Semalam dan harini (Sabtu dan Ahad lepas), sejuta pengalaman yang sangat berharga ana berjaya dapatkan di KLCC. Allah izinkan ana untuk sertai satu lagi kursus pra-perkahwinan yang actually more meaningful than the first one yang ana ikut tahun lepas. Maybe for some people, bila dengar orang gi kursus kawin awal-awal ni, maybe macam gatal ker kan, belajar pun tak abih, calon pun takder lagi, dah pulun gi kursus. Nasihat ana, pegi dulu, dan better sebelum pilih calon, pegi kursus dulu, insyaAllah antum takkan menyesal:) Maksud ana kursus yang ana baru pegi ni la..
Ana bawak cerita fasal kursus kawin nie, bukan saje-saje nak mengarut citer bestnyer gi kursus nikah nie, tapi just nak compare, kursus kawin yang ana gi tahun lepas dan yang baru ana abih tadi.
Ana percaya ada antara antum yang terbaca artikel dalam Harian Metro kalau tak salah ana, bila kes perceraian artis banyak sangat tahun lepas, macam-macam pendapat keluar. Ada sorang artis ni cakap, kursus kahwin actually tak membantu pun sebab ustaz yang sampaikan tu banyak buat lawak ja. Hmm nak nafikan pun susah jugak, sebab pengalaman ana bersama kulliyyah Engin buat kursus kawin kat UIA dulu pun, pengisiannya macam sikit jugak. Dan banyak isi penting sengaja diskipkan semata-mata tanak bagi peserta mengantuk. Last-last bak kata Ustaz Hasrizal dalam webnya, banyak lawak lucah plak yang keluar.
Teringat masa jadi committee kursus kahwin dulu, Ustaz yang sampaikan tu siap boleh cerita lagi macam-mana dia tackle isteri dia dulu. Kat pasar pulak tu. Orang lain taktau la, tapi bagi ana, macam nak menggalakkan orang mengorat kat pasar ja. Sometimes camtue la, dalam nak tarik minat orang dengar ceramah, kena la jugak kan bagi point-point penting tue. Jangan semata-mata nak tarik minat peserta, kena abaikan isi-isi penting. Dan ustaz yang sampaikan tu, jaga la sikit thiqah sebagai seorang pegawai agama. Tempat lain ana tak pasti la, tapi berdasarkan pengalaman ana buat kursus kahwin dengan kulliyyah Engin dulu, camtue la. Dan feedback yang ana dapat baca lepas kursus tu pun, ada la beberapa orang yang complain sebab banyak ketawa dan lucah skit. Tapi yerla, ada jugak ustaz-ustaz yang bagus dan thiqah skit penyampaiannya, tak dinafikan la.
Berbalik kepada kursus yang baru ana ikut tue, pengisian yang diberikan, bagi ana semua bermanfaat. Even kena bayar RM 50 dan sijil tu takla setaraf sijil JAWI or JAIS, tapi antum akan rasa antum belajar banyak benda. Dari segi macam mana nak kawal emosi, cara mengurus kewangan sebelum dan selepas kahwin sampaila macam mana nak memahami silang jantina. Apa yang ana boleh simpulkan lepas kursus tu, berbaloi la bayar RM 50 tue walaupun sijilnya takleh guna untuk nikah kan (takper ana dah ada sijil JAIS dah!!!:P ). Hmm kursus ni macam daurah pulak, tak macam kursus nikah pun. Alhamdulillah semua talk bermanfaat dan sangat berguna untuk masa nie jugak sebagai seorang pelajar dan da'ie insyaAllah.
Wallahua'lam, sekadar ni jer pekongsian untuk kali ni. Actually nak post hari Isnin lagi, tapi sibuk skit minggu nie dengan kelas, kuiz dan assignment yang mula nak menyibukkan ana sem nie. Doakan perjuangan ana sem ni diberkati Allah...
Amennn...
12 ulasan:
hoho sudah pergi ye? akak gi yang pertama. kira 1st batch.. hihi
hehe...
al ilm bila amal kassyajar bila thamar...
bila nak dpt kad
to WM:
Alhamdulillah dah pegi kak:)
to Nuh:
Ha memang nak turunkan ilmu ni utk nta pun Nuh, sabar yer Nuh sabar!!:) Ana tau nta dah tak leh tunggu dah nak amik ilmu ni...
eh sani
tunggu dulu
nuh x boleh dngr lagi..:)
Eheh actually Nuh pun pegi jugak la Abu Solah...
Uppsss!!! Sorry Nuhh:P
haa...betul 2 sani...ana mana bleh dengar lg...hari 2 pon 'ter'dengar...dah orang ajak...nak buat mcm mana...
nta 2 kene practice dulu..baru turun kat orang...kui..kui..
kan sume penceramah hari 2 sume dah practice dulu...baru mrk turun pada org lain...
hahaha
Allah..rugi pulak rasa..ana dah bayar dah..tapi tiba2 pagi program tu la ade masalah emergency..terpaksa lupakan walaupun dah bayar...
sob2..
buat la lagi harapnya...=(
bkn sbb 'kursus kawen' kan..tp ilmu yang bila ana baca anta punya ni..sgt bermanfaat dari kursus kawen yg beratus2 bayar tu..
alahai...
Takper2, insyaAllah ada lagik KAPPeL 2010 nanti rasanya. Cuma harapnya JAWI dah bleh approve la masa tue:)
Briefly, apa yang dapat masa KAPPeL ritu sangat-sangat berguna untuk orang yang ikut system tarbiyyah dan penggerak. If ada lagik nanti, jangan miss la:)
Salam alaikum.
bagus akhi thani...
ana pun ada pernah participate sekali dulu...
itulah...
kekadang, peserta ni mudah boring..
kekadang, mereka x memahami erti nilai kursus itu..
memang x dinafikan, if nak kawin, bila semua syarat dah cukup, kira lafaz pun dah kira sah kan, betul x akhi thani ??, kalau salah betulkan ana, tp disebalik kahwin itu sendiri, nilai sebelum dan selepas kahwin itu yang lebih penting.
Bagaimana mana nak mengimarahkan tali ikatan itu?
Cara islam kah?
Cara bukan islam kah?
haa...
itu persoalannya..
maka, sebelum nak kawin, sebelum nk g kursus, kita kena tanya diri kita, adakah kita betul-betul bersedia untuk semua itu.
terlewat jugak nak comment nih...kalo anta perasan ana comment,reply ler :) heheh...
Erm,anta tak citer pun ape yang ada dalam kursus,apa isi2 yang anta dapat?? ;)
Alamak zahid, posting dah basi baru nak comment, mana perasan:P
Isi-isi masa kursus?
Banyak sangat, taktau nak citer yang mana.
But yang paling berguna dalam KAPPel nie, perkongsian pengalaman berumah tangga oleh orang-orang yang turut sama berada dalam tarbiyyah. How to deal the situation kalau kita dan isteri sama-sama berada dalam terbiyyah. Semestinya life rumah tangga orang tak ikut tarbiyyah akan berbeza dengan orang yang aktif dalam jamaah kan? So tu la, sangat berguna untuk sape2 yang ikut tarbiyyah. Dan yang mengisi jugak, tokoh-tokoh yang sangat aktif dlm jamaah jgk, Ust Alias, Ang Ammar & Kak Anfal & Dr Harlina.
Hmm, alhamdulillah, thanks Allah for giving me the opportunity to join the program!!!!(^_^)
Catat Ulasan