21 Julai 2008

Dilema Budak Sekolah Agama…
.
.
.
Ana mulakan penulisan kali ni dengan dua petikan kata-kata yang ana dapat dari seorang akhwat bila bertanya ana berkaitan ikhtilat antara lelaki dan perempuan melalui email...
.
.
“Mengikut pandangan rumate ana berhubung dengan bukan mahram ni ikut niat sendiri, hanya atas dasar silaturrahim dan kawan sahaja, tak lebih dari tue....apa pendapat mr.sani??..."
.
dan satu kata-kata yang agak pedih bagi budak sekolah agama...
.
"kadang2 ana konfius..mereka sama2 dari sekolah agama dulu sedangkan ana dari sekolah harian biasa sahaja..”
.
.
Sekali lagi cuba kita baca kat ayat yang ana highlightkan tadi, “kadang2 ana konfius..mereka sama2 dari sekolah agama dulu sedangkan ana dari sekolah harian biasa sahaja..” Honestly, masa baca soalan dari akhwat nie, ana rasa merah muka ana, macam nak terkeluar air mata dan pendek kata ana malu sangat. Hampir-hampir ana nak log out dari internet tanpa menjawab soalan akhwat nie.
.
Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk menjawab soalan nie. So ana nak tanya kepada semua bekas-bekas pelajar sekolah agama sekalian, adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebagai insan-insan yang sepatutnya menjadi role model kepada masyarakat yang tak mendapat pendidikan agama Islam yang lebih dari kita. Semua orang tahu, pelajar sekolah agama akan belajar subjek Syariah Islamiah dan Quran Sunnah (for SMKA generally) dan pelajar sekolah harian biasa akan belajar Pendidikan Islam ja.
.
So sepatutnya kita kena lebih faham dari mereka. Tapi sayangnya, kenapa kita mendapat kata-kata yang “pedih” didengar macam yang ana petikkan kat atas? Betul cakap Ust Salam dalam ISK, orang yang fakeh lebih baik dari orang yang banyak ilmu sebab orang yang fakeh, faham apa yang dia belajar, tapi yang banyak ilmu, hanya sekadar belajar ilmu tue. Na’udzubillah, ibarat maca keldai dalam surah Al-Jumu’ah ayat 5:
.
.
.
.
Mungkin ada yang kata pasnih “Alah diorang tak faham sebenarnya, dah diorang tak boleh nak jaga diri dalam ikhtilat, tak bolehla nak samakan ngan kita”. Persoalannya, adakah ada beza hukum dalam Islam bagi pelajar sekolah agama dan sekolah biasa? Atau ana jelaskan lagi soalan ana, apa hukum ikhtilat yang sebenar dalam Islam? Semua jelas kan, hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram hanya akan halal bila mereka kahwin. Selain dari ni, kalau ada keperluan yang sangat-sangat memerlukan yang dah diputuskan oleh ulama', baru dibolehkan, tu pun ada adab-adab yang kena dijaga. Even bila dah bertunang pun, hukumnya tetap sama kecuali beberapa hal yang sebenarnya better tak payah contact langsung, terus kahwin lagi baik.
.
Ana yakin, dua orang insan yang akhwat kat atas tadi tanya mula-mula pun tau apa hukum sebenarnya. Tapi kenapa untuk menjelaskan kepada akhwat tadi, hukum berubah menjadi “berhubung dengan bukan mahram ni ikut niat sendiri, hanya atas dasar silaturrahim dan kawan sahaja, tak lebih dari tue....”?
.
So kalau ikut niat, salah tak kalau ana ajak seorang akhwat keluar gi KLCC nak gi beli buku kat MPH? Eh niat ana ikhlas neh, niat nak gi beli buku ilmu, kat MPH, bukan niat nak kuar dating ngan akhwat tu…Tak salah kan? Dan ana gi tu pun, tujuan ana jugak sebab nak mengeratkan silaturrahim antara saudara seIslam jer, bukan ada aper-aper…Camner? Salah kah? Kalau ikut pandangan tadi, memang tak salah la. Dan malangnya akhwat tadi dapat pendapat ni bila dia tanya kat rumate dia. Ana yakin takda ulama’ yang akan cakap boleh sebab terang-terang benda ni boleh bawa kepada zina kan? At least, zina mata, zina telinga dan mungkin zina mutlak boleh berlaku sebab orang lelaki dan perempuan sememangnya akan tertarik kan?
.
Berbalik kepada soalan ana tadi, kenapa ya rumate akhwat tadi boleh bagi pendapat macam tue walaupun besar kemungkinan dia tau apa hukum sebenar. Sebabnya, ana dapat find out dari beberapa perkongsian ana ngan sahabat ana, sebabnya, dah dia pun duk buat benda tue, takkan dia nak kata salah kan? Macam ana, kalau ana nie seorang pengamal couple (macam ajaran sesat jer:P), bila orang tanya ana, apa hukum couple. Mampukah ana menjawab hukumnya HARAM? If ana kata haram, abislah ana kena counter back ngan orang yang bertanya tue.
.
So nasihat untuk orang yang tengah bercouple, cepatlah nikah atau breaklah sebelum Allah turunkan bala untuk kita. Especially bekas-bekas student sekolah agama dan pejuang-pejuang Islam, sedarlah dan insaflah, kita membawa imej Islam! Bukan setakat couple je, rokok, tengok filem barat yang memang harini akan ada unsur lucah tue, dan segalanya yang negative la, jomlah kita bermujahadah untuk tinggalkan semua tue. Fahamilah dan ketahuilah, semua nie hanyalah akan merosakkan hati kita dan Islam yang kita bawak nie.
.
Asif jiddan-jiddan kalau ada sahabat-sahabat ana yang terasa, honestly, ana tak membayangkan dan ana tak berniat pun nak pointkan kat sapa-sapa. Just tak tahan dan sedih bila tengok benda ni jadi depan mata dan ana takda kemampuan untuk tegur direct.
.
Dan untuk semua, janganlah hanya melihat isu budak sekolah agama jer sebab once we are born to be Muslim or once we declare our self as a Muslim, sememangnya tanggungjawab kita untuk tinggalkan perkara yang Allah larang dan ikut segala arahannya. Dan jugak tanggungjawab kita untuk tunjukkan akhlak yang paling baik kepada masyarakat especially yang bukan Islam untuk tertarik dengan Islam. Jangan sampai kita menjadi faktor penyebab kenapa da’wah Islamiyah tak berkembang di kampus dan di Malaysia amnya.
.
.
.
Wallahua’lam…

3 ulasan:

Maryam berkata...

ye benar, macam mana nak kata sesuatu perkara tu salah kalau sendiri pun buat... :)

zaini_jb berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zaini_jb berkata...

Salam,

Apa2 pun masing2 punyai kewajipan dan amanah yg perlu dipikul.Jadi,bila terpaksa berurusan dengan silang jantina ( mcm diri ana ) sentiasalah ikut panduan2 yg telah dikupas dan dicoretkan oleh alim ulama' yg muktabar.

Secara umum, ikhtilat merupakan istilah asing yg dibawa masuk ke dalam dunia Islam.Sebelum ni hanya dikenali sebagai liqa' dan lain-lain lagi.Hukum asalnya pun haram , cuma dibolehkan utk sesetengah urusan.

Walaupun begitu, kalau asyik berlebih-lebihan seperti ketawa berdekah-dekah sehingga melucutkan iman ketika terpaksa adakan liqa' dengan silang jantina...Dikhuatiri akan jatuh haram pada liqa' tersebut...

Jom baca di : http://usrahkini.blogspot.com/2008/06/ikhtilat.html

Wallahu'alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...