19 Julai 2008

AYAT-AYAT CINTA vs. FILEM BARAT

Assalamu’alaikum…

Antum semua mesti pernah dengar kan fasal novel “Ayat-ayat Cinta”?:) Novel yang sangat popular satu masa dulu dan ana rasa ampai hari ni pun novel ni masih lagi popular sebab jalan ceritanya sangat menarik minat muda-mudi hari ni yang sangat excited fasal bab cinta nie. Dan novel nie sendiri, ramai yang komen, “It’s a good novel, sebab Habiburrahman El-Sherazi promotekan cinta yang berlandaskan syariat”. Ada jugak yang cakap, “Ah, novel is still novel, novel tetap melalaikan tak kira apa pun yang nak di bawak dalam novel tue”, antara yang komen camni, ana sendiri la sebab before this ana pernah jugak terkena penyakit ketagih novel nie. So bila dengar ja novel, tak kira la thriller ka, romantis ka, semua “for me” melalaikan la masa tu. Astaghfirullah, cepat sungguh buat andaian tanpa menyelidik masa tu. Dan actually sekarang pun, if ana start baca, tak kira la novel ka, buku agama ka, memang susah nak tinggal sebab tak sabar nak tau apa cerita lepas tue. Tambah-tambah la plak penulis buku tu suka sungguh bagi orang yang baca teringin sangat nak tau apa yang akan berlaku dalam bab seterusnya.

Anyway, kali ni ana nak komen skit fasal filem “Ayat-ayat Cinta”, yang dah jadi box office kat Indonesia dan sedang dipasarkan dengan agak "liat" kat Malaysia nie. Bila filem nie mula-mula kedengaran di mulut-mulut sahabat-sahabat ana dulu, memang ramailah yang nak tengok, especially yang dah baca novelnya. Termasuk la ana, sebab for me, lepas baca novel tue, banyak jugak la pengajaran yang dapat, especially dalam hal mu’amalah dengan orang lain jantina nie. So, bila release ja filem nie, dan dalam internet jugak boleh download, macam-macam la komen yang di dengar. Ada yang cakap, “Huh, tak best pun, tak thiqah macam dalam novel pun!!”, ada jugak yang cakap, “Jalan cerita lari, dalam novel takdak pun macam tue!!”. Macam-macam la, dan masa ni ana masih lagi duk cari filem ni dari kawan-kawan sebab nak tau jugak, best sangat depa komen, apa dah jadi sebenarnya.

Alhamdulillah, sempat jugak ana tengok filem nie. Bila dah abih tengok tue, terfikir jugak, “Eh apasalnya ngan filem nie, macam ok ja”. Kalau nak compare ngan filem Malaysia hari ni, Ayat-ayat Cinta lagi baik, at least ada jugak message Islam yang nak disampaikan dalam filem tu walaupun tak 100% ikut macam novel yang ceritanya memang sangat-sangatlah syadid. Maybe ada yang kata, eh bagus ka bila pelakon dia tak pakai tudung? Takkan si Fahri boleh tengok aurat si Aisya dalam filem tue, depa ni betul-betul dah kawin ka? Ramai actually yang komen camnie. Ana taktau kenapa mereka komen macam nie, maybe sebab mereka dah baca novel tue, then kecewa bila cerita tu tak ikut macam novel. Or memang sikap sesetengah orang macam tue, bila usaha orang Islam ja, ada ja yang tak kena. Tapi bila tengok spiderman ka, batman ka, transformers ka, takdak komen plak, tapi puji lagik. Tang adegan-adegan yang tak sepatutnya kita sebagai Muslim tengok dalam filem-filem non-Muslim tue, takmau komen plak erk? Tang ada scene dalam church dalam filem-filem Jepun, Korea dan American, takmau komen plak kalau-kalau filem-filem tu boleh lemahkan iman dan akidah kita. Dengan senang hati plak kata, kita kena hormati agama lain. Ok fine, memang kena camtue. Tapi sampai mana nak hormat tue, sampaikan budak-budak pun boleh hafal dah lagu yang main dalam church? Fasal hukum ni, ana takmau komen, ni bab lain.

Apa yang ana nak katakan kat sini, firstly, jom la pakat-pakat berenti tengok cerita-cerita Yahudi dan Nasrani ni dan cuba kita sokong filem-filem yang nak promote Islam. Pernah dengar kan fasal ghazwul fikri (serangan pemikiran). Antara cara-cara Yahudi dan Nasrani nak hancurkan umat Islam, mereka masukkan unsur-unsur yang boleh melemahkan umat Islam melalui jalan-jalan hiburan camnie. Kalau tengok filem-filem America or English harini, semuanya mendedahkan aurat secara berlebihan dan memang bagi ana sangat-sangat melalaikan. Even dalam iklan yang nak promote filem tu dalam TV sekalipun, adegan yang tak elok tu mesti ada jugak untuk attrack penonton tengok adegan-adegan tu dalam filem mereka. Tak sedarkah kita? Tak pulak kita kutuk filem-filem nie, tapi sokong lagi, promote abih kat kawan-kawan kata filem ni best la, dan yang lagi best ada yang bagi alasan, “Aku tengok ni sebab nak improve English ja”. Betol ka? Ana tak tuduh, if betul tak pa la, tapi if ada udang disebalik mee, taktau la.

Dan lagi jelas untuk tunjukkan bahawa apa yang kita tengok tu salah, kenapa sesetengah orang, bila tengah tengok filem-filem America tue, then bila kawan dia yang kaki masjid datang bilik, terus tutup! Why? Why tutup? If nak improve English, awat takmau ajak sekali kawan yang datang tadi tu, boleh tambah ilmu sama-sama. Tapi dak, kita rasa malu sebab filem tu ada scene yang tak elok. Kat sini soal “nifak” mungkin kita boleh sentuh sikit. Adakah kita malu bila orang tengok, tapi kita tak malu bila tengok sorang-sorang dan masa tu, Allah duk tengok kita? Kita berlakon baik depan manusia, tapi dengan Allah tak malu pulak. Kadang-kadang tu, orang yang dihormati dengan kefahaman agamanya pun boleh terjerat jugak dengan benda nie. Ni la kadang-kadang kita lupa, bila teknologi dah maju sangat, sampai senang-senang nak dapat filem-filem baru kat internet or LAN, kita lupa Allah sentiasa duk tengok kita. Buat apa nak cover malu depan manusia, sedangkan dengan Allah, kita tak malu nak buat dosa or lebih jelas lagi, zina mata tue. Ha pasnih nak buat dosa jangan malu la maknanya eh? Bukan macam tue, ana rasa budak tadika pun boleh faham ayat ana kat atas tadi, so, tepuk dada, tanyalah iman.

Ana rasa cukup la kut untuk kali ni, takmau taip panjang-panjang, cuba muhasabah balik ada kita duk buat lagi benda-benda nie. Semak balik, kenapa dua tiga hari ni, susah nak solat subuh kat masjid, susah nak baca Quran, susah nak bangun qiam, check tengok. If ada, cuba semak balik aktiviti harian kita. Kadang-kadang kita hairan, awat susah sangat aku nak bangun qiam, susah la nak jaga subuh on time, susah dan berat nak berjemaah kat masjid, padahal kita tak sedar, banyak benda yang kita tak jaga dalam hidup kita terutamanya yang boleh melemahkan jiwa Islam kita. Teringat kat satu hadis yang lebih kurang maksudnya, Allah kata hambaKu menangis dan sangat mengharap dalam doanya untuk aku maqbulkan, tapi Allah kata, macam-mana aku nak maqbulkan sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram ila akhir… Cuba relatekan tengok dengan kita, macam-mana nak istiqamah dengan ibadat kita sedangkan banyak benda yang berdosa yang kita duk buat hari-hari. Na’udzubillah…

Ana mohon maaf banyak-banyak kalau kata-kata ana mungkin menyakiti sahabat-sahabat ana, honestly, ana tak tujukan dan ana tak bayangkan sapa-sapa, cuma ana nak sama-sama kita muhasabah balik amalan kita. Moga Allah sentiasa memberikan hidayahNya kepada kita dan moga Allah gagalkan segala rancangan kita untuk hampir kepada perkara zina dan maksiat. Amennn....

Wallahua’lam….

p/s: Mungkin ada yang berpendapat, tak payah tengok langsung la cerita-cerita apa pun, lagha semuanya. Novel pun, jangan duk baca la novel apa pun. Ana setuju, if mampu, kita kena jauhkan benda-benda nie. Tapi dalam zaman sekarang, yang sememangnya kita dihidangkan dengan benda yang sangat teruk, at least dengan kehadiran novel-novel pembangun jiwa ni dapat jugak kembalikan at least seorang yang tak menjaga mua'malahnya kepada seorang yang agak menjaga pergaulannya. Mudah-mudahan slow-slow kita boleh kembali kepada kefahaman Islam yang sebenarnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...