06 Ogos 2010

AKHI


Hmm... Sudah lama nampaknya langsir rumah ni tak ditukar ye. Afwan jiddan kepada sahabat-sahabat yang berkunjung tapi hanya nampak post yang dah berumur lebih sebulan dah. Wallahua'lam, sangat banyak perkara nak dikongsikan dalam hidup yang tidak sempurna ini. Tapi atas sebab access ke internet yang semakin terbatas akibat dari "kematian" laptop kira-kira sebulan lepas, maka hanya PC tak berinternet yang tinggal di bilik.
'Ala kulli hal, alhamdulillah, Dia masih kekalkan ana di bumi UIA, dan alhamdulillah paling penting, walaupun dengan kemalasan, dengan kehidupan yang sentiasa memberi alasan untuk menghalalkan excuse ke program, alhamdulillah tsummal hamdulillah, Dia masih lagi beri peluang untuk ana untuk terus bergerak.
Terdetik untuk update malam ni sebenarnya setelah "diketuk" oleh seorang akhi ketika meletakkan motor di masjid tengahari tadi. Dari jauh ana melihat seseorang sedang berjalan sambil tersenyum-senyum...
Ana: "Siapa ni erk, macam kenal", dalam hati berbisik...
Akhi : "Assalamu'alaikum abang, bila kita nak buat usrah?"
Ana: "Wa'alaikumsalam... Erk, usrah dengan siapa?"
Akhi: "Dengan abang la, dulu saya usrah ngan Abg XXXXX"
Ana: "Eh ye ke?", dalam hati berkata, "Allahu akbar, kesiannya kat dia, mesti dah lama sangat dah takde usrah ni". "Ok-ok takpe minggu depan ikut usrah abang ye, abang contact nta balik, bagi nombor meh sini". Dan hati berkata lagi, "Alemak, nombor pun takde, apela aku dah buat, amanah ni..."
Akhi: "Ok bang, saya gi dulu"
Sampai ke saat ni, ana masih lagi terbayang-bayang wajah akhi ni dalam keadaan yang masih rasa bersalah dan blurr sebenarnya. Dan sengaja ana taknak mengulas dialog diatas walaupun wujud banyak kesimpulan dalam hati dan otak ni.
'Ala kulli hal, satu kesimpulan besar yang boleh dibuat disini, sangat ramai orang yang memerlukan tarbiyah di luar sana, dan dalam ramai-ramai tu jugak, wujud orang-orang yang memang bersedia untuk dijemput, cuma menanti para du'at untuk memberikan "salam". Dan tadi, memang ana rasa sangat-sangat bersalah pada akhi ni, dia mengharapkan, tapi kesilapan dan kelalaian ana mungkin, taktau yang dia sebenarnya di bawah tanggungjawab ana. Mungkin kefahaman ukhuwwah dalam diri ini belum lagi sebaik ukhuwwah antara abang dengan adik, yang tak akan menyia-nyiakan adiknya. Astaghfirullah, lemahnya iman ini.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, sama ada yang kusedari atau tidak..."
Ameennn...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah Allah masih sudi utk mengetuk pintu hati..

Danial Izzat Zulbahari berkata...

moga moga kita semua dianugerahkan kekuatan..ana suka posting ni

ABU IFFAH berkata...

Alhamdulillah, tsummal hamdulillah(^__^)

cikEff berkata...

berapa ramai lagi yang menunggu disantuni..
teruskanlah wahai2 pembangun jiwa!

u-nisaa berkata...

erm,tetiba teringt kisah yg baru dialami. saat mad'u tu sudah ana padamkan dari my list, ditakdirkan Allah ana berjumpa dia di masjid dan dia bertanya: akak,join usrah karisma ye?
rupanya adik ni lah yg bg mesej wktu cuti hari tu,bertanyakan soalan yg sm,tp disebabkn ana rs x de hrpn,ana delete no.dia...
i'Allah namenye dah pun diberi kpd yg berkenaan.

sjk kebelkngn ni,ad shj org yg bertnyakn tntg usrh.ana sedar prkra ni bila ad sorg ukhti ni brkata demikian.. erm,apakah petandanya?? kerja mkin byk.....

beri kami kekuatan ya Allah!

ABU IFFAH berkata...

FT~CikTim...
-Jom teruskan kerja, moga Allah memberi jalan keluar untuk setiap ujian yang dianugerahkanNya(^_^)

FT~u-nisaa
-Hmm dulu penah gak jadi gitu, dikala iman tengah lemah akibat tarbiyah yang terhoyong-hayang, dah kena follow up balik ngn pemberi nama baru teringat nak contact. Hmmm astaghfirullah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...