13 Disember 2010

JOM MERIAHKAN!!! (^_^)

KLIK PADA BANNER DI ATAS UNTUK LEBIH JELAS

22 November 2010

WALIMATUL URUS


Dengan sukacita dan berbesar hatinya, ana menjemput semua pengunjung blog Fikrah Thanie ke

Majlis Pemasyhuran Pernikahan

KAKAK ana

FAZLINA BINTI FARID
&
IZDIHARUDIN BIN ISMAIL

pada 28 NOVEMBER 2010 (Ahad)

di rumah keluarga ana di

NO 71 A, KG. GUAR SANJI,
ARAU PERLIS.
(sila rujuk google map di koordinat 6.421371,100.273517)

Waktu jamuan adalah dari jam 12 tengahari hingga 5 petang.

Kehadiran dan doa antum semua ana dahului dengan ucapan

,,_(^_^) /" JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATSIRA "\(^_^)_,,

15 November 2010

IBRAH DI TEMPAT KEJADIAN

Paramedik sedang meng'anduh'kan bahu mangsa yang patah
(Gambar ihsan iPhone Muaz)

Bila melihat sebuah kereta BMW 5 series sangat slow melepasi persimpangan Bukit Cerakah semalam, ana tertanya-tanya,

"Hmm awatla BM ni slow sangat, ada apa eh kat depan tu?"

05 November 2010

MENCARI MAKNA DISEBALIK YANG TENGGELAM


Alhamdulillah, ujian datang lagi di Nusantara. Bermula Tsunami dan Letusan Gunung Merapi di Indonesia, hinggalag banjir besar yang telah "memulaukan" beberapa pekan kecil dan comel di Kedah dan Perlis. Alhamdulillah, tanpa dirancang, Allah berikan kesempatan selama lebih seminggu untuk ana merasai nikmatnya berada dalam nikmat Allah apabila tiba-tiba terpandu kereta pulang ke rumah di Arau Jumaat lepas. Walaupun hanya merasai ujian banjir, bukan letusan gunung berapi atau tsunami seperti saudara kita di seberang, alhamdulillah sungguh besar ibrah ujian yang kecil ini, mungkin untuk persediaan menghadapi ujian yang lebih besar insyaAllah...

Sedikit perkongsian "lukisan-lukisan alam di Arau dua hari lepas"


Fistly, alhamdulillah, dalam kawasan rumah ana, hanya rumah tok yang dimasuki air. Rumah-rumah lain hanyalah mengalami gangguan bekalan elektrik lebih dua hari bila transformer TNB meletup. (Satu lagi ujian untuk study di rumah hanya bersuluhkan lilin)

23 Oktober 2010

TANAK TANAK TANAK!!!!


"Allahu Akbarrr!!!"


"Errrrkkkk...."

"Adeyyhhhh...."

"Kurrrreeeennggggggggg....."

Seringkali kita mengeluarkan ekspresi-ekspresi ini bila diberi tanggungjawab. Bukan ingin menyebut sifat orang lain, ya, diri sendiri ini pun amat selalu mengatakan perkataan-perkataan ini. Setiap kali mengeluarkan kata-kata ini, jarang sekali kita memikirkan, kata-kata ini bakal kita terima apabila tiba masanya kita akan memberikan tanggungjawab.

21 Oktober 2010

TRAGEDI

Peringatan buat kaum lelaki, berjaga-jaga, iman dan tanggungjawab kita sedang diuji!!!


TRAGEDI 001:

Sedang enak menjamu selera di sebuah gerai tepi pantai Chenang Langkawi...

M01: Hmm satgi Bang Sani hang tengok, lucut lebai tue...

M02: Heheh....

ME: Hah apadia? (sambil mendongak dari pinggan makanan)

ME: Allah!!!

Pengajaran: Astaghfirullah, susah benar nak hidup bebas dari maksiat-maksiat harini. Nak amik angin tepi pantai pun, ramai benor org tak cukup baju berkeliaran...


TRAGEDI 002:

Sedang berjalan bersama kawan untuk ke kereta selepas makan-makan bersama kawan-kawan lain... Segerombolan manusia berlainan jantina dari kami sedang berjalan dan kami bakal berselisih... Tiba-tiba ....

15 Oktober 2010

BILA AKU FUTUR


"Eh, lama tak jumpa nta, nape kurus sangat ni?"

"Hah tula, stress la, campur ngn sakit lagi..."

"Erkkk nta sakit apa?"

"Stress, pastu sakit futur!!"

.....

Hmmm satu dialog yang ana terima sebagai satu gurauan sebentar tadi. Mudah-mudahan bukan satu kenyataan...

Ya Allah, biarlah BILA AKU FUTUR, ketika itu aku sedang menyebut, "Laaa ila ha'illah"


"Ya Allah, diriku dan hartaku adalah milikMu..."

Ameennnn...

14 September 2010

AYAM DAGING VS AYAM KAMPUNG


Antara ayam daging, dan ayam kampung, ada satu 'ibrah yang kita perlu terlitikan untuk muhasabah hidup kita...

Ikuti dialog antara ayam daging (AD) dan ayam kampung (AK)...

24 Ogos 2010

ADIK-ADIK

Abang Fasi: "Kat sekolah adik-adik kena buli tak? Kena suruh amik kain ke, ade tak abang-abang kat asrama suruh macam-macam?"

Adik-adik: "Adaaaaaaa...."

Abang Fasi: "Hmmm so nak buat camne tue? Geram tak? Tapi takleh buat ape-ape kan?"

Adik-adik: "Hmmm..." sayup-sayup dengar ada yang berkata, "Takpe diorang berdosa sebab buli orang!".

Dalam hati tersentak, "Erkk budak-budak ni tau pulak fikir sampai ke sana". Ku teruskan provokasi untuk melihat reaksi mereka, "Kalau dah geram, takleh buat ape-ape, nanti nak buat macam abang-abang kat asrama ke tak? Nanti buli balik adik-adik kan, baru adil, ye tak?"

"Takkk boleeehhhh" kata mereka, "Nanti masalah tak selesai, nanti sampai bila-bila pun masalah buli ni tak selesai".

Hmmm jawapan-jawapan yang diberi adik-adik ni menyebabkan fasi yang baru berjinak-jinak dengan arena fasilitator ni hampir taktau nak meneruskan point. Honestly, jawapan-jawapan mereka sungguh berbeza daripada apa yang kami, barisan fasi harapkan. Kesimpulannya, mereka kelihatan seperti dapat memikirkan "cause & effect" dengan baik dan mampu memikirkan kesan untuk setiap perkara yang bakal mereka lakukan. Dan dibandingkan dengan kalau abang fasi inilah yang berada di tempat mereka ketika dalam umur 13 tahun dulu, mungkin ana tak mampu mengeluarkan satu pendapat yang berpandangan jauh macam tu. Hmm sekadar kagum dengan minda kanak-kanak harini.

Subhanallah, alhamdulillah, inilah tambahan catatan hidup seorang hamba Allah yang berlaku weekend lepas. Tak disangka-sangka, alhamdulillah, Allah beri peluang untuk belajar dengan student form 1 dalam sebuah program yang tiba-tiba dilibatkan Allah(^_^)

Wallahua'lam...


10 Ogos 2010

HADIAH ALLAH UNTUK UMAT ISLAM


Ahlain Ya Ramadhan!!!

(A nice picture from: cintailahi.com)

Alhamdulillah, Allah berikan sekali lagi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan 1431H ini,

Jom azam,

Pastikan kita semua keluar dengan amalan yang paling "berkualiti dan dengan kuantiti yang paling banyak" dalam hidup ini insyaAllah...

"Allahumma Ballighna Ramadhaaannnn"

Ameennn...


'\(^_^)_,, Selamat Menjalani Ibadah di bulan Ramadhan ,,_(^_^)/"

06 Ogos 2010

AKHI


Hmm... Sudah lama nampaknya langsir rumah ni tak ditukar ye. Afwan jiddan kepada sahabat-sahabat yang berkunjung tapi hanya nampak post yang dah berumur lebih sebulan dah. Wallahua'lam, sangat banyak perkara nak dikongsikan dalam hidup yang tidak sempurna ini. Tapi atas sebab access ke internet yang semakin terbatas akibat dari "kematian" laptop kira-kira sebulan lepas, maka hanya PC tak berinternet yang tinggal di bilik.
'Ala kulli hal, alhamdulillah, Dia masih kekalkan ana di bumi UIA, dan alhamdulillah paling penting, walaupun dengan kemalasan, dengan kehidupan yang sentiasa memberi alasan untuk menghalalkan excuse ke program, alhamdulillah tsummal hamdulillah, Dia masih lagi beri peluang untuk ana untuk terus bergerak.
Terdetik untuk update malam ni sebenarnya setelah "diketuk" oleh seorang akhi ketika meletakkan motor di masjid tengahari tadi. Dari jauh ana melihat seseorang sedang berjalan sambil tersenyum-senyum...
Ana: "Siapa ni erk, macam kenal", dalam hati berbisik...
Akhi : "Assalamu'alaikum abang, bila kita nak buat usrah?"
Ana: "Wa'alaikumsalam... Erk, usrah dengan siapa?"
Akhi: "Dengan abang la, dulu saya usrah ngan Abg XXXXX"
Ana: "Eh ye ke?", dalam hati berkata, "Allahu akbar, kesiannya kat dia, mesti dah lama sangat dah takde usrah ni". "Ok-ok takpe minggu depan ikut usrah abang ye, abang contact nta balik, bagi nombor meh sini". Dan hati berkata lagi, "Alemak, nombor pun takde, apela aku dah buat, amanah ni..."
Akhi: "Ok bang, saya gi dulu"
Sampai ke saat ni, ana masih lagi terbayang-bayang wajah akhi ni dalam keadaan yang masih rasa bersalah dan blurr sebenarnya. Dan sengaja ana taknak mengulas dialog diatas walaupun wujud banyak kesimpulan dalam hati dan otak ni.
'Ala kulli hal, satu kesimpulan besar yang boleh dibuat disini, sangat ramai orang yang memerlukan tarbiyah di luar sana, dan dalam ramai-ramai tu jugak, wujud orang-orang yang memang bersedia untuk dijemput, cuma menanti para du'at untuk memberikan "salam". Dan tadi, memang ana rasa sangat-sangat bersalah pada akhi ni, dia mengharapkan, tapi kesilapan dan kelalaian ana mungkin, taktau yang dia sebenarnya di bawah tanggungjawab ana. Mungkin kefahaman ukhuwwah dalam diri ini belum lagi sebaik ukhuwwah antara abang dengan adik, yang tak akan menyia-nyiakan adiknya. Astaghfirullah, lemahnya iman ini.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, sama ada yang kusedari atau tidak..."
Ameennn...

12 Jun 2010

JUN DAN JULAI 2010; ANTARA KEJAYAAN TERBESAR YAHUDI MEROSAKKAN UMAT ISLAM

(Logo dicopy dari sesawang pakcik google)

Detik meyuap nasi sebelum solat Jumaat tadi, kepelikan dan kegeraman yang bermula beberapa minggu lalu semakin meluap-luap bila perkara yang sama asyik bermain di telinga. Dan pagi tadi, bermula lah satu lagi agenda Yahudi merosakkan umat Islam iaitu dengan bermulanya Piala Dunia 2010. Lainnya piala dunia kali ini, waktu perlawanannya telah berubah daripada waktu sepatutnya umat Islam bangun bertahajjud menyembah dan membesarkan Allah kepada waktu umat Islam sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian dengan ihsan dalam menjalankan amanah yang diberikan di tempat kerja. Dan seperti dijangka, Yahudi dan Nasrani menang lagi, tak kira Brazil atau Jepun yang menang pagi tadi, tapi Yahudi dan Nasrani tetap memenangi piala menghancurkan dunia Islam yang telah mereka mulakan sejak perang salib lagi. Tempias kemenangan ini turut sama mengenai diri ana yang memang tak minat tengok bola sepak. Dalam office pagi-pagi lagi, ana dah dapat maklumat yang Brazil akan berentap dengan Jepun pagi tadi. MasyaAllah, dahsyat sungguh propaganda mereka sehinggakan orang yang tak mengikuti perkembangan pun turut sama mendapat berita.

Mengimbas kembali waktu ketika mula-mula ana memulakan latihan industri di HKL, dari jam 2 petang hingga ke 5 petang saja, hampir sepuluh kali iklan promosi Piala Dunia Afrika 2010 yang akan bermula nun sebulan lagi. Dan sedihnya, stesen-stesen televisyen di negara kita sangat bersemangat mengiklankan piala dunia tersebut sedangkan tak ada pun pasukan Malaysia yang akan masuk bertanding. Terfikir jugak dalam hati, “kenapa pulak mereka ni sibuk sangat promosi piala dunia ni ye? Malaysia bukannya masuk pun, apa yang nak dibanggakan?”. Dan lagi penting, dengan menonton perlawanan bola sepak tersebut, apa yang kita dapat? Ana tak nafikan, bermain bola sepak sememangnya menyihatkan badan, dan badan yang sihat itu disukai Allah. Tapi dengan menonton bola sepak, boleh menyihatkan badan ke? Semestinya tak kan, bahkan lebih memburukkan kesihatan lagi terutamanya ketika perlawana tersebut berlangsung di awal pagi di waktu yang sepatutnya manusia merehatkan badan untuk bangun beribadat kepada Allah.

Sedarlah wahai umat Islam semua, piala dunia dan permainan-permainan yang seumpamanya adalah salah satu agenda Yahudi untuk menyesatkan umat Islam. Dan sangat banyak kemaksiatan yang mencemari permainan ini. Tak cukup dengan waktu perlawanan yang menggugat iman untuk solat di awal waktu, ada pulak wanita-wanita yang pakaiannya macam sarung nangka dan sebagainya. Dan paling besar, kejayaan yang kita dapat lihat hari ini, permainan ini hampir atau bakal menyumbang kepada “halal”nya judi bola yang kita semua ketahui, tidak pernah wujud istilah halal bagi sebuah maksiat jenis judi walaupun sudah banyak syarikat-syarikat yang diberi lesen “halal” bagi permainan judi nombor atau nombor ekor di Malaysia.

Sebagai umat Islam yang mengakui Yahudi dan Nasrani adalah musuh kita, jalankanlah tanggungjawab kita wahai khalifah. Kalau minat sangat-sangat pun menonton bola sepak, janganlah sampai kita mempengaruhi orang lain untuk turut sama menjadi penonton. Bayangkan jika kerana “kempen” air liur yang kita ucapkan kepada kawan-kawan kita berkenaan piala dunia menyebabkan dia tertinggal solat berjemaah dan ibadah lain kepada Allah, sangat “best” saham yang kita dapat untuk dibawa ke akhirat nanti. Kita boleh mengubah cara masyarakat menerima serangan Yahudi dan Nasrani ini sebenarnya. Dalam perbincangan berkenaan bola sepak tu, masukkan unsur-unsur mengingati Allah dan memikirkan manfaat daripada menonton perlawanan tersebut. Dan pastinya, siasat, siapakah yang mula-mula memperkenalkan sukan bola sepak ini sehinggakan hari ini, kalau orang lelaki tak minat bola sepak, dianggap pelik oleh masyarakat sedangkan bila orang tak solat, takda siapa pulak yang pelik.

Carilah bekalan yang bermanfaat untuk dibawa bertemu Pencipta wahai jasad hina yang hanya diciptakan!!!

28 Mei 2010

WEEK END

Benarlah kata Rasulullah, manusia apabila sudah tua umurnya, akan kembali memiliki sifat-sifat seperti kanak-kanak. Perlukan belaian, sapaan anak-anak, ziarahan anak-anak dan segalanya yang kanak-kanak biasanya perlukan. Mungkin ini satu ketetapan Allah untuk menguji sejauh manakah anak-anak sanggup menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua. Dan ujian ini, sudah pastinya berat hinggakan Allah sebutkan di atas lidah kekasihNya;

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” [Al-Israa’ 17:23]

Dua hari lepas, ana dapat tengok sebuah “live” theater yang dibintangi oleh Tok Njang, Pak Ngah, Mak Ngah dan Pak Ndak. Theater tu bermula bila Tok Njang ni, sebagai mak kepada Pak Ngah dan Pak Ndak diusung keluar dari tandas dengan kerusi roda. Tok Njang ni dah hampir lima tahun diserang lumpuh separuh badan, dan segala pergerakan dia perlu dibantu termasuklah ketika nak buang air. Menariknya, dan bertuahnya Tok Njang ni, dia mempunyai 6 orang anak lelaki yang perkhidmatan kepada ibu mereka ni, kalau boleh dibagi gred, memang selayaknya A la. So sambung balik theater tu, Pak Ndak ni pun tolak la Tok Njang ke katil, then Pak Ngah pulak datang bantu, angkat ibu dia yang lumpuh tu ke atas katil. Pak Ndak pulak cari kain, tudung kaki Tok Njang, Pak Ngah pegi ambik pampers untuk dipakaikan kat Tok Njang.
Penonton ni, yang ketika tu tengah memaksimakan masa bersama mak abah dia, memang tak lepas pandang langsung la tengok gelagat tiga watak utama dalam theater tu. Dan ada masanya, kelakar pulak bila dengan dialog antara ibu dan dua orang puteranya tu. Apa saja soalan yang Tok Njang Tanya, walaupun soalan tu macam tak patut tanya pun, Pak Ngah dengan Pak Ndak ni mesti jawab dengan elok. Kalau soalan tu macam agak pelik, dua orang anak ni pun jawab dengan pelik, last-last ketiga-tiga ketawa dengan soalan dan jawapan yang diberi.
Lepas dah lebih sejam theater tu berlangsung, penonton ni pun berangkat la pulang. So post mortem theater pun berlaku ketika memandu pulang ke rumah;
1. Mampukah aku jadi macam Pak Ngah dan Pak Ndak, hebat mereka jaga mak mereka, dah lebih 5 tahun, tapi layanan tip top, sampaikan Pak Ngah dan Mak Ngah, jarang keluar bersama sebab nak jaga Tok Njang.
2. Macam-mana la ye bila aku tua nanti, adakah anak-anak yang boleh jaga aku macam ni.
[Ya Allah, janganlah Kau bebani hidupku keatas orang lain. Jika kematian baik untukku dan orang sekelilingku, maka matikanlah aku. Jika kehidupan baik untukku dan orang sekelilingku, maka hidupkanlah aku di bawah lindunganMu..Ameennn]

Masa yang singkat, padat dan terasa bagai tak cukup 24 jam sehari yang Allah anugerahkan hujung minggu lepas, sangat-sangat banyak memberikan pengajaran kepada diri yang lemah ini. Rancangan awal untuk pulang ketika cuti wesak terpaksa diawalkan atas sebab kerja yang bakal banyak minggu ni. Jujur ana katakan, sangat tak best bila nak balik dua tiga hari ja, penat, dengan tiket yang mahal lagik, nak kena naik kat Bukit Jalil lagik, sampi kat rumah Jumaat, Ahad malam dah nak balik KL, then pagi ni dah kena masuk kerja balik.

Tapi Alhamdulillah, dipaksakan jugak diri, dengan sedikit planning supaya banyak masa dihabiskan dengan mak abah, akhirnya ana dapat satu masa cuti yang legi best dari cuti sebulan. Bertambah yakin dengan kata-kata Allah, “Demi masa….”, walaupun sekejap, tapi nikmat yang dirasa tu bagai sebulan jika kita pastikan masa yang kita guna dalam dua hari tu dipastikan semuanya berkualiti. Tak kisahla kerja di mana pun, belajar di mana pun, balik kampong jarang-jarang pun, bila masa yang kita ada dipastikan berkualiti, tidak dihabiskan dengan tidur yang berlebihan, tengok TV yang makin banyak zina matanya tu, insyaAllah, kita akan rasa nikmat masa yang sekejap tu.

Hmmm… Macam la tak pernah tau benda ni sebelum ni, tapi…
[ Misi menggunakan masa yang ada secara maksima sebelum "expired" (^_^) ]

02 Mei 2010

BERBUAT BAIK LAH!!!


Hampir dua bulan blog ni mempamerkan post yang sama, akibat kekangan-kekangan yang berturut-turut sejak bermula final exam lepas. Alhamdulillah, atas pertimbangan urgent, not urgent dan important, result yang keluar Selasa lepas menunjukkan bahawa betapa pentingnya itqan dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam ibadah seharian.

Boiler Plant, GHKL


Esok, genaplah dua minggu kehidupan harian ana dihabiskan di Hospital Kuala Lumpur untuk melaksanakan latihan industri yang bagi ana sendiri, satu pengalaman bekerja yang dalam masa yang sama sangat-sangat menginsafkan bila setiap hari dapat masuk ke ward yang berbeza bersama supervisor untuk membaiki steam paip yang kerap kali rosak lepas dah lebih 15 tahun digunakan. Menatap wajah mereka-mereka yang diuji Allah setiap hari, cukup menginsafkan dan terasa bimbang jika diuji seperti mereka sebelum dapat menyempurkan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Dan semestinya, pengalaman yang juga diperoleh bila keluar bekerja bersama masyarakat ni adalah sikap dan sifat yang berbeza yang terdapat di tempat kerja tersebut. Alhamdulillah, untuk latihan industri ni, ana diletakkan di Loji Dandang (Boiler Plant) dan di sini, boleh ditengok berbagai-bagai sifat dan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab yang segala perkara ni, berbalik kepada bagaimana seseorang tu memahami konsep ihsan dalam bekerja. Daripada yang pandai bercakap, tapi duduk atas kerusi malas je, sampaila yang diam, tapi jarang ada kat bilik rehat. Semua ni boleh nampak dan boleh dinilai setiap hari di sini. Ana yakin juga dimana-mana pun semua orang akan mengalami pengalaman yang sama, tapi yang nak ditekankan kat sini adalah satu perkara yang di semua tempat perkara ni tidak difahami bila bekerja. Iaitu ihsan dalam bekerja.

Harini ramai orang faham, ihsan ni berbuat baik kepada ibu bapa, bagi makan binatang, tidak menganiyai sesiapa dan sebagainya yang sungguh-sungguh dihafal ketika kelas KAFA di sekolah dulu. Tapi bila dah mula bekerja, tak ramai orang yang nampak bagaimana perlu berihsan dalam bekerja.

Perkara pertama yang perlu difahami untuk dapat berihsan dalam amalan kita, kita tengok dulu hadith yang terdapat dalam Hadith 40 mengenai ihsan;

"...Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau melihatNya, tetapi jika engkau tidak melihatNya maka sesungguhnya ia melihat engkau..."

Bila diperhatikan dengan jelas, bermakna setiap manusia yang menyembah Allah perlu melakukannya dengan ihsan iaitu dengan tekun dan sempurna hanya mengharapkan redha Allah. Jika tidak dengan ketekunan, kemungkinan besar ibadah tersebut tidak diterima Allah sebagaimana sabda Rasulullah;

"Sesungguhnya Allah mencintai salah seorang dari kamu jika mengerjakan sesuatu dikerjakan dengan itqan (sungguh-sungguh)." [Tabhrani]

Mungkin ada yang akan bertanya,

"Solat saya, saya lakukan dengan sungguh-sungguh, saya baca Quran pun sungguh-sungguh jugak, puasa pun, OK la tu, saya dah berihsan dalam beribadah!!"

Cuba perhatikan kembali hadith yang ana letakkan di atas, adakah Rasulullah hanya mengatakan ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa dan tilawah? Jelas, Rasulullah mengatakan "mengerjakan sesuatu", bermakna setiap perkara yang dilakukan, bukan hanya ibadah-ibadah wajib.

Dan satu perkara perlu diingatkan kembali kepada mereka-mereka yang menganggap "ibadah" hanya solat, puasa dan zakat serta haji, cuba semak kembali erti lafaz doa istiftah yang dibaca setiap kali solat.

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan semesta alam" [HR Muslim]

Perhatikan sahabat-sahabat, jika diambil "hidupku dan matiku" pun dah cukup untuk membuat satu kesimpulan bahawa segala perkara yang dilakukan dalam hidup ini mesti dan wajib kerana Allah. Dan bila ianya merupakan sesuatu yang kita cuba lakukan untuk Tuhan, Tuan, Pemilik yang kita sangat harapkan syurganya, patutkah ada manusia yang melakukan kerja dan amanahnya ibarat melepaskan batuk di tangga saja? Bahkan lebih teruk dari itu, ada jugak orang yang seolah-olah membuang kahak pulak di tangga dalam melaksanakan kerjanya.

Dimanakah letaknya ihsan dalam amalan manusia-manusia sebegini? Kalau diperhatikan dalam kehidupan kita seharian hari ini, pasti dapat dilihat hilangnya sifat ihsan dalam hidup manusia bahkan lebih teruk, dalam kehidupan seorang Muslim yang setiap hari melaksanakan solat dan membaca doa istiftah di awal solatnya. Dan memburukkan lagi keadaan ini, orang bukan Islam yang turut sama bekerja dengan mereka turut memerhatikan dan menyebabkan tiadanya qudwah dari Muslim kepada non-Muslim untuk berminat dengan Islam. Astaghfirullah, sangat sayu dan malu bila kadang-kala "uncle" tersebut mengadu berkenaan Si Pulan Bin Si Pulan yang selalu hilang masa bekerja, yang selalu tidur dan ada juga yang hanya datang punch card kemudian petang baru muncul untuk punch card habis bekerja. Tak hairanlah hari ini, tak ramai orang bukan Islam yang berminat dengan Islam melalui qudwah dan akhlaq dari Muslim sendiri. Sebagai penutup, sama-sama muhasabah kata-kata seorang saudara kita sesudah beliau memeluk Islam;

"Alhamdulillah, saya telah memeluk Islam sebelum mengetahui akhlak kaum muslimin"

Cukuplah sahabat-sahabat, cukuplah kelalaian yang selama ini kita lakukan sehinggakan dengan akhlak kita pun kita tak mampu untuk menunjukkan bahawa Islam ini agama yang haq. InsyaAllah moga Allah bagi kekuatan untuk mengubah diri kita dan membantu kita untuk menjadi hamba Allah...Ameennn...

27 Februari 2010

ANTARA SYIRIK, RIYA' DAN MALU

Seringkali terjadi pada diri kita sendiri mungkin, bila dijemput ke sesuatu majlis, terutamanya majlis-majlis ilmu yang tujuannya perlu hanya satu iaitu kerana Allah, akan tercetus dalam minda kita,
"Err malu la nak pegi, dahla tak pernah-pernah hadir, nanti mesti orang gelak-gelak sebab aku tak pernah datang..."
"Eishh takmau la chek, chek malu la nak masuk dalam kelas tu, oghang ghamai sangat..."
"Malu la nak pi usrah, derang dah lama ikut, aku baru nak masuk, mesti nanti aku cam jahil je..."
Sedarkah kita wahai ikhwah dan akhwat, kata-kata kita itu sebenarnya boleh mengundang satu keadaan yang kurang menyenangkan bila dilihat dari sudut keikhlasan dalam mengerjalan 'ibadah kepada Allah. Adakah selama ini kita melakukan sesuatu perkara, kerana pandangan manusia? Jika manusia bakal memandang jelek, mentertawakan kita bila kita melakukan sesuatu 'ibadah itu, patutkah kita berasa malu sedangkan ianya suatu 'ibadah, yang hanya Allah akan menilai dan akan menerima amalan tersebut, bukannya manusia? Berkata seorang ulama' berkenaan dengan perkara ikhlas ini:
Jika manusia melakukan sesuatu kerana manusia, itu adalah syirik,
Jika manusia meninggalkan sesuatu kerana manusia, itu adalah riya',
Jika manusia melakukan sesuatu hanya kerana Allah, itulah Ikhlas.
Maka, tidak perlulah untuk berasa rendah diri, malu dan segan untuk hadir ke majlis-majlis ilmu. Tidak ada sesiapa pun yang hadir dalam majlis tersebut yang dapat memberikan manfa'at akhirat kepada kita, bahkan manfa'at dunia pun belum tentu mereka dapat berikan kepada kita.
Berkenaan dengan riya', Ar-Rasul SallAllahu 'alaihiwasallam bersabda;
"Sesungguhnya, sesuatu yang paling aku takutkan dari kalian adalah syirik kecil." Sahabat bertanya, "Apakah syirik kecil itu?" Rasul menjawab, "Riya'... Dan Allah akan berkata pada orang yang riya' di hari kiamat, 'Pergilah kalian kepada orang yang kalian memamerkan amalan kalian pada mereka, dan apakah kalian mendapat balasan dari mereka?'."
(Riwayat Imam Ahmad dan Al-Baihaqi)
Wal'iyadzubillah, sedih, sesal dan terasa bila amat jahil dan rugi bila membaca hadith ini. Kadang-kala sifat malu tak bertempat kita menyebabkan dalam keadaan tidak sedar, kita telah melakukan syirik kecil kerana bimbangkan kata-kata manusia. Letakkanlah sifat malu kita itu pada tempatnya yang paling sesuai iaitu malu dalam melakukan ma'siat kepada Allah. Muhasabah kembali diri kita hari ini...
Kita malu untuk hadir ke majlis ilmu jika waktunya sudah lambat,
Tetapi kita tidak malu melambatkan solat fardhu...
Kita malu untuk bercakap tentang islam,
Tetapi kita tidak malu untuk bercakap soal dunia.
Kita malu itu dan ini jika ianya 'ibadah,
Tetapi kita tidak malu itu dan ini jika ianya ma'siat.
Kesimpulannya, adakah kita malu kepada makhluk?
Sedangkan dengan khaaliq kita, kita tidak malu?
Muhasabah diri, buangkan kejahilan tentang islam dalam diri kita dengan meletakkan Allah sebagai tujuan hidup, dan tanamkan dalam diri bahawa, dunia hanya jambatan akhirat, dunia hanya ibarat selipar Jepun, yang wujudnya hanya untuk berjalan, apabila masuk ke rumah, ditinggalkan selipar tersebut di raknya...
Sebagai khatimah, marilah sama-sama hayati sebuah hadith dan doa Rasulullah...
"Berhati-hatilah kalian dari syirik yang paling kecil, kerana itu lebih rumit dari rerayapan semut." Sahabat serentak bertanya, "Bagaimana caranya, wahai Rasul SAW? "Caranya dengan berdoa setiap pagi dan petang dengan,
"Ya Allah, aku belindung pada-Mu dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu dan aku menyedari itu, dan aku meminta ampun dari apa yang tidak aku ketahui."
(Riwayat Imam Ahmad)

24 Februari 2010

IKHTILAT: APA KATA ULAMA SENIOR


Sekadar berkongsi satu artikel yang dicopy dari eramuslim.com. MasyaAllah, wa astaghfirullah, sangat ketat para ulama' menjaga hati anak-anak muda mereka dari dijangkiti penyakit hati. Tak hairanlah dibumi-bumi tersebut lahirnya peribadi seperti Hasan Al-Banna, Yusuf Al-Qaradhawi dan sebagainya, yang andai diminta untuk berjihad, mereka orang pertama menawarkan diri kerana impikan syahid di jalan Allah...


Seorang ulama resmi Saudi senior menyatakan bahwa halal untuk dibunuh yang mengizinkan "Ikhtilat" antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahramnya di lapangan pendidikan maupun pekerjaan.


Syaikh Abdul Rahmah Al-Barrak salah seorang ulama Saudi senior dalam pesannya yang disampaikan lewat situsnya, dengan tegas menyatakan bahwa Halal dan boleh dibunuh bagi orang-orang yang mengizinkan percampuran/ikhtilat antara laki-laki dan perempuan di lapangan pendidikan maupun pekerjaan, dan ia menyebut orang yang membolehkan hal ini adalah Kafir dan telah murtad dari Islam.


Syaikh Al-Barrak juga mengecam seseorang yang membiarkan saudara perempuannya atau istrinya untuk bekerja dan belajar di tempat yang terjadi ikhtilat, dia menganggap orang tersebut tidak memiliki rasa kecemburuan.


Pernyataan ulama resmi senior ini tentu saja akan menimbulkan polemik berkepanjangan, sebelumnya seorang anggota dari dewan ulama senior Saudi - Syaikh Dr. Saad bin Abdul Aziz bin Nassir Shitri terpaksa harus dipecat dari posisi sebagai ulama senior, karena berani secara terang-terangan mengecam pendirian kampus milik raja Abdullah Saudi, King Abdullah University of Science and technology (KAUST) yang membolehkan para mahasiswanya bercampur baur di ruang kelas maupun semua tempat yang ada dikampus super modern tersebut. KAUST sendiri secara resmi dibuka pada akhir bulan September tahun lalu.(fq/alqudsalarabi)
Jomm...Perangi ikhtilat!!!(^__^)/"

11 Februari 2010

DIMANA KEDUDUKAN IMAN ITU??!!!

“Iman itu sebanyak tujuh puluh tiga tingkatan; tingkatan tertinggi mengucapkan La Ilaha IllAllah, sedangkan tingkatan terendah adalah menyingkirkan rintangan dari jalan”
[Hadith Riwayat Bukhari no. 9; Muslim no 151, 152 dan Ahmad 11/414]
Tertarik dan terdiam ana bila teringatkan hadith ini ketika tajuk Akhlak sedang dihuraikan oleh Dr Zulfakar tempoh hari. Bila Dr Zulfakar menyebutkan kaitan antara akhlak dan iman, serta merta kata-kata “Iman terendah itu, menyingkirkan rintangan di jalan” menerpa dalam pusat pemikiran otak ini.

Astaghfirullah, andai menyingkirkan rintangan dan mara bahaya di jalan itu adalah tingkatan terendah bagi iman seorang Muslim, bagaimanakah kedudukan iman seorang yang menyebabkan berlakunya rintangan tersebut di jalan yang dilalui oleh manusia lain?

Dalam erti kata lain, hak jalan itu adalah hak antara sesama manusia yang harus diadili tanpa menzalimi, namun harini akhlak ini seringkali diabaikan hingga menyebabkan ada manusia yang dizalimi dek kerana kebiadaban dan sikap mementingkan diri sendiri yang lahir dalam jiwa manusia. Dulu ana pernah mengeluarkan satu post di facebook berkenaan dengan sebuah ambulans yang terpaksa mengesot-ngesot berhampiran Masjid UIA. Ana mendapat maklumat, di dalam ambulans tersebut ada seorang pakcik yang tiba-tiba sesak nafas ketika waktu zohor dan ambulans dipanggil untuk membawanya ke hospital. Namun perjalanan ambulans ini terhenti beberapa minit hanya kerana sebuah proton wira yang diletakkan betul-betul di simpang jalan tersebut.

ALlahua’lam, diwaktu itu, terfikir jugak ana, bagaimana kalau kita yang berada dalam ambulans itu. Atau orang yang kita sayangi sedang nazak dan memerlukan rawatan segera sedang berada dalam ambulans itu? ALlahuakbar wal’iyadzubillah, dimanakah taraf dan kedudukan seorang Muslim yang mengaku beriman sedangkan akhlak dan sikapnya menyebabkan kesusahan pada orang lain, bahkan mampu menyebabkan sebuah kematian?

Jom muhasabah kembali, selama lebih dua dekad hidup ini, bagaimana akhlak kita dalam menyempurnakan hak saudara kita. Moga Allah memberikan kita, manusia-manusia yang mampu berfikir untuk berakhlak dengan akhlak yang baik sepanjang masa dalam kehidupan kita insyaALlah. Sebelum mengakhiri post kali ni, ana ulang sekali lagi kata-kata seorang insan yang baru mengenal islam kepada saudara islamnya;

“Alhamdulillah, saya telah masuk islam sebelum mengetahui akhlak kaum muslimin.”

Wallahua’lam…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...