02 Oktober 2008

ANALOGI BALIK KAMPUNG: SIRI 2


Dalam siri satu analogi ini dulu, ana dah jelaskan pengangkutan mana yang paling kurang risiko terbabas dan sebagainya kan. Berdasarkan komen yang diberi dalam siri satu, Nuh dan Kak Wan Maryam mencadangkan jalan kaki sebagai pengangkutan paling selamat untuk pulang ke kampung. Ana setuju dengan komen-komen antum, tapi macam yang Kak Wan Maryam cakap la, if kampung belakang rumah ok la. Kalau kampungnya kat Ayaq Hitam Kedah nu, nak balik dari Gombak, berani ka jalan kaki? So ana buang siap-siap method jalan kaki ni dari siri satu dulu.

So dalam siri dua nie, ana nak menceritakan lagi fasal bas yang dipilih dari siri satu dulu. Kenapa ana memilih bas, antum boleh baca kat siri satu.

Bas ni kita semua tau, ada driver yang memandunya kan? Dan kalau perjalanan jauh, kita ada jugak co-driver untuk bantu driver tu kalau dia penat. Dan driver nie dilantik oleh syarikat bas tue sendiri kan. Sesetengah orang, mereka ada bas favorite mereka sendiri yang mereka selesa naik kan. Sama ada sebab basnya selesa, jalan yang dilalui tu sesuai, drivernya baik, memandu dengan cermat dan jugak mungkin sebab syarikat bas tu syarikat besar.

Bagi ana sendiri, ana akan memilih bas yang sesuai dengan ana. Contohnya, ana suka ambik bas Sri Maju kalau pulang ke kampung sebab bas ni akan lalu depan rumah ana, so tak perlu ana tunggu orang datang ambik ana kat stesen bas lagi. Dan dari segi pemandu, jugak, driver bas ni pun memandu dengan baik jugak kalau nak dibandingkan dengan driver bas lain yang macam driver nak gi laju lagi dari bas tue. So kat sini, faktor yang menyebabkan ana pilih bas ni adalah jalan, bas dan driver.

Berbalik kepada komen Cik Tim dalam siri satu dulu, ana setuju jugak dengan statement dia. Kenderaan besar tak semestinya selamat. Dari segi kuasa Allah, memang kita tak nafikan, naik apa pun, kalau dah nak berlanggar, berlanggar jugak. Tapi bagaimana pulak usaha kita untuk jaga diri kita sebelum bertawakkal? So disinila pentingnya memilih bas yang sesuai. Dalam kebanyakan kemalangan bas yang berlaku, pemandu adalah antara faktor utama penyebab kemalangan tue. Cuai, mengantuk dan memandu terlalu laju antara kesilapan-kesilapan yang dilakukan pemandu yang menyebabkan berlakunya kemalangan selain kegagalan bas sendiri untuk berfungsi. Tapi sedikit sangat la faktor bas nie ana rasa, kebanyakannya adalah kesilapan pemandu sendiri. Dan kalau betul pun bas tu memang rosak, manusia jugakla puncanya iaitu mekanik yang tak check betul-betul ataupun syarikat bas taknak keluarkan duit untuk baiki bas.

Dan dengan penjelasan ni, maka tamatlah analogi balik kampung yang ana nak jelaskan kat antum semua. Sedikit kesimpulan sebelum kita masuk ke sesi maksud analogi nie, pilihlah bas yang sesuai yang antum rasa boleh bawa antum dengan selamat pulang ke kampung. Tak kisah syarikat bas mana pun, jalan mana pun, yang penting antum sampai ke destinasi yang antum nak pergi. Dan antum perlu yakin dengan driver bas antum. Jangan sampai ketinggalan bas, nanti antum susah nak sampai ke tempat yang dituju…

Ada Apa dengan Analogi Balik Kampung???

Hmm kenapa ya ana beriya-iya sangat duk cerita fasal bas la, kereta la, jalan kaki la. Apa sebenarnya maksud ana ni? Mungkin ada antara antum yang dah boleh faham maksud analogi ana ni. Actually, whole story analogi nie, main point dia yang ana nak sampaikan adalah keperluan usrah dan berjamaah dalam hidup kita. Rata-rata yang mengunjungi blog ana nie, ana faham semuanya dah ada usrah, bahkan lebih senior dari ana dalam hal-hal usrah dan jamaah nie. Dalam analogi ni, ana cuba untuk kongsikan apa yang ana faham tentang usrah dan jamaah nie. So kalau ana salah, ana mohon yang lebih berpengalaman dari ana untuk membetulkannya.

Jom kita bincangkan apa maksud semua perkara yang ana tuliskan dalam analogi ni. Maksud ana bagi yang memilih kereta ialah, golongan nie tak suka sangat berada dalam kelompok yang ramai. Antum pun faham kan, kalau dah berada dalam kelompok yang ramai, pastinya kebanyakan benda kita perlu berkongsi kan. Tidur pun berhimpit-himpit kalau ada program. Makan pun, kalau dalam jamaah ni, selalunya kita akan makan dalam talam. So bagi yang tak selesa keadaan yang macam nie, mereka lebih suka untuk bersendirian dalam bekerja especially kerja-kerja dakwah. Ana tak mengatakan benda ni satu benda yang salah, even kalau antum mampu untuk bergerak sorang-sorang dalam dakwah, dan subhanallah dakwah antum cemerlang lagi dari yang bergerak dalam jamaah, silakan la.

Tapi perlu jugak untuk kita fikirkan, macam-mana pulak dengan orang yang tak mampu bergerak sendiri? Mungkin untuk fasa pertama, kita berjaya untuk fardhi atau kembalikan dia kepada pegangan Islam yang betul, tapi lepas tu macam-mana pulak dia nak bergerak? Tambah pulak kita pasti sibuk mencari mad’u lain untuk didakwah, terbabas balik dia kejalan yang salah. Sebab tu kat sini, bas (usrah/jamaah) penting. Kita ada seorang driver yang tahu jalan mana yang nak diikuti, so sama-sama kita bergerak ramai-ramai ke tujuan kita atau matlamat kita iaitu Allah, kembali kepada syariat Islam. Dan dalam usrah, since semua penumpang ikut driver yang sama, so kalau seorang penumpang taktau jalan yang diikuti tue, dia boleh bertanyakan penumpang lain yang tahu. Mereka boleh bincang. Kalau dah yang lain pun taktau jalan mana mereka ikut, mereka boleh terus tanya driver bas atau naqib dalam usrah. Naqib-naqib nie sendiri pun ada usrah dan naqib yang memandu mereka.

Dan bas ni, jalan yang diikuti tue ditentukan oleh syarikatnya kan. Sama macam usrah, naqib usrah tu dah dibekalkan dengan panduan dan bekalan untuk dia bawak penumpang atau ahli usrah dia mengikut jalan yang dah ditetapkan oleh wadah atau jamaah yang mereka ikuti. Persoalan wadah atau jamaah mana yang betul, tak perlula menjadi satu perkara yang boleh mencetuskan perbalahan. Antum yakin dengan naqib antum dan wadah antum, dan usrah lain, mereka yakin jalan yang mereka ikut, so masing-masing buat pilihan berdasarkan kemampuan diri sendiri dan yang mana antum rasa betul. Amat sedih harini melihat wadah sesama wadah berbalah menuduh yang tu salah, kita betul, dan sebaliknya bagi pihak yang satu lagi. Yang sebenarnya, apa matlamat kita? Nak cari wadah atau jamaah mana yang betul sampai kiamat atau nak tegakkan syari’at Islam?

Ana tertarik dengan analogi atau ibrah yang dibawa oleh Ust Rahmat Abdullah dalam filem Sang Murabbi. Lihat bagaimana di sebuah sungai yang berbatu, air yang lembut, yang sejuk dan jernih tue, mampu untuk bekerjasama dengan batu yang keras yang menentukan arah tuju air sungai tue. Pernah ka kita lihat satu hari, air bergaduh dengan batu, dia tanak lalu atas batu dan nak terbang. Tak pernah kan, bahkan tak boleh sebab air dan batu tu saling memerlukan. Batu tu walaupun keras, air akan membentuknya menjadi batu yang licin dan cantik. Batu tue pulak, menjadi jalan untuk air mengalir. Macam tu jugak dengan kita antara wadah, kita saling memerlukan sebab kita tak mampu nak buat semua benda. Contohnya wadah A fokuskan bidang pendidikan, wadah B focus bidang ekonomi dan seterusnya. So akhirnya, kita akan ada umat Islam atau kelompok Islam yang mengusai semua bidang dengan cekap tanpa meninggalkan sesuatu bidang dibelakang.

Dan bila dah berada dalam wadah atau jamaah, satu perkara yang kita semua perlu ingat, jangan ta’asub. Kalau sesuatu perkara tu terang-terang salah, kita perlu betulkan dengan baik. Dan jugak dalam usrah, jangan mengikut usrah semata-mata kerana naqib. Kita perlu fahami dan jelas matlamat kita mengapa kita berada dalam usrah. Dalam analogi kat atas pun, kita boleh tengok kan. Satu bas tak semestinya driver yang sama ja akan pandu bas tue, kadang-kala bas yang sama, driver lain yang bawak, yang jugak ‘arif tentang jalan yang diikuti tue. So janganla kita lari pulak dari bas tue semata-mata kerana drivernya berhenti kerja, sedangkan kita pun tahu, bas tu paling best dan selesa serta selamat dinaiki. Sama jugak dalam usrah, kadang-kala naqib kita ditukarkan atau dipindahkan ke usrah lain, maka janganlah kita pun berhenti dari usrah. Perlu jelas disini, apa sebenarnya matlamat kita berusrah dan berjamaah. Dan naqib sendiri, antum perlu pastikan ahli-ahli usrah antum faham yang mereka sebenarnya berUSRAH, bukan berNAQIB.

Ana rasa cukuplah huraian di atas sebagai penutup analogi balik kampung nie. Ana memohon kepada Allah agar apa yang baik dari penulisan ana kali ni, dapat ana manfaatkan untuk kebaikan diri ana dan antum semua. Dan seandainya ada kesilapan dalam pemahaman ana, mohon dibetulkan oleh antum yang lebih ‘arif dari ana.

Wallahua’lam….

3 ulasan:

cikEff berkata...

1. baru pasan nta letak gamba bas sani. haha~

2.ana pilih mutiara sbb tempat singgah dia paling ok antara yg len. spjg balik kb ade satu R&R je di gua musang...rege same. kusi pun same. jalan pun same. n driver dia singgah solat kalo lambat sampai. ^^

3. parents suh balik nga bas. xbuleh balik nga kete V_V

4. ha, ayat comel 'mereka sebenarnya berUSRAH, bukan berNAQIB.' kalo boleh bold dgn kaler merah, bia sume org teringat! hehe.

Nuh Zuleffendi berkata...

klu naik kate bukan usrah juga ke?
satu driver...co-driver kat sebelah...
6~7 orang kat belakang...hehe
sambil naik kate boleh dgr keset2 tazkirah...
dalam bas...dgr lagu raya je la...
:)

ABU IFFAH berkata...

Salam 'Aidilfitri..

To Ciktim...
-Huhu camner leh perasan ana letak bas tue, teliti betul la org pompuan ni...Haa mujur parent tak suh balik ngn kaki:)


To Nuh...
-Haa kalau Nuh bawak, boleh jadi usrah, lagi-lagi la kalau yang naik tu jgk geng-geng Nuh:)
-Ha tu la Nuh, penting pilih driver (naqib) yang baik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...