12 Jun 2010

JUN DAN JULAI 2010; ANTARA KEJAYAAN TERBESAR YAHUDI MEROSAKKAN UMAT ISLAM

(Logo dicopy dari sesawang pakcik google)

Detik meyuap nasi sebelum solat Jumaat tadi, kepelikan dan kegeraman yang bermula beberapa minggu lalu semakin meluap-luap bila perkara yang sama asyik bermain di telinga. Dan pagi tadi, bermula lah satu lagi agenda Yahudi merosakkan umat Islam iaitu dengan bermulanya Piala Dunia 2010. Lainnya piala dunia kali ini, waktu perlawanannya telah berubah daripada waktu sepatutnya umat Islam bangun bertahajjud menyembah dan membesarkan Allah kepada waktu umat Islam sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian dengan ihsan dalam menjalankan amanah yang diberikan di tempat kerja. Dan seperti dijangka, Yahudi dan Nasrani menang lagi, tak kira Brazil atau Jepun yang menang pagi tadi, tapi Yahudi dan Nasrani tetap memenangi piala menghancurkan dunia Islam yang telah mereka mulakan sejak perang salib lagi. Tempias kemenangan ini turut sama mengenai diri ana yang memang tak minat tengok bola sepak. Dalam office pagi-pagi lagi, ana dah dapat maklumat yang Brazil akan berentap dengan Jepun pagi tadi. MasyaAllah, dahsyat sungguh propaganda mereka sehinggakan orang yang tak mengikuti perkembangan pun turut sama mendapat berita.

Mengimbas kembali waktu ketika mula-mula ana memulakan latihan industri di HKL, dari jam 2 petang hingga ke 5 petang saja, hampir sepuluh kali iklan promosi Piala Dunia Afrika 2010 yang akan bermula nun sebulan lagi. Dan sedihnya, stesen-stesen televisyen di negara kita sangat bersemangat mengiklankan piala dunia tersebut sedangkan tak ada pun pasukan Malaysia yang akan masuk bertanding. Terfikir jugak dalam hati, “kenapa pulak mereka ni sibuk sangat promosi piala dunia ni ye? Malaysia bukannya masuk pun, apa yang nak dibanggakan?”. Dan lagi penting, dengan menonton perlawanan bola sepak tersebut, apa yang kita dapat? Ana tak nafikan, bermain bola sepak sememangnya menyihatkan badan, dan badan yang sihat itu disukai Allah. Tapi dengan menonton bola sepak, boleh menyihatkan badan ke? Semestinya tak kan, bahkan lebih memburukkan kesihatan lagi terutamanya ketika perlawana tersebut berlangsung di awal pagi di waktu yang sepatutnya manusia merehatkan badan untuk bangun beribadat kepada Allah.

Sedarlah wahai umat Islam semua, piala dunia dan permainan-permainan yang seumpamanya adalah salah satu agenda Yahudi untuk menyesatkan umat Islam. Dan sangat banyak kemaksiatan yang mencemari permainan ini. Tak cukup dengan waktu perlawanan yang menggugat iman untuk solat di awal waktu, ada pulak wanita-wanita yang pakaiannya macam sarung nangka dan sebagainya. Dan paling besar, kejayaan yang kita dapat lihat hari ini, permainan ini hampir atau bakal menyumbang kepada “halal”nya judi bola yang kita semua ketahui, tidak pernah wujud istilah halal bagi sebuah maksiat jenis judi walaupun sudah banyak syarikat-syarikat yang diberi lesen “halal” bagi permainan judi nombor atau nombor ekor di Malaysia.

Sebagai umat Islam yang mengakui Yahudi dan Nasrani adalah musuh kita, jalankanlah tanggungjawab kita wahai khalifah. Kalau minat sangat-sangat pun menonton bola sepak, janganlah sampai kita mempengaruhi orang lain untuk turut sama menjadi penonton. Bayangkan jika kerana “kempen” air liur yang kita ucapkan kepada kawan-kawan kita berkenaan piala dunia menyebabkan dia tertinggal solat berjemaah dan ibadah lain kepada Allah, sangat “best” saham yang kita dapat untuk dibawa ke akhirat nanti. Kita boleh mengubah cara masyarakat menerima serangan Yahudi dan Nasrani ini sebenarnya. Dalam perbincangan berkenaan bola sepak tu, masukkan unsur-unsur mengingati Allah dan memikirkan manfaat daripada menonton perlawanan tersebut. Dan pastinya, siasat, siapakah yang mula-mula memperkenalkan sukan bola sepak ini sehinggakan hari ini, kalau orang lelaki tak minat bola sepak, dianggap pelik oleh masyarakat sedangkan bila orang tak solat, takda siapa pulak yang pelik.

Carilah bekalan yang bermanfaat untuk dibawa bertemu Pencipta wahai jasad hina yang hanya diciptakan!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...