14 Disember 2009

CAM BEST JE KBM TU!!!


Masuk kali haritu, dah berpuluh kali ana rasa ana dengar fasal KBM atau nama panjangnya Keindahan BersamaMu. Bila mula-mula dengar, ingatkan cam rancangan Bersamamu dalam TV3 tu:) Tapi pengetahuan ana tentang KBM mula bertambah hari demi hari, tambahan pulak bila mula berusrah dengan Otai KBM yang sangat disegani, Abg Bai yang sudah beranak satu. Hmm tiap-tiap minggu, ada je cerita dia fasal KBM, adeyh, cam takde mende lain ke nak crita (kata diri ini yang tak pernah mengikuti KBM tu).

Alhamdulillah, peluang, masa dan kesempatan itu milik Allah, dan hanya Dia yang mampu memberikan kita semua ini untuk melakukan sesuatu. Hujung minggu lepas, alhamdulillah dapat jugak ikuti KBM-SSQ 5R yang berlangsung selama empat hari di Hulu Langat. Oleh sebab kelas yang dah bermula di UIA, ana hanya sempat mengikuti sesi sebelah malamnya saja, tapi tu pun cukup bagi ana untuk membuat satu kesimpulan....

Afwan ye Abg Bai, I have to say this...

Hmmm for me KBM is nothing....Takde ape pun sebenarnya kat KBM...Sama je cam program-program biasa...Tapi adik-adik, sahabat-sahabat semua, program biasa ini, mampu membuatkan seorang kanak-kanak, sehingga seorang dewasa untuk mengalirkan air mata mengenangkan kelalaian, kesilapan dan kealpaan yang dilakukan sepanjang mengecapi nikmat kehidupan yang Allah anugerahkan ni.

Walaupun ana hanya sempat mengikuti sesi sebelah malam je, namun impact yang ana dapat, subhanallah, "Banyaknye aku main-main dalam hidup ni":( Petama kali ana betul-betul dapat menghayati pengorbanan seorang insan bernama Bilal, Yassir, Sumayyah dan Ammar. Slot Meniti Angin Malam yang bagi ana dibawa dengan cukup baik, membuatkan hati ana yang kotor ini berkata, "Kalau Bilal didera camtu, Yasser dijerut lehernya, Sumayyah ditusuk dengan lembing, dan Ammar dipaksa untuk melihat penyeksaan keatas mak dan ayahnya, apa ujian yang aku dah dapat untuk mempertahankan Islam dan Iman yang ada dalam diri ni?"...

Setelah selesai perjalanan yang disebut sebagai nite walk jugak tue, masuk pulak ke satu lagi slot yang sangat menggerunkan bagi insan yang selalu lalai dan alpa ni. Astaghfirullah... Bila fikir balik, diri ini berkata, "Err tau kan semua ni memang akan berlaku? Tapi kenapa masih lalai? Kenapa solat masih tak mantap? Kenapa kenapa dan kenapa camni??"... Ya Allah, ampunkan hambaMu ini. Bagi yang tak dapat bayangkan apedia slot ni, ana sarankan antum cari masa sesuai, joinlah mana-mana program KBM yang ada. InsyaAllah, antum takkan rasa sia-sia melaburkan sedikit wang pemberian Allah untuk mengingatiNya.

Wallahua'lam, takleh cerita banyak-banyak sangat fasal pengalaman first time gi KBM ni, kena gi sendiri, baru tau(^_^)/"

Tahniah, Mubaarak dan Congratulation buat team KBM yang berjaya menganjurkan KBM SSQ tempoh hari. InsyaAllah kalau ada masa lagi, ana akan menempel di mana-mana KBM yang ada(^_____^)

Wallahua'lam....

08 Disember 2009

MENANGISLAH...


Beberapa minit yang lepas, ana diajukan satu soalan yang mengingatkan ana kepada mak kat kampong. Hmm it is about air mata. Actually soalan utamanya adalah, adakah bila menangis, bermakna kita seorang yang tak sabar? But bila sebut menangis, sure air mata akan datang sekali kan. Yang membuatkan ana macam terpegun dan timbul rasa hairan adalah, apa ada pada air mata ye? Apa sebenarnya tujuan penciptaan air mata? Tanya kat pakcik Wikipedia, dia jawab:
”Air mata adalah kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersikan mata. Kata lakrimasi juga dapat digunakan merujuk pada menangis. Emosi yang kuat juga dapat menyebabkan menangis, walaupun kebanyakan mamalia darat memiliki sistem lakrimasi untuk membiarkan mata mereka basah, manusia adalah mamalia satu-satunya yang memiliki emosi air mata.”
Dan percaya atau tidak, bagi wanita terutamanya, bila mereka menangis, mereka dapat menyelesaikan banyak masalah dan tekanan tanpa perlu membuang masa dan tenaga melakukan aktiviti luar sebagaimana seorang lelaki akan buat. Dan lagi ajaib, dengan hanya mengalirkan air mata, seorang ibu mampu untuk mengubah anaknya yang samseng menjadi soleh. Berbanding seorang ayah yang mungkin akan memukul anaknya untuk mengajar, tetapi belum tentu anaknya itu akan berubah. Subhanallah, walau setitik, yang mungkin satu milliliter pun tak sampai, tapi mampu untuk mengubah dunia. Belum lagi ciptaan Allah yang besar-besar macam gajah dan bukit bukau.
Untuk mengetahui apa yang ada dalam air mata dari segi saintifiknya, antum boleh merujuk blog ini:
Bagi ana yang pertama kali mengetahui fasal air mata ni, subhanallah, hanya itu yang mampu dan diberi peluang oleh Allah untuk diucapkan.
Sedang membaca artikel ni pulak, teringat satu kisah waktu ana di tingkatan tiga dulu. Ada sorang classmate lelaki yang agak pendiam dalam kelas ana. Satu masa ni, taktau kenapa, maybe sebab diganggu oleh classmate-classmate lain yang agak nakal, dia menangis dalam kelas. Then ada antara kami yang gelak bila dia menangis. Dan kebetulan masa ni sampai masa untuk Ustazah Bahasa Arab masuk mengajar. Bila dia tengok classmate ana tu menangis, dan yang lain macam gelak-gelak, dia ckp:
Kenapa kamu gelak? Menangis lah Ahmad (bukan nama sebenar), orang yang tak pernah menangis adalah orang yang lemah dan tinggi egonya dan bukan seorang lelaki sejati”.
Masa tu ana macam tersentak dan akui, “Yes, amat susah bagi seorang lelaki untuk menangis”. Dan actually, menangis, meminta maaf adalah antara perkara yang tak semua orang mampu buat. Hanya orang-orang yang kuat dan berani dapat melakukan dua perkara ni. Maybe Nampak macam lemah bila menangis dan meminta ma’af, tapi berapa ramai orang mampu buat? Dan lebih menakjubkan, Allah amat menyukai hamba-hambaNya yang bangun di tengah malam, tanpa menghiraukan dunia dan manusia lain, menangis kerana takutkan Allah walau siapapun yang berada disisinya ketika itu.
Dan satu lagi statement yang pernah ana dengar masa ana kat matrikulasi dulu,
"Nak tau tak, air mata ada sejenis bahan kimia yang boleh membuang bahan-bahan kimia yang tak elok kat muka. Patutla muka dia bersih dan tenang ja saya tengok. Mesti tiap-tiap malam menangis atas sejadah kan?"
Anyway, taktaula sohih ke tak. Tapi bila fikir asbab kenapa orang-orang soleh yang sentiasa bangun malam bermunajat kepada Allah, muka mereka nampak bersih, tenang dan lembut je, ana logiknya jugak. 'Ala kulli hal, jangan ta'asub pulak, takda kajian yang menyokong pun statement ni, cuma pemerhatian sahabat ana tu mungkin.
Subhanallah…Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa menangis mengenangkan kelalaian dalam menta’atiMu...Janganlah benarkan mata kami mensia-siakan nikmat yang Kau beri dengan menangis untuk perkara-perkara dunia Ya Allah…Ameeennnn…

26 November 2009

Alhamdulillah, sujud syukurku kepadaMu Ya Allah, sehingga ke saat ini, walau besar mana pun kesalahanku padaMu, sejauh mana pun aku lalai mengingatiMu, Kau masih berikan aku peluang untuk mengecapi nikmat bernafas yang Kau berikan kepada semua umat manusia. Ya Allah, kekalkanlah aku dijalan Islam, temukanlah aku dengan orang-orang yang beriman, berilah peringatan kepadaku jika aku tersalah dan cuba melakukan perkara yang boleh menjauhkan diri yang lemah ini daripada mengingatiMu Ya Allah...Ameennnn....

Buat semua sahabat yang selalu mengunjungi blog atau rumah ana ni, afwan jiddan kerana menyakitkan mata antum dengan "langsir" yang sama sejak Ramadhan lepas. Jika ingin menuruti kehendak hati untuk berkongsi segala 'ibrah hidup yang ana perolehi, setiap hari ana ingin menukar langsir rumah ana ni. Tapi memandangkan sejak Syawal sehinggalah semalam, banyak sangat perkara yang perlu ana dahulukan, maka tak sempatlah nak menggantung tirai baru untuk rumah ni untuk berkongsi indahnya hidup dalam nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua setiap saat tanpa henti. Hmm alhamdulillah sahabat-sahabat, ana masih boleh berjumpa ntum, melihat antum, bercakap dengan antum, kerana Dia, kerana Allah lah. Yang masih memberikan peluang kepada diri yang lemah dan selalu lalai ini untuk terus berubah walau sebanyak mana pun diri ini asyik mengulangi kesalahan yang sama. Astaghfirullah...

Hmm bayangkan, jika Allah hentikan khidmat udara di dunia selama 5 minit, berapa ramai manusia akan mati? Mudah je kan, hanya zarah-zarah oksigen, O2, yang tak nampak dan percuma. Namun kalau Allah tarik walau sekejap, tak kira siapa, saintis yang boleh extract oksigen dari air, perdana menteri yang berjaya memajukan negara, presiden sebuah negara yang dihormati dunia, semua, semuanya takkan mampu hidup, takkan mampu melakukan perkara semudah berkata-kata pun. Subhanallah, sejuta kesyukuran kita panjatkan kepadaNya, keranaNya, kita menjadi kita hari ini. Bersyukurlah, bertasbihlah memuji Allah yang Esa dan tiada sekutu yang layak disembah melainkannya.

InsyaAllah kali ni ana nak kongsikan pengalaman beriadhah secara "luar biasa" bersama teman-teman ana sejak Jumaat lepas. Tapi sebelum tu, jazakumullah kepada semua rakan seperjuangan, team penganjur Muslim Combat Quest 2009 yang sama-sama merealisasikan camping kita kali ni(^___^)

Sedikit perkongsian potret-potret Muslim Combat Quest 2009...



Muslim Combat Quest 2009 (MCQ '09)



Platun Ikhwah



Forum Mengisi Malam Pertama



Perbarisan Pagi



Journey to The Camp, "Lembah Genting Camp"



Bina Penempatan


Rempuhan Halangan



Meredah Arus Sungai yang Sungguh Deras



Alhamdulillah, Berjaya Gak Kami Berenang(^_^)



Bersiap-siaga Untuk Trekking



Beraksi Dengan Senjata Masing-masing



Pokcik Ni Kabo ke Kite Guano Nak Kerat Buloh



Our Lunch Today, Telur Mata Bersardin dan Kopi "o"



Gembira Dapat Masak Walaupun Tak Kenyang Makan



Alip Kena Redah Lumpur



Teropong Mad'u Di Malam Kesenian IKhwah



Cari Arah Dalam Compass Orienteering



Gembira Tamat Latihan MCQ 2009

Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya untuk kami. Dan bagi diri ana sendiri, terlalu banyak 'ibrah dan pelajaran baru yang ana dapat belajar ketika menjadi koorditor untuk program ni. Dan kenangan paling manis, first time buat persembahan solo dalam malam kesenian dalam program! Sebelum ni memang tak mampu la, tapi kali ni Allah bagi kekuatan, setelah ukhuwwah dengan sahabat-sahabat makin rapat, tak segan pulak ber"seni" dengan ikhwah-ikhwah. Moga ukhuwwah dan ikatan yang terbina dalam Muslim Combat Quest kali ini akan berkekalan selamanya insyaAllah...

Ya Allah, kukuhkanlah ikatannya...
Ya Allah, kukuhkanlah ikatannya...
Ya Allah, kukuhkanlah ikatannya...

Ameeennnnn....

12 September 2009

Bagaimana Ramdhan Kita???



"Ya Allah, tinggal lagi sepuluh hari Ramadhan ni!!!"
"Macam mana dengan target Ramadhan kali ni? Qiyam? Tadarus? Camne ngan mutaba'ah amalan harian? Puas hati ke dengan semua amalan yang dibuat Ramadhan kali ini?"
Persoalan yang keluar dari hati kecil insan yang sangat lemah ini beberapa hari lepas. Sedar tak sedar, dah 20 hari berpuasa dan mentarbiyah diri dalam bulan yang mulia ni. Dan hari ni, dah masuk ke "final" round dah untuk kita semua lakukan amalan sebanyak mungkin untuk mendapat redha Allah SWT. Dan jugak, dalam masa-masa akhir Ramadhan inilah jugak sebenarnya masa terbaik untuk kita muhasabah kembali perjalanan hidup sebagai seorang hamba Allah dalam kehidupan yang sekejap ini.
Jika Ramadhan kali ini, tiada perubahan yang berlaku dalam hidup kita, bermakna kita sebenarnya berada dalam zon bahaya untuk bertemu Allah. Bayangkan, jika kita adalah seorang manusia yang selalu melakukan perkara-perkara sia-sia, lagha, solatnya selalu dihujung waktu tanpa keuzuran, pandangannya sukar untuk ditundukkan jika melihat perkara-perkara haram, masih tetap melakukan perkara-perkara tersebut sehingga saat ini. Jika kita berada dalam kondisi sebegini, fikirkan, dalam bulan yang tiada syaitan dan iblis yang mendorong kita melakukan kejahatan, bagaimana kita masih mampu melakukan segala kefasadan dan maksiat kepada Allah ni?
Sedar atau tak, jika ini berlaku kepada kita, sebenarnya diri kita telah sebati dengan segala maksiat-maksiat tersebut selama 11 bulan yang lepas. Logikkah dalam masa sebulan, yang dalamnya urusan dunia masih berlaku, kita mampu membuang segala titik-titik hitam dalam hati kita? Alhamdulillah, dan tahniah jika kita mampu.
Muhasabah kembali diri kita, masih belum terlambat untuk mengejar rahmat-rahmat Allah yang melimpah-ruah dalam bulan yang mulia ini. Bayangkan jika ini adalah Ramadhan yang terakhir, dan dengan keikhlasan kita melakukan amal ibadat, Allah bersihkan segala kekotoran dalam hati kita dan mengampunkan segala kesilapan kita, betapa beruntungnya kita.
Jom-jom, jangan buang masa lagi, masih tinggal seminggu untuk kita mengecapi nikmat berada dalam bulan Ramadhan ini(^_^)



16 Ogos 2009

SUBHANALLAH...


Heh tengah-tengah bukak google tadi, kuar pulak gambar ni....
Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah...
Biar panas, sejuk, takut, marah, bahkan waktu nak kena sembelih pun...
Mukanya tetap tersenyummmm(^__^)/"

31 Julai 2009

Cerita Sebulan

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran ana panjatkan kepada Allah, Dia masih lagi panjangkan umur untuk teruskan kehidupan dan ana masih lagi diberi kesempatan untuk terus mencari ilmu-ilmu Allah di bumi UIAM Gombak ni. Hmm hampir sebulan blog ni dibosankan dengan tajuk Rider's Day(^__^) Actually mulai awal bulan Julai, sampaila ke hujungnya hari, banyak sangat benda yang ana perlu dan kena utamakan dari mengemas blog ni. Kadang-kadang dah duduk depan laptop dah, benda yang nak dikongsi dah ada, tapi ada ja buku-buku subjek sem 1 ni yang mengacau nak suruh dibukak. Alhamdulillah la jugak, kekacauan untuk membuka buku tu datang, dapat jugak prepare notes untuk kelas esoknye tu. Anyway, sebagai perkongsian bulan Julai ni, ana lampirkan beberapa gambar apa yang berlaku sepanjang bulan ni. Takda kata-kata yang dapat ana ucapkan bila tengok balik kenangan-kenangan ni. Alhamdulillah(^___^) Dan moga Allah kekalkan segala nikmat-nikmat yang Dia kurniakan ni....
JALANG-JALANG KE GANU(^__^)
Menikmati kepok di Pantai Kemasik...

Ukhuwwah terbina di Al-Irsyad Kuantan...

Bersama Ustaz Zawawi di Pulau Duyong...

Sepetang di Pantai Kemasik, Kemaman...

Nik maik layang-layang di pantai dekat airport Terengganu (apa tah nama pantai ni)


Main bot kat Seberang Takir...
(Hampir terjatuh time lompat naik atas bot ni...Huhuuu)

Kubah kaca di Pulau Wan Man...


Ziarah Ustaz Zawawi di Pulau Duyong...


KELAHIRAN BARU DI ARAU(^__^)
Kambing beraksi dikala Subuh...
Baby itu...


Kenduri akikah di rumah...

Once again...
Alhamdulillah, Syukran Ya Allah...
Kekalkanlah dan perbaikilah ukhuwwah kami semua..
Ameennn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...