24 Februari 2009

HANYA KERANA SEBUAH TEMBIKAI


Sekadar ingin berkongsi satu kisah menarik bersama antum. Bagaimana seorang hamba Allah yang dikasihiNya, boleh memberikan 'ibrah kepada isterinya dengan hanya sebiji tembikai. Actually agak menginsafkan bila ana baca, kadang-kadang bila kita dapat sesuatu yang tak baik pada pandangan mata kita, kita rasa kecewa dan marah-marah orang lain. Sedangkan hakikat sebenarnya, kepada siapa yang kita marah tue, kita tak sedar...Hmm astaghfirullah...
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Cerita yang agak simple, tapi alhamdulillah, moga diri ana sendiri dapat mengambil iktibar insyaAllah...
FT~'Afwan kepada antum yang takleh access blog ana dua tiga hari ni. Actually nak renovate, and dah mula tukar layout dahpun. Tapi sebab tetiba cam busy dengan tanggungjawab yang datang secara tiba-tiba, so terpaksa guna balik layout yang lama ni. Hmm doakan ana dapat sempurnakan segala tanggungjawab ana sebagai seorang anak, da'ie dan pelajar. Ameennn....

5 ulasan:

zahidzuhri berkata...

macam pernah bace jer :p

ABU IFFAH berkata...

Mesti baca dalam risalah usrah masa daurah ritu kan:)

Abdullah Mujahid Hasanuddin berkata...

macam pernah dengar je~

Tanpa Nama berkata...

sebuah tembikai ke sebiji tembikai??hehe..anyway syukran post yg sangat bagus..:)

Safiyah berkata...

Hmm...walaupon pendek,tapi cerita tu mmg best.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...