21 Oktober 2011

JOM MASUK SYURGA?


Alhamdulillah, bersyukur dan gembira rasanya dapat menekan ikon "New Post" hari ni, setelah lebih tiga bulan bertanggungjawab ke atas hidup seorang insan bernama isteri.

Harini lepas selesai solat Jumaat terdetik dihati untuk berkongsi sebuah kisah yang dikhutbahkan oleh khatib Jumaat hari ni. Bukan khutbah di UIA, sebab untuk memasuki UIA hari ni, anda akan merasai situasi seperti ingin memasuki sebuah kem tentera dengan panjang barisan keretanya hampir 300 meter. "Taktaula" kenapa begitu gigih pak guard harini, apepun, 'ala kulli hal, terima kasih kerana sangat menjaga keselamatan pelajar di UIA:)

Khutbah Jumaat tadi, khatib menceritakan, kisah yang berlaku di zaman Rasulullah dan sahabat. Dalam sebuah halaqah Rasulullah bersama sahabat-sahabat baginda, salah seorang sahabat tersebut, Abdullah Bin 'Umar meriwayatkan ketika mereka duduk di dalam halaqah tersebut, Rasulullah SAW bersabda, tunggulah, salah seorang penghuni syurga akan menyertai kita. Kemudian masuk dan duduklah di dalam halaqah tersebut seorang lelaki yang baru selesai mengambil wudhu'. Hari kedua halaqah tersebut belangsung pun, situasi yang sama berlaku dan sekali lagi berulang pada hari ketiga.

Abdullah bin 'Umar pula, disebabkan Rasulullah SAW mengulangi kata-katanya "Seorang penghuni syurga akan menyertai kita" setiap kali halaqah bermula, teringin beliau untuk mengetahui apakah amalan lelaki yang berwudhuk dan kemudiannya menyertai halaqah mereka setiap hari itu. Maka beliaupun mengikuti lelaki tersebut pada hari ketiga tu untuk bermalam di rumah lelaki tersebut.

Kebiasaannya, masyarakat Arab akan bermalam di rumah saudara mereka sekitar tiga hari dan tuan rumah juga tidak merasa berat bahkan sangat mengalukan tetamu mereka bermalam di rumah mereka kerana mereka tahu, kedatangan tetamu ke rumah itu satu rahmat. Maka lelaki tadi pun dengan gembiranya membenarkan Abdullah bin 'Umar untuk bermalam di rumahnya.

Malam pertama, Abdullah bin 'Umar bangun untuk bertahajjud dan beliau melihat-lihat jika saudaranya tu bangun untuk bertahajjud atau tilawah. Tetapi Abdullah bin 'Umar hanya melihat saudaranya itu bangun untuk solat Subuh berjemaah sahaja. Hari kedua dan ketiga bermalam di rumah saudaranya itu, perkara yang sama juga dilihat oleh Abdullah bin 'Umair ke atas saudaranya, hanya bangun untuk solat Subuh berjamaah tanpa diawali dengan tahajjud atau tilawah. Hairan benar Abdullah bin 'Umar, mengapa lelaki ini dikatakan oleh Rasulullah SAW sebagai penghuni syurga sedangkan amalannya hanya biasa-biasa.

Di hari terakhir, ketika ingin pulang dari bermalam di rumah saudaranya itu, Abdullah bin 'Umar dengan perasaan ingin tahu yang teramat sangat pun bertanya kepada saudaranya tu;

"Ketika kami duduk dalam halaqah sebelum kedatanganmu, Rasulullah SAW mengatakan akan ada seorang penghuni syurga akan bersama kita sebentar lagi. Dan aku tidak menemukan seseorang melainkan engkau yang datang sesudah itu. Akan tetapi, kulihat amalanmu hanya biasa-biasa, engkau hanya bangun solat Subuh tanpa tahajjud atau tilawah. Apakah amalanmu sehingga Rasulullah mengatakan sedemikian rupa?"


Lelaki itu kemudiannya tersenyum dan menjawab;

"Aku hanya melakukan amalan-amalan fardhu dan menjaganya. Aku akan bangun tahajjud jika aku mampu melakukannya. Aku akan membaca Al-Quran jika aku mampu. Namun amalan yang aku tidak tinggalkan setiap hari sebelum tidur adalah, AKU AKAN BERISTIGHFAR KEPADA ALLAH DAN MEMAAFKAN SEMUA KESALAHAN ORANG LAIN KEPADA setiap hari sebelum aku tidur!!!"

(Ayat dan dialoq sebenar mungkin berbeza, afwan...)

Subhanallah, berkaca juga mata tadi bila mendengar khatib bercerita tadi. Dan khutbah Jumaat tadi, di Masjid Zakaria Gombak bagi ana merupakan salah satu dari khutbah-khutbah yang terkesan bila didengari. Sungguh besar rahmat Allah, amalan yang mungkin kita rasa kecil itu pun mampu membawa manusia ke syurga. Mungkin sahabat tadi sudah melengkapi tuntutan ke atas seorang Muslim, menjaga "Hablum minannass" hubungan dengan manusia bilamana dia memaafkan saudaranya, walau sesiapapun, walau sebesar manapun kesalahan mereka, setiap hari. Dan juga "Hablum minaAllah", beliau menjaga amalan fardhu yang wajib, dengan baik tanpa meringankan sedikit pun. Subhanallah...

Mungkin sebagai 'ibrah, pengajaran dari cerita tadi, mungkin antara kita, ada yang belum mampu melakukan tahajjud setiap hari dalam qiyamullailnya, dan mungkin juga ada yang belum mampu untuk menghabiskan satu juzuk Al-Quran setaip hari, walaupun azam dihati sangatlah kuat untuk malakukan amalan-amalan sunat yang terbaik itu. Tapi sahabat-sahabat, saudara dan saudari serta ikhwah dan akhawat, rahmat Allah luas, dan kasih sayang Allah juga tidak terhingga. Mungkin kita patut mencontohi sahabat tadi, amalan yang kecil, tapi istiqamah beliau menyebabkan syurga menjadi miliknya. Moga kita juga mampu mencontohi sahabat tadi dan sahabat-sahabat lain. Bayangkan, jika amalan tadi kita mampu lakukan, dan ditambah pula dengan qiyam kita setiap hari atau seminggu sekali seperti sekarang, dengan Rahmat Allah, mungkin kita juga bakal berada di syurga bersama sahabat Rasulullah tadi...

Wallahua'lam...


1 ulasan:

Unknown berkata...

~Coretan hati seorang suami..suka2!^__^
K.as rasa k.as fhm..fasa 1-3 thn adlh fasa pertama dlm BM/BD yg sgt penting...&mencabar!TIADA senjata lain yg lebih ampuh melainkan SABAR,SABAR,SABAR...(pesanan ini ditujukan diri sendiri T__T)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...