hinggakan ia sanggup menanti di jendela rumah sehingga enam ke tujuh jam sehari. Kemana saja sanggup ia pergi dan menunggu walau setahun lamanya tidak menjadi masalah baginya. Ibaratkan kisah Qais dan Laila. Qais yang jatuh cinta kepada Laila, untuk melalui desa tempat tinggal Laila saja, ia perlu berkata;

Aku lewati kampung, kampung Laila,
Kucium dinding yang ini, dan dinding yang itu,
Bukan cintaku pada kampung itu yang menjerat hatiku,
Tapi cintaku pada si dia yang tinggal di kampung ini”


Setelah itu, cintanya semakin dalam hingga sampai ke tahap yang dipanggil “Al-Gharam”, iaitu cinta buta. Pada tahap ini, ia tidak mampu lagi berpisah dengan sang kekasih walau sesaat. Allah SWT mengingatkan mirip hal ini dalam surah Al-Furqan ayat 65;
Mereka tidak akan menginginkan perpisahan dengan azab, sebagaimana mereka tidak ingin berpisah dengan hal dunia yang mereka gilai.

Ketika mencapai tahap ini, ia mengetahui kalau berjalan dengan wanita itu adalah haram, tetapi ia tiada kuasa lagi untuk menahan dirinya untuk menyingkirkan hasrat melakukan hal itu. Hatinya telah lekat dengan “si dia” hinggakan tidak akan ada kuasa untuknya meninggalkan cinta itu selamanya.

Cintanya akan semakin mendalam dan kronik sehinggakan terangkat tahapnya ke peringkat “tergila-gila” atau “Al-Syaghaf”. Inilah yang dikatakan puncak cintanya, ertinya cinta itu telah menyentuh hatinya yang paling dalam. Bertepatan dengan firman Allah yang ditunjukkan ‘ibrahnya melalui kisah Yusuf dan Zulaikha;


Besarnya cinta Zulaikha pada Yusuf, telah mendorongnya melakukan perbuatan yang sangat berani. Ia berkata, “Kemarilah, pintu sudah tertutup.” Ia sekali-kali tidak akan berani melakukan perkara tersebut kecuali cintanya itu telah sampai ke peringkat yang paling dalam.


Alangkah baiknya jika cinta ini boleh disalurkan ke jalan yang betul iaitu dengan mencintai Allah yang kekal abadi serta nyata kasih sayangNya kepada hamba-hambanya yang ikhlas mencintai Allah.

Ingatlah sebuah kata-kata…

“Seandainya kamu mengejar dunia dengan meninggalkan Allah,
Dunia akan datang kepadamu dalam keadaan kamu hina disisinya,
Sebaliknya jika kami mengejar akhirat dan Allah tujuanmu,
Dunia akan datang kepadamu dalam keadaan dunia hina disisimu…”





09 November 2008

PERMATA YANG DICARI...


Antara tiga permata, yang mana lebih bernilai dan lebih mahal? Yang disimpan di dalam kotak, dalam cermin kaca pameran atau yang diletakkan di atas meja? Dengan menggunakan akal fikiran dan common sense seorang manusia, kita dapat memberikan jawapan untuk persoalan di atas.

Ana memilih yang didalam kotak sebagai permata yang paling berharga, dan ana rasakan permata tersebut adalah yang paling mahal diantara dua permata yang lain. Kenapa? Sudah pasti, yang di dalam kotak adalah yang paling cantik, dan sangat istimewa sehinggakan pemiliknya meletakkan permata tersebut di dalam kotak. Tujuannya apa? Agar jangan ada sesiapa menyentuh permata tersebut kecuali mereka sudah memilikinya. Dan jugak, permata tersebut tidak boleh dipertontonkan sewenang-wenangnya kerana ianya sangat bernilai. Seandainya setiap mata dengan percuma boleh melihat kecantikan dan kehalusan permata tersebut, mungkin nilai yang ada padanya akan jatuh dan sama dengan permata yang dipamerkan dalam cermin kaca pameran seperti di kedai-kedai emas. Sungguh berharga permata ini, sehinggakan hanya yang memiliki boleh melihat dan menyimpannya.

Permata di bawah kaca pameran, nilainya mungkin masih tinggi, tapi mana mungkin akan sama nilainya dengan permata yang disimpan di dalam kotak. Mata-mata manusia dengan senang bisa meneliti dan memerhati permata tersebut, seberapa lama, seberapa kerap sekalipun, kita boleh melihat dan meneliti permata tersebut, kerana pemiliknya memang bertujuan untuk mempamerkan permata yang dimilikinya. Dan yang membuatkan permata ini kurang nilainya, manusia-manusia sudah boleh menilai dan memberikan komen berkaitan mutu permata ini, kerana ianya bebas untuk dinilai dan dilihat. Dan bagi yang ingin memiliki permata ini, istimewa permata yang antum miliki itu mungkin sudah hilang, kerana semua orang sudah pernah melihatnya dan mengetahui mutunya.

Permata yang ketiga, yang diletakkan di atas meja, sememangnya paling rendah harga dan nilainya berbanding dua permata tadi. Mengapa? Jelas, kalau sesuatu benda diletakkan di tempat terbuka, dan tidak dilindungi, maka manusia bebas untuk melihat, dan untuk menyentuhnya juga tidak menjadi satu kesalahan. Mungkin si pemilik permata tersebut tida menyedari bahawa permata yang dimilikinya semakin hari akan hilang nilainya, maka dia dengan gembira dan senang hati membenarkan orang lain untuk menyentuhnya. Bahkan lebih malang, bagi si pemilik yang tidak menyedari bahawa yang dimiliknya itu adalah permata yang perlu dipelihara dengan baik, dibenarkannya orang lain untuk membawa permata itu kesana kemari.

Mujur permata adalah permata, seandainya permata adalah sejenis makhluk yang mampu untuk bercakap dan ber”sms”, semakin rendahlah nilai permata tersebut, sehingga mungkin, kecacatan permata itu yang tidak nampak pada pandangan mata, akan terzahir malalui mulut dan jari-jari permata sendiri. Maka beruntung permata yang diletakkan di dalam kotak, tidak banyak manusia pernah melihatnya untuk dinilai, dan kesuciannya terjaga dari mulut-mulut dan pandangan manusia yang bukan pemiliknya.

Perbandingan tiga jenis permata untuk difikirkan bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...