05 November 2010

MENCARI MAKNA DISEBALIK YANG TENGGELAM


Alhamdulillah, ujian datang lagi di Nusantara. Bermula Tsunami dan Letusan Gunung Merapi di Indonesia, hinggalag banjir besar yang telah "memulaukan" beberapa pekan kecil dan comel di Kedah dan Perlis. Alhamdulillah, tanpa dirancang, Allah berikan kesempatan selama lebih seminggu untuk ana merasai nikmatnya berada dalam nikmat Allah apabila tiba-tiba terpandu kereta pulang ke rumah di Arau Jumaat lepas. Walaupun hanya merasai ujian banjir, bukan letusan gunung berapi atau tsunami seperti saudara kita di seberang, alhamdulillah sungguh besar ibrah ujian yang kecil ini, mungkin untuk persediaan menghadapi ujian yang lebih besar insyaAllah...

Sedikit perkongsian "lukisan-lukisan alam di Arau dua hari lepas"


Fistly, alhamdulillah, dalam kawasan rumah ana, hanya rumah tok yang dimasuki air. Rumah-rumah lain hanyalah mengalami gangguan bekalan elektrik lebih dua hari bila transformer TNB meletup. (Satu lagi ujian untuk study di rumah hanya bersuluhkan lilin)


Selepas Dua Hari Hujan Berturut-turut, kawasan rumah tok mula dinaiki air...


Sebelum

Selepas

Sesudah


Dan lepas dua hari banjir, sempat keluar "maninjau" nasib hamba Allah lainnya. Alhamdulillah, kami hanya diuji dengan air yang sedikit dan tiada bekalan elektrik. Tetapi mereka...


Kawasan sawah padi kelihatan seperti lautan yang terbentang luas...


Ujian bagi para petani, mungkin tahun ini bukan rezekinya. Selepas penat menanam benih dan menabur baja, habis ditenggelami air...


Sekolah Menengah Arau, tiada padang, kelihatan seperti sekolah terapung...


TM juga terkena tempiasnya...


My first impression was, "Eh kenduri ape time-time bah ni". Rupanya inilah penempatan sementara bagi mereka-mereka yang rumahnya teruk ditenggelami air...


Ditepi lebuhraya juga penuh dengan khemah-khemah penduduk yang kehilangan tempat tinggal. Again, alhamdulillah, kami masih boleh tidur di rumah walaupun gelap dan panas...



Lagi "kenduri bah". Moga Allah mengganjari mereka-mereka yang sabar... Ameenn....


Sawah padi yang detenggelami air...


Mungkin, inilah satu-satunya cara pakcik ni mendapatkan bekalan makanan ketika ini selepas hampir semua jalan darat dan pasar-pasar ditutup...

Hmm lastly, alhamdulillah, moga ujian ini lebih menjadikan mereka-mereka yang diuji dengan ujian lebih berat terutamanya yang kehilangan orang tersayang, untuk lebih dekat dengan Allah. Dan moga yang menerima ujian yang kecil ini, dapat membiasakan diri untuk mengatakan "ALHAMDULILLAH" dalam kata-kata pertama ketika menerima ujian...

Ameennn...

2 ulasan:

Nadirah berkata...

orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan "INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156).

"Ya Allah, berikanlah kepada kami pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah kami dengan yang lebih baik daripadanya".

ABU IFFAH berkata...

Ameennnn(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...