13 Jun 2009

KEJUTAN SENJA

Senja ini, heboh di rumah yang ana duduki sempena semester pendek ni dengan kamatian Ustaz Fathi Yakan. Sumber tersebut iaitu ikhwan-jor.com mengatakan Ustaz Fathi Yakan telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 12.31 tengahari tadi. Dan di Masjid UIAM, sebuah pengumuman dibuat bagi memaklumkan tentang pemergian seorang insan yang sangat banyak jasanya dalam penyebaran fikrah Islam. Kira-kira jam sembilan malam kejap tadi pulak, satu berita terbaru keluar di yahoo group yang ana sertai. Keadaan Ustaz Fathi Yakan sekarang sangat kritikal, belum meninggal sebenarnya. Beliau sekarang masih lagi dihubungkan dengan alat bantu pernafasan di Hospital Otel Dew di Beirut.
Sama ada beliau sudah meninggal atau tidak, realitinya sekarang, kita semakin kehilangan orang-orang soleh dan ilmuan Islam yang menjadi rujukan kepada permasalahan-permasalahan yang timbul dalam masyarakat Islam hari ini. Risau dan bimbang pulak memikirkan diri sendiri ni, berapa sangat kerja yang dah dibuat untuk melayakkan diri ini mendapat redha Allah dan diterima oleh Allah sebagai hambaNya di Mahsyar kelak. Timbul pulak dalam fikiran ana, sebuah hadith riwayat Imam Ahmad;
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

Ust Fathi Yakan, sumbangannya sangat besar kepada dakwah Islamiyah, kita??


Moga dengan berita sedih tentang seorang yang begitu kuat berdakwah dan menyampaikan fikrah-fikrah Islam ke seluruh dunia ini, menjadi satu dorongan yang lebih kuat kepada kita semua untuk bekerja dan berdakwah dalam menyebarkan kefahaman Islam yang syumul ini.

Bangkitlah, bekerjalah untuk Islam. Dunia ini semakin hari semakin tua, semakin dekat dengan "Hari Kehancuran". Jangan kita kembali kepada Allah tanpa bekalan yang utuh dan mantap. Ingatlah, tidak pernah ada umat Islam terdahulu yang dijamin tempat di syurga kecuali mati syahid dalam memperjuangkan agama Allah. Sama-sama renungi wahyu Allah melalui lidah Rasulullah SAW...


Moga semua beroleh manfa'at...Ameennn....

07 Jun 2009

AR-RIJAL SINGAPORE @ AMAZING RACE KL 2009

Berkumpul di Masjid Negara Kuala Lumpur
Kira-kira dua jam lalu, alhamdulillah ana dan beberapa sahabat seperjuangan berjaya melaksanakan sebuah program ukhuwwah bersama sahabat-sahabat baru dari Singapura yang berjaulah ke Kuala Lumpur. Program yang bermula dari Masjid Negara KL dan berakhir di Chow Kit yang mengambil masa kira-kira tujuh jam ini actually adalah pengalaman kali kedua ana dan sahabat-sahabat dari UIAM menguruskan program jelajah Kuala Lumpur dan sekitarnya. Kalau dulu, Youth Outdoor Quest menjadi medan latihan bagaimana menguruskan perlumbaan seumpama explorace atau Amazing Race ini, kali ini Amazing Race KL 2009 bersama Kelab Ar-Rijal dari Singapura pulak menjadi medan untuk melatih diri menguruskan program yang sangat-sangat memerlukan kerahan tenaga, ketepatan masa serta perancangan yang begitu teliti bagi memastikan para peserta dapat sampai ke setiap check point dengan baik dan pada masa yang sepatutnya.

Check point pertama, play ground Majid Negara

Namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Mungkin kerana Amazing Race kali ini melibatkan peserta yang hampir kesemuanya belum pernah menjejakkan kaki ke KL, terdapat beberapa kumpulan yang tidak dapat meneka dan mencari check point yang betul berikutan klu-klu yang diberikan masih kabur dan memerlukan penelitian yang mendalam untuk mengeluarkan nama check point yang sepatutnya. 'Ala kulli hal, alhamdulillah semua peserta berjaya sampai ke check point yang terakhir dengan selamat kira-kira jam 8.30 malam.


Check point ketiga, Grafiti Palestin


Apa yang penting sepanjang Amazing Race KL 2009 kali ini sebenarnya bukanlah dari segi siapa sampai dulu atau siapa yang menang sebenarnya. Dan jugak bukanlah kesempurnaan dan keberjayaan dalam menganjurkan program yang diidamkan, tetapi ukhuwwah yang terbina, pengalaman dan ilmu baru yang diharapkan oleh semua yang terlibat dalam Amazing Race kali ini. Bagi penganjur, ana dan sahabat-sahabat dapat menyenaraikan banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menganjurkan program jelajah sebegini, dan juga banyak perkara baru yang kami belajar setelah beberapa kali diminta untuk menguruskan program sebegini.
Alhamdulillah, syukur tak terhingga, Allah menghadiahkan kami ukhuwwah dari Kelab Ar-Rijal dan pengalaman baru dari program ini. Penat, letih dan badan melekit semata-mata untuk melancarkan Amazing Race KL 2009 ini. Tapi bila dilihat dan difikirkan balik dari sudut hikmah, hilang segalanya digantikan dengan rasa puas hati mendapat sahabat baru dan pengalaman baru, hadiah ukhuwwah dari Allah.
Ilalliqa'...(^_^)/"



01 Jun 2009

BILA USTAZ PUN NAK JUGAK...

Dua tiga bulan kebelakangan ni, kita dikejutkan dengan beberapa berita negatif yang mengaitkan nama "ustaz" dan "ustazah". Secara tak langsung, berita-berita negatif sebegini sebenarnya sedikit sebanyak memalitkan imej negatif kepada Islam itu sendiri memandangkan nama "ustaz" dan "ustazah" bukanla nama biasa, tetapi melambangkan imej pembawa risalah dan ajaran Islam sendiri.
Oleh sebab beratnya tanggungjawab membawa imej Islam inilah, sesetengah ilmuan-ilmuan Islam yang fakih atau menguasai bidang Syari'ah, Quran Sunnah atau Hadith, tidak sanggup untuk meletakkan gelaran ustaz dihadapan nama mereka. Malangnya hari ini, mungkin disebabkan market "ustaz" dan "ustazah" makin tinggi, ramai yang tak segan silu mengaku diri mereka ustaz dan ustazah. Akibat dari terlalu banyak ustaz-ustaz celup dan ustaz segera inilah, hari ini, kita dapat melihat di dada-dada akhbar, ustazah sana bercerai, ustaz bercinta, isteri ustaz tuntut cerai, ustaz mengajar Quran mencabul kehormatan anak didiknya, macam-macam lagi. Padahal ustaz atas "nama" jer, kesannya, habis semua ustaz ustazah terpalit dengan fitnah masyarakat, "Ustaz pun buat hal jugak"...
Dan menambahkan lagi kepelikan dan kemudharatan dalam memarketkan ustaz ustazah ni, harini semua benda orang tanya ustaz, sampaikan perkara yang tak berkaitan pun ditanya. Alhamdulillah, ustaz yang betul-betul faham ilmunya, takkan jawab dan jadi saksi untuk perkara-perkara yang dia tak faham. Tapi malangnya ustaz-ustaz celup pulak yang keluarkan hukum dan buat-buat faham bila pihak-pihak yang terdesak nak halalkan perniagaan mereka mintak jadi penasihat. Hmm kalau hukum dia keluarkan tu betul, takper la sikit, katakanla salah, dan benda tu jadi amalan orang ramai, contohnya hukum sebenar sesuatu perkara tu riba', tapi sebab bukan bidang dia, dia keluarkan jugak hukum "boleh". Astaghfirullah dan moga Allah jauhkan kita dari terlajak mengeluarkan hukum yang tak sepatutnya.
Tujuan ana bangkitkan isu kali ni bukanlah nak memburukkan sesiapa, tapi sekadar memberi peringatan untuk diri sendiri dan jugak semua sahabat-sahabat, siapa kita apabila kita bergelar Muslim dan jugak orang yang dilihat agak 'alim dalam ilmu-ilmu agama. Sekali fikir, ada logiknya bila seorang ustaz ni cakap, "Saya tak mintak pun orang panggil saya ustaz", bila dia di"fitnah" satu masa dulu. Tapi dua kali fikir, timbul rasa kesal dan kecewa apabila orang yang kita harapkan dapat membantu membimbing masyarakat ini terjebak dengan fitnah yang dah selalu sangat orang terjerat.
Dan lagi sedih, tidak cukup dengan kontroversi-kontroversi yang sudah cukup memalukan tu, ada pulak insan yang dulunya pernah disebut oleh ustaz ini dalam ceramahnya tampil mempersoalkan kembali tindakan si ustaz. Dulu ustaz pernah mempersendakan seorang artis bila artis tu digosipkan dengan si pulanah ni, ustaz nyanyi lagu "Ahhaaa tak tahu...". Lebih kurang liriknya, tapi harini, kata penulis dalam akhbar tue, mungkin si artis tu boleh nyanyikan balik untuk ustaz, "Ahhaaa tak tahu...". Hmm mungkin hanya doa boleh kita panjatkan ke atas ustaz ni dan kenalannya tue. Dua-dua bawak imej Islam, imej yang sama kita turut bawak pada hari ni sahabat-sahabatku. Dan ingatlah, Islam satu agama Yang Suci, agama yang tidak boleh dicampur adukkan dengan perkara-perkara lain yang kotor dan cemar.
Moga Allah bantu dan berikan petunjuk untuk kita semua insyaAllah..

HARI TEMBAKAU SE"KEMENTERIAN"


Semalam bila bukak paper, tersenyum ana bila tengok ada satu iklan besar kat front page ngan last page paper tu. Punyala semangat Kementerian Kesihatan buat promosi cegah merokok, sampai dua page utama surat khabar tu dia ambik. Tapi yang lucunya, rokok ada jugak terjual kat kedai-kedai. Hmm bagus dah usaha Kementerian Kesihatan ni, tapi selagi takda kerjasama dari kementerian lain, terutamanya Kementerian Perdagangan untuk menyekat kemasukan rokok ke Melaysia, buatlah iklan besar mana pun, tunjuk la gambar pelik-pelik fasal penyakit akibat dari rokok ni, berapa ramai sangat yang akan berenti merokok.
Tapi tahniah la sebab ada jugak usaha menaikkan cukai rokok, untuk mengurangkan orang merokok. Tapi kalau sekat terus apa salahnya kan. Bagi anak-anak orang kaya tak jadi masalah langsung kalau sebatang rokok naik RM1 pun, tapi sebenarnya bila naikkan cukai, tapi benda tu masih ada di pasaran, siaplah makcik-makcik kat kampung yang ada anak-anak tak bekerja yang ketagih rokok tue. Sehari kalau tak habis at least RM2 untuk anak bertuah dia beli rokok tak sah la. Tak bagi japgi, anak tu pegi mencuri pulak. Betul-betul kita ni nak tengok masyarakat kita baik ke tak sebenarnya?
Dan satu lagi benda lucu bila tengok kat kotak rokok, besar-besar ditulis amaran dari Kementerian Kesihatan "Merokok Membahayakan Kesihatan". Tapi sedihnya, walaupun ramai tahu dan diberitahu rokok ni membahayakan kesihatan, ada jugak rokok dijual di kedai-kedai. So bahaya camna pun, kalau dah dijual di kedai, bermakna bukan satu kesalahan la di sisi undang-undang negara la kan. Ibarat macam kita larang budak-budak kecil memanjat pokok sebab takut jatuh patah kaki ke, tapi yang angkat budak tu naik atas pokok, kita la jugak.
Hmm bila la kita nak tengok undang-undang negara kita pakai sikit hukum yang ulama-ulama buat. Terang-terang Majlis Ulama keluarkan hukum rokok haram, boleh pulak ada orang cakap makruh ja dan tak boleh dibuat undang-undang rokok ni haram. Hmm terpulang la nak ikut sapa, kalau yakin ijtihad ulama yang faham Islam ni, ikutlah. Kalau lebih yakin dengan "bukan ulama", yang buat hukum ikut suka hati depa tu, ikut la walaupun sebenarnya mereka sendiri tahu apa sebenarnya hukum bagi perkara-perkara macam rokok ni. Once again, "Sampai Bila Nak Buat-Buat Tak Reti??"(^_^)
Mudah-mudahan satu hari nanti, Allah mudahkan dan berikan hidayah kepada kita semua untuk jauh dari perkara-perkara haram sebegini...Ameennnn....

24 Mei 2009

SAMPAI BILA NAK BUAT-BUAT TAK RETI???

Alhamdulillah semalam ana diberi peluang oleh Allah untuk mendengar ceramah Tazkiyatun Nafs dari Akh Didi Hendra mengenai beberapa orang sahabatnya yang bertukar 180 darjah hanya kerana tidak mahu dilihat terlalu tegas dan tidak mahu bercampur dengan orang lain terutamanya kawan perempuan. Tamat ceramah akh Didi, teringat pulak ana pada kisah seorang sahabat ana waktu di matrikulasi dulu yang ceritanya tak jauh beza dari cerita yang Akh Didi sampaikan. Kes nak cuba sesuaikan diri dengan masyarakat dan dengan wanita. Oleh kerana agak kurang selesa bila nampak dia macam tak kisah duduk makan semeja dengan kawan perempuannya di cafe, kami sahabat-sahabat yang agak rapat ni sepakat menghantar wakil untuk cuba memberi nasihat. Persoalan yang ditimbulkan ialah, kenapa dia macam tak kawan sangat dengan sahabat-sahabatnya yang sama-sama beroleh tarbiyah dari pusat tahfiz dulu, tapi lenient sangat dengan kawan-kawan yang tak jaga pergaulan ni. Jawapan yang sahabat ana tadi terima ialah...

“Aku taknak bercampur sangat dengan budak-budak tue, nanti macam tak bermasyarakat dan asyik duk sama-sama kumpulan tue je. Kena jugak bercampur dengan orang lain, baru senang nak buat kerja”
Sebuah kata-kata yang bagi ana sangat tak patut, yang keluar dari seorang sahabat ana yang dipilih oleh Allah untuk menjaga kalam sucinya. Yang membuatkan ana lagi sedih dan terkilan ialah bila mendapat berita yang sahabat ana ni dah banyak berubah. Kalau dulu hanya makan ramai-ramai semeja dengan perempuan, sekarang dah berani keluar dating dua-dua, orang larang pun tak kisah. Alasannya nak mengubah si perempuan tue. Ana tak kisah sangat kalau yang diceritakan ni budak biasa macam ana ja, tapi yang sedihnya, sahabat ana ni membawa imej Islam yang sangat kuat, yang kalau fitnah terkena kat dia, semua sahabat-sahabat dia yang lain yang turut sama beroleh tarbiyah akan mendapat kesannya.
Tujuan ana menulis tentang ni, bukanla nak bukak aib sahabat ana nie, dan antum pun bukannya kenal dia melalui penulisan ana ni. Tapi yang ana lebih nak tekankan di sini, kenapa orang-orang sebegini boleh jadi macam tue? Harini biasa kita tengok kan, ustaz couple dengan ustazah, orang ambik pengajian Islam pun keluar dating, time weekend hilang ke zoo la, KLCC la, bawak si "pacar"nya tue. Orang yang sepatutnya menjadi contoh, yang sepatutnya faham hukum fikah, hukum ikhtilat lebih dari orang yang tak ambik course agama macam tak faham langsung apa itu fitnah dan ikhtilat.
Tak perlu la nak guna alasan nak ubah orang dengan cara couple, sampai hari ni, ana tak pernah dengar ada yang berjaya except certain case. Tu pun diorang kahwin dulu then baru dapat ubah. If takder plan nak kawin, jangan la duk cari fasal, silap-silap kita sendiri yang bakal terubah. Dan kita tengok perjalanan dakwah Islam sendiri pun, tak pernah ada satu contoh pun yang ditunjukkan sama ada oleh sahabat atau ulama bahkan Rasulullah sendiri, ada istilah dakwah melalui bercinta lelaki dan perempuan.
Dan harini, bohong la kalau ada yang kata dia taktau yang couple tu haram dan berdosa. Especially yang belajar agama, or yang penah baca Quran. Soalnya, sampai bila kita nak buat-buat taktau dan sampai bila kita nak belitkan hukum dating tu haram, couple tu haram dan berhubung dengan ajnabi tanpa ada sebab yang dibenarkan dalam Islam tu tak boleh?
Mungkin kata-kata ni agak keras, tapi nak kata jugak, kalau kita yakin kita memang akan masuk syurga tanpa dihisab atau kita yakin hukum yang kita ubah sendiri tu betul, couple la, keluar la nak dating kat masjid pun, silakan. Tapi kalau kita rasa diri tak sehebat ulama-ulama dan Rasulullah sendiri yang tak benarkan hubungan silang jantina yang tak dibenarkan dalam Islam, jangan la duk cari fasal. Adakah kita tak hairan dengan amaran azab Allah, yang mana Saidina Umar yang pada zaman jahiliahnya adalah kepala samseng jahiliah, bila dengar ayat ni, pengsan terus. Apa ayat tu? Ayat Quran yang biasa kita baca hari-hari jugak, sama ja, tapi kita baca bukan setakat tak pengsan, tak takut langsung. Firman Allah,

Ayat yang pendek, tapi terkesan di hati seorang yang keras hatinya pada zaman jahiliah. Sedarlah semua sahabat-sahabatku, especially sahabat-sahabat ana yang sama-sama se-sekolah agama, yang sama-sama se-UIA dan paling penting, yang sama-sama se-Islam. Kalaula apa yang kita buat harini tak bersangkut dengan Islam, tak kisah, tapi apa yang kita buat harini, semua mata melihat pada kita. Yang sekolah agama, akan jadi contoh pada sekolah biasa, yang UIA, jadi contoh pada universiti lain. Sedihnya harini, takda beza pun antara kita dan mereka. Bahkan yang membuatkan ana hampir-hampir nak menitiskan air mata satu ketika dulu, ada sahabat ana yang bukan dari sekolah agama pulak persoalkan balik apa sebenarnya hukum ikhtilat antara lelaki dan wanita nie, dia baca dalam satu artikel, sms, call, haram sebab boleh membawa kepada zina. Tapi dia tengok budak sekolah agama pun duk sms dan call ajnabinya. Antum yang jugak bekas sekolah agama nak kata apa? Adakah ni propaganda nak burukkan sekolah agama? Certain-certain things maybe memang propaganda, tapi benda ni harini tak payah hantar spy, terang-terang boleh tengok kat universiti sendiri dan paling banyak ana rasa kat friendster.

Disaat ana menulis artikel ni pun sebenarnya, ana takut jugak kalau-kalau ana terbabas jadi macam tu jugak. Na’udzubillah. Salah satu cara untuk elakkan diri kita terbabas ni camna? Macam yang orang biasa buat harini, cuba jauhkan diri dari orang yang bercouple, kalau antum tak mampu nak ubah dia untuk tak couple dan dating and etc. At the same time actually, kita akan mendidik dia untuk bagitau kita tak suka dia couple, keluar dating semua tue. Tambah-tambah la kalau kawan rapat, lagi dia akan terasa. Ana sangat-sangatlah berharap dan berdoa, semua sahabat-sahabat disekeliling ana ni, takda yang couple, tak jaga ikhtilat dan sebagainya. Ingatlah satu perkara penting, jangan jadi penyebab dakwah Islam tak jalan dan tak berjaya, hanya kerana kegagalan kita mengawal nafsu dan fitrah palsu yang dibimbing oleh kawan yang paling tak guna iaitu syaitan la’natullah.

Moga beroleh manfa'at, especially ana sendiri yang cuba menyampaikan...

11 Mei 2009

ALHAMDULILLAH THEY ARE MY PARENT "\(^_^)/"

Ustaz Farid & Puan Kamariah

Bersempena dengan genapnya umur ana yang ke 23 pada 4 Mei lepas, page kali ni khas ana dedikasikan kepada dua orang insan yang paling penting dalam hidup ana yang telah banyak berkorban kesenangan, kelapangan, kesihatan dan segalanya hanya untuk membesarkan insan bernama Ahmad Fathan, Fazlina, Khairussani, Mohd Syatibi dan Syazwani. Sedar tak sedar, lebih dua dekad Abah & Mak membesarkan kelima-lima anak mereka nie. Yang dari segi materinya, kalau perbelanjaan untuk membesarkan dan mentarbiyah kami memerlukan RM10,000 setahun, bermakna Abah dan Mak membelanjakan kira-kira RM100,000 sejak adik ana yang terakhir dilahirkan. Hmm cukup untuk membina sebuah rumah banglo di kampung kami kalau Abah dan Mak tak perlu berkorban untuk lima anak mereka ni. Syukran Ya Allah, kerana menganugerahkan dua orang insan biasa yang berkorban luar biasa untuk membesarkan dan mentarbiyah anak-anak mereka sehingga ke hari ini.


Keluarga Tok Ndak Jah

"Ya Allah jadikanlah kami hambaMu yang ta'at, anak-anak yang soleh, anak-anak yang tidak akan menyusahkan ibu bapa kami pada hari pembalasan dan anak-anak yang akan terus menyumbangkan doa dan kebajikan bagi ibu bapa kami semasa mereka masih hidup atau setelah mereka kembali kepadaMu...Ameennn...."
Celebrating...
- 23th Birthday "\(^_^)/" [Thanks to all my friends for wishing me "Happy Birthday, Sanah Helwah & atc]
- 29th Years of Mothers Day for My Mum "\(^_^)/" [Thanks Mum for being my mother]
- All the time being a servant insyaAllah "\(^_^)/"" [Thanks Allah for accepting me as Your servant]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...