05 Februari 2009

PAKU KARAT

Apa ada pada paku karat? Ana kira semua yang boleh membaca dan menulis, amat kenal dengan paku karat. Fizikalnya yang disangkakan tidak mampu untuk digunakan lagi, kadang-kala boleh menjadi parah sakitnya jika dibandingkan dengan paku yang masih baru dan berkilat. Apa tidaknya, sekali tertusuk di kaki, masyaAllah, amat perit untuk menunggu sehingga luka yang dicemari oleh karat-karat dari paku itu sembuh. Itulah, paku karat jangan disangka tidak merbahaya, jangan disangka lemah, letaklah ditempat yang betul dan cuba hilangkan karat-karat pada paku itu sebaiknya.

Paku karat jangan dibuang merata-rata, kalau bukan kita sendiri yang kena, kasihan jugak pada kawan-kawan yang lain. Sedih dan geram sebenarnya bila melihat paku-paku karat ini bertebaran di merata tempat. Kalau kita dan rakan-rakan memandu kereta, pasti paku-paku karat ini menjadi musuh utama. Apa tidaknya, bayangkan, perjalanan yang biasanya kita boleh lakukan dalam hanya 30 minit, menjadi 2 jam dek kerana terpaksa menggantikan tayar yang bocor akibat tertusuk paku karat tadi. Mangsanya penumpang dan pemandu keretalah. Kerja yang amat mustahak perlu disiapkan menjadi lambat, perluang perniagaan mungkin terlepas dan kawan mungkin boleh hilang. Alhamdulillah la kalau tayar, bayangkan kalau yang kena tu adalah tapak kaki seorang pemimpin, huru-haralah orang-orang dibawahnya.
Ya kita akui, kadang-kala pemandu kereta mungkin melakukan kesilapan ketika memandu. Dalam satu keadaan, padanya jalan dihadapan pusat hiburan menjadi pilihan, mungkin kerana jalan itu paling baik kerana penumpangnya agak gayat jika melalui jalan berbukit, tak seperti penumpang kita yang kalau kereta itu terbang pun, mereka masih tersenyum. Maka, janganlah berperilaku zalim. Jika kita merasakan jalan dihadapan pusat hiburan itu sememangnya tidak patut langsung dilalui, tegurlah pemandunya dengan baik. Atau bantu penumpang dan kereta tadi untuk melalui jalan yang berbukit yang kita rasakan paling baik untuk dilalui oleh kita dan semua orang. Menabur paku dijalanan hanya untuk menggagalkan dan melambatkan kereta tersebut adalah sangat-sangat tak patut dilakukan, andai kita akui, kita adalah kawan mereka, aqidah kita dan mereka adalah satu dan kita dari kumpulan yang sama.
Awas si penabur paku, seandainya kamu adalah punca sebuah kereta gagal sampai ke tujuannya yang kamu tahu adalah tujuan yang baik, dan sebenarnya sama juga seperti tujuan kamu, sediakan jawapan terbaik untuk dijawab dihadapan Allah SWT.


Sebuah analogi untuk penggerak-penggerak da'wah, elakkan diri antum menjadi punca perjalanan "kereta" kita lambat...

3 ulasan:

KARISMA IIC berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
[SHE] berkata...

Moga diri ini terhindar dari menjadi seperti 'paku karat'...amiin...

Ya Allah, Tuhan pencipta hati, Tuhan pemilik hati ini...Tuhan yang berkuasa membolak balikkan hati ini...tetapkanlah hati ini untuk terus berjuang di atas jalanMU...hindarkanlah hati ini dari alpa dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU...ameen....

zahidzuhri berkata...

Mungkin kita boleh lihat paku karat ini dari sudut yang berbeza, cuma pendapat ataupun idea yang betulnya 2 pahala, salahnya 1 pahala :) heheh

1. Mungkin kita boleh lihat paku karat ini sebagai satu cara muhasabah atau melihat kembali apa2 kesilapan atau kelemahan yang kita lakukan. Adakalanya kita perlu berlapang dada dan menerima dengan hati terbuka jika kita melakukan kesilapan. Manusia tidak lari daripada membuat kesilapan, same goes to me, ada masa kalau ana buat silap, tegurlah ana, kat blog ker etc ;)

2. Mungkin juga cara seseorang itu 'menegur' tidak apropriate and not ethical. Ini menyebabkan sekalipun content or isi teguran ini benar, kita tidak mengakuinya disebabkan cara penyampaian teguran atau 'nasihat' itu yang kurang ethical/sesuai. Bila kita dah cool down,cuba kaji balik teguran2 tadi,mana tahu ada benarnya?Kalau benar,kita boleh sampai ke destinasi dengan lebih cepat & jimat minyak! :D haha..

Sekian,Wallahualam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...