12 September 2009

Bagaimana Ramdhan Kita???



"Ya Allah, tinggal lagi sepuluh hari Ramadhan ni!!!"
"Macam mana dengan target Ramadhan kali ni? Qiyam? Tadarus? Camne ngan mutaba'ah amalan harian? Puas hati ke dengan semua amalan yang dibuat Ramadhan kali ini?"
Persoalan yang keluar dari hati kecil insan yang sangat lemah ini beberapa hari lepas. Sedar tak sedar, dah 20 hari berpuasa dan mentarbiyah diri dalam bulan yang mulia ni. Dan hari ni, dah masuk ke "final" round dah untuk kita semua lakukan amalan sebanyak mungkin untuk mendapat redha Allah SWT. Dan jugak, dalam masa-masa akhir Ramadhan inilah jugak sebenarnya masa terbaik untuk kita muhasabah kembali perjalanan hidup sebagai seorang hamba Allah dalam kehidupan yang sekejap ini.
Jika Ramadhan kali ini, tiada perubahan yang berlaku dalam hidup kita, bermakna kita sebenarnya berada dalam zon bahaya untuk bertemu Allah. Bayangkan, jika kita adalah seorang manusia yang selalu melakukan perkara-perkara sia-sia, lagha, solatnya selalu dihujung waktu tanpa keuzuran, pandangannya sukar untuk ditundukkan jika melihat perkara-perkara haram, masih tetap melakukan perkara-perkara tersebut sehingga saat ini. Jika kita berada dalam kondisi sebegini, fikirkan, dalam bulan yang tiada syaitan dan iblis yang mendorong kita melakukan kejahatan, bagaimana kita masih mampu melakukan segala kefasadan dan maksiat kepada Allah ni?
Sedar atau tak, jika ini berlaku kepada kita, sebenarnya diri kita telah sebati dengan segala maksiat-maksiat tersebut selama 11 bulan yang lepas. Logikkah dalam masa sebulan, yang dalamnya urusan dunia masih berlaku, kita mampu membuang segala titik-titik hitam dalam hati kita? Alhamdulillah, dan tahniah jika kita mampu.
Muhasabah kembali diri kita, masih belum terlambat untuk mengejar rahmat-rahmat Allah yang melimpah-ruah dalam bulan yang mulia ini. Bayangkan jika ini adalah Ramadhan yang terakhir, dan dengan keikhlasan kita melakukan amal ibadat, Allah bersihkan segala kekotoran dalam hati kita dan mengampunkan segala kesilapan kita, betapa beruntungnya kita.
Jom-jom, jangan buang masa lagi, masih tinggal seminggu untuk kita mengecapi nikmat berada dalam bulan Ramadhan ini(^_^)



16 Ogos 2009

SUBHANALLAH...


Heh tengah-tengah bukak google tadi, kuar pulak gambar ni....
Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah...
Biar panas, sejuk, takut, marah, bahkan waktu nak kena sembelih pun...
Mukanya tetap tersenyummmm(^__^)/"

31 Julai 2009

Cerita Sebulan

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran ana panjatkan kepada Allah, Dia masih lagi panjangkan umur untuk teruskan kehidupan dan ana masih lagi diberi kesempatan untuk terus mencari ilmu-ilmu Allah di bumi UIAM Gombak ni. Hmm hampir sebulan blog ni dibosankan dengan tajuk Rider's Day(^__^) Actually mulai awal bulan Julai, sampaila ke hujungnya hari, banyak sangat benda yang ana perlu dan kena utamakan dari mengemas blog ni. Kadang-kadang dah duduk depan laptop dah, benda yang nak dikongsi dah ada, tapi ada ja buku-buku subjek sem 1 ni yang mengacau nak suruh dibukak. Alhamdulillah la jugak, kekacauan untuk membuka buku tu datang, dapat jugak prepare notes untuk kelas esoknye tu. Anyway, sebagai perkongsian bulan Julai ni, ana lampirkan beberapa gambar apa yang berlaku sepanjang bulan ni. Takda kata-kata yang dapat ana ucapkan bila tengok balik kenangan-kenangan ni. Alhamdulillah(^___^) Dan moga Allah kekalkan segala nikmat-nikmat yang Dia kurniakan ni....
JALANG-JALANG KE GANU(^__^)
Menikmati kepok di Pantai Kemasik...

Ukhuwwah terbina di Al-Irsyad Kuantan...

Bersama Ustaz Zawawi di Pulau Duyong...

Sepetang di Pantai Kemasik, Kemaman...

Nik maik layang-layang di pantai dekat airport Terengganu (apa tah nama pantai ni)


Main bot kat Seberang Takir...
(Hampir terjatuh time lompat naik atas bot ni...Huhuuu)

Kubah kaca di Pulau Wan Man...


Ziarah Ustaz Zawawi di Pulau Duyong...


KELAHIRAN BARU DI ARAU(^__^)
Kambing beraksi dikala Subuh...
Baby itu...


Kenduri akikah di rumah...

Once again...
Alhamdulillah, Syukran Ya Allah...
Kekalkanlah dan perbaikilah ukhuwwah kami semua..
Ameennn

29 Jun 2009

RIDER's DAY

Harini boleh dikatakan hari yang paling jauh dan paling lama ana menunggang satu-satunya aset (aset ke liabiliti eh?) yang dihadiahkan abah lima tahun lalu. Menunggang RF780 yang setia bersama ana sejak minggu ketiga berada di Gombak, ke UKM atas urusan kerja. Lainnya perjalanan kali ni, actually boleh je gi naik komuter, turun je kat belakang UKM, terus cari library. Tapi sebab nak cari jalan baru, yang dijumpai dalam Google Map dua hari lepas, tendang jugak la "engko" motor tu ke Bangi. Alhamdulillah, lebih kurang jam 2 petang, tongkat si hitam diturunkan di Masjid UKM Bangi. Macam nak patah pinggang jugak bila mula-mula bangun dari seat motor tu. Tapi bestla boleh rasa jugak ape yang orang lain rasa bila kena naik motor jauh-jauh.
Kadang-kadang, bila kita dah terbiasa dengan kesenangan dan selesa ni, sangat susah untuk terima sesuatu benda yang tak selesa. Sebab tu lah jugak kita dengar ada orang tak sanggup nak hidup lagik bila bankrup, hilang keje, or duit diorang kena curi. Actually disinilah iman dan kekuatan aqidah memainkan peranan yang penting. Bagi umat Islam, kita perlu sedar, rezeki, kekayaan, kesenangan hidup semuanya dari Allah. Kalau harini kita jatuh miskin, hilang harta, hilang ape-ape kesenangan hidup yang kita dah lama ada, tak mustahil esoknya kita akan dapat lebih banyak dari yang kita dapat hari ni. Mungkin Allah nak uji kita, sejauh mana iman dan 'aqidah kita mampu bertahan bila segala apa yang kita sayangi dalam hidup ni diambil dalam sekelip mata. Allah nak uji kita, kalau Dia ambil sesuatu dari kita harini, siapa akan kita cari dulu? Pelik kan, walaupun ramai orang Islam harini sedar yang Allah lah satu-satunya tempat pergantungan, tetap memilih jalan syirik dengan berjumpa bomoh untuk tilikkan dimana barang dia yang hilang tu berada. Wal'iyaadzubillah...
Berbalik kepada cerita di UKM tadi, lepas melawat-lawat perpustakaan UKM tue, ana pun bergerak balik ke Gombak. Alhamdulillah, satu lagi pengalaman susahnyer orang naik motor Allah bagi kepada ana. Bila tayar motor mula bergolek kat MRR2 je, nikmat Allah mulai terasa menghentam visor helmet. Hujan. Dapatla merasai nikmat menunggu hujan reda dibawah fly over highway buat kali yang kedua. Seronok jugak sebenarnya, kalau tak hujan, susah nak dapat peluang bertenggek kat tepi highway tu sambil menjamu mata ngan kereta-kereta kat jalan raya. Dan paling best, dapat rasa jugak camne orang yang takda kereta rasa waktu hujan camtu. Syukur alhamdulillah, Allah bagi rasa dua nikmat. Nikmat ketika senang, dan nikmat ketika susah.
Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau berikan, ketika susah ataupun senang...Ameennn...

Apakah kamu (tidak percaya) dan heran bahwa datang kepadamu peringatan dari Tuhanmu yang dibawa oleh seorang laki-laki di antaramu untuk memberi peringatan kepadamu? Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah lenyapnya kaum Nuh, dan Tuhan telah melebihkan kekuatan tubuh dan perawakanmu (daripada kaum Nuh itu). Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. [Al-A'raaf: 69]

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [Ar-Rahmaan: 45]

13 Jun 2009

KEJUTAN SENJA

Senja ini, heboh di rumah yang ana duduki sempena semester pendek ni dengan kamatian Ustaz Fathi Yakan. Sumber tersebut iaitu ikhwan-jor.com mengatakan Ustaz Fathi Yakan telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 12.31 tengahari tadi. Dan di Masjid UIAM, sebuah pengumuman dibuat bagi memaklumkan tentang pemergian seorang insan yang sangat banyak jasanya dalam penyebaran fikrah Islam. Kira-kira jam sembilan malam kejap tadi pulak, satu berita terbaru keluar di yahoo group yang ana sertai. Keadaan Ustaz Fathi Yakan sekarang sangat kritikal, belum meninggal sebenarnya. Beliau sekarang masih lagi dihubungkan dengan alat bantu pernafasan di Hospital Otel Dew di Beirut.
Sama ada beliau sudah meninggal atau tidak, realitinya sekarang, kita semakin kehilangan orang-orang soleh dan ilmuan Islam yang menjadi rujukan kepada permasalahan-permasalahan yang timbul dalam masyarakat Islam hari ini. Risau dan bimbang pulak memikirkan diri sendiri ni, berapa sangat kerja yang dah dibuat untuk melayakkan diri ini mendapat redha Allah dan diterima oleh Allah sebagai hambaNya di Mahsyar kelak. Timbul pulak dalam fikiran ana, sebuah hadith riwayat Imam Ahmad;
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

Ust Fathi Yakan, sumbangannya sangat besar kepada dakwah Islamiyah, kita??


Moga dengan berita sedih tentang seorang yang begitu kuat berdakwah dan menyampaikan fikrah-fikrah Islam ke seluruh dunia ini, menjadi satu dorongan yang lebih kuat kepada kita semua untuk bekerja dan berdakwah dalam menyebarkan kefahaman Islam yang syumul ini.

Bangkitlah, bekerjalah untuk Islam. Dunia ini semakin hari semakin tua, semakin dekat dengan "Hari Kehancuran". Jangan kita kembali kepada Allah tanpa bekalan yang utuh dan mantap. Ingatlah, tidak pernah ada umat Islam terdahulu yang dijamin tempat di syurga kecuali mati syahid dalam memperjuangkan agama Allah. Sama-sama renungi wahyu Allah melalui lidah Rasulullah SAW...


Moga semua beroleh manfa'at...Ameennn....

07 Jun 2009

AR-RIJAL SINGAPORE @ AMAZING RACE KL 2009

Berkumpul di Masjid Negara Kuala Lumpur
Kira-kira dua jam lalu, alhamdulillah ana dan beberapa sahabat seperjuangan berjaya melaksanakan sebuah program ukhuwwah bersama sahabat-sahabat baru dari Singapura yang berjaulah ke Kuala Lumpur. Program yang bermula dari Masjid Negara KL dan berakhir di Chow Kit yang mengambil masa kira-kira tujuh jam ini actually adalah pengalaman kali kedua ana dan sahabat-sahabat dari UIAM menguruskan program jelajah Kuala Lumpur dan sekitarnya. Kalau dulu, Youth Outdoor Quest menjadi medan latihan bagaimana menguruskan perlumbaan seumpama explorace atau Amazing Race ini, kali ini Amazing Race KL 2009 bersama Kelab Ar-Rijal dari Singapura pulak menjadi medan untuk melatih diri menguruskan program yang sangat-sangat memerlukan kerahan tenaga, ketepatan masa serta perancangan yang begitu teliti bagi memastikan para peserta dapat sampai ke setiap check point dengan baik dan pada masa yang sepatutnya.

Check point pertama, play ground Majid Negara

Namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Mungkin kerana Amazing Race kali ini melibatkan peserta yang hampir kesemuanya belum pernah menjejakkan kaki ke KL, terdapat beberapa kumpulan yang tidak dapat meneka dan mencari check point yang betul berikutan klu-klu yang diberikan masih kabur dan memerlukan penelitian yang mendalam untuk mengeluarkan nama check point yang sepatutnya. 'Ala kulli hal, alhamdulillah semua peserta berjaya sampai ke check point yang terakhir dengan selamat kira-kira jam 8.30 malam.


Check point ketiga, Grafiti Palestin


Apa yang penting sepanjang Amazing Race KL 2009 kali ini sebenarnya bukanlah dari segi siapa sampai dulu atau siapa yang menang sebenarnya. Dan jugak bukanlah kesempurnaan dan keberjayaan dalam menganjurkan program yang diidamkan, tetapi ukhuwwah yang terbina, pengalaman dan ilmu baru yang diharapkan oleh semua yang terlibat dalam Amazing Race kali ini. Bagi penganjur, ana dan sahabat-sahabat dapat menyenaraikan banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menganjurkan program jelajah sebegini, dan juga banyak perkara baru yang kami belajar setelah beberapa kali diminta untuk menguruskan program sebegini.
Alhamdulillah, syukur tak terhingga, Allah menghadiahkan kami ukhuwwah dari Kelab Ar-Rijal dan pengalaman baru dari program ini. Penat, letih dan badan melekit semata-mata untuk melancarkan Amazing Race KL 2009 ini. Tapi bila dilihat dan difikirkan balik dari sudut hikmah, hilang segalanya digantikan dengan rasa puas hati mendapat sahabat baru dan pengalaman baru, hadiah ukhuwwah dari Allah.
Ilalliqa'...(^_^)/"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...