Jadi soal ruh nie, selain dari apa yang Rasulullah terangkan, memang kita manusia ni tak mampu nak fikir.
Macam tulah jugak dengan hati, setakat yang diterangkan oleh ulama’ dan hadith, mungkin kita boleh ambik untuk bincangkan soal hati nie. Bila sebut penyakit hati pulak, apa maksudnya yang sebenar ye? Adakah penyakit hati nie boleh dirawat dengan ubat-ubat farmasi atau jumpa doktor? Tak boleh, sebab hati nie, penyakitnya berkaitan dengan jiwa, perasaan dan nafsu yang memang tak boleh guna antibiotic atau ubat herba untuk merawatnya.
Mungkin sahabat ana ni tanya apa penyakit hati ni, sebab ana ada sebut penyakit hati dalam post ana dalam friendster blog ana sebelum nie. Actually, untuk penyakit hati yang ana tulis tu, ianya lebih kepada kegagalan untuk mengawal jiwa atau nafsu dalam kehidupan harian kita. So jom kita kenal dulu apadia jiwa atau nafsu ni yang berkait rapat dengan penyakit hati.
Jiwa Ammarah
Yang pertamanya, seperti yang Allah terangkan dalam Quran, jiwa ada tiga jenis dan satu. Ana yakin antum semua dah tau apa tiga jenis nafsu atau jiwa ni kan? Jom refresh balik, yang pertama, jiwa ammarah iaitu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan. Allah berfirman:
.
Dan ulama’ jugak membahaskan, jiwa ni adalah gudang segala kejahatan dan kejelekan dalam diri manusia. Maknanya, orang berjiwa ammarah nie, hidupnya sentiasa terarah kepada kejahatan dan dia tak rasa bersalah bila dia buat dosa tue.
Jiwa Lawwamah
Jiwa lawwamah, iaitu jiwa yang menyesali atas kejahatan yang dilakukan. Bila dia buat sesuatu, sama ada pada masa tu jugak atau lepas tu, dia akan rasa bersalah dan menyesal sebab dia libatkan diri dengan sesuatu dosa atau sebab dia tak buat lebih banyak kebaikan. Firman Allah:
Cuba kita teliti tengok, ayat berkaitan dengan jiwa lawwamah ni diletakkan dalam surah Al-Qiyamah. Dan dalam surah ni sendiri, Allah hanya membicarakan tentang hari kiamat dan nafsu lawwamah ja sebab jiwa lawwamah ni perlukan peringatan mengenai hari kiamat. Mungkin kita boleh buat satu kesimpulan disini, sapa yang nak menjiwai jiwa lawwamah nie, sentiasalah mengingatkan diri dengan hari kiamat. Ingat pembalasan yang akan diterima kalau melalukan dosa, dan ingatkan diri jugak dengan kelebihan orang yang melakukan banyak kebaikan.
Jiwa Muthma’innah
Seterusnya yang ketiga jiwa muthma’innah atau jiwa yang tenang dan sentiasa memikirkan cinta Allah. Jiwa ni dikatakan mempunyai gudang keimanan dan cahaya Allah. Orang yang memiliki jiwa ni adalah mereka yang khusyu’, tawakkal yang tinggi kepada Allah, yakin dengan Allah, mencintaiNya, lemah lembut padaNya dan sentiasa merindui Allah. Orang-orang yang memiliki jiwa ni akan dimuliakan Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Fajr ayat 27-30. Allah menamakan jiwa ni dengan nama jiwa yang tenang sebab mereka-mereka yang memiliki jiwa nie, sentiasa mengingati Allah sebagaimana firmanNya:
So kita dah bincang sepintas lalu kelas-kelas jiwa nie. Dalam tiga ni, cuba check dalam kelas mana kita duduk? Sebenarnya kita mungkin boleh memiliki ketiga-tiga jiwa ni dalam masa satu hari, sebab diketahui, jiwa manusia ni sentiasa dicucuk oleh syaitan dan iblis kan. So, make sure kita sentiasa sedar akan cucukan dan bisikan iblis nie, mudah-mudahan kita tak termasuk langsung dalam jiwa ammarah.
Cuba kita scroll balik kat atas, apa pulak jenis jiwa yang “satu” yang ana letak kat atas tu eh? Kenapa tak masukkan jadi empat terus? Hmm jiwa yang keempat nie, rasanya tak layak dikelaskan dalam jiwa manusia iaitu jiwa ghafilah (jiwa yang lalai dan takda tujuan). Hanya lembu, kambing dan haiwan-haiwan ja layak memiliki jiwa jenis ni sebab orang yang memiliki jiwa nie, mereka takda tujuan dalam hidup mereka. Mereka mungkin tak melakukan kejahatan macam orang yang berjiwa ammarah, dan mereka jugak tak melakukan amal kebajikan sebagaimana orang berjiwa muthma’innah. Nak kata mereka ni tengah-tengah pun susah sebab yang tengah tu jiwa lawwamah. Dan sedihnya, jiwa ghafilah nilah yang paling banyak kita dapati ciri-cirinya dalam kehidupan masyarakat hari ni. Hidup sekadar nak makan, minum, tidur, kerja, kahwin lepas tu mati. Tak terfikir pun mereka tentang hari pembalasan di Padang Mahsyar, neraka, syurga dan perkara-perkara yang akan manusia lalui selapas kematian nanti. Na’udzubillah, mudah-mudahan orang yang tulis dan baca post ni tak tergolong dalam golongan yang ghafilah ni, dan jugak tak tergolong dalam jiwa ammarah.
Ana rasa cukup untuk kali ni, sedikit perbincangan tentang hati dan jiwa nie. InsyaAllah jika berkemampuan, ana akan sambung lagi lepas ni berkaitan dengan cara menjaga hati dan penyakit-penyakit hati yang ada pada manusia. Kepada yang bertanya, ana mohon maaf sebab lambat keluarkan penulisan nie dan terpaksa buat sikit-sikit sebab tak mampu nak buat sekaligus. Dan ana harap sangat sahabat-sahabat seperjuangan dapat tampal mana-mana kebocoran dalam posting ni dan mintak tolong tegur kalau ana salah.
Wallahua’lam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan