14 Mac 2009

THINK POSITIVE

Think positive... Hmm ada sebuah takrifan yang agak menarik ana penah dengar fasal positif thinking ni iaitu:
"Berifikir secara positif ialah, bila seekor burung membuang najisnya atas kepala anda, anda akan terus cakap, Hmm mujur najis burung, kalaula yang jatuh ni najis gajah, mesti lagi teruk ni"
Stess, tension, rasa cam nak marah orang, rasa orang lain salah dan rasa macam orang tak hargai kita adalah antara contoh kegagalan seseorang untuk berfikir secara positif bagi setiap perkara yang hadir dalam hidup mereka. Tak dinafikan, sesetengah perkara, memang kita yang betul dan orang lain dah buat silap. Dan mungkin jugak, kita rasa apa yang datang kepada kita tu tak adil setelah kita letakkan usaha yang sangat kuat untuk dapat sesuatu yang lebih baik. Semua makhluk yang bernama manusia, pasti pernah merasai perasaan begini. Berbeza dengan binatang, mereka tiada akal untuk berfikir, sama ada apa yang datang kepada mereka itu baik atau buruk, binatang adalah binatang, terus menerima ketentuan Allah.
Bagi manusia, mungkin apa yang dinamakan konsep "redha" ini menjadi satu ujian untuk menguji tahap keimanan kita kepada rukun iman yang enam yang perlu diyakini oleh semua Muslim iaitu percaya kepada qada' dan qadar. Menolak salah satu dari enam rukun iman ini bermakna kita menolak keenam-enam rukun iman yang menjadi syarat bagi seseorang untuk bergelar Muslim. Sabda Rasulullah apabila ditanya tentang iman oleh Jibril:
...Jibril:
"Khabarkanlah kepadaku tentang Iman?"
Rasulullah SAW:
"Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya (qada' dan qadar)"...
[Matan Arba'in: Hadith No. 2]
Maka jelas bagi kita. Andai kita mengakui diri kita beriman kepada Allah, setiap perkara yang hadir dalam hidup kita perlulah difikirkan secara baik dan positif untuk mengelakkan keimanan kita terjejas akibat dari sikap melulu menyumpah-numpah dan mempertikaikan ketentuan yang sebenarnya berupa ujian Allah untuk hambaNya. Mungkin beberapa perkara perlu disedari ketika diuji:
- Sentiasa sedar yang kita hanyalah hamba Allah. Maka apabila Tuan (Allah) menetapkan sesuatu perkara untuk hambaNya, hamba tidak berhak untuk mempersoalkan perkara tersebut.
- Latih diri untuk mengucapkan Alhamdulillah untuk setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Mudah-mudahan kita tidak akan terlajak mengeluarkan kata-kata yang kurang baik ketika diuji.
- Anggaplah setiap sesuatu yang hadir dalam hidup, manusia, material dan sebagainya sebagai satu tanggungjawab dari Allah untuk kita jaga dan perbaiki jika terdapat kerosakan.
- Sentiasa ingat anugerah Allah bukan hak milik, tapi amanah Allah untuk melihat sejauh mana kita bersyukur dan menghargainya, walaupun perkara yang kita tidak sukai.
- Amalkan sikap lebih suka memberi daripada hanya bersikap ingin menerima. (Erti Hidup Pada memberi, SaifulIslam.com).
Akan tetapi, perlu diingat juga, redha bukan bererti hanya menunggu segala ketentuan Allah tanpa berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara dalam hidup. Usaha untuk mencapai cita-cita dan impian perlu dilakukan, tetapi andai Allah menganugerahkan perkara lain yang berbeza dengan cita-cita kita, redhalah, Allah lebih mengetahui segala yang terbaik untuk kita, hambaNya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...