31 Julai 2008

.
MAAFKAN AKU SAHABAT
.
.
Pagi itu, mungkin kerana terlalu mengantuk,
Aku terus melangkah deras meninggalkan surau Zubair,
Tanpa menoleh ke belakang dengan pandangan hanya terbayangkan tilam dan bantal,
Kutinggalkan dirimu keseorangan di tepi tingkap surau,
Mungkin kau melihat diriku ketika aku melangkah keluar,
Namun fizikalmu yang tidak dapat bercakap, menghalangmu dari memanggilku,
Betapa lalainya aku, apabila sampai ke bilik,
terus kurebahkan diri tanpa menyedari dirimu tiada bersamaku seperti kebiasaan pagi...
.
Malam itu, ketika ingin menyerahkan ruhku kembali kepada Tuan kita,
Baru kuteringat, aku belum meluangkan masaku untukmu,
Kebiasaannya kau berada di atas tilamku, tetapi malam itu kau tiada,
Kulihat dan kucari diseluruh bilik, kau tetap tak kelihatan,
Hampir lima minit mencari, baru ku teringat,
Astaghfirullah, aku meninggalkan dirimu di surau Zubair,
Percayalah sahabat, aku terasa amat bersalah ketika itu,
Hampir-hampir aku menitiskan air mataku,
Mengapa sahabat sebaikmu boleh kutinggalkan disana?
Sedangkan kemana-mana aku pergi, kumengharap engkau melindungiku,
Pulang ke kampung, kuheretmu menemaniku,
Ketika tidur, kuheretmu menemaniku,
Ketika aku sedih, kuheretmu bersama kesedihanku,
Tetapi pagi itu, kutinggalkanmu di sana...
.
Pagi ini, sekali lagi aku hampir-hampir menangis,
Aku ingin bersamamu tapi kau tiada disisiku,
Hidupku hari ini, bagaikan tidak sempurna seperti kebiasaannya,
Banyak masaku terbuang dengan perkara yang sia-sia,
Walaupun kucuba manfaatkan masaku sebaik mungkin,
Tetap ada masa yang terbuang walaupun kumerancang dengan teliti..
.
Malam ini, tekadku, akan kucari kembali dirimu disurau itu,
Walaupun kutahu kau mungkin telah mendapat sahabat baru,
Kulihat ditepi tingkap, kau tiada, degup jantungku semakin laju,
Dari kejauhan, kulihat satu jasad mirip jasadmu,
Bila kudekati, ah, fatamorgana, itu sahabatmu,
Alhamdulillah, bila kuteliti disatu sudut,
Ya engkau disitu!! Kuambilmu, kuciummu dan kupelukmu seeratnya,
Tak tergambar betapa syukurnya hatiku kerana kau masih disitu,
Walaupun kutahu mungkin kau telah berkenalan dengan orang yang lebih memahamimu,
Yang lebih ikhlas bersamamu, kuterpaksa membawamu pulang,
Kerana bagiku, kaulah temanku yang paling rapat walaupun kita baru setahun bersama,
Diriku memerlukanmu, peringatanmu sentiasa melindungiku dari kemaksiatan,
Kutakkan tinggalkan dirimu lagi wahai sahabat kecilku,
Akanku cuba memahami dirimu,
Akan ku hafal segala isi hatimu,
Terima kasih sahabatku,
Kaulah teman sejatiku,
Kaulah Al-Quranul Kareem kesayanganku...
.
.

3 ulasan:

solahuddin the warrior berkata...

serius best!
tersentuh

Dini Syarif berkata...

Sangat menyentuh hati...

Raihana berkata...

best...!
tq..

cuba jadikan Al-Qur'an macam hp kita...
dibawa ke sana ke mari..
dibuka lembarannya..
ditatap dan dihayati kandungannya...
if dia hilang, pasti kita akan resah semacam...

IR: peringatan buat diriku yang lupa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...