28 Julai 2008

Refresh our Spirit of Da'wah
.
.
"Wahai yang bersemangat lemah,
Sesungguhnya jalan ini (jalan Allah),
Padanya Nuh menjadi tua,
Yahya dibunuh,
Zakaria digergaji,
Ibrahim dilemparkan ke api yang membara,
Dan Muhammad SAW disiksa,
Dan ANDA,
menginginkan Islam yang mudah,
yang mendatangi kedua kakimu..."
(Ibn Qayyim Al-Jauziyyah)
.
.
Just nak kongsi dengan semua, bila baca kata-kata Ibn Qayyim rahimahullah ta'ala nie, takut sangat-sangat sebab gap usaha antara kita dengan manusia-manusia yang dicintai Allah nie sangatlah jauh. Kalau mereka ni semua pun di padang Mahsyar nanti takut nak jumpa Allah sampaikan terpaksa kata "nafsi-nafsi" (diceritakan dalam hadith, kecuali Rasulullah, baginda akan memohon Allah tolong umat-umat baginda) sebab mereka rasa Allah marah kat mereka (even segala yang mereka buat, adalah dikawal oleh Allah), kita ni macam mana?
.
.
Muhasabah kembali...
.
Nak berda'wah,
nak ajak nahi mungkar kita rasa segan,
tapi nak tawar menawar harga barang dengan apek Cina,
kita sanggup bertekak sampai petang...
.
Nak berzikir kepada Allah,
kita buat bila masa kita free,
tapi nak buat benda hiburan dan nak berseronok,
kita boleh plan sebulan sebelum nak pergi...
.
Fikir-fikirkan,
Adakah dengan segala amalan kita hari ni,
kita rasa kita akan mendapat Syurga Allah?
kita akan mendapat ni'mat teragung iaitu melihat Allah?
.
Ya Allah, ampunkanlah kelalaian kami selama ini,
Curahkanlah hidayahMu kepada kami,
Agar kami sentiasa dibawah Rahmat dan RedhaMu...
AMEENN...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...