25 Mei 2011

USTAZ, KITER FIRST!!!

"Ustaz, kiter first!"

Itulah ayat yang sama setiap minggu yang keluar dari mulut seorang anak kecil yang mungkin baru berumur 4 tahun. Dengan selambanya, walaupun tengah solat, sempat lagi beliau memboleh kebelakang sambil menunjukkan tanda "first" bila menyedari kehadiran "ustaz"nya yang akan mengajarkan membaca Iqra' setiap minggu. Satu sambutan yang kelakar tapi menghiburkan setiap hari selepas penat menghadiri kelas dan menunaikan tanggungjawab-tanggungjawab di UIA.

Sedar tak sedar, sudah hampir 3 minggu ana sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk mengajar (tahsin) anak-anak di kawasan perumahan tersebut. Kalau dulu pernah diberi peluang olehNya untuk mendengar dan memperbaiki (tahsin) bacaan adik-adik tingkatan satu di SBPI Gombak, yang sungguh menenangkan dan menghiburkan tu, kali ni terasa lebih tenang dan lebih terhibur bila melihat telatah anak-anak yang lebih kecil belajar mengenal kalam-kalam Allah tu.
Dan sama seperti ketika menghadiri kelas tahsin di SBPI Gombak dahulu, di sana juga, ana merasai satu perasaan yang sama bahkan lebih dari dahulu bila tibanya hari dan masa untuk mengajar anak-anak tu membaca Al-Quran. Bila melihat kegigihan anak-anak ni tergagap-gagap nak menyebut satu-satu kalimah tu, satu perasaan kagum terbit dari hati ni untuk ibu bapanya yang tahu tanggungjawab memastikan anak-anak mereka tahu membaca Al-Quran dan anak-anak itu juga, subahanallah, jika sudah dimulai dari umur empat tahun, alangkah beruntungnya mereka bila usia sudah memasuki umur dewasa. Itulah yang menyebabkan ustaznya ni, yang walaupun bukanlah hafiz, bahkan selalu mezalimi hak-hak Al-Quran untuk cuba hadir juga mendengar dan memperbaiki bacaan mereka walaupun hujan dan kadang-kala ketika letih.

Wallahua'lam, mungkin inilah yang Allah janjikan, Al-Quran itu syifaa', bila letih, kecewa, dan sebagainya yang negatif-negatif tu, akan terubat bila mendengar kalimat-kalimat suci dari mu'jizat teragung ni. Dan mungkin, bila dibaca oleh kanak-kanak yang masih lagi belum dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab kepada mukallaf ni, lebih memberi "syifa'" kepada orang lain yang mendengarnya. Alhamdulillah, Ya Allah, terima kasih atas ni'matMu yang seringkali menjengah ketika hambaMu yang sangat lemah ini memerlukannya!(^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...