Sahabat-sahabat seaqidahku, bilakah kali terakhir kita mendapat khusyuk dalam solat? Tadi? Semalam? Minggu lepas? Tahun lepas? Atau beberapa tahun yang lepas? Soal khusyuk sememangnya sangat sukar nak dijawab andai kita tanya pada diri kita. Dalam keadaan dunia kita yang semakin lagha dengan membesarnya dunia hiburan melampau pada hari ini, semestinya amat sukat untuk kita mendapat solat yang khusyuk. Penting sangatkah khusyuk dalam solat? Untuk menjawab soalan ini, ada dua kondisi yang boleh kita pilih. Kalau kita hanya KERJAkan solat, khusyuk mungkin boleh diabaikan sebab kita hanya sekadar melaksanakan kewajipan solat itu. Tapi kalau kita nak DIRIkan solat, khusyuk akan menjadi faktor terpenting kerana kita inginkan solat kita itu diterima oleh Allah SWT. Tanyalah pada diri kita, adakah selama ini kita bersolat untuk Allah atau kita solat sekedar hanya untuk melepaskan diri dari dosa?
Adakah ada perbezaan antara KERJAkan solat dan DIRIkan solat? Mungkin ana boleh berikan ringkasannya disini. Jika kita hanya mengerjakan solat, kita seolah-olah hanya menjalankan urusan "bisnes" dengan Allah untuk mengelakkan diri kita mendapat siksa kubur atau api neraka yang sungguh dahsyat siksanya tue. Tetapi kalau kita mendirikan solat, subhanallah, kita sebenarnya sedang menjalankan urusan hamba dengan Tuannya. Kita tidak mengharapkan ganjaran syurga atau dijauhkan dari siksaan Allah, tetapi kita mengharapkan agar Allah menerima sembahan kita sebagai hambaNya. Sama-sama kita jawab, adakah ada nikmat paling besar selain menjadi insan yang diiktiraf oleh Allah sebagai hambaNya? Ana yakin semua akan jawab tidak, bahkan ganjaran paling besar dalam syurga itu sendiri, adalah dapat melihat Allah SWT dalam keadaan Allah meredhai dan menerima diri kita sebagai hambaNya.
Cuba kita hayati dan soroti perjalanan hidup Rasulullah SAW terutamanya berkaitan solat. Fikirkan dan bandingkan dengan diri kita, Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Pusat kebahagiaanku terletak didalam solat"
Bayangkan sahabat-sahabat, Rasulullah mendapat ketenangan dalam hidupnya sewaktu solat. Dengan kata lain, Rasulullah mendapatkan rehat dan menenangkan dirinya ketika bersolat. Bandingkan pulak dengan diri kita hari ini. Kadangkala bukan saja diri kita sendiri yang tidak mendapat ketenangan dalam solat, bahkan orang yang melihat kita solat pun turut sama tak tenang memikirkan solat jenis apa yang kita sedang buat. Ada orang, ruku'nya macam senaman petang, sujudnya pulak macam ayam makan beras. Langsung takda toma'ninah dalam solatnya, sedangkan toma'ninah adalah salah satu dari rukun solat. Apa sebenarnya kaitan antara ketenangan dan toma'ninah ni? Bagi yang faham Bahasa Arab, antum mungkin boleh menjawab berdasarkan perkataan Muthma'innah. Ana tak faham sangat, tapi ana yakin ada kaitannya kan. So cuba kita fikir, adakah terdapat ketenangan dalam solat orang yang tergesa-gesa dan mencuri-curi dalam solatnya? Cuba hayati dan muhasabah diri dengan hadith dari Rasulullah:
"Sungguh, sejelek-jelek manusia adalah orang yang berusaha mencuri bahagian dalam solatnya. Ditanyakan, "Bagaimanakah hal itu boleh terjadi ya Rasulullah?". Rasulullah menjawab, "Ia tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya" (HR Ahmad)
Muhasabah kembali solat kita, adakah selama ini kita telah menyempurnakan ruku' dan sujud kita dengan betul? Jika dibuat ujian amali solat di masjid-masjid harini, antum boleh saksikan, berapa ramai orang yang fail dalam soal ruku' dan sujud ni. Pernah Imam Ahmad bin Hambal RA mengatakan:
"Akan datang suatu masa di mana orang-orang mengerjakan solat namun mereka sebenarnya tidak mengerjakannya. Dan saya betul-betul takut kalaulah zaman itu adalah zaman kita sekarang".
Bayangkan, beza zaman Imam Ahmad bin Hambal dengan abad ke 21 nie? Kalau Imam Ahmad bin Hambal hidup lagi sampai harini, taktaula apa dia akan kata. Itu baru Imam Ahmad, kalau Rasulullah, macam-mana la pulak kan?
Tak hairanlah harini, ramai orang yang bersolat tapi masih melakukan pelbagai kemungkaran. Solatnya lengkap lima waktu sehari semalam, bahkan lengkap berjemaah, tetapi masih melakukan riba dan menyakiti jiran. Sebabnya hanya satu, solat yang dilakukan bukan atas dasar hamba dengan tuannya, tetapi hanya atas dasar bisnes yang hanya mengharapkan faedah di akhirat kelak. Dan pastinya, tiada lagi kekhusyukan kerana solat tersebut sekedar untuk melengkapkan rukun yang hanya menjadi senaman lima waktu sehari semalam.
Sebagai penutup, ana nak kongsikan kata-kata Ustaz Amr Khalid dalam bukunya 'Ibadatul Mukmin:

"Subhanallah! Ada ramai orang yang tidak sedang mabuk namun keadaan mereka ketika solat jauh lebih buruk dari orang-orang yang sedang mabuk. Mereka sama sekali tidak mengerti apa yang mereka ucapkan ketika solat. Minuman keras (khamr) telah diharamkan ketika solat, sebelum akhirnya diharamkan sepenuhnya karena satu sebab, yaitu agar orang-orang Islam mengerti dengan sedar apa yang mereka ucapkan ketika solat.
Demi Allah, berapakah solat yang anda lakukan dalam kondisi lebih jelek dari orang-orang yang tengah mabuk? Bayangkan dan rasakanlah! Katakan kepada saya apakah anda rela berada dalam kondisi demikian?! Sukakah anda menjadi orang yang lalai, sementara anda tengah berada di hadapan Allah?!! "
Cubalah sebaik dan sejenuh mungkin untuk khusyuk dalam solat kerana hanya kekhusyukan dapat menjadikan kita mudah mendirikan solat. Firman Allah:
Moga beroleh sekelumit pengajaran insyaAllah...
5 ulasan:
ana pernah baca,
org kumpul harta tu org gila
org main perempuan tu org gila
org tamak kuasa tu org gila.
dlm syariat, org gila tak wajib solat.
agaknya sebab tu org sekrang tak solat ek.. sbb dah jadi gila..
Y____Y
salam
hmm bila la nak bertandang ke pintu khusyu' lagi?
jannatul mu'min fi mihraabihi.
syurga org mu'min tu di mihrabnya (tmpt solat).
syurga=tmpt rehat.
maka, org mu'min akn rehat dalam solatnya.
tak cari tmpt lain. tapi kat tmpt dia sujud tu la dia rehat.
time dia penat, dia rehat kat solat.
tapi kita? mungkinkah kita lebih mencari katil, tmpt yg empuk, TV, radio, hp dan mcm2 lagi semata nak hilangkan lelah?
hmmm. tepuk tampar tanya diri sndr.
mmg kena muhasabah semula.
nak jadikan setiap solat kita tu tmpt rehat ala-ala hotel 5 star, agak susah. tapi tak mustahil.
kita boleh start dgn hotel 3 star dulu. pastu upgrade+renovate bagi lawa sampai berapa banyak star la nak jadi. sbb hotel ni tak boleh yg cikai2 punya.
heh. ok dah.
-syaimaa'-
Yup Tim:) Solat salah satu perkara jugak yang membezakan manusia dan hewan...So kalau tanak solat, sama la ngn kambing ngan lembu. Hmm baikla jadi lembu ke, ada gak tanduk(^_^)
Salam Syaimaa'...
Hmm ada sorang ulama' ni ditanya oleh anak murid dia, macam-mana nak khusyuk dalam solat. Imam tu jawab, dia pun tak boleh bagi jawapan, sebab dia sendiri pun time umur 40 tahun baru dapat betul-betul khusyuk...
Pelik kan, Rasulullah dulu kalau dia letih, penat, solat lah jadi tempat rehat. Tapi kita harini, solat pulak yang memenatkan.
Hmm banyak perkara sebenarnya kena check, start dari wudhuk, sampai ke bagi salam, kena check balik sempurna ke tak sehinggakan kita harini susah nak dapat khusyuk dalam solat.
Satu perkara perlu diingat, jangan sampai kita ni seolah-olah merasakan henset, TV dan PC lebih baik dari Allah yang sedang kita sembah tue. Ada satu soalan yang agak keras ana penah baca, "Adakah kita telah jumpa sembahan yang lebih baik dari Allah yang kita sedang sembah dan sujud tu?"
Wal'iyadzubillah...Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMu yang khusyuk...Ameennn...
diantara mengerjakan dan mendirikan
tak pernah terlintas utk fikir d diffrnce..
syuran n keep on blogging!
salam ziarah
peh..hati rasa terpukul..terbelasah..
betulll..solat adalah benteng kte..solat adalah pembeza antara mukmin n kafir..
dan soklan ini mmg..
"Adakah kita telah jumpa sembahan yang lebih baik dari Allah yang kita sedang sembah dan sujud tu?"
bersama memperbaiki solat..biar kte kaya di akhirat kelak..^.^
Catat Ulasan