05 September 2008

KELUARGA DAN DAKWAH...

Dalam berjuang dalam medan dakwah nie, kadang-kala dan seringkali kita perlu berjauhan dari keluarga sendiri. Meninggalkan ibu dan ayah untuk beberapa waktu yang panjang dan meninggalkan anak dan isteri bagi yang sudah berumah tangga. Tapi bila direnungkan balik, adakah sebenarnya kita sebagai pendakwah perlu meninggalkan mereka di kampung atau di rumah? Bagi yang tinggal jauh dari kampung halaman, adakah sebenarnya mereka dituntut untuk meninggalkan ibu dan ayah di kampung untuk jangka masa yang lama, atas alasan, sibuk dengan aktiviti dakwah di lokaliti tempat belajar atau bekerja? Bagi yang tinggal berdekatan dengan lokaliti tempat mereka beraktivisma, adakah mereka dituntut dan perlu meninggalkan rumah saban malam atas alasan perlu berada di luar bagi manjalankan usaha dakwah? Semua ni adalah persoalan yang sangat-sangat perlu diambil perhatian oleh kita semua.

Teringat dulu masa mula-mula ana nak mengenal satu jemaah nie. Ana teringin nak ikut kumpulan jemaah tu keluar berdakwah. Tapi bila tanya ayah ana, dia jawab "Tak payahla duk ikut yang tu, nanti lama-lama duk kena tinggal anak bini kat rumah lama-lama, kadang-kadang 4 bulan keluar ke luar negara, anak bini kat rumah terabai..". Ana tau abah bercakap di atas pemerhatiannya dan jugak daripada kes-kes keretakan rumah tangga yang dia kena handle kat pejabat, yang datangnya dari ibu-ibu dan isteri-isteri yang merasakan diri mereka diabaikan oleh suami yang aktif berdakwah. Nak explain panjang-panjang kat abah pun, susah jugak sebab inilah yang berlaku hari ini dan masyarakat semua menyedari keadaan ni. Dan inilah sebenarnya satu fitnah besar yang berlaku kepada aktivis dakwah bila mereka tidak menitik-beratkan soal keluarga dalam berdakwah.

Ana bukanlah seorang yang terlalu emosional dan anak manja bila ana menulis tajuk ni. Tetapi ana rasa sesak nafas dan tak suka bila aktivis-aktivis dakwah dilontari dengan fitnah-fitnah macam ni yang tak lain dan tak bukan, akan menyebabkan perlahannya usaha dakwah yang mereka lakukan. Adakah kita perlu sampai mengabaikan perasaan ibu dan ayah yang sentiasa rindukan anaknya semata-mata kerana kita sibuk berdakwah di luar? Ana sangat-sangat tak setuju dengan benda ni. Sedangkan Rasulullah sendiri, dalam kesibukan nak menyampaikan Islam kepada penduduk Makkah yang jahil tentang Islam pun sempat menjalankan tanggungjawabnya kepada keluarga, siapa kita sampai terpaksa korbankan keluarga untuk memilih dakwah? Teringat satu slot dalam filem "Sang Murabbi", seorang ibu datang mengadu kepada Ustaz Rahmat mengenai bapak-bapak yang takda masa nak bersama dengan keluarga kerana sibuk berdakwah. Ibu tu kata, Imam Al-Banna sendiri sempat menyediakan sarapan untuk anak-anaknya, tapi harini, ramai bapak-bapak yang mengabaikan benda nie sehinggakan ibu-ibu merasakan pengorbanan mereka macam tak dihargai.

Bila jadi macam nie, adakah kita boleh kata. "Ahh mereka ni tak faham la, kita keluar ni kerana Islam, bila Islam dah berjaya nanti, kita bagi la banyak masa untuk keluarga, janganla manja sangat...". Betulke macam ni? Cuba tengok balik sirah Nabi, ada dia abaikan keluarga dia dalam sibuk-sibuk berdakwah tu? Sepanjang 23 tahun Nabi berdakwah, tak pernah sekalipun isteri-isteri dan anak-anak baginda mengadu mereka diabaikan Nabi. Macam-mana Nabi buat tu? Kalau nak diikutkan, kerja baginda lagi teruk dan banyak dari kita kan.

Disini, kita perlu tengok balik beberapa perkara dalam urusan seharian kita yang kita ambil mudah benda tu. Contohnya bila duduk di rumah bersama keluarga, macam-mana kita gunakan masa bersama keluarga tu. Kita faham kan, kerja dakwah kita memang tak menentu-masa, kadang-kadang boleh drag sampai pukul 12 malam, bila balik orang rumah semua dah tidur. So bila kita free di rumah tu, janganla duk tengok TV, tidur, main komputer ka ataupun asyik baca paper ja. Luangkan masa sedikit untuk bersama keluarga. Walaupun setengah jam, kalau betul-betul kita gunakan untuk bercakap dengan mak ayah, adik-beradik semua dan dengan isteri bagi yang dah kahwin, sebenarnya lebih baik dari meluangkan masa tiga jam bersembang sambil tengok TV. Dan sama jugak time makan, elakkan makan depan TV atau sambil dengar radio. Wujudkan suasana yang tenang, yang boleh wujudkan komunikasi yang mesra antara ahli keluarga waktu makan tue. Memangla bercakap time makan tak elok, tapi bagi ana masa nilah salah-satu masa terbaik untuk bersama keluarga.

Bagi yang duduk jauh pulak, contohnya yang asalnya dari Kelantan atau Kedah. Bila ada kesempatan cuti tue, balik la kampung ziarah mak ayah. Walaupun mereka tak suruh kita balik, tapi sebenarnya mereka sangat mengharapkan kita berada disisi mereka untuk melepaskan rindu seorang ibu dan ayah kepada anak. Sedar tak, kadang-kadang ibu ayah ni jarang suruh kita balik. Adakah mereka sebenarnya tak rindukan anak mereka ni ataupun mereka taknak kita balik? Tak... Mak ayah ni sebenarnya takmau menyusahkan kita untuk balik jauh-jauh semata-mata nak mengubat kerinduan mereka. Kena fahamla benda ni. So kalau ada cuti yang takda aktiviti tu, balik la jenguk mak ayah. Tak payahla duk pi melawat rumah kawan la, melancong ke.

Kita balik jenguk mak ayah tu lagi besar pahalanya dari melancong semua tu. Dan bila balik kampung pulak, janganla duk sibuk berjalan kat sana pulak, maksimakan masa bersama keluarga. Banyakkan masa "berkualiti" bersama keluarga. Sebenarnya tak perlu lama-lama pun, even 10 minutes, kalau berkualiti, lebih baik dari 24 jam kita bersama mak ayah. Pastikan mak ayah ni tak merasakan kehilangan anak-anak mereka dek kerana menjalankan usaha dakwah. Sekurang-kurangnya, kalau tak dapat balik pun, seminggu sekali telefon mereka, walaupun seminit, cukup untuk mengubat rindu dihati seorang ibu kepada anaknya.

Bagi yang mempunyai keluarga yang mak ayahnya jugak aktivis dakwah, mungkin masalah yang ana sebutkan kat atas tak berlaku kepada antum. Tapi beringat-ingatlah jugak, sebab mereka sendiri, walaupun aktivis dakwah, mereka tetap mempunyai persaan. Ana cuma ingin mengingatkan diri ana sendiri dan jugak sahabat-sahabat yang diuji dengan ujian sebegini yang kadang-kala melemahkan semangat mereka untuk berjuang di medan dakwah ni.

Ingatlah,

"Da'wah bukan satu pilihan, tapi satu kewajipan,
Kewajipan yang tidak mengabaikan kewajipan yang lain..."


Wallahua'lam....

4 ulasan:

solahuddin the warrior berkata...

menarik penulisan ni.
ana bersetuju dgn apa yg ditulis, dan pernah mengalami dilema dlm isu ni.mungkin sblm ni ana sdri tersalah langkah, tp iAllah lpas2 ni ana berazam memperbaiki.

kita tak boleh nak harapkan org (family) faham kat kita ja, kita kena faham org lain jugak.

penulis pon mcm ada pengalaman yg tersirat je..hehe..

ABU IFFAH berkata...

Hehe alhamdulillah so far belum pernah terjadi lagi la:)

Doakan ujian seperti ni tak datang menjenguk hidup ana yang baru nak berjinak dalam bidang dakwah nie...Ameennn....

Maryam berkata...

dakwah yang kita lakukan ini kerana kita yang sangat amat [rosak bahasa, haha!] memerlukan dakwah. jadi, kena plan betul-betul bila nak berprogram dan jumpa keluarga. ini tak, asal luang je atur program.. hoho antum bukan robot! tunaikanlah hak keluarga. bukan setakat ibu bapa dan adik beradik, saudara mara yang ada dekat-dekat lokaliti tu jengah la sesekali.

tapi... kalau cuti panjang tu, sudi-sudilah berprogram bersama sebentar. tidur bersama, makan bersama, ikut pengajian bersama.. kemudian balik lah. atau balik dulu tapi datang awal sikit.. tak mesti sepanjang cuti kita bersama mereka. jiwa kita juga perlu diisi?

ABU IFFAH berkata...

Setuju dengan Kak WM:)

Pendek kata, rancang masa cuti dengan baik untuk menghasilkan 99.9999% masa paling berkualiti dalam hidup...

Tmbhn: Harini puas hati sangat sebab semalam dapat tidur yang berkualiti walaupun hanya tiga jam selepas penat menibai bulu ayam bersama Dhany, Marwan dan Usamah;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...