14 Disember 2009

CAM BEST JE KBM TU!!!


Masuk kali haritu, dah berpuluh kali ana rasa ana dengar fasal KBM atau nama panjangnya Keindahan BersamaMu. Bila mula-mula dengar, ingatkan cam rancangan Bersamamu dalam TV3 tu:) Tapi pengetahuan ana tentang KBM mula bertambah hari demi hari, tambahan pulak bila mula berusrah dengan Otai KBM yang sangat disegani, Abg Bai yang sudah beranak satu. Hmm tiap-tiap minggu, ada je cerita dia fasal KBM, adeyh, cam takde mende lain ke nak crita (kata diri ini yang tak pernah mengikuti KBM tu).

Alhamdulillah, peluang, masa dan kesempatan itu milik Allah, dan hanya Dia yang mampu memberikan kita semua ini untuk melakukan sesuatu. Hujung minggu lepas, alhamdulillah dapat jugak ikuti KBM-SSQ 5R yang berlangsung selama empat hari di Hulu Langat. Oleh sebab kelas yang dah bermula di UIA, ana hanya sempat mengikuti sesi sebelah malamnya saja, tapi tu pun cukup bagi ana untuk membuat satu kesimpulan....

Afwan ye Abg Bai, I have to say this...

Hmmm for me KBM is nothing....Takde ape pun sebenarnya kat KBM...Sama je cam program-program biasa...Tapi adik-adik, sahabat-sahabat semua, program biasa ini, mampu membuatkan seorang kanak-kanak, sehingga seorang dewasa untuk mengalirkan air mata mengenangkan kelalaian, kesilapan dan kealpaan yang dilakukan sepanjang mengecapi nikmat kehidupan yang Allah anugerahkan ni.

Walaupun ana hanya sempat mengikuti sesi sebelah malam je, namun impact yang ana dapat, subhanallah, "Banyaknye aku main-main dalam hidup ni":( Petama kali ana betul-betul dapat menghayati pengorbanan seorang insan bernama Bilal, Yassir, Sumayyah dan Ammar. Slot Meniti Angin Malam yang bagi ana dibawa dengan cukup baik, membuatkan hati ana yang kotor ini berkata, "Kalau Bilal didera camtu, Yasser dijerut lehernya, Sumayyah ditusuk dengan lembing, dan Ammar dipaksa untuk melihat penyeksaan keatas mak dan ayahnya, apa ujian yang aku dah dapat untuk mempertahankan Islam dan Iman yang ada dalam diri ni?"...

Setelah selesai perjalanan yang disebut sebagai nite walk jugak tue, masuk pulak ke satu lagi slot yang sangat menggerunkan bagi insan yang selalu lalai dan alpa ni. Astaghfirullah... Bila fikir balik, diri ini berkata, "Err tau kan semua ni memang akan berlaku? Tapi kenapa masih lalai? Kenapa solat masih tak mantap? Kenapa kenapa dan kenapa camni??"... Ya Allah, ampunkan hambaMu ini. Bagi yang tak dapat bayangkan apedia slot ni, ana sarankan antum cari masa sesuai, joinlah mana-mana program KBM yang ada. InsyaAllah, antum takkan rasa sia-sia melaburkan sedikit wang pemberian Allah untuk mengingatiNya.

Wallahua'lam, takleh cerita banyak-banyak sangat fasal pengalaman first time gi KBM ni, kena gi sendiri, baru tau(^_^)/"

Tahniah, Mubaarak dan Congratulation buat team KBM yang berjaya menganjurkan KBM SSQ tempoh hari. InsyaAllah kalau ada masa lagi, ana akan menempel di mana-mana KBM yang ada(^_____^)

Wallahua'lam....

8 ulasan:

[SHE] berkata...

Salam alaik...

KBM = Kem Bengkak Mata...dan pastinya bg ana yg selalu 'turun; berKBM di merata ceruk KL/S'gor smpi tbabas ke Segamat dan Kuantan, KBM memberi makna tersendiri bg kami barisan pengendali dan fasilitator... Di sinilah jalinan ukhwah diperkukuhkan antara adik2 kasih & sayang... wpun tiada ikatan darah antara kami ttp ikatan akidah yg menyatukn hati2 kami... Di sinilah platform bg kami utk me'recharge' iman... Duduk sebentar, recharge iman...

KY: Moga Allah masih mmberi peluang untuk menyantuni adik2 di luar sana...

keretasorong berkata...

setiap manusia punya perspektif berbeza (^__^) hehe

ya KBM best, menarik dan tertarik.

noting?? nope, but sumthing.
nmpk mcm biasa n same gan kem2 lain, ttp ada kelainannya yg tersendiri.

"melangkah jauh dr yg biasa" huhu

muhasabah bg yg tersasar jauh drNya,
mengingtkan bg yg lupa&alpa padaNya,
menilai semula erti kehambaan kita pada sang pencipta.

kita bukan pemula sejarah,
ttp kita peyambung sirah mulia,
bukan kita sahaja yg teruji,
ttp ramai sudah syahid pergi menghadapNya,
dan, penghujung kita belum lg pasti bagaimana :((

anak yg lupa akan kasih yg di pinjamkanNya mula menghargai nilainya,
erti anak pd kedua ibubapa mula dipandangnya,
doa anak soleh besar nilaiannya.

maju KBM demi agama.(bukan taksub, hehe, tp KBM ada nilaiannya tersendiri kan)

apepn klu nk menempel ke mne2 KBM jgn lupe ajak ana :P hehe

marwan_amz berkata...

Nampaknya bertambahlah seorang lagi fasilitator KBM kita....

ABU IFFAH berkata...

[To KY]
-Ni orang kuat KBM sudah komen lepas cuak ngn ayat nothing tu:)

[To Rahman yang dia sendiri ckp dia hensem]
-Saje je ckp nothing, bagi tergezut sket fasi-fasi KBM. Hehe...
-Ha'a, sangat menggoncang jiwa yang selalu lalai ni:) Moga KBM dan program-program seumpamanya akan terus istiqamah dalam mentarbiyah orang..Amennn...

Bleh-bleh, bersedia untuk menempel di KBM seterusnya. Tapi pastikan jgn jadi parasit:D

[To Marwan]
-Dua la Marwan:P

[SHE] berkata...

to keretasorong: bukan "melangkah jauh dari yang biasa" tapi MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA! =) ahlan2 utk membantu dlm team KBM KL...sekolah dh nk buka, lps ni marathon KBM tiap2 minggu...

kak Nina berkata...

yup..sorang lagi fasi yg hebat dan bakal menggegarkan dunia da'wah akan bersama KBMKL (tgh melobi ni..) Ahlan..Ahlan..ya Akhi.

Afra' Azam berkata...

oh..

KBM..Selalu dengar..Tapi tak pernah menapak disitu..

Mak adik kawan semua cerita..Bagus kbm nih..Yang saya tau, nnti akhir2 msti menangis..

Semoga suatu hari nanti bakal menapak..menjadi garam bagi mngekalkan keindahan..bukan menjadi ulat untuk merosakkan..

Ingin cube merasai KBM itu I.Allah..

ABU IFFAH berkata...

Hmm nampaknya D' Perkasa Kem akan kehilangan seorang dari fasi-fasinya....:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...