28 Mei 2010

WEEK END

Benarlah kata Rasulullah, manusia apabila sudah tua umurnya, akan kembali memiliki sifat-sifat seperti kanak-kanak. Perlukan belaian, sapaan anak-anak, ziarahan anak-anak dan segalanya yang kanak-kanak biasanya perlukan. Mungkin ini satu ketetapan Allah untuk menguji sejauh manakah anak-anak sanggup menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua. Dan ujian ini, sudah pastinya berat hinggakan Allah sebutkan di atas lidah kekasihNya;

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” [Al-Israa’ 17:23]

Dua hari lepas, ana dapat tengok sebuah “live” theater yang dibintangi oleh Tok Njang, Pak Ngah, Mak Ngah dan Pak Ndak. Theater tu bermula bila Tok Njang ni, sebagai mak kepada Pak Ngah dan Pak Ndak diusung keluar dari tandas dengan kerusi roda. Tok Njang ni dah hampir lima tahun diserang lumpuh separuh badan, dan segala pergerakan dia perlu dibantu termasuklah ketika nak buang air. Menariknya, dan bertuahnya Tok Njang ni, dia mempunyai 6 orang anak lelaki yang perkhidmatan kepada ibu mereka ni, kalau boleh dibagi gred, memang selayaknya A la. So sambung balik theater tu, Pak Ndak ni pun tolak la Tok Njang ke katil, then Pak Ngah pulak datang bantu, angkat ibu dia yang lumpuh tu ke atas katil. Pak Ndak pulak cari kain, tudung kaki Tok Njang, Pak Ngah pegi ambik pampers untuk dipakaikan kat Tok Njang.
Penonton ni, yang ketika tu tengah memaksimakan masa bersama mak abah dia, memang tak lepas pandang langsung la tengok gelagat tiga watak utama dalam theater tu. Dan ada masanya, kelakar pulak bila dengan dialog antara ibu dan dua orang puteranya tu. Apa saja soalan yang Tok Njang Tanya, walaupun soalan tu macam tak patut tanya pun, Pak Ngah dengan Pak Ndak ni mesti jawab dengan elok. Kalau soalan tu macam agak pelik, dua orang anak ni pun jawab dengan pelik, last-last ketiga-tiga ketawa dengan soalan dan jawapan yang diberi.
Lepas dah lebih sejam theater tu berlangsung, penonton ni pun berangkat la pulang. So post mortem theater pun berlaku ketika memandu pulang ke rumah;
1. Mampukah aku jadi macam Pak Ngah dan Pak Ndak, hebat mereka jaga mak mereka, dah lebih 5 tahun, tapi layanan tip top, sampaikan Pak Ngah dan Mak Ngah, jarang keluar bersama sebab nak jaga Tok Njang.
2. Macam-mana la ye bila aku tua nanti, adakah anak-anak yang boleh jaga aku macam ni.
[Ya Allah, janganlah Kau bebani hidupku keatas orang lain. Jika kematian baik untukku dan orang sekelilingku, maka matikanlah aku. Jika kehidupan baik untukku dan orang sekelilingku, maka hidupkanlah aku di bawah lindunganMu..Ameennn]

Masa yang singkat, padat dan terasa bagai tak cukup 24 jam sehari yang Allah anugerahkan hujung minggu lepas, sangat-sangat banyak memberikan pengajaran kepada diri yang lemah ini. Rancangan awal untuk pulang ketika cuti wesak terpaksa diawalkan atas sebab kerja yang bakal banyak minggu ni. Jujur ana katakan, sangat tak best bila nak balik dua tiga hari ja, penat, dengan tiket yang mahal lagik, nak kena naik kat Bukit Jalil lagik, sampi kat rumah Jumaat, Ahad malam dah nak balik KL, then pagi ni dah kena masuk kerja balik.

Tapi Alhamdulillah, dipaksakan jugak diri, dengan sedikit planning supaya banyak masa dihabiskan dengan mak abah, akhirnya ana dapat satu masa cuti yang legi best dari cuti sebulan. Bertambah yakin dengan kata-kata Allah, “Demi masa….”, walaupun sekejap, tapi nikmat yang dirasa tu bagai sebulan jika kita pastikan masa yang kita guna dalam dua hari tu dipastikan semuanya berkualiti. Tak kisahla kerja di mana pun, belajar di mana pun, balik kampong jarang-jarang pun, bila masa yang kita ada dipastikan berkualiti, tidak dihabiskan dengan tidur yang berlebihan, tengok TV yang makin banyak zina matanya tu, insyaAllah, kita akan rasa nikmat masa yang sekejap tu.

Hmmm… Macam la tak pernah tau benda ni sebelum ni, tapi…
[ Misi menggunakan masa yang ada secara maksima sebelum "expired" (^_^) ]

2 ulasan:

Nadirah berkata...

salam akhi. tahniah dapat meluangkan masa bersama mak & ayah. curilah masa yang kita ada utk bersama mereka sementara masih ada, bukan wang ringgit yang mereka harapkan tapi dengan sedetik kenangan yang dikorbankan menjadi doa buat perjalanan hidup kita.. kalau nak dihitungkan kerja yang ada, sampai bila pun kita tak punya banyak masa.tapi sejauh mana kita memanfaatkan masa yang ada utk bersama mereka...[utk renungan diri ana jugak]

ABU IFFAH berkata...

Salam...

Yes, selagi mereka masih ada, dan selagi kita masih mampu, hargailah mereka sebaiknya(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...