15 November 2010

IBRAH DI TEMPAT KEJADIAN

Paramedik sedang meng'anduh'kan bahu mangsa yang patah
(Gambar ihsan iPhone Muaz)

Bila melihat sebuah kereta BMW 5 series sangat slow melepasi persimpangan Bukit Cerakah semalam, ana tertanya-tanya,

"Hmm awatla BM ni slow sangat, ada apa eh kat depan tu?"

Kemudian kereta kami bergerak membelok ke kiri melalui jalan yang dilalui BM tadi, tiba-tiba,

"Eh, eksidennnn?" (ayat ni je yang berjaya keluar, agak panik sebenarnya)

Penumpang-penumpang lain...

"Eh berenti-berenti tolong angkat..."

Hmm ni adalah kemalangan kedua yang melibatkan ana sebagai antara orang terawal yang tiba di tempat kejadian. Kemalangan pertama, ketika di pasar malam sebelah UIA, bila seorang lelaki warga Thailand dilanggar oleh sebuah Toyota Innova apabila motor tersebut tidak berhenti ketika lampu isyarat merah. Dan ketika ana dan dua orang sahabat tiba di tempat kejadian, penunggang tu dah mengerang-ngerang dan dah tak sedar. Hmm untuk yang first ni, sebab macam agak terkejut dan kesian tengok orang tu, hanya menjadi saksi dari jauh melihat sahabat ana mengajar lelaki tu mengucap.

Dan semalam, sekali lagi bertemu dengan kemalangan bermotosikal dan sekali lagi, Toyota Innova jugak yang terlibat. Tapi semalam, semakin berani, semakin dekat melihat dan cuba membantu lelaki Pizza Hut yang juga tak sempat berenti di lampu isyarat. Alhamdulillah dia cuma bergesel dan jatuh, bukan seperti lelaki ketika di pasar malam UIA, dilanggar terus dari tepi dan terbang hampir 20 meter. Cuma semalam, beberapa situasi mencemaskan dan beberapa pengajaran yang boleh diambil:

Situasi pertama:
Melihat darah yang agak pekat (macam jeli yang dipenyek2), menyeramkan dan bila lelaki tu macam tak gerak langsung, bimbang kalau-kalau dia dah takde. Tapi alhamdulillah, rupanya dia hanya pitam, lepas dia sedar, terus bangun dan macam blur-blur lagi.

Situasi kedua:
Melihat makcik yang melanggar tu agak panic dan asyik bercerita keadaan sebenar kepada kami yang tengah membantu mengalihkan lelaki tadi. Hmm rasanya waktu tu tak perlu cerita lagi kut, sebab keadaan lelaki tu lagi penting, siapa salah tak penting. Tapi yela, mungkin tengah panic.

Situasi kedua:
Seorang doktor (macam seorang Sikh) datang dan membantu bila kebetulan dia lalu kat sana. Hmm agak kagum dengan doktor tu, datang membantu apa yang patut, kemudian terus beredar tanpa banyak cakap. Tapi sayangnya, dia bukan seorang Muslim, yang amalan-amalan begitu ibarat fatamorgana dan debu-debu yang tiada nilainya.

Situasi ketiga:
Situasi paling sedih dan paling kesian, bila doktor yang kebetulan lalu tadi check kaki lelaki yang kemalangan tu, disentuhnya kaki kiri. Doktor tu tanya, "Ada sakit kaki ni?". Lelaki Pizza Hut yang kemalangan tadi menjawab, "Tu kaki palsu". Innalillah, kesiannya, rupanya kaki kanannya dan takde sampai ke lutut. Ditambah pulak dengan keadaan dia ketika tu, dengan kaki kirinya yang macam patah, terfikir pulak, "Err kalaula dia ni anak sulung, dan ni lah satu-satunya punca pendapatannya dan keluarga, macam-mana ye dia nak bantu keluarga lepas ni?" Dan bila polis tengok IC lelaki ni, rupanya dia lahir pada taun 1975, maknanya umur dia lebih kurang 35 tahun dah. Hmm kesimpulan yang ana dan ikhwah sekereta lepas kejadian tu, "Dalam umur tiga puluhan ni, takkanla dia buat keje delivery ni macam budak-budak lepas SPM nak isi masa lapang? Ntah-ntah ini keja full time dia untuk tambah pendapatn keluarga ke".

Situasa keempat:
Dalam kemalangan, mesti akan ada orang yang datang, cakap banyak tapi tengok je. Dan semalam pun, "pelengkap" kepada masyarakat ni pun ada jugak. Macam agak kelakar karektor begini, tapi kadangkala menyebabkan situasi yang tengah panas terik tu jadi makin panas pulak terutamanya kepada polis, ambulan dan paramedik. Hmm dan tak ketinggalan jugak, menyebabkan mangsa kemalangan tu rasa makin sakit. Antara dialog yang masih diingat semalam;

Bila ambulan datang dan paramedik tengah check:
"Hah aku nak bawak dah tadi (gi hospital), lambat sangat!!"
(Tapi paramedik mungkin dah biasa, tak layan pun, terus buat keje)

Bila paramedik tengah buat keje:
"Hah ko bukak je baju dia, bukak-bukak..."
"Hah gunting je gunting (arm cover mangsa tu)"
"Dik, takde pape dik, ko ngucap jeee..."
"Owwhh kaki dia dah takde sebelah tuuu.."

Situasi kelima:
Bila semuanya selesai, dan mangsa tadi nak dinaikkan ke ambulan, si mangsa ni cakap;

"Terima kasih semua!!!" (dengan suara yang agak lemah)

Hmm bertambah-tambah la kesian kat dia, dan menambahkan keyakinan ana,

"Dia ni rasanya jenis baik gak ni..."

Dan waktu kami tengah bantu dia sementara ambulan datang pun, beberapa kali dia asyik ulang,

"Terima kasih la bang tolong saya..."

Hmm banyak lagi situasinya yang boleh diambil ibrah, tapi yang ni yang bagi ana paling berharga untuk diambil pengajaran. Dan satu perkara lagi, semalam kami semua dapat belajar first aid course secara percuma dan live dari seorang paramedik kepada seorang mangsa kemalangan yang betul-betul kemalangan.

Dan paling perlu diingat adalah, kematian dan ujian akan berlaku dimana-mana, persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menerima segala perkara tersebut dengan hati kita dan fikiran kita menerimanya sebagai salah satu tanda Allah sayangkan kita?

Alhamdulillah, masih merasa disayangi Allah bila Dia berikan peluang untuk muhasabah diri seperti ini(^_^)

Wallahua'lam...

10 ulasan:

rabbani berkata...

salam..
klu kita tgk ore blanggar then x x pg tolong, tp berharap ore lain akn tlg dia..x pe ke?

Nuh Zuleffendi berkata...

hehe...pengalaman ana...nampak bas ana naiki langgar live dpn mata...nak ckp mcm movie...boleh jugak la....lori kecil yg kena langgar tu tergolek dan orang yg berada kat belakang lori tu terjatuh kat bawah lori yang tergolek...

alhamdulillah.....bila turun dari bas, orang yg kami nampak sepatutnya tergolek bawah lori tu terselamat...cuma tangan di je tergantung mungkin sebab kena batu yang dibawa oleh lori tu...(kemudian kami dpt berita tangannya kena potong sebab memang tak leh selamatkan lagi-ana tgk pon tangan dier tergantung dengan kulit jer...)

tu 2nd time tgk kemalangan yang life...1s time tgk moto langgar kereta yg buat u-turn...3rd time pula nampak 2 budak sekolah rendah kene langgar teksi....

ABU IFFAH berkata...

Bani...

Hmm bagi ana, kalau tak tolong tu atas alasan yang syar'ie, macam, kalau gi tolong, japgi kita plak yang pengsan, takpela, baik beredar je bagi orang yang 'berkelayakan' je tolong(^_^)

Tapi kalau tanpa sebab apa-apa, rasanya baik cepat-cepat gi tolong kut, sebab takut nanti bila kita pulak yang jadi mangsa, semua orang harap orang lain akan tolong kita(^_^)



Nuh...

Hmm kesian kan kat orang-orang yang diuji macam ni, tanpa kekuatan iman, bagaimana nak meneruskan hidup dalam keadaan anggota dah tak sempurna.

Dan, wal'iyadzubillah, moga Allah jauhkan kita dari sebab musabab kematian yang macam ni. Biarlah kembalinya kita kepadaNya dalam keadaan yang sempurna macam kita dilahirkan dulu.. Ameenn...

syaimaa' berkata...

salam.

oh baru tahu cerita sebenar.
pakcik tu pengsan rupanya.
ingatkan dia tak larat nak bangun sebab tu terbaring je.

mudah2an pakcik tu sembuh cepat.
dan kita, hargai kesihatan yg diberi.

Tanpa Nama berkata...

yang tak tahannya boleh pulak ada org sound kenapa berenti tepi jln, halang laluan etc. yang berada di tempat kejadian merasa. yang tau komen je, semoga diberi hidayah selepas ni..

dan lelaki sikh tu dah bg cth beramal tgn kanan memberi tapi tgn kiri taktau..

u-nisaa berkata...

Subhanallah, Ana ingtkan kaki sebelahnye tu pth. rupanya tu kaki palsu. Ya Allah,ana rasa dia lebih baik dari kita manusia yg sempurna ciptaannya,lengkap anggota. Moga Allah terus memberi ketabahan buatnya dan moga kesudahan hidupnya adalah kesudahan yang baik. amin.

ABU IFFAH berkata...

FT~Syaimaa'...

Hmm actually dia pitam jap lepas terbaring atas jalan tu. Firstly mmg mata dah tertutup, dan pakcik yang mula-mula sampai tu pun tak berani nak angkat sebab kalau dah meninggal, kena tunggu polis datang je, even ambulans pun takleh angkat kalau mangsa tu dah meninggal. Tapi alhamdulillah dia tetiba celik dan bangun duduk sendiri. Then lepas tanya-tanya ada sakit mana-mana tak selain kaki ngan bahu, baru kami berani angkat ke tepi untuk bagi laluan kat kereta nak lalu.

Dan satu 'skil' yang perlu diketahui sekiranya terlibat atau menjadi pembantu kemalangan, jangan berani-berani bawak mangsa tu ke hospital sendiri sebab kalau ape-ape jadi time bawak mangsa tu, meninggal ke, orang yang bawak tu akan bertanggungjawab. Hmm ni daripada apa yang akak polis tu terang kat makcik yang langgar tu la. Pastu pulak, kalau tak perlu, jangan alihkan atau angkat mangsa tu lepas dia eksiden tu, sbb kita taktau kalau-kalau ada internal injury ke, tengok-tengok lepas angkat, lagi teruk ke, yang angkat tula kena tanggung. So hmm, nak tolong pun kena ada ilmu gak, jangan main rembat je...

FT~Maryam...

Hmm gitula, kan ade pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tuu". Agak kecewa jugak bila ada yang macam 'cirit birit' je bawak kete kat situ, kalau ya pun sebab orang kete depan tu slow sangat (ni pun satu lagi, terlalu concern NAK TENGOK je), takleh fikir ke ape mangsa kemalangan tu rasa? Again, kita takkan rasa kesusahan orang selagi kita tak berada di tempat mereka(^_^)

FT~u-nisaa

Ya, dari satu sudut, ana agak kagum dengan abang tu, sebab kalau ana la yang Allah ambil balik kaki yang Dia bagi pinjam tu, taktau ana dapat terima ke tak hakikat tu dan masih boleh keluar mencari rezeki.

'Ala kulli hal, alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk beribadah dengan 'full loan' macam harini. Jom, selagi Allah bagi peluang ni, jangan sia-siakan masa yang ada untuk kembangkan agama Allah ni(^__^)

syaimaa' berkata...

ooo
memang tak boleh buat apa2 la ye.
sebab kalau ikutkan hati, memang rasa nak angkut terus pakcik tu pergi hospital daripada dia tersadai kat tepi jalan berpanas bersakit.
but then that's the way it works.
just have to follow it.
thanks for explaining.

p/s: ilmu first aid itu sangat penting ye.

ABU IFFAH berkata...

Hmm takleh, bahaya... Sbb ade kes, org tu pas kena angkat, trus meninggal. Then check2 rupanya sbb dia kena angkat..

Hmm moga Allah pelihara kita dan shbt2 kita dari ujian ni..

Ameennnn..

Marwan AMZ berkata...

action movie, best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...