30 September 2008


Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjengah esok, ana menyusun sepuluh jari tangan ingin memohon ma'af kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan, sahabat-sahabat sekampus, sahabat-sahabat sekampung serta semua pengunjung blog Fikrah Thanie yang mengenali ana atau tidak...
h
Semoga pelayaran bahtera hidup kita akan lebih indah serta diberkati oleh rahmat dan kasih sayang Allah... Sehingga kembali semula ke negeri Ramadhan, moga bahtera hidup kita akan terus tsabat dijalan Allah dan dijauhi dari sebarang perkara-perkara mungkar....
AAMEEENNNNN.....
h
سلامة هاري راي عيد الفطر
معاف زاهير دان باطن

25 September 2008

ANALOGI BALIK KAMPUNG: SIRI 1


Lima hari lagi, insyaAllah jika diberikan kesempatan oleh Allah untuk dunia ini terus berputar pada paksinya, kita akan menyambut eidul fitri bagi tahun hijrah 1429. Dan pada waktu ini, Puduraya, Jalan Duta dan jugak Stadium Bukit Jalil sedang dipenuhi oleh umat-umat Islam yang ingin pulang berhari raya di kampung. Dan ana, insyaAllah ana akan bertolak pulang malam esok ke Alor Star sebelum pulang ke rumah di Arau. Dan tujuan ana menulis malam ni, bukanlah untuk berkongsi kesedihan sebab tak dapat balik awal walaupun esok takda kelas, tapi ana nak kongsikan satu analogi yang ana duk terfikir selama dua tiga hari ni. InsyaAllah kalau antum hayati betul-betul, antum akan faham analogi ni berkaitan dengan apa sebenarnya.

Setiap tahun, setiap kali raya ataupun cuti, mesti jalan raya dan lebuh raya akan penuh dengan macam-macam jenis pengangkutan kan. Ada bas, lori, kereta, motorsikal, dan jugak kapal terbang, kalau boleh dimasukkan sekali (huhu ada jugak la kapal terbang). So kita ambik contoh kat sini, satu kumpulan umat Islam, yang nak pulang berhari raya di Kedah atau Perlis yang indah nun. Semua pengangkutan nie mempunyai satu arah tuju, menghala ke utara, untuk pulang berhari raya atau bercuti kan.

Kereta, Bas atau Motorsikal???

Pengangkutan-pengangkutan ni pulak, mengikut jenis masing-masing, ada kelebihan dan kekurangannya. Apadia pengangkutan-pengangkutan yang kita cakap tadi? Yang pertamanya, kita amik contoh kereta. Bagi mereka yang memilih kereta untuk pulang berhari raya, mungkin terdiri dari mereka-mereka yang mementingkan keselesaan dalam perjalanan kerana mereka hanya bermusafir bersama keluarga atau sahabat-sahabat baik mereka. Maka gangguan dari orang-orang yang tidak dikenali dapat dielakkan jika menggunakan kereta sebagai medium pengangkutan. Dan satu lagi kelebihan kereta, mereka bebas untuk memilih jalan masing-masing dan bebas untuk berhenti dimana-mana tempat yang mereka sukai.

Tetapi bagi yang memilih kereta, mereka perlu berhati-hati. Sebabnya, mereka tidak selalu menggunakan lebuh raya tue, so risiko untuk sesat atau terbabas lantaran ketidakbiasaan mereka menggunakan lebuhraya itu lebih tinggi berbanding pemandu lain. Dan satu lagi, kereta juga, oleh kerana saiznya yang agak kecil jika dibandingkan dengan kenderaan lain yang lebih besar, memungkinkan penumpang dan pemandunya mendapat kecederaan yang teruk jika berlaku kemalangan.

Bagi jenis pengangkutan yang kedua, iaitu bas, bagi ana adalah satu medium pengangkutan yang paling selamat untuk digunakan ketika pulang bercuti. Mengapa ana kata paling selamat, yang pertamanya, dari segi saiznya, bas lebih besar berbanding pengangkutan awam lain contohnya kereta dan motorsikal. Dengan saiz yang agak besar ini, bas dapat membawa ramai penumpang sekali gus mengurangkan jumlah kenderaan yang meluncur bersendirian di lebuh raya atau jalan raya seperti kereta dan motorsikal yang boleh menyebabkan kesesakan yang teruk sepanjang perjalanan.

Disamping itu juga, kelebihan bas terletak pada pemandunya yang sememangnya insyaAllah arif dengan jalan yang dilaluinya kerana tugas seorang pemandu bas itu sendiri, memerlukan beliau untuk berulang-alik menggunakan jalan yang sama setiap hari. Bermakna disini, apabila menggunakan bas, kita akan mempunyai seseorang yang sudah arif dengan jalan yang bakal dilalui dan tidak perlu bimbang untuk sesat atau tersalah jalan. Tidak dinafikan, bas jugak tidak terlepas dari terlibat dengan kemalangan. Tapi secara puratanya, jumlah kemalangan bagi bas agak kecil berbanding kenderaan kecil lain seperti kereta dan motorsikal. Lagi-lagi pulak, bas-bas ni mempunyai syarikat mereka sendiri yang memantau siapa pemandu mereka dan juga jalan yang hendak dilaluinya sudah ditetapkan oleh syarikat masing-masing yang pada pandangan mereka jalan tersebut adalah jalan yang paling sesuai untuk dilalui mengikut musim-musim tertentu. So disini, dengan pengawasan dan seliaan yang baik, insyaAllah akan mengurangkan risiko kemalangan dan kecelakaan lain kepada mereka yang memilih bas.

Bagi pengangkutan-pengakutan lain seperti kapal terbang dan motorsikal, bagi ana kedua-duanya amat berisiko dan agak menyusahkan berbanding pengangkutan lain. Kapal terbang misalnya, akan menyusahkan penumpangnya untuk pulang ke destinasi-destinasi pilihan mereka kerana fizikal kapal terbang itu sendiri menghalangnya untuk berhenti dimana-mana tempat yang hendak dituju oleh penumpang. Bagi motorsikal pula, dari segi mobiliti, mungkin agak baik. Tapi risikonya sangat besar jika meluncur dijalan raya kerana banyak lagi kenderaan besar yang turut menggunakan jalan yang dilalui motorsikal tue. Satu lagi kelemahan motorsikal, ianya hanya boleh dinaiki oleh dua orang penumpang termasuk penunggang pada satu-satu masa. Maka jika berhenti di tempat-tempat rehat yang sunyi, penumpang dan penunggang motorsikal tersebut lebih terdedah kepada bahaya serangan perompak atau binatang liar seperti anjing dan sebagainya. Dan jika cuaca kurang baik, pengguna motorsikal akan dibasahi dengan air hujan dan jugak mudah untuk tergelincir jika jalan yang dilalui mereka berair.
h
Maka disini kita dapat membuat satu kesimpulan berdasarkan logik-logik yang ana sampaikan kat atas, bahawasanya bas adalah pengangkutan yang paling selamat digunakan disamping harga penjalanannya yang lebih rendah berbanding kereta.

Ini hanyalah pandangan ana. Bagi yang tetap memilih kereta, motorsikal atau kapal terbang sebagai medium pengangkutan, mereka mungkin mempunyai alasan mereka sendiri mengapa mereka memilih pengangkutan tersebut walaupun mereka menyedari risiko-risiko yang bakal dilalui. Maka tidak perlulah pengguna bas mengkritik pengguna kereta atau sebaliknya. Yang penting, pastikan kita yakin pengangkutan yang kita pilih adalah yang paling selamat dan terbaik untuk menuju ke destinasi kita mengikut kemampuan diri kita.



FT~insyaAllah SIRI 2 akan menyusul bagi menjelaskan lagi makna-makna tersirat dalam analogi "Balik Kampung" ni. Siri satu ni hanyalah analogi semata-mata dan belum menyentuh maksud sebenar yang ana cuba sampaikan. Mohon ma'af kepada yang belum memahami dan merasa entri kali ini hanyalah sia-sia. Salam 'aidilfitri ana ucapkan kepada semua pelawat laman Fikrah Thanie, semoga antum semua telah memilih pengangkutan paling selamat dan paling baik untuk antum sampai ke desinasi yang dituju.

22 September 2008

AKU DAN KOPIAH


Semalam alhamdulillah ana dan beberapa orang sahabat seusrah dijemput ke rumah naqib kami, Dr Sany Izan di Batu Caves. So sedang menunggu waktu berbuka ni, dikala Moja rancak berborak, Hud dengan muka seriusnya mendengar, Nuh duk disebelah kanan ana, dan yang lain-lain sibuk berta'aruf sesama sendiri, Azree tiba-tiba memegang sebuah buku berwarna pink bertajuk, "Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung"... Ana penah jumpa buku ni masa melawat kedai buku kat Pudu, tapi tak sempat tengok habis sebab masa untuk berlepas dah dekat dan ana kena turun check bas dah sampai ke belum. Cuma yang ana sedar dalam buku tue, ada tulisan dari zaujah naqib kami iaitu Sis Suriza Ahmad Zabidi. Dan ana pun semalam, alhamdulillah sempat baca beberapa kisah bagaimana kisah akhwat-akhwat ni mula bertudung termasukla bekas lecturer ana sendiri, Sis Suriza.
~
Tengah-tengah duk syok membaca tue, Nuh mencelah pulak, "Haa baca buku aper tue!!". Ana pun tunjukkan kat Nuh, ada artikel Sis Suriza dalam ni. Adeyh Nuh tak kenal rupanya...Azree pulak mencelah, "Takkan budak ENGIN tak kenal Sis Suriza kut??". Hehe Azree, walaupun dah kerja ngn WAMY, masih lagi kenal lecturer-lecturer kat ENGIN nie..
~
Selesai baca beberapa lagi artikel, sengaja ana gurau dengan Nuh, "Eh ana pun nak buat buku jugak la, tajuknya, Bagaimana Akhirnya Saya Berkopiah:) ". Nuh pulak cakap, eh kalau camtue, ana pun nak buat jugak, "Bagaimana Akhirnya Saya Tidak Berkopiah"...Hehe ada-ada jer Nuh nie, walaupun muka serius, tapi sekali buat lawak, nak terkeluar biji mata jugak tahan gelak.
~
Dalam-dalam duk tunggu waktu berbuka tu jugak, bila sebut "Bagaimana Akhirnya Saya Berkopiah", teringat kisah ana, bagaimana dan sejak bila ana mula berkopiah. Kalau tak salah ana, ana mula diperkenalkan oleh abah dengan kopiah ataupun lebai jenis yang lembik nie waktu ana darjah tiga atau empat kalau tak salah. Masa nie, actually ana dah biasa pakai songkok ke sekolah, sejak darjah satu lagi, abah memang nak ana pakai songkok hitam ke sekolah walaupun ana bukanla masuk sekolah rendah Islam. So bermula dari situlah, bila masuk darjah tiga, abah ajak ke Kangar, dia nak belikan ana lebai untuk pakai selain dari waktu sekolah. So bermula di sini, bila keluar jalan-jalan or balik kampung ngan family, abah akan pastikan ana pakai lebai atau kopiah dulu, baru dia bawak kereta. Kadang-kadang kalau ana terlupa nak pakai, marah jugakla abah.
~
So ana pun mulalah biasakan diri pakai kopiah ni, sampai satu masa, maybe Pak Tan mula risau sebab ana kerap sangat berkopiah, dia cetuskan idea jahat kat ana. Ana tanya abah, "Awat abang An tak kena pakai kopiah pun, adik kena pakai?". Hehe, nyesal tanya, tak fasal-fasal kena marah ngan abah. Lepas tragedi kena marah ngan abah nie, ana tak pernah tanya lagi la, dan lepas ni jugak, jarang la lupa nak bawak kopiah kalau keluar ngan abah.
~
Lima tahun kemudian, masa ni ana dah tingkatan tiga. Sekolah yang ana masuk ni SMKA, so peraturannya mewajibkan pelajar memakai songkok ke sekolah. So semakin rajinla ana bersongkok, ditambah pulak sejak masuk sekolah menengah, ana jadi macam "pelik" skit bila tak berkopiah time keluar rumah. Kalau join aktiviti sukan kat sekolah pun, ana mesti bawak lebai untuk pakai masa main tue. Seriously, memang sangat-sangat tak selesa masa ni kalau tak pakai. "Syukran abah, didikanmu berjaya mengistiqamahkan aku"... Ada jugakla kawan-kawan tegur, "Eh nak main tue, buang la lebai, nanti kotor..". Ana taknak jugak, "Suka hati la, nanti aku basuh la sendiri...". Hehe actually masa sekolah nie, malu bila tak pakai songkok, ana rasa sangat tak selesa biar rambut terdedah. Adeyh macam aurat pulak.
~
Dan masa tingkatan tiga ke tingkatan empat ni jugak, paklang ana gi Mekah buat haji, so ana pesan kat dia belikan kopiah Mekah untuk ana, yang warna hitam macam yang ana pakai sekarang nie. Alhamdulillah ada rezeki, ana pun mula pakai kopiah jenis ni sampai sekarang. Dah dekat empat tahun dah pakai kopiah jenis nie. Effectnya, kalau ke kedai nak beli kopiah, ana memang tak minat langsung kopiah jenis lain. Ada jugak kadang-kadang tue teringin nak beli kopiah putih macam Ust Fadzil Noor, tapi bila gi ke kedai, kopiah hitam camni jugakla yang dibeli.
~
Hmm... Bila masa duk sorang-sorang, ana tanya jugak kat diri sendiri, kenapa ya aku berkopiah? Adakah sebab abah suruh? If abah suruh, sekarang duk jauh dari abah, kenapa masih pakai? Adakah sebab tak biasa dedahkan rambut? Tak jugak, sekarang, sejak dah faham sikit antara adat dan ibadah dalam memakai kopiah nie, ada jugak ana tak pakai kopiah bila keluar. Contohnya gi cafe, kadang-kadang tak pakai. Jogging, memang tak pakai. Driving pun sekarang, jarang pakai atas sebab-sebab tertentu. So kenapa sebenarnya ana berkopiah???
~
Bukan sebab tak biasa tak pakai, bukan sebab abah suruh atau seumpama dengannya. Actually ana berkopiah, untuk kebanyakan masa ana keluar dari bilik atau rumah, tujuan utamanya adalah untuk menjaga diri sendiri insyaAllah. Bagi yang jugak memakai kopiah bila keluar dari rumah, antum jugak ana yakin antum faham bagaimana memakai kopiah ni boleh menjaga diri. Pertamanya, apa first impression orang ramai bila tengok kita berkopiah? Mesti orang akan faham, yang kita ni Muslim kan? So kat sini dah dapat, alhamdulillah, orang tengok kita, orang nampak Islam, walaupun dengan pakaian kan.
~
Yang keduanya, bila berkopiah, kita akan lebih menjaga diri kita dari melakukan perkara-perkara tak elok, sebab kita sedar, kita bawak imej Islam, kalau kita berakhlak dengan akhlak yang buruk, kita dah bagi fitnah kat Islam. Kat sini, sekurang-kurangnya, bagi ana yang sangat dhaif dalam menjaga diri dari benda-benda maksiat nie, ana insyaAllah akan cuba pamerkan akhlak terbaik sebagai seorang Muslim supaya Islam tak diburukkan kerana ana. Adakah berat benda nie? Adakah ianya menjadi satu bebanan untuk kita kerana perlu menjaga Islam? Tak, jangan fikir macam tue, tujuan hidup kita pun untuk apa sebenarnya? Bukankah kita diutuskan untuk mempamerkan indahnya Islam yang salah satunya melalui akhlak baik kita. Dan untuk itu, orang bukan Islam mudah tertarik dengan Islam?
~
Teringat ana, dulu penah sekali ana teringin sangat nak gi auto show kat PWTC. Tapi alhamdulillah, Allah sibukkan ana, tak sempat nak pegi walaupun ramai kawan-kawan lain yang seENGIN sempat cari masa kosong untuk pegi. So mulanya agak kecewa, mana taknya, dah lama ana nak tengok Ferrari, Mitsubishi Lancer, Mac Laren SLR secara dekat. Tapi bila dengar kisah sahabat ana yang pegi ni, ana rasa syukur sangat-sangat sebab Allah halang ana pegi. Ceritanya camnie, ana ziarah kawan ana yang pegi tue. Dia ni pun jugak jenis pakai kopiah selalu jugak. So sembang punya sembang, dia cerita bestnya gi autoshow tue, ana tertanya, "Eh ramai dak yang pi tue pakai lebai?", yang membuatkan ana tanya nie, sebab dari gambar-gambar yang dia tunjuk, model kereta yang dipamerkan tue, setengah dari model wanita yang duk bertenggek kat kereta tue. Ya la kan, sebuah kereta, ada dua orang model jaga. Kalau ada seratus kereta dipamerkan, tak ke 200 model ada kat situ. Ni auto show ke, women show nie. So dia jawab dengan selambanya, "Aku buang la lebai ni, takkan nak pakai, gila hang!!".
~
Alhamdulillah, ana syukur sangat-sangat sebab tak pegi. Kalau ana ada jugak kat sana, mungkinkah ana akan bukak imej Islam yang ana pakai, semata-mata nak masuk ke tempat yang mata pinjaman Allah ni akan mendapat jamuan yang bakal disiksa di akhirat kelak? Astaghfirullah, Ya Allah ampunkan hambaMu ini....
~
Akhir kata, mohon sahabat-sahabat semua doakan ana akan terus istiqamah berkopiah dan doakan ana mampu membawa keindahan Islam kemana saja ana bertandang...
Wassalam...
~
~
FT~Adakah mengimpikan sebuah kereta yang agak mewah jugak dikira ghurur? Adeyh, kenapala gambar kereta yang dibakar dalam filem Sang Murabbi tu, kereta idaman ana....Huhuhu...

16 September 2008

RABITHAH...


Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
.
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
.
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
.
Terangilah dengan cahayamu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
.
Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
.
Hidupkan dengan ma'rifatMu
Matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
( 8:63 )
.
.
Lirik: Doa Rabithah
Izzatul Islam ~ Sang Murabbi
.
.
.
Fi~Thanie:
;
Sedang memulihkan tekanan berlebihan yang menyerang ana sejak tengah hari tadi.
Feels like a box is covering my head and it is pressuring my day.
;
In physics there is an equation;
;
PRESSURE = FORCE / AREA
;
Based on this eqn, since PRESSURE is inversely proportional to AREA,
basically by increasing your area, your PRESSURE will decrease insyaAllah...
;
So I'm thinking of having more spaces right now...
Huhu the best place is KLIA, but too far...
;
;
Astaghfirullah, inilah akibatnya menzalimi hak badan, tidur terlalu lewat dua tiga hari ni...Exam FEVER!!!
[baru midterm, belum final ni:( ]
;
;
Ya Allah, ampunkan hambaMu ini......
~Maybe sebab malam ni tak dapat dengar adik2 SBPI ngaji kut, tu yang lain macam jerni.....

BLOGKU DI TAG...

Orang kata, TAG ni selalunya yang kena adalah orang yang jarang update blog, tapi....

Zaman sekarang ni, orang yang selalu update blog pun kena eh???!!!

Selalunya duk tgk kat blog orang jer TAG-TAG nie. Dan actually ana pun tak faham apa format sebenar TAG nie. Ada yang banyak-banyak gambar, kena cari kat google image, ada yang jawab soalan ja. Tapi yang ana dapat sebelum subuh ni, skeping ja, arahannya cuma suh letak dalam blog ja pastuh pilih 5 orang untuk ditag lagik.

Tapi TAG ni apa sebenarnya, adakah macam TAG yang digantung dileher ketika program, atau SMART TAG yang tak payah brenti kat highway PLUS tue? Sajer tgk kamus oxford yang dah dekat setahun tak bukak sebab tak amik bahasa, dia bagi dua makna TAG:

Tag(1): n, label; bahagian hujung tali kasut. v.t./i (p.t tagged) merangkaikan; menyambung; mambubuh label

Tag(2): n. permainan (kanak-kanak) kejar-mengejar

So yang manakah maksud sebenar TAG dalam blog nie. Heheh adakah ianya bahagian hujung tali kasut? label, atau permainan (kanak-kanak) kejar-mengejar???

Apepun, letak dulu la TAG tue, sebab skeping jer TAG nyer, alhamdulillah tak kena byk2:)

So terpulang kepada tafsiran masing-masing, sebab ia mungkin suatu label atau permainan (kanak-kanak) kejar-mengejar. Tapi ana lebih suka guna permainan kejar-mengejar untuk menghargai orang yang mengejar ana dalam blog ni:) Eh kalau tak salah permainan ni dalam bahasa kanak-kanak, main aci chup kan? Heheh teringat zaman kanak-kanak plak...

Eh dah-dah, nak jawab TAG pun dekat nak penuh muka dah. So syaratnya, kena letak 5 nama lagi untuk letakkan TAG ni dalam blog diorang. Kenapa lima jer eh, letak semua orang takleh ker?:) So mereka-mereka yang akan meneruskan permainan kejar-mengejar nie adalah....

Nuh Zuleffendi, pemilik
Auzan Hasanuddin, pemilik
Azraai Ahmad, pemilik
Abdullah Omar, pemilik
Kak Yong, pemilik

So jomla main permainan kanak-kanak nie, at least bertambah la jugak posting kat blog.. Heheh...
Okeylah, syukran kepada yang meng"TAG" ana dengan smiley tu:)

13 September 2008

SEBUAH PELAYARAN



Di sebuah lautan yang terbentang luas, kelihatan sebuah kapal sedang belayar meredah ombak yang kadang-kala tenang dan kadang-kala ganas. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kapal itu masih selamat belayar menuju ke satu destinasi yang juga ditujui oleh kapal-kapal lain.

Struktur kapal itu pula, didalamnya terdapat dua buah dek yang mana dek bawahnya diduduki oleh segolongan manusia yang jahil manakala dek atas diduduki oleh manusia yang cerdik serta berilmu.

Pada suatu hari yang agak panas, dikala sang mentari memancarkan cahayanya ke laut, rasa haus yang amat sangat mula dirasai oleh golongan dek bawah. Mereka pun menghabiskan air minuman yang dibawa sehinggakan tiada lagi, walaupun setitis, air untuk diminum dan untuk dijadikan sebagai air mandian. Golongan ini pun menghantar seorang wakil bagi meminta kebenaran untuk mengambil air dari dek atas kerana mereka tidak dapat mengambil air dari bahagian bawah yang tertutup dengan dinding kapal itu.

Dengan berat hatinya, seolah-olah tidak ingin berkongsi kelebihan yang mereka miliki, golongan dek atas inipun membenarkan golongan bawah untuk menggunakan dek mereka untuk mengambil air dari lautan. Alangkah gembiranya golongan bawah ini, mereka pun dengan pantas, baldi demi baldi, membawa air-air itu ke dek bawah. Kekerapan golongan bawah ini mengambil air dari dek atas menyebabkan golongan dek atas merasa tidak senang hati melihat terlalu ramai golongan bawah ini naik dan bercampur dengan golongan mereka. Apatah lagi kerja-kerja mengangkut air ini telah menyebabkan dek atas menjadi becak dek kerana air yang menitis dari baldi-baldi golongan bawah.

Pada suatu hari, golongan atas ini dengan tegasnya menutup pintu ke bahagian atas bagi menghalang golongan bawah ini naik mengambil air dari dek mereka. Akibatnya, sengsaralah golongan bawah ini menahan dahaga dan hidup dengan tidak selesa kerana tidak dapat membersihkan diri. Golongan atas pula, seolah-olah buta, pekak dan tuli, tidak memikirkan langsung kesan dari tindakan mereka menghalang golongan bawah ini. Walaupun dirayu beberapa kali, mereka masih berkeras menghalang golongan bawah ini naik mengambil air di atas.

Oleh kerana tidak tahan lagi menanggung kesengsaraan yang dihadapi, maka golongan bawah ini pun menebuk lantai kapal bagi mendapatkan air untuk diminum dan meneruskan kehidupan mereka. Jangkaan mereka, jika hanya menebuk sedikit, tiada masalah akan berlaku. tetapi kuasa alam, lubang yang ditebuk seluas sebatang pen, menjadi besar akibat tekanan air laut yang mereka senang tempuhi itu.

Maka, karamlah kapal itu bersama-sama semua golongan yang berada di dalam kapal itu tak kira golongan atas mahupun golongan bawah...

Pengajaran dari cerita ni, bagi umat Islam sekalian, jangan kita hanya memikirkan untuk mengislahkan diri kita saja, tapi fikirkan jugak masyarakat sekeliling kita yang tidak diberikan kelebihan mengenal Allah seperti yang kita dapat pada hari ini. Mereka adalah tanggungjawab kita, seandainya kita meninggalkan mereka di belakang, jangan bermimpi untuk kita berjaya dihadapan. Golongan yang kita abaikan inilah yang akan menarik kita untuk karam bersama-sama mereka di akhirat kelak.

Moga Allah memberikan lebih kekuatan kepada kita semua untuk terus aktif menyampaikan kalimah Allah dimuka bumi ini agar kesejahteraan hidup diakhirat yang kekal abadi menjadi milik semua insan.

Ameennn....

11 September 2008

SI COMEL BELUGA

Petang ni alhamdulillah sempat habiskan assignment dan siap dihantar ke bilik lecturer. So balik jer bilik, sambil hilangkan penat, tangan ni saja-saja gatal bukak google image search. Then teingat nak taip beluga, si comel yang sangat pelik dan kelakar skit bentuknya. Selama ni ana duk fikir-fikir, dari mana yer pengeluar Beluga ni dapat ilham untuk hasilkan satu jasad gergasi yang bentuknya macam nie. Keluar ja result kat search engin google ni, terpegun ana dan terasa diri ni hina sangat sebab tak terbayang pun sebelum ni rupa-rupanya design yang pelik, unik dan comel ni datangnya dari kekuasaan Allah melalui ciptaannya iaitu Beluga Wales.


Airbus Beluga

Beluga Wales

Cuba perhatikan, cipataan mana lebih tinggi teknologinya dan lebih comel? Ana yakin semua akan jawab Beluga Wales lagi comel kan:)

Wales ni walaupun masa ambil gambar ni dia tak senyum atau posing, tetap comel seolah-olah dia tengah senyum kepada lensa kamera tu...

Tapi Airbus Beluga tue, walaupun pilot dia tau orang tengah ambik gambar, takder pun nak senyum, sembongnya ciptaan manusia...

Dan Airbus Beluga tu sendiri, ana sangat yakin designer dia telah meniru bulat-bulat bentuk wales ni especially kat bahagian atas kepalanya tue. Mungkin designer Airbus kagum macam mana bentuk bonjol macam ni boleh memudahkan wales ni berenang dengan mudah. Bermakna, kalau wales ni boleh berenang dengan baik dalam air, kapal terbang yang sama bentuk macam wales ni jugak akan terbang dengan baik di udara. Subhanallah, konsep aerodynamik pun Allah dah tunjukkan melalui ciptaannya. Dalam Quran sendiri Allah dah ingatkan kepada kita orang yang membaca Al-Quran...


Tapi malangnya, siapa yang melihat dan mendapat tanda kekuasaan Allah tu? Bukan kita, tapi orang kafir yang tak percaya kat Al-Quran...

Semoga Allah membuka pintu hati kita sempena bulan Ramadhan ni untuk lebih kuat memerhatikan penciptaannya dan mengamalkan isi kandungan kitabnya yang Mulia..

Ameennn....

10 September 2008

MY FIRST FLIGHT PROJECT!!!

Alhamdulillah harini gi kelas Princ. of Flight dengan bersemangatnya, berakhir dengan senyuman dibibir bila Dr Ashraf mula bagi projek berkaitan kapal terbang yang kami semua kena kaji dan buat sedikit summary tentang performance kapal terbang ni. Walaupun sasaran ana untuk memilih Boeing 777 atau Airbus A380 tak kesampaian sebab Dr suruh pilih yang dalam list dia bagi jer, takperla even dapat Beagle B206 (Basset) sebagai case study. InsyaAllah, since I love this field of study very much, I'll do this project with my very best effort...
Ameennn....

Beagle B206 (Basset), comel jugak rupanya, OK la even tak dapat A380:)

Beagle cruising in the air...Sekali tengok macam anak itik plak:P

09 September 2008

KAD RAYA PERTAMA 1429H DARI NEJA...


TAHNIAH DARI FIKRAH THANIE!!!!


Post kali ni actually untuk meraikan akhie sejiwa dan satu ruh da'wah dengan ana yang bakal melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi...

Moga Allah mencucuri rahmat dan limpah rezeki kepada pasangan ini yang ikhlas mengabadikan hidup mereka untuk perjuangan membebaskan bumi Palestine dari cengkaman Yahudi la'natullah...
Amennnn.....


Kad jemputan untuk Fikrah Thanie:)

Muka depan kad jemputan...


Bahagian dalam kad jemputan...

Ada taqwim kat belakang kad, memang Islamik la;)
Moga barakahNya ada....

Kad ucapan raya pun ada jugak!!!

Bersama-sama kita doakan jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga...

Ameennnnn.....




05 September 2008

KELUARGA DAN DAKWAH...

Dalam berjuang dalam medan dakwah nie, kadang-kala dan seringkali kita perlu berjauhan dari keluarga sendiri. Meninggalkan ibu dan ayah untuk beberapa waktu yang panjang dan meninggalkan anak dan isteri bagi yang sudah berumah tangga. Tapi bila direnungkan balik, adakah sebenarnya kita sebagai pendakwah perlu meninggalkan mereka di kampung atau di rumah? Bagi yang tinggal jauh dari kampung halaman, adakah sebenarnya mereka dituntut untuk meninggalkan ibu dan ayah di kampung untuk jangka masa yang lama, atas alasan, sibuk dengan aktiviti dakwah di lokaliti tempat belajar atau bekerja? Bagi yang tinggal berdekatan dengan lokaliti tempat mereka beraktivisma, adakah mereka dituntut dan perlu meninggalkan rumah saban malam atas alasan perlu berada di luar bagi manjalankan usaha dakwah? Semua ni adalah persoalan yang sangat-sangat perlu diambil perhatian oleh kita semua.

Teringat dulu masa mula-mula ana nak mengenal satu jemaah nie. Ana teringin nak ikut kumpulan jemaah tu keluar berdakwah. Tapi bila tanya ayah ana, dia jawab "Tak payahla duk ikut yang tu, nanti lama-lama duk kena tinggal anak bini kat rumah lama-lama, kadang-kadang 4 bulan keluar ke luar negara, anak bini kat rumah terabai..". Ana tau abah bercakap di atas pemerhatiannya dan jugak daripada kes-kes keretakan rumah tangga yang dia kena handle kat pejabat, yang datangnya dari ibu-ibu dan isteri-isteri yang merasakan diri mereka diabaikan oleh suami yang aktif berdakwah. Nak explain panjang-panjang kat abah pun, susah jugak sebab inilah yang berlaku hari ini dan masyarakat semua menyedari keadaan ni. Dan inilah sebenarnya satu fitnah besar yang berlaku kepada aktivis dakwah bila mereka tidak menitik-beratkan soal keluarga dalam berdakwah.

Ana bukanlah seorang yang terlalu emosional dan anak manja bila ana menulis tajuk ni. Tetapi ana rasa sesak nafas dan tak suka bila aktivis-aktivis dakwah dilontari dengan fitnah-fitnah macam ni yang tak lain dan tak bukan, akan menyebabkan perlahannya usaha dakwah yang mereka lakukan. Adakah kita perlu sampai mengabaikan perasaan ibu dan ayah yang sentiasa rindukan anaknya semata-mata kerana kita sibuk berdakwah di luar? Ana sangat-sangat tak setuju dengan benda ni. Sedangkan Rasulullah sendiri, dalam kesibukan nak menyampaikan Islam kepada penduduk Makkah yang jahil tentang Islam pun sempat menjalankan tanggungjawabnya kepada keluarga, siapa kita sampai terpaksa korbankan keluarga untuk memilih dakwah? Teringat satu slot dalam filem "Sang Murabbi", seorang ibu datang mengadu kepada Ustaz Rahmat mengenai bapak-bapak yang takda masa nak bersama dengan keluarga kerana sibuk berdakwah. Ibu tu kata, Imam Al-Banna sendiri sempat menyediakan sarapan untuk anak-anaknya, tapi harini, ramai bapak-bapak yang mengabaikan benda nie sehinggakan ibu-ibu merasakan pengorbanan mereka macam tak dihargai.

Bila jadi macam nie, adakah kita boleh kata. "Ahh mereka ni tak faham la, kita keluar ni kerana Islam, bila Islam dah berjaya nanti, kita bagi la banyak masa untuk keluarga, janganla manja sangat...". Betulke macam ni? Cuba tengok balik sirah Nabi, ada dia abaikan keluarga dia dalam sibuk-sibuk berdakwah tu? Sepanjang 23 tahun Nabi berdakwah, tak pernah sekalipun isteri-isteri dan anak-anak baginda mengadu mereka diabaikan Nabi. Macam-mana Nabi buat tu? Kalau nak diikutkan, kerja baginda lagi teruk dan banyak dari kita kan.

Disini, kita perlu tengok balik beberapa perkara dalam urusan seharian kita yang kita ambil mudah benda tu. Contohnya bila duduk di rumah bersama keluarga, macam-mana kita gunakan masa bersama keluarga tu. Kita faham kan, kerja dakwah kita memang tak menentu-masa, kadang-kadang boleh drag sampai pukul 12 malam, bila balik orang rumah semua dah tidur. So bila kita free di rumah tu, janganla duk tengok TV, tidur, main komputer ka ataupun asyik baca paper ja. Luangkan masa sedikit untuk bersama keluarga. Walaupun setengah jam, kalau betul-betul kita gunakan untuk bercakap dengan mak ayah, adik-beradik semua dan dengan isteri bagi yang dah kahwin, sebenarnya lebih baik dari meluangkan masa tiga jam bersembang sambil tengok TV. Dan sama jugak time makan, elakkan makan depan TV atau sambil dengar radio. Wujudkan suasana yang tenang, yang boleh wujudkan komunikasi yang mesra antara ahli keluarga waktu makan tue. Memangla bercakap time makan tak elok, tapi bagi ana masa nilah salah-satu masa terbaik untuk bersama keluarga.

Bagi yang duduk jauh pulak, contohnya yang asalnya dari Kelantan atau Kedah. Bila ada kesempatan cuti tue, balik la kampung ziarah mak ayah. Walaupun mereka tak suruh kita balik, tapi sebenarnya mereka sangat mengharapkan kita berada disisi mereka untuk melepaskan rindu seorang ibu dan ayah kepada anak. Sedar tak, kadang-kadang ibu ayah ni jarang suruh kita balik. Adakah mereka sebenarnya tak rindukan anak mereka ni ataupun mereka taknak kita balik? Tak... Mak ayah ni sebenarnya takmau menyusahkan kita untuk balik jauh-jauh semata-mata nak mengubat kerinduan mereka. Kena fahamla benda ni. So kalau ada cuti yang takda aktiviti tu, balik la jenguk mak ayah. Tak payahla duk pi melawat rumah kawan la, melancong ke.

Kita balik jenguk mak ayah tu lagi besar pahalanya dari melancong semua tu. Dan bila balik kampung pulak, janganla duk sibuk berjalan kat sana pulak, maksimakan masa bersama keluarga. Banyakkan masa "berkualiti" bersama keluarga. Sebenarnya tak perlu lama-lama pun, even 10 minutes, kalau berkualiti, lebih baik dari 24 jam kita bersama mak ayah. Pastikan mak ayah ni tak merasakan kehilangan anak-anak mereka dek kerana menjalankan usaha dakwah. Sekurang-kurangnya, kalau tak dapat balik pun, seminggu sekali telefon mereka, walaupun seminit, cukup untuk mengubat rindu dihati seorang ibu kepada anaknya.

Bagi yang mempunyai keluarga yang mak ayahnya jugak aktivis dakwah, mungkin masalah yang ana sebutkan kat atas tak berlaku kepada antum. Tapi beringat-ingatlah jugak, sebab mereka sendiri, walaupun aktivis dakwah, mereka tetap mempunyai persaan. Ana cuma ingin mengingatkan diri ana sendiri dan jugak sahabat-sahabat yang diuji dengan ujian sebegini yang kadang-kala melemahkan semangat mereka untuk berjuang di medan dakwah ni.

Ingatlah,

"Da'wah bukan satu pilihan, tapi satu kewajipan,
Kewajipan yang tidak mengabaikan kewajipan yang lain..."


Wallahua'lam....

01 September 2008

MERDEKA!!!


Risdah adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Suami Risdah, Usin, seorang pekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Walaupun Risdah adalah seorang isteri yang taat dan menurut kata suami, namun beliau sentiasa menjadi bahan untuk melepaskan geram oleh suaminya yang bengis. Setiap hari, bagaikan melakukan riadhah diwaktu petang, Usin akan menendang, menumbuk dan meninju Risdah bagi melepaskan geram dan tekanan yang beliau dapat dari tempat kerjanya. Kalau sehari Usin tidak melakukan ‘riadhah’ tersebut, mungkin Usin lupa atau beliau keluar melakukan tugas-tugas diluar daerah.

Akibat tidak tahan lagi dengan sikap Usin yang tidak romantic dan sangat kasar melayannya, Risdah mengambil keputusan untuk meminta cerai dari Usin seandainya Usin sudah tidak mahukannya lagi. Maka Risdah pun mengambil keputusan untuk meminta dimerdekakan dari Usin ketika Usin pulang dari kerja nanti.

Belumpun sempat Usin melakukan riadhahnya petang itu, Risdah pun berkata, “Kekanda, jika kanda sudah tidak mahukan dinda lagi, lepaskanlah dinda. Jangan biarkan dinda tersiksa dengan sikap kasar kanda lagi. Kasihanilah dinda wahai kanda!!”. Maka Usin pun tersenyum jahat dan berkata, “Ooo hang nak aku ceghai hang no, okeh, Risdah, aku ceghaikan hang dengan talak 1!!!”. Maka Risdah pun tersuka-suka gembira kerana merasa telah dimerdekakan oleh Usin. Risdah pun merujuk perkara tersebut ke mahkamah syari’ah.

Perkara pertama yang Usin dan Risdah perlu hadapi ialah, mereka didenda kerana telah bercerai di luar mahkamah. Qadi mengingatkan, “kalau hampa nak berceghai lain kali, mai sembang ngan mahkamah dulu, kami nak kaunseling dulu, kalau tak boleh sangat dah nak baik, baru cerai!!” So inilah hikmat mengapa qadi menyuruh pasangan yang bermasalah merujuk kepada mahkamah syari’ah terlebih dahulu. Maka setelah dibicarakan, Risdah dan Usin pun gugur status mereka sebagai suami isteri.

Selepas tiga hari Risdah menikmati ‘kemerdekaan’ yang diberikan oleh Usin, tiba-tiba Risdah mendapat satu sms dari Usin. “Dah, aku nak rujuk balik la dengan hang, aku insaf dah…”. Maka selepas mendapat perkenan mahkamah, lucutlah kembali status ‘merdeka’ yang diperoleh Risdah tiga hari lalu. Dua minggu berlalu, Risdah mendapati kata-kata insaf Usin dalam sms nya, hanyalah palsu semata-mata. Usin kembali menjalankan rutin petangnya iaitu memukul dan menumbuk Risdah bagi memuaskan hatinya.

Maka Risdah pun kembali merujuk kesnya ke mahkamah syari’ah. Dan nasihat dari Qadi, “Hang pun ritu, kalau betoi-betoi nak merdeka, kena talak 3 baru merdeka. Dia nak jajah (rujuk) hang balik dah susah. Ni hang mintak merdeka yang satu, yang sebahagian tu ja, senang la dia nak jajah balik…”

Jadi macam-mana kes Risdah diselesaikan, wallahua’lam… Ana tak mengikuti kes ni pun. Ana Cuma ambik sebahagian ja sebab ana nak membawa perbincangan berkaitan dengan “merdeka”. Kita baru ja menyambut ulang tahun memperingati hari Malaysia dimerdekakan secara zahirnya yang ke 51 tahun kan. Alhamdulillah… Dan kita jugak, enam jam lepas, baru ja dimerdekakan sementara waktu oleh Allah, daripada konkongan syaitan dan iblis. Perlu difikirkan disini, adakah kita merdeka negara dan diri dari syaitan sepenuhnya? Atau kita hanya merdeka sebagaimana Risdah merdeka dengan talak 1? Dengan mudah kan Usin menjajah Risdah kembali.

Antum perasan tak kenapa ana letak, ‘dimerdekakan secara zahirnya’ dan ‘dimerdekakan sementara waktu’ dalam perenggan sebelum ni? Ana nak kita sama-sama fikirkan, mengapa kita hanya zahirnya merdeka dan kita sementara ja merdeka, dalam konteks Negara Malaysia dan dalam bulan Ramadhan?

Cuba kita soroti balik, berapa kali dah kita sambut ulang tahun memperingati hari disiyhtiharkan Malaysia merdeka ni? 51 kali dah kan? Soalan ana,

Adakah kita merdeka…
Kalau kita duk lahirkan anak-anak yang derhaka?
Adakah kita merdeka…
Kalau anak-anak kita dimurtadkan secara terbuka?
Adakah kita merdeka…
Kalau pakaian remaja kita, tutup atas bawah buka?
Adakah kita merdeka…
Kalau anak-anak gadis kita belum nikah tapi perut dah besar buah nangka?
Adakah kita merdeka…
Kalau kita semua asyik ikut telunjuk Amerika?
Adakah kita merdeka…
Kalau kita setuju dengan bisikan syaitan yang Allah murka?
Dan adakah kita sudah merdeka…
Bila segala perbuatan kita adalah perbuatan ahli-ahli neraka????

Enam persoalan yang perlu dijawab oleh kita semua hari ini. Tak payahlah pacak bendera sana sini kalau semua persoalan kat atas dan beberapa lagi yang tak dinyatakan belum dapat kita selesaikan.

Sempena Ramadhan 1429 H yang kita baru masuk ni pulak, kita kena fikir jugak, bagaimana kita nak merdeka selama-lamanya dari konkongan syaitan? Dah lebih 20 tahun kita hidup, berapa kali dah kita diberi peluang oleh Allah untuk merdeka dari syaitan yang celaka. Tapi setiap kali habis Ramadhan, pasti syaitan dapat menjajah kita kembali. Perkara-perkara yang fasad, yang maksiat, yang mazmumah, kita hanya berhenti melakukannya sebulan. Tapi lepas raya, kita kembali buat semua tu. Kenapa kita tak boleh ambil pengajaran dan peluang ‘merdeka’ yang Allah bagi ni? Muhasabah kembali apa yang perlu kita lakukan agar kita dapat menyediakan diri kita sebaiknya dalam Ramadhan kali ini untuk mengecapi kemerdekaan dari syaitan yang berkekalan. Mudah-mudahan Allah bantu kita semua insyaAllah…

Wassalam…
Tambahan: Cerita Risdah dan Usin di atas hanyalah rekaan semata-mata, sememangnya tiada kes Risdah dan Usin dalam database mahkamah syari'ah insyaAllah. Cerita tu diinspirasikan dari penyampaian ahli panel "Forum Merdekakah Kita??", Tuan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar, Qadi Daerah Kubang Pasu Kedah, yang ana hadiri di kampung ana semalam. Wallahua'lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...