25 September 2008

ANALOGI BALIK KAMPUNG: SIRI 1


Lima hari lagi, insyaAllah jika diberikan kesempatan oleh Allah untuk dunia ini terus berputar pada paksinya, kita akan menyambut eidul fitri bagi tahun hijrah 1429. Dan pada waktu ini, Puduraya, Jalan Duta dan jugak Stadium Bukit Jalil sedang dipenuhi oleh umat-umat Islam yang ingin pulang berhari raya di kampung. Dan ana, insyaAllah ana akan bertolak pulang malam esok ke Alor Star sebelum pulang ke rumah di Arau. Dan tujuan ana menulis malam ni, bukanlah untuk berkongsi kesedihan sebab tak dapat balik awal walaupun esok takda kelas, tapi ana nak kongsikan satu analogi yang ana duk terfikir selama dua tiga hari ni. InsyaAllah kalau antum hayati betul-betul, antum akan faham analogi ni berkaitan dengan apa sebenarnya.

Setiap tahun, setiap kali raya ataupun cuti, mesti jalan raya dan lebuh raya akan penuh dengan macam-macam jenis pengangkutan kan. Ada bas, lori, kereta, motorsikal, dan jugak kapal terbang, kalau boleh dimasukkan sekali (huhu ada jugak la kapal terbang). So kita ambik contoh kat sini, satu kumpulan umat Islam, yang nak pulang berhari raya di Kedah atau Perlis yang indah nun. Semua pengangkutan nie mempunyai satu arah tuju, menghala ke utara, untuk pulang berhari raya atau bercuti kan.

Kereta, Bas atau Motorsikal???

Pengangkutan-pengangkutan ni pulak, mengikut jenis masing-masing, ada kelebihan dan kekurangannya. Apadia pengangkutan-pengangkutan yang kita cakap tadi? Yang pertamanya, kita amik contoh kereta. Bagi mereka yang memilih kereta untuk pulang berhari raya, mungkin terdiri dari mereka-mereka yang mementingkan keselesaan dalam perjalanan kerana mereka hanya bermusafir bersama keluarga atau sahabat-sahabat baik mereka. Maka gangguan dari orang-orang yang tidak dikenali dapat dielakkan jika menggunakan kereta sebagai medium pengangkutan. Dan satu lagi kelebihan kereta, mereka bebas untuk memilih jalan masing-masing dan bebas untuk berhenti dimana-mana tempat yang mereka sukai.

Tetapi bagi yang memilih kereta, mereka perlu berhati-hati. Sebabnya, mereka tidak selalu menggunakan lebuh raya tue, so risiko untuk sesat atau terbabas lantaran ketidakbiasaan mereka menggunakan lebuhraya itu lebih tinggi berbanding pemandu lain. Dan satu lagi, kereta juga, oleh kerana saiznya yang agak kecil jika dibandingkan dengan kenderaan lain yang lebih besar, memungkinkan penumpang dan pemandunya mendapat kecederaan yang teruk jika berlaku kemalangan.

Bagi jenis pengangkutan yang kedua, iaitu bas, bagi ana adalah satu medium pengangkutan yang paling selamat untuk digunakan ketika pulang bercuti. Mengapa ana kata paling selamat, yang pertamanya, dari segi saiznya, bas lebih besar berbanding pengangkutan awam lain contohnya kereta dan motorsikal. Dengan saiz yang agak besar ini, bas dapat membawa ramai penumpang sekali gus mengurangkan jumlah kenderaan yang meluncur bersendirian di lebuh raya atau jalan raya seperti kereta dan motorsikal yang boleh menyebabkan kesesakan yang teruk sepanjang perjalanan.

Disamping itu juga, kelebihan bas terletak pada pemandunya yang sememangnya insyaAllah arif dengan jalan yang dilaluinya kerana tugas seorang pemandu bas itu sendiri, memerlukan beliau untuk berulang-alik menggunakan jalan yang sama setiap hari. Bermakna disini, apabila menggunakan bas, kita akan mempunyai seseorang yang sudah arif dengan jalan yang bakal dilalui dan tidak perlu bimbang untuk sesat atau tersalah jalan. Tidak dinafikan, bas jugak tidak terlepas dari terlibat dengan kemalangan. Tapi secara puratanya, jumlah kemalangan bagi bas agak kecil berbanding kenderaan kecil lain seperti kereta dan motorsikal. Lagi-lagi pulak, bas-bas ni mempunyai syarikat mereka sendiri yang memantau siapa pemandu mereka dan juga jalan yang hendak dilaluinya sudah ditetapkan oleh syarikat masing-masing yang pada pandangan mereka jalan tersebut adalah jalan yang paling sesuai untuk dilalui mengikut musim-musim tertentu. So disini, dengan pengawasan dan seliaan yang baik, insyaAllah akan mengurangkan risiko kemalangan dan kecelakaan lain kepada mereka yang memilih bas.

Bagi pengangkutan-pengakutan lain seperti kapal terbang dan motorsikal, bagi ana kedua-duanya amat berisiko dan agak menyusahkan berbanding pengangkutan lain. Kapal terbang misalnya, akan menyusahkan penumpangnya untuk pulang ke destinasi-destinasi pilihan mereka kerana fizikal kapal terbang itu sendiri menghalangnya untuk berhenti dimana-mana tempat yang hendak dituju oleh penumpang. Bagi motorsikal pula, dari segi mobiliti, mungkin agak baik. Tapi risikonya sangat besar jika meluncur dijalan raya kerana banyak lagi kenderaan besar yang turut menggunakan jalan yang dilalui motorsikal tue. Satu lagi kelemahan motorsikal, ianya hanya boleh dinaiki oleh dua orang penumpang termasuk penunggang pada satu-satu masa. Maka jika berhenti di tempat-tempat rehat yang sunyi, penumpang dan penunggang motorsikal tersebut lebih terdedah kepada bahaya serangan perompak atau binatang liar seperti anjing dan sebagainya. Dan jika cuaca kurang baik, pengguna motorsikal akan dibasahi dengan air hujan dan jugak mudah untuk tergelincir jika jalan yang dilalui mereka berair.
h
Maka disini kita dapat membuat satu kesimpulan berdasarkan logik-logik yang ana sampaikan kat atas, bahawasanya bas adalah pengangkutan yang paling selamat digunakan disamping harga penjalanannya yang lebih rendah berbanding kereta.

Ini hanyalah pandangan ana. Bagi yang tetap memilih kereta, motorsikal atau kapal terbang sebagai medium pengangkutan, mereka mungkin mempunyai alasan mereka sendiri mengapa mereka memilih pengangkutan tersebut walaupun mereka menyedari risiko-risiko yang bakal dilalui. Maka tidak perlulah pengguna bas mengkritik pengguna kereta atau sebaliknya. Yang penting, pastikan kita yakin pengangkutan yang kita pilih adalah yang paling selamat dan terbaik untuk menuju ke destinasi kita mengikut kemampuan diri kita.



FT~insyaAllah SIRI 2 akan menyusul bagi menjelaskan lagi makna-makna tersirat dalam analogi "Balik Kampung" ni. Siri satu ni hanyalah analogi semata-mata dan belum menyentuh maksud sebenar yang ana cuba sampaikan. Mohon ma'af kepada yang belum memahami dan merasa entri kali ini hanyalah sia-sia. Salam 'aidilfitri ana ucapkan kepada semua pelawat laman Fikrah Thanie, semoga antum semua telah memilih pengangkutan paling selamat dan paling baik untuk antum sampai ke desinasi yang dituju.

5 ulasan:

Nuh Zuleffendi berkata...

lagi satu medium yang tertinggal...
medium jalan kaki...
sangat praktikal jika kampung sebelah rumah je...:)

Tanpa Nama berkata...

ye! ye! saya sangat bersetuju... :D praktikal untuk akak. [bukan kat gombak la..] heh!

ABU IFFAH berkata...

Jalan kaki nak letak jugak actually, tapi sebab contoh yang diambil tu dari KL ke utara, takkan la nak balik bejalan kaki plak, haus tapak kaki tu nanti:P

Hehe rumah nenek ana yang sebelah abah pun blkg rumah je. Kalau buat lompat jauh pun rasanya tak bleh menang sebab dekat sgt:D

cikEff berkata...

adkh 'kenderaan' lagi besar lagi selamat???
yeah, balik kampung jalan kaki!

ABU IFFAH berkata...

Kalau ikutkan maksud sebenar ana dalam cerita nie, insyaAllah ana yakin lagi besar lagi selamat.

Kalau difahami dari sedut kenderaan semata-mata pun, maybe jugak lagi besar lagi selamat. Sebab kenderaan besar macam bas, boleh bawak ramai penumpang, so if kat highway tue, semua bas ja yang jalan, bilangan kenderaan akan berkurang kan. Then posibility untuk berlanggar akan kurang jugak. Dalam sains pun, ada benda ni. Semakin tinggi ketumpatan (sebab banyak particle), makin besar possibility particles tu untuk berlanggar, then pressure pun akan bertambah. Tak cayer, ce tgk, dalam jamm ngn jalan yang takda kereta, yang mana satu lebih pressure?

Tapi ana faham, memangla, kalau dah taqdir, tak kira besar mana dah, if nak accident tu accident jugak. Tapi kita kena usaha kan, untuk memastikan keselamatan diri kita:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...