09 November 2008

PERMATA YANG DICARI...


Antara tiga permata, yang mana lebih bernilai dan lebih mahal? Yang disimpan di dalam kotak, dalam cermin kaca pameran atau yang diletakkan di atas meja? Dengan menggunakan akal fikiran dan common sense seorang manusia, kita dapat memberikan jawapan untuk persoalan di atas.

Ana memilih yang didalam kotak sebagai permata yang paling berharga, dan ana rasakan permata tersebut adalah yang paling mahal diantara dua permata yang lain. Kenapa? Sudah pasti, yang di dalam kotak adalah yang paling cantik, dan sangat istimewa sehinggakan pemiliknya meletakkan permata tersebut di dalam kotak. Tujuannya apa? Agar jangan ada sesiapa menyentuh permata tersebut kecuali mereka sudah memilikinya. Dan jugak, permata tersebut tidak boleh dipertontonkan sewenang-wenangnya kerana ianya sangat bernilai. Seandainya setiap mata dengan percuma boleh melihat kecantikan dan kehalusan permata tersebut, mungkin nilai yang ada padanya akan jatuh dan sama dengan permata yang dipamerkan dalam cermin kaca pameran seperti di kedai-kedai emas. Sungguh berharga permata ini, sehinggakan hanya yang memiliki boleh melihat dan menyimpannya.

Permata di bawah kaca pameran, nilainya mungkin masih tinggi, tapi mana mungkin akan sama nilainya dengan permata yang disimpan di dalam kotak. Mata-mata manusia dengan senang bisa meneliti dan memerhati permata tersebut, seberapa lama, seberapa kerap sekalipun, kita boleh melihat dan meneliti permata tersebut, kerana pemiliknya memang bertujuan untuk mempamerkan permata yang dimilikinya. Dan yang membuatkan permata ini kurang nilainya, manusia-manusia sudah boleh menilai dan memberikan komen berkaitan mutu permata ini, kerana ianya bebas untuk dinilai dan dilihat. Dan bagi yang ingin memiliki permata ini, istimewa permata yang antum miliki itu mungkin sudah hilang, kerana semua orang sudah pernah melihatnya dan mengetahui mutunya.

Permata yang ketiga, yang diletakkan di atas meja, sememangnya paling rendah harga dan nilainya berbanding dua permata tadi. Mengapa? Jelas, kalau sesuatu benda diletakkan di tempat terbuka, dan tidak dilindungi, maka manusia bebas untuk melihat, dan untuk menyentuhnya juga tidak menjadi satu kesalahan. Mungkin si pemilik permata tersebut tida menyedari bahawa permata yang dimilikinya semakin hari akan hilang nilainya, maka dia dengan gembira dan senang hati membenarkan orang lain untuk menyentuhnya. Bahkan lebih malang, bagi si pemilik yang tidak menyedari bahawa yang dimiliknya itu adalah permata yang perlu dipelihara dengan baik, dibenarkannya orang lain untuk membawa permata itu kesana kemari.

Mujur permata adalah permata, seandainya permata adalah sejenis makhluk yang mampu untuk bercakap dan ber”sms”, semakin rendahlah nilai permata tersebut, sehingga mungkin, kecacatan permata itu yang tidak nampak pada pandangan mata, akan terzahir malalui mulut dan jari-jari permata sendiri. Maka beruntung permata yang diletakkan di dalam kotak, tidak banyak manusia pernah melihatnya untuk dinilai, dan kesuciannya terjaga dari mulut-mulut dan pandangan manusia yang bukan pemiliknya.

Perbandingan tiga jenis permata untuk difikirkan bersama.

11 ulasan:

A Peacemaker berkata...

salam n peace to u thanie...
erm..dah habis exam ke? sebab tu leh letak entry baru ye...?
1st time baca pun dah boleh tahu anologi ni untuk sape...tak nak la cakap, faham2 sendirilah..saya selalu berhrap agar saya dapat permata yg dalam kotak tu..insyaAllah...
he..he....

ABU IFFAH berkata...

Salam and peace to you too Faisal:)

Ha'a exam baru abih petang tadi, berakhir la kehidupan "Celik" sampai subuh & "Pejam" lepas subuh:D Alhamdulillah...

Hmm mainly for them la, sebab they are said to be more valueble than us. That's why they should be as valueble as they actually are...

But for us also, we should put ourself to that "high value" as well rite?:) So nobody can question us if we want that "diamond in the box"...

[SHE] berkata...

Salam alaik...

akhirnya berkemas gak blog ni dr segala jenis sawang...nmpknya 'abg UIA' dh lps seksa final xm...skrg ni 'adik IIC' pyer turn lak...

good entry buat renungan 'kami'...[4 me too] setuju sgt dgn entry nih...syukran atas pkongsian2 yg byk bg manfaat kpd readers...

me: mybe bkn dlahirkn sbg permata and mybe just 'batu biasa' tp 'batu biasa' ni sdg usaha dgn cr sendiri utk jd mcm 'permata' even it will take a long time n a long journey...

[ Nazihah ] berkata...

Bila baca entri ni teringat ar-Rahman 56-58 [cuba try tengok ^_-] Pd saya tiada siapa yg lbh berharga dari siapa, sbb yang berharga seperti permata mengilau hanya yang bisa jadi yg bertaqwa..[ni pandangan manusia yang tengah mengurangkan tahap kejahilan seperti saya] hanya mereka yang mampu menilai tingginya harga sebuah permata sahaja yang akan menghargai indahnya permata, untuk memiliki sebuah permata, anda harus 'kaya' seperti permata lumayan itu

ABU IFFAH berkata...

To KY...

Ma'annajjah buat ikhwah dan akhwat IIC sume:)

To Nazihah...

Ni mmg style cikgu la, sume nak suh org tgk sendiri...

Setuju ngn nti, permata paling berharga adalah yang complete sumenya, taqwanya, imannya, malunya dan segalanya. Dan semestinya, hanya yang "kaya" layak memiliki permata.

Ibaratnya,

...Yang "kaya" untuk "permata",
Yang tanak "kaya", untuk "kaca"...

Mujahid & Nihlah berkata...

kalau permata tu dah dimiliki plak? :P

ABU IFFAH berkata...

Aiikk takkan nak kena ajar pulak kut camne nak jaga:D

Ni gi kursus ritu tidur ea??:P

zahidzuhri berkata...

penin ana cari mana nak tulis comment, rupa-rupanya dalam BM tertulis 'Ulasan'
Anta dah jumpa belum permata anta? :D haha!

ABU IFFAH berkata...

Wah-wah-wah zahid, taula budak international university...

Tanpa Nama berkata...

salam sani..
entri yang menarik..
permata nta pasti yang pertama...:)
nak jadi permata pertama tp macam tak layak rasanya..

ana setuju dengan kata2 nazihah...
yang membezakan kita adalah taqwa...

ABU IFFAH berkata...

Salam Raihana...

Ameennn untuk doa nti:)
Ana doakan nti dan sume sahabat-sahabat ana bakal menjadi dan memiliki permata yang paling tinggi nilainya di sisi Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...