30 Januari 2009

STRAWBERRY MILK SHAKE @ BERINCHANG


Untuk posting kali ni, ana just nak kongsikan jaulah ana dan beberapa ikhwah seusrah ke Tanah Rata Cameron Highland Isnin dan Selasa lepas. Boleh dikatakan setiap saat dalam jaulah nie adalah kenangan manis buat kami semua, kecuali saat-saat ketika ingin berpisah setelah tamat jaulah selama satu hari suntuk.

Nak buat karangan kat sini macam bosan pulak kan, bak kata Dhany, asyik-asyik tulis artikel panjang-panjang jer, so kali nie, biar gambar jer ceritakan betapa manisnya ukhuwwah antara kami sepanjang jaulah ni...

[kredit to ilhamnaluri.com for all these nice pics]

Penuhkan perut "kuda" sebelum memanjat...


3.00 am waktu Malaysia, sampai di depan Masjid Kayangan Berinchang.


First shot setelah berpenat-penat memanjat tangga menara...

Beberapa minit sebelum matahari naik...


Sang arjuna pemilik ilhamnaluri.com...


Senyuman puas setelah berjaya menawan Gunung Berinchang sambil dipressure oleh penumpang-penumpang yang tak sabar-sabar nak tengok matahari naik...


Hmm macam arus kat jeram plak..Sangat-sangat cantik subhanallah...


Atas menara yang agak sempit...



Subhanallah..."Demi matahari dan sinarnya dipagi hari...."


Sani, Hudzaifah & Nuh

Auzan, Hudzaifah and Dhany...

Kebun strawberi, apple & sayur...

Kemanisannya masih terasa, Sundae Strawberry...


Kebun Teh Cameron...Teringat plak kat ladang tebu kat Perlis...Uhuu...

Nuh dan daun teh...
Auzan Al-Ameer and Thanie...

Hud gah diatas batu...


Taktau nak describe, tapi macam cute sangat-sangat buah oren nie...

Bee Farm next to BHARAT tea plantation...

Gambar paling ana suka sepanjang jaulah ni. Susah nak faham gambar ni, tapi bila tengok, macam tanak toleh ke tempat lain. Maybe sebab ana dari engineering kut, that is why cam tertarik ngan gambar-gambar besi-besi gini...
.
.
Hmmm alhamdulillah, syukran Ya Allah kerana memelihara jaulah kami dari sebarang ujian yang tak sanggup kami hadapi. Banyak sangat kenangan manis waktu jaulah nie. Mudah-mudahan ukhuwwah yang terjalin akan semakin erat insyaAllah...
Nak tengok gambar lagi? Jom ke blog NUH
.
.
.
Jaulah ini dalam sejarah:
-First time jejak kaki ke Cameron:)
-Dapat tau jalan nak ke Cameron:)
-Highest altitude driving, 2300++ m above sea level:)
-My driving mileage increasing 500km more:)

26 Januari 2009

CADILLAC ONE MR PRESIDENT





Limousin baru President Amerika, Cadillac One



Empat buah Cadillac One akan mengiringi konvoi president sebagai persediaan jika salah satunya rosak

Pintu setebal pintu kapal terbang


Minggu lepas, seluruh penduduk dunia ditarik dan dihebahkan dengan perlantikan presiden baru Amerika Syarikat, Barrack Hussein Obama yang menggantikan Presiden sebelum ni iaitu Bush yang tak lain dan tak bukan musuh paling ketat bagi dunia Islam. Bagi ana yang bukan dari kursus berkaitan hal-hal kemasyarakatan macam human science atau economy yang ada kaitan sikit dengan ekonomi dunia yang dikuasai oleh Amerika ni, tak banyak yang ana boleh komen fasal perlantikan Barrack Obama nie. Dan kekangan masa yang ada jugak tak membenarkan ana untuk tengok dan kaji hal-hal nie, cuma menumpang khabar-khabar dari sahabat-sahabat yang tau jer.
Tapi satu perkara, yang agak menarik perhatian ana dari bidang kejuruteraan nie, adalah limousin baru yang ditempah khas untuk presiden baru Amerika tu. Kalau kita tengok dalam berita dunia, if ada berita fasal Barrack Obama kemana-mana, mungkin kita boleh lihat kereta rasmi yang dia naik tue iaitu Cadillac One, yang sangat limited keluarannya. Dan rasanya kereta tu ada dua buah jer kat dunia ni dengan spesifikasi yang sama dengannya. Even kalau Bush dulu, if dia datang ke Malaysia ke, Filipina ke, mesti dia akan bawak kereta tue.
Istimewa sangat ke kereta tue?? Hmm memang sangat istimewa. Dinding dia jer setebah 5 inchi tebal kalis peluru. Tayar pulak, buatan khas Goodyear dengan rim 22.5 dan 19.5 inchi diameter. Cermin pulak, tebalnyer 13 cm kalis peluru dan keseluruhan kereta tue, disealkan untuk elakkan serangan bahan kimia cecair yang boleh meresak masuk kedalam kereta. Tapi canggih-canggih pun, waktu Bush melawat Rome dulu, mati pulak enjin limousin ni waktu tengah konvoi. Kuasa Allah kan, kereta presiden boleh rosak tengah jalan. Heheh...
Hmm bila fikir-fikir balik, kalau nak jadi presiden tapi kena tanggung risiko sampai camnie, buat apa kan. Dan bila dilihat dari sudut kepercayan pulak, macam diorang tak yakin ja mati tu kuasa tuhan dan kalau tuhan nak, duk dalam peti besi pun boleh mati. Contohnya macam Presiden JF Kennedy dulu, dengan kawalan yang begitu ketat pun, mati jugak kena tempak. Lebih mengejutkan lagi, yang tembak tue secret service dia sendiri yang memandu kereta yang dia naik tue. Hmm pelik kan, tulah, ajal maut ketentuan Allah kan. Dan sekarang, tak mustahil jugak presieden baru tu boleh dibunuh macam JF Kennedy kalau dia bangkang usul yahudi la'natullah.
Just teringat satu ayat dalam Surah Jumu'ah,

Hmm sebagai Muslim, hanya Allah menjadi tempat pergantungan kita. Tak perlu takut dan bimbang akan kematian, just perlu difikirkan, bagaimana keadaan kita andai seminit lagi, Allah jemput kita kembali kepadaNya...

"Allah hummakhtim 'alaina bihusnil khaatimah,
Walaa takhtimlana bi suu'ilkhaatimah..."

Amennn....

24 Januari 2009

MENGAPA INI TERJADI???

Berlalunya pilihanraya kampus 22 Januari lepas, genaplah tiga penggal ana menyaksikan pimpinan mahasiswa di kampus ana berubah. Dan sepanjang tiga tahun ni, macam-macam gelagat dan kerenah yang dapat dilihat, pro-aspirasi atau pro-mahasiswa, masing-masing dengan cara sendiri untuk memastikan kemenangan di pihak mereka. Dan selama tiga tahun itu jugak, berpuluh-puluh manifesto sudah dicanangkan, walaupun kebanyakannya hanya tinggal memori indah bagi para pengundi sebelum mereka melangkah ke tempat pengundian.
Dan ana, selama tiga tahun ini jugak, ana masih dengan stand ana, "tak minat politik". Ntah kenapa, naluri ini tak dapat menerima dan melihat perpecahan umat Islam yang berlaku hanya kerana warna sokongan mereka berbeda. Bagi yang agak berminat dengan arena politik kat Malaysia ni, mungkin antum agak panas dengan kata-kata ana nie. Hmm jangan salah faham, walaupun ana tak minat, tapi akan masih akan menyokong yang salim aqidahnya dan sohih ibadahnya. Cuma mingkin dari segi nak bercakap dan nak berbincang soal politik ni, ana akan tarik diri awal-awal.
PRK minggu lepas actually telah memperlihatkan kepada ramai orang terutamanya diri ana sendiri, betapa bahayanya bila terlalu ta'asub dengan politik. Perkara yang paling ditakuti berlaku kepada mereka-mereka yang diharapkan dapat membawa sinar Islam dan memadam kejahilan di kampus telah mula menunjukkan sifat-sifat yang kurang menyenangkan rakan-rakan seangkatan yang selama ini sama-sama berdiri menyokong mereka dari belakang. Hanya kerana rakan yang selama ini berjuang satu jalan memilih untuk turut bertanding, terus terbit risalah-risalah seakan fitnah dan umpatan untuk menjatuhkan si sahabat tadi dan "bas" yang dinaikinya.
Apa salahnya orang yang nak cuba sama-sama betulkan sedikit kesilapan kita selama ini? Kalau rakan sejalan yang selama berjalan bersama-sama kita rasa mereka perlu turut bertanding, bermakna ada kelemahan di pihak kita yang kita tak dapat nak ubah. Mengapa keadaan ini tak dapat dilihat sebagai sesuatu yang positif untuk maslahat umat Islam seluruhnya? Kalau dah orang sampai perlu ikut jalan lain dari yang kita rasa selama ni betul, mungkin mereka nampak kita tak mampu nak ubah sesuatu dan kita memang tak mampu nak ubah sama ada atas dasar sikap kita atau kita memang tak berdaya.
Hmm apa-apapun, sedikit sebanyak perkara ni telah mencalarkan ukhuwwah antara jamaah yang wujud selama ni di kampus. Dan perlu diingat jugak, mahasiswa melihat perkara ni berlaku di kampus. Dari apa yang ana dapat dari sahabat-sahabat yang turut melihat benda ni berlaku, ramai yang kecewa dengan perkara ni. Dan bagi ana sendiri, ana mengundi hanya sebab taknak melihat lebih banyak kerosakan berlaku walaupun takda semangat langsung nak ke polling station bila dapat tau perkara ni.
Moga Allah menunjukkan jalan terbaik untuk kita semua lalui...
Ameennn....
FT~Kali pertama "terpaksa" masukkan hal politik dalam blog dengan sedih dan berat hatinya. Moga sistem politik yang tak best selama ni dapat diganti dengan sistem syura yang adil seumpama sistem syura dizaman Rasulullah SAW. Susah, tapi moga Allah membantu...

15 Januari 2009

Ber"KAPPeL" @ KLCC

Semalam dan harini (Sabtu dan Ahad lepas), sejuta pengalaman yang sangat berharga ana berjaya dapatkan di KLCC. Allah izinkan ana untuk sertai satu lagi kursus pra-perkahwinan yang actually more meaningful than the first one yang ana ikut tahun lepas. Maybe for some people, bila dengar orang gi kursus kawin awal-awal ni, maybe macam gatal ker kan, belajar pun tak abih, calon pun takder lagi, dah pulun gi kursus. Nasihat ana, pegi dulu, dan better sebelum pilih calon, pegi kursus dulu, insyaAllah antum takkan menyesal:) Maksud ana kursus yang ana baru pegi ni la..

Ana bawak cerita fasal kursus kawin nie, bukan saje-saje nak mengarut citer bestnyer gi kursus nikah nie, tapi just nak compare, kursus kawin yang ana gi tahun lepas dan yang baru ana abih tadi.

Ana percaya ada antara antum yang terbaca artikel dalam Harian Metro kalau tak salah ana, bila kes perceraian artis banyak sangat tahun lepas, macam-macam pendapat keluar. Ada sorang artis ni cakap, kursus kahwin actually tak membantu pun sebab ustaz yang sampaikan tu banyak buat lawak ja. Hmm nak nafikan pun susah jugak, sebab pengalaman ana bersama kulliyyah Engin buat kursus kawin kat UIA dulu pun, pengisiannya macam sikit jugak. Dan banyak isi penting sengaja diskipkan semata-mata tanak bagi peserta mengantuk. Last-last bak kata Ustaz Hasrizal dalam webnya, banyak lawak lucah plak yang keluar.

Teringat masa jadi committee kursus kahwin dulu, Ustaz yang sampaikan tu siap boleh cerita lagi macam-mana dia tackle isteri dia dulu. Kat pasar pulak tu. Orang lain taktau la, tapi bagi ana, macam nak menggalakkan orang mengorat kat pasar ja. Sometimes camtue la, dalam nak tarik minat orang dengar ceramah, kena la jugak kan bagi point-point penting tue. Jangan semata-mata nak tarik minat peserta, kena abaikan isi-isi penting. Dan ustaz yang sampaikan tu, jaga la sikit thiqah sebagai seorang pegawai agama. Tempat lain ana tak pasti la, tapi berdasarkan pengalaman ana buat kursus kahwin dengan kulliyyah Engin dulu, camtue la. Dan feedback yang ana dapat baca lepas kursus tu pun, ada la beberapa orang yang complain sebab banyak ketawa dan lucah skit. Tapi yerla, ada jugak ustaz-ustaz yang bagus dan thiqah skit penyampaiannya, tak dinafikan la.

Berbalik kepada kursus yang baru ana ikut tue, pengisian yang diberikan, bagi ana semua bermanfaat. Even kena bayar RM 50 dan sijil tu takla setaraf sijil JAWI or JAIS, tapi antum akan rasa antum belajar banyak benda. Dari segi macam mana nak kawal emosi, cara mengurus kewangan sebelum dan selepas kahwin sampaila macam mana nak memahami silang jantina. Apa yang ana boleh simpulkan lepas kursus tu, berbaloi la bayar RM 50 tue walaupun sijilnya takleh guna untuk nikah kan (takper ana dah ada sijil JAIS dah!!!:P ). Hmm kursus ni macam daurah pulak, tak macam kursus nikah pun. Alhamdulillah semua talk bermanfaat dan sangat berguna untuk masa nie jugak sebagai seorang pelajar dan da'ie insyaAllah.

Wallahua'lam, sekadar ni jer pekongsian untuk kali ni. Actually nak post hari Isnin lagi, tapi sibuk skit minggu nie dengan kelas, kuiz dan assignment yang mula nak menyibukkan ana sem nie. Doakan perjuangan ana sem ni diberkati Allah...

Amennn...

09 Januari 2009

UJIAN KELAYAKAN JIHAD 2009

.


Anda kata anda mampu berjuang sehingga syahid??!!
Anda kata syurga adalah impian anda??!!
Anda kata syahid cita-cita anda??!!
.
Anda Yakin Anda Mampu Syahid???
Anda Yakin Anda bakal menjadi penghuni syurga??
Anda Yakin Anda Berani Untuk Bergelar Syuhadak??
.
.
Buktikan kata-kata anda, ujian persediaan jihad datang lagi!!!

.
Level Ujian:

Mudah
(Hanya diuji dengan panas atau hujan)

.
Bekalan Senjata:
Suara, Tenaga dan Doa
(Akan dibekalkan oleh Allah SWT)

.
Pengorbanan:

Hanya masa, sekitar 2 jam
(Juga akan dibekalkan oleh Allah)

.
Tarikh dan Waktu:

Jumaat, 9 Januari 2009
Selepas Solat Jumaat

.
Tempat:

Berkumpul di hadapan Bangunan Tabung Haji Ampang

.
.
JOM, BUKTIKAN KATA-KATA ANDA!!!

07 Januari 2009

MAHAR SYURGA


Hmm kehangatan sem II semakin terasa setelah memasuki minggu ketiga sem ni. Dan paling best, ana tak pernah rasa penat & letih sebelum ni. Mungkin alhamdulillah, diri sudah semakin matang dalam menilai "more important" dan "important" things. Even baru third week, tapi macam dah tak terteram untuk tidur siang dan biarkan masa siang berlalu macam tu je.
Dua malam lepas lebih kurang, sempat ngadu kat sorang sahabat ana yang turut berada dalam medan dakwah. Hmm sem nie, macam penat lebih jer, nak main pun macam tak sempat. Tengok geng-geng main game, jelous plak sebab diorang ada masa untuk main game. Kesimpulan yang ana boleh buat selepas perbincangan atas motor tue (saper yer sahabat tu??:)) itulah beza da'ie dan orang awam (not saying that I'm the da'ie, but I'm trying to be one of them). Kalau orang lain ada masa lapang untuk main game, da'ie perlu gunakan masa tu untuk dakwah. Tak kiralah either tambahkan ilmu untuk diri sendiri or terlibat dengan program dakwah. Agak pelik bila seorang yang mengaku dirinya pejuang agama, da'ie, boleh claim dia banyak masa lapang. Ulama'-ulama' dulu sampai tak cukup 24 jam berjuang, kita hari ni dengan keadaan dunia yang makin teruk, banyak pulak masa lapang. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami:(
Honestly, bila rasa penat nie, macam nak memberontak jugak hati. Rehat tak cukup, bawah mata dah hitam, main tak sempat, duit habis. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk tanya balik kepada diri, "Habis tu kau ingat syurga tu free-free jer Allah nak bagi kau masuk??!!". Astaghfirullah, ampunkan hambaMu ini Ya Allah... Berikan aku kekuatan untuk menggalas tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada manusia ini...
Ameennn...


SUNNAH ORANG BERJUANG

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
.
Lirik Nasyid :Hijjaz
E2-4-6: 10.58, waiting for Control System Class

01 Januari 2009

KARDETA


KARDETA? Ape itu KARDETA? Actually takde ape pun, just singkatan untuk Karnival+Demo+Task Force yang ingin ana kongsikan bersama antum semua, pengunjung blog Fikrah Thanie. Semester nie actually bermula dengan agak kasar (means sibuk la), bila mana minggu pertama semester lagik, ana dah berkampung di dataran Shah Alam selama tiga hari dua malam. Dan lagi kasar tue, first nite that is Friday 26th Disember tu boleh dikatakan tak tidur langsung semata-mata untuk tunggu abang-abang canopy dirikan semua canopy dan bantu team keceriaan siapkan art-signage yang satu masa dulu hampir jadi permainan ana waktu amik architecture kat matrik dulu. And the second nite, sebab dah penat sgt dan ada simptom-simptom nak selesema, by 12 am je terus ana dan Nik Suhaimi masuk dalam Pregio [Thanks ADNI for lending us the Pregio:) ]. Celik je pagi Ahad, dah Subuh dah, tak sempat nak hirasah. Hehe ye-ye ja mintak nak hirasah kul 5 pagi. So alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, bak kata Marwan AMZ, Karnival Kebudayaan Belia dan Komuniti 2008 selamat melabuhkan tirainya.


Karnival on news, Sinar Harian 29 Dis 2009


Dua hari lepas, Selasa 30 Disember 2008. Selepas dunia dikejutkan dengan serangan kaum yang pernah dilaknat Allah ke atas Palestin, ana dan ramai lagi sahabat-sahabat seperjuangan melangkah ke Bangunan Tabung Haji di Jalan Ampang untuk memberikan tekanan kepada sekutu kuat Zionis la'natullah iaitu Amerika untuk menghentikan serangan ke atas Palestin. Alhamdulillah, ramai jugak yang hadir pada perhimpunan aman tersebut. Dan ana yakin yang hadir tu semua tidak hanya melihat isu "Palestin" sebagai isu negara Palestin, tetapi lebih luas lagi, isu ini melibatkan isu 'aqidah umat Islam yang dijajah oleh Zionis la'natullah. Inilah yang membezakan Palestin dengan Iraq, Thailand dan sebagainya. Kita perlu concern dengan semua saudara kita yang dianiaya ni, tetapi Palestin is more to be concern about sebab selesai isu Palestin, hancur Israel, insyaAllah nasib umat Islam yang lain akan secara automatiknya akan terbela. Disini ana muatkan beberapa keping gambar sewaktu demo yang di hadiri oleh lebih 500 wakil perbagai NGO seperti KARISMA, JIM, PACE, PAS, HALUAN, KEARAH dan sebagainya.


Barisan pejuang Palestin KARISMA


Akhwat KARISMA - Palestin

Abang PAS yang semangat

Dan akhir sekali, semalam, dalam keadaan kesihatan yang masih lagi kurang baik, Allah izinkan jugak ana untuk menyertai sahabat-sahabat lain ke Task Force: New Year kat KLCC. Sempat jugak join adik-adik matrik edar flier untuk pusingan pertama sebelum maghrib, lepas isyak jer ana terpaksa stay kat Masjid Syakirin je sebab macam tak selesa nak keluar dah. Batuk makin menjadi-jadi ditambah pulak macam dah tak stabil sangat dah nak berjalan. So just stay kat Masjid sambil dengar forum perdana kar masjid tue. Tepat pukul 12 pagi, tembakan bunga api pun membaziri duit cukai rakyat dan mencemari ruang udara KLCC yang indah semulajadinya ciptaan Allah Yang Maha Agung. Mungkin dimata "mereka", bunga api tu melambangkan tanda kesyukuran kerana memasuki tahun 2009, tetapi ana lebih nampak seperti kita meraikan anak-anak muda Islam yang bakal rosak menjelang tahun 2009 ni. Wal'iyazubillah, harap-harapnya tak ada benih-benih yang tertanam di atas tanah-tanah yang haram di kebuni oleh yang bukan pemiliknya, yang bakal mengeluarkan buah-buah yang tiada keturunannya. Moga Task Force semalam sedikit sebanyak dapat menghalang perkara sumbang yang sering terjadi pada hari ini. Ameennn.....



Sukarelawan Task Force 2008

Aik!!! Kata bunga api haram kan???

Alhamdulillah, wa syukr lillah, tiga program besar berjaya ana sertai awal sem ni. Mudah-mudahan segalanya tidak hanya sia-sia. Walaupun mungkin impaknya untuk medan da'wah tidaklah sebesar mana, cukuplah sekadar ianya dilihat disisi Allah sebagai satu usaha untuk menjalankan tanggungjawab sebagai HAMBANya....

Ameennnn.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...