08 Januari 2016

CUTI-CUTI LANGKAWI 2015

Assalamu'alaikum...

Allahuakbar, dah bersawang sungguh blog ni nampaknya. Sejak anak pertama berumur empat bulan, sampailah anak kedua dah setahun enam bulan, baru harini sempat mengemas balik "rumah" ni. Mudah-mudahan perkongsian hidup selepas ni berterusan dan bermanfaat untuk sahabat-sahabat lain insyaAllah...

Alhamdulillah, dan Alhamdulillah...

Nikmat berkeluarga dan berumahtangga ni dirasakan lagi bila Allah berikan peluang untuk bercuti dengan keluarga isteri hujung Disember 2015 lepas.

Setelah merancang dan berbincang dengan detailnya, kami sekeluarga, 8 dewasa dan dua kanak-kanak comel telah mengambil keputusan untuk ke Langkawi memandangkan mak mertua saya perlu menghadiri bengkel selama 3 hari di Langkawi. Jadi untuk memanfaatkan waktu cuti sekolah ni untuk bersama anak-anak dan keluarga mertua, kami pun turut sama belayar ke Langkawi. Misi utama sebenarnya nak gunakan peluang tiga hari di Langkawi tu untuk beli barang-barang homestay SAFAR kami yang insyaAllah akan mula beroperasi Mei 2016.

Untuk makluman semua, anda perlu berada di Langkawi sekurang-kurangnya 48 jam untuk mengelakkan barangan belian anda dikenakan cukai yang kalau tak salah sekitar 20% dari harga barang yang dibeli. Dan jumlah belian untuk seorang adalah RM500.00. Jadi kalau nak memborong ribu-raban, elokla pegi ramai-ramai, 8 orang dah dapat kuota RM4000.00 kan. Ini menurut kata-kata pegawai kat jetty tu la, Tapi takdanya depa nak cek resit detail-detail, tambah-tambah la kalau dah ramai orang tengah nak check-in naik bot tu.

Dipendekkan cerita, perancangan kami yang Allah 'jadi'kan ia, kami mulakan perjalanan dari Petaling Jaya (rumah makcik isteri saya) sekitar 11.00 pagi, 27 Disember dengan sebuah MPV dan kereta. Tiba di Changlun sekitar jam 6 petang untuk melawat homestay SAFAR yang sudah 90% siap alhamdulillah. Kemudiannya ke Kodiang untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke Langkawi keesokan harinya.

TIKET KE LANGKAWI

Disini, pengalaman pertama sebagai ketua rombongan bermula. Disebabkan kami tiba di Kodiang (Kampung Mak Cun bedak sejuk tu) dah pukul 6.30 petang, maka berkejaran la jugak saya ke Jetty Kuala Perlis untuk beli tiket feri kami ke Langkawi kerana ketika waktu puncak (cuti sekolah ni), tiket agak terhad akibat dari terlalu ramai pelancong memilih untuk ke Langkawi menggunakan feri. Dan jika beli on the spot ketika sampai di jetty pun, mungkin akan dapat tiket feri untuk 2 atau 3 jam selepas itu. Dan jangan tergejut, tiket kemungkinan boleh habis jika beli pada hari yang sama seperti yang berlaku di Langkawi pada hari cuti umum Maulidur Rasul lepas.

Untuk makluman, kaunter feri dibuka dari jam 6 pagi hingga 7 malam (katanya la), tapi saya pecut-pecut 150 km/j pun, sampai di kaunter 6.50 petang, dah tutup pulak. Kata orang kaunter tu, kalau kaunter Langkawi dah tutup, 6.30 petang pun, di Kuala Perlis dah tak boleh jual, centralize katanya. Maka sia-sialah pecutan pada petang tersebut. Dan esoknya, usai solat Subuh, saya terus keluar untuk membeli tiket. Alhamdulillah, tiket kami jam 12.00 tengahari.

Tiket kami, rezeki Subuh



PARKING UNTUK KE LANGKAWI

Sekitar jam 10.30 pagi, kami pun secara rasminya memulakan perjalanan ke Langkawi. Disebabkan ada pelbagai cerita yang kurang best yang kami dengar dan saya pun pernah alami ketika meletakkan kereta di Kuala Perlis ni, maka saya dan mertua pun ambil keputusan untuk tinggalkan kedua-dua kenderaan kami di rumah saya di Arau. Jarak antara jetty dan Arau sekitar 30 minit perjalanan. Disebabkan pada hari tersebut (Isnin) adalah hari bekerja di Perlis, maka dua perjalanan terpaksa dirancang untuk menghantar peserta rombongan ke Kuala Perlis dan menghantar kembali kereta ke Arau. Agak leceh kan, tapi itulah yang kami rasakan paling selamat dan kebetulan kampung saya juga di Arau.

Sebenarnya anda boleh meletakkan kenderaan di Kuala Perlis. Ada beberapa lot parking disediakan sekitar jetty Kuala Perlis, dan risiko atas keselamatan kenderaan kita bergantung kepada tempat yang dipilih (atau terpaksa pilih). Ketika tayar kenderaan anda mula melintasi lampu isyarat untuk ke jetty Kuala Perlis, akan muncul beberapa, atau banyak pemuda-pemuda hensem bermotor yang akan bagi salam dan tanya anda, "Parking bang???". Tak mustahil jugak, ada yang akan ketuk cermin kereta anda bertanya tentang parking ini. Biasanya abang-abang hensem ini akan bertambah ramai ketika musim cuti sekolah atau cuti umum panjang.

Apa nak buat bila disapa ni? Yang pertama, jawablah salam kalau diberikan salam, kerana menjawab salam itu wajib!. Seterusnya, jangan terus bersetuju untuk parking dengan mereka. Kerana pengalaman saya sendiri, bila ditanya "jauh ka bang parking dengan jetty?" Dengan yakin dia jawab "Ya bang, sebelah jetty ja!". Tapi bila dan setuju dan ikut dia, rupanya parking tu hampir 3 km dari jetty, dahtu takda penjaga pun! Seeeloknya, jangan setuju lagi, teruskan perjalanan sehingga anda nampak hotel Putra Brasmana Kuala Perlis. Dari sana, boleh mula mencari tempat meletak kenderaan di kiri dan di kanan jalan tanpa perlu mengikut abang-abang hensem tadi. Sewa parking ditempat-tempat begini (yang tiada bumbung) adalah sekitar RM10 sehari. Dan bagi yang berbumbung, akan dijumpai selepas anda melepasi kawasan terminal masuk jetty Kuala Perlis adalah sekitar RM15 sehari. Berbumbung atau tidak, anda harus fahami bahawa sebarang kejadian yang tidak diingini adalah diatas risiko anda sendiri.

Satu kejadian aneh yang berlaku keatas diri saya sendiri ketika meletakkan kereta disana untuk ke Langkawi pada 2012, saya dapati manusia-manusia yang menjaga lot parking yang saya pilih telah lenyap termasuk payung-payung mereka sekali walaupun ketika itu baru jam 7.00 malam. Alhamdulillah saya hanya letakkan kereta sehari disitu. Moga-moga kenderaan lain yang ditinggalkan 2 atau tiga hari semuanya selamat. Dan mudah-mudahan yang mengambil bayaran parking tu selamat juga dikembalikan ke tempat parking tersebut keesokan harinya. Saya harap kejadian ini sudah tidak berlaku lagi sekarang kerana dipercayai pihak PBT sudah mengambil alih lot-lot parking disana.

Terpulang pada anda untuk memilih yang mana. Berbumbung atau tidak yang anda pilih, pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang betul-betul selamat. Lock stereng dan pastikan tiada barang berharga dalam kenderaan. Dan ada juga yang menasihatkan, paras minyak seeloknya hanya cukup-cukup untuk bergerak kembali ke stesen minyak terdekat, kerana pernah ada kenderaan yang disedut minyak ketika diletakkan di lot-lot parking di sana. Wallahua'lam, moga-moga tak betul, tapi untuk langkah berhati-hati, boleh juga dipraktikkan.

Apapun, yang terbaik adalah, jika ada saudara-mara atau kawan-kawan yang boleh dipercayai, mintaklah mereka menghantar dan simpankan kenderaan anda. InsyaAllah, kalau upah mereka RM20 pun, berbaloi untuk ketenangan ketika bercuti nanti.

SELAMAT BELAYAR

Teruja menanti dipanggil ke feri

Maka dengan izin Allah, setelah melakukan "sprint" di lebuhraya Arau - Kuala Perlis untuk menghantar kembali kenderaan ke ibubapa saya di Arau, dan juga sempat menyalin pampers anak yang dah berisi, kami pun selamat menaiki feri Marine Star II tepat jam 12.00 tengahari untuk ke Langkawi...

*Bahagian 2 akan menyusul dengan cerita 'ditipu' pemilik van sewa dan catatan perjalanan di Pulau Langkawi.

Terima Kasih kerana sudi membaca(^_^)/"

1 ulasan:

Unknown berkata...

Mana cerita part 2? Dah 4 bulan dah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...