26 November 2009

Alhamdulillah, sujud syukurku kepadaMu Ya Allah, sehingga ke saat ini, walau besar mana pun kesalahanku padaMu, sejauh mana pun aku lalai mengingatiMu, Kau masih berikan aku peluang untuk mengecapi nikmat bernafas yang Kau berikan kepada semua umat manusia. Ya Allah, kekalkanlah aku dijalan Islam, temukanlah aku dengan orang-orang yang beriman, berilah peringatan kepadaku jika aku tersalah dan cuba melakukan perkara yang boleh menjauhkan diri yang lemah ini daripada mengingatiMu Ya Allah...Ameennnn....

Buat semua sahabat yang selalu mengunjungi blog atau rumah ana ni, afwan jiddan kerana menyakitkan mata antum dengan "langsir" yang sama sejak Ramadhan lepas. Jika ingin menuruti kehendak hati untuk berkongsi segala 'ibrah hidup yang ana perolehi, setiap hari ana ingin menukar langsir rumah ana ni. Tapi memandangkan sejak Syawal sehinggalah semalam, banyak sangat perkara yang perlu ana dahulukan, maka tak sempatlah nak menggantung tirai baru untuk rumah ni untuk berkongsi indahnya hidup dalam nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua setiap saat tanpa henti. Hmm alhamdulillah sahabat-sahabat, ana masih boleh berjumpa ntum, melihat antum, bercakap dengan antum, kerana Dia, kerana Allah lah. Yang masih memberikan peluang kepada diri yang lemah dan selalu lalai ini untuk terus berubah walau sebanyak mana pun diri ini asyik mengulangi kesalahan yang sama. Astaghfirullah...

Hmm bayangkan, jika Allah hentikan khidmat udara di dunia selama 5 minit, berapa ramai manusia akan mati? Mudah je kan, hanya zarah-zarah oksigen, O2, yang tak nampak dan percuma. Namun kalau Allah tarik walau sekejap, tak kira siapa, saintis yang boleh extract oksigen dari air, perdana menteri yang berjaya memajukan negara, presiden sebuah negara yang dihormati dunia, semua, semuanya takkan mampu hidup, takkan mampu melakukan perkara semudah berkata-kata pun. Subhanallah, sejuta kesyukuran kita panjatkan kepadaNya, keranaNya, kita menjadi kita hari ini. Bersyukurlah, bertasbihlah memuji Allah yang Esa dan tiada sekutu yang layak disembah melainkannya.

InsyaAllah kali ni ana nak kongsikan pengalaman beriadhah secara "luar biasa" bersama teman-teman ana sejak Jumaat lepas. Tapi sebelum tu, jazakumullah kepada semua rakan seperjuangan, team penganjur Muslim Combat Quest 2009 yang sama-sama merealisasikan camping kita kali ni(^___^)

Sedikit perkongsian potret-potret Muslim Combat Quest 2009...



Muslim Combat Quest 2009 (MCQ '09)



Platun Ikhwah



Forum Mengisi Malam Pertama



Perbarisan Pagi



Journey to The Camp, "Lembah Genting Camp"



Bina Penempatan


Rempuhan Halangan



Meredah Arus Sungai yang Sungguh Deras



Alhamdulillah, Berjaya Gak Kami Berenang(^_^)



Bersiap-siaga Untuk Trekking



Beraksi Dengan Senjata Masing-masing



Pokcik Ni Kabo ke Kite Guano Nak Kerat Buloh



Our Lunch Today, Telur Mata Bersardin dan Kopi "o"



Gembira Dapat Masak Walaupun Tak Kenyang Makan



Alip Kena Redah Lumpur



Teropong Mad'u Di Malam Kesenian IKhwah



Cari Arah Dalam Compass Orienteering



Gembira Tamat Latihan MCQ 2009

Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya untuk kami. Dan bagi diri ana sendiri, terlalu banyak 'ibrah dan pelajaran baru yang ana dapat belajar ketika menjadi koorditor untuk program ni. Dan kenangan paling manis, first time buat persembahan solo dalam malam kesenian dalam program! Sebelum ni memang tak mampu la, tapi kali ni Allah bagi kekuatan, setelah ukhuwwah dengan sahabat-sahabat makin rapat, tak segan pulak ber"seni" dengan ikhwah-ikhwah. Moga ukhuwwah dan ikatan yang terbina dalam Muslim Combat Quest kali ini akan berkekalan selamanya insyaAllah...

Ya Allah, kukuhkanlah ikatannya...
Ya Allah, kukuhkanlah ikatannya...
Ya Allah, kukuhkanlah ikatannya...

Ameeennnnn....

9 ulasan:

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* berkata...

salaam.

gambar terakhir - expression of utmost happiness. heh.
wah persembahan solo.. bersajakkah?

semoga segalanya diredhai Allah..

wallahua'lam
-syaimaa'-

ABU IFFAH berkata...

Salam...

Ha'ah, ngan pakai kain pelikat sume semangat je. Tapi ana kat mana ye masa ni..Huhu..

Bukan bersajak, more than that:) Beyond expectation la...Hehe...

zahidzuhri berkata...

yang pakai kain pelikat tu paling macho sekali,haha! tapi sedikit malu sebab tersesat *some text missing* :D haha!

keretasorong berkata...

"first time buat persembahan solo dalam malam kesenian dalam program! Sebelum ni memang tak mampu la, tapi kali ni Allah bagi kekuatan."

yup, mmg beyond expectation..

antara persembahan terbaik...

huhuhuhuhu

dh lamer pendam ekkk....

Beejan berkata...

aduh melepas nk tgk anta perform..
Ade rakaman utk untuk ditontoni?

ABU IFFAH berkata...

FT~Zahid
Eh zahid, ni mesti kredit abih buat sebaran ni sampai ada missing text kan:P

Anyway, syabas kepada Encik Zahid yang menangkap gambar-gambar kami(^__^)


FT~Rahman
Tak penah pendam pun la Rahman, tapi terbuang tabi'at malam tu. Ingatkan leh save, tu yang tak gerak dari dewan tue:P


FT~Najib
Haaa ade rakaman, rakaman guling-guling!!:)

marwan_amz berkata...

Berhati2lah dgn tali pinggang abg sani, haha...

Azraai Ahmad berkata...

Sani, The Best Solo Permformance from Committee!

Tittle: "Murabbi, The Belt and..."

ABU IFFAH berkata...

FT~Marwan

Wah-wah Marwan.... Suke ye... Takpe next mukhayyam, Marwan mesti kena punyer:D

FT~Azraai

Ni pun sorang lagi, next mukhayyam kita tgk plak orang baling nak baling apa:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...