24 Januari 2009

MENGAPA INI TERJADI???

Berlalunya pilihanraya kampus 22 Januari lepas, genaplah tiga penggal ana menyaksikan pimpinan mahasiswa di kampus ana berubah. Dan sepanjang tiga tahun ni, macam-macam gelagat dan kerenah yang dapat dilihat, pro-aspirasi atau pro-mahasiswa, masing-masing dengan cara sendiri untuk memastikan kemenangan di pihak mereka. Dan selama tiga tahun itu jugak, berpuluh-puluh manifesto sudah dicanangkan, walaupun kebanyakannya hanya tinggal memori indah bagi para pengundi sebelum mereka melangkah ke tempat pengundian.
Dan ana, selama tiga tahun ini jugak, ana masih dengan stand ana, "tak minat politik". Ntah kenapa, naluri ini tak dapat menerima dan melihat perpecahan umat Islam yang berlaku hanya kerana warna sokongan mereka berbeda. Bagi yang agak berminat dengan arena politik kat Malaysia ni, mungkin antum agak panas dengan kata-kata ana nie. Hmm jangan salah faham, walaupun ana tak minat, tapi akan masih akan menyokong yang salim aqidahnya dan sohih ibadahnya. Cuma mingkin dari segi nak bercakap dan nak berbincang soal politik ni, ana akan tarik diri awal-awal.
PRK minggu lepas actually telah memperlihatkan kepada ramai orang terutamanya diri ana sendiri, betapa bahayanya bila terlalu ta'asub dengan politik. Perkara yang paling ditakuti berlaku kepada mereka-mereka yang diharapkan dapat membawa sinar Islam dan memadam kejahilan di kampus telah mula menunjukkan sifat-sifat yang kurang menyenangkan rakan-rakan seangkatan yang selama ini sama-sama berdiri menyokong mereka dari belakang. Hanya kerana rakan yang selama ini berjuang satu jalan memilih untuk turut bertanding, terus terbit risalah-risalah seakan fitnah dan umpatan untuk menjatuhkan si sahabat tadi dan "bas" yang dinaikinya.
Apa salahnya orang yang nak cuba sama-sama betulkan sedikit kesilapan kita selama ini? Kalau rakan sejalan yang selama berjalan bersama-sama kita rasa mereka perlu turut bertanding, bermakna ada kelemahan di pihak kita yang kita tak dapat nak ubah. Mengapa keadaan ini tak dapat dilihat sebagai sesuatu yang positif untuk maslahat umat Islam seluruhnya? Kalau dah orang sampai perlu ikut jalan lain dari yang kita rasa selama ni betul, mungkin mereka nampak kita tak mampu nak ubah sesuatu dan kita memang tak mampu nak ubah sama ada atas dasar sikap kita atau kita memang tak berdaya.
Hmm apa-apapun, sedikit sebanyak perkara ni telah mencalarkan ukhuwwah antara jamaah yang wujud selama ni di kampus. Dan perlu diingat jugak, mahasiswa melihat perkara ni berlaku di kampus. Dari apa yang ana dapat dari sahabat-sahabat yang turut melihat benda ni berlaku, ramai yang kecewa dengan perkara ni. Dan bagi ana sendiri, ana mengundi hanya sebab taknak melihat lebih banyak kerosakan berlaku walaupun takda semangat langsung nak ke polling station bila dapat tau perkara ni.
Moga Allah menunjukkan jalan terbaik untuk kita semua lalui...
Ameennn....
FT~Kali pertama "terpaksa" masukkan hal politik dalam blog dengan sedih dan berat hatinya. Moga sistem politik yang tak best selama ni dapat diganti dengan sistem syura yang adil seumpama sistem syura dizaman Rasulullah SAW. Susah, tapi moga Allah membantu...

6 ulasan:

zahidzuhri berkata...

ana sependapat dengan anta tapi dah dalam SP,ikut jer ;p heheh...

Maryam berkata...

oh! ya... mengapa ini terjadi? dah terjadi pun sebelum ni cuma kali ni serangan satu pihak lagi tu makin hebat. huhu

err sape ek menang? :D

ABU IFFAH berkata...

FT~zahid:

Yer2 ikut jer SP, jgn banyak complain:P


FT~Maryam:

Ntah la kak, rasanya "sahabat" kita jugak menang. Kita dah jalankan tanggungjawab kita, mereka pula perlu laksanakan tanggungjawab mereka menunaikan janji-janji dalam manifesto:)

[ Nazihah ] berkata...

Dah lama tak tinggal jejak disini..
Saya pernah keluarkan bait-bait "tak minat politik" pada seorang KAKAK.Lalu ini yang dia khabarkan.

K:Awak yakin tak dengan kesyumulan ISLAM??
S:Yakin
K:Bukankah politik itu tanda kesyumuLan ISLAM??
S: Ha'ah
K:Maka awak ada pilihan ke untuk minat ke tak politik jika awak tabalkan diri awak seorang muslim??
S: Heeeeeem (yang paaanjaaang)
K:ItuLah keberjayaan MEREKA, keberjayaan untuk mempolitikan ISLAM, sedangkan politik itu pelengkap ISLAM AD-DEEN YANG SYUMUL
S: Tiada kata yang terungkap untuk diperkatakan

Saya: Hanya sekadar berkongsi HIKMAH dari KAKAK

ABU IFFAH berkata...

Hmm betul3:)

Ana setuju, politik tak boleh dipisahkan dari Islam. Sebab bila kata syumul, pasti semua benda ada dalam Islam. Ana setuju dan sangat setuju dengan statement dan cerita nti.

Tapi buat masa sekarang, selagi ana tak mampu membawa perubahan dan menunjukkan kepada mad'u-mad'u especially non-Muslim yang politik dalam Islam itu indah, ana still akan stay dengan prinsip ana.

Kelemahan ana mungkin, insyaAllah akan ana baiki dan mudah-mudahan dunia politik yang mewakili ISLAM akan suci dan bersih sesuci nama ISLAM itu sendiri...Ameennn....

[SHE] berkata...

Salam alaik...

Lama tak menarikan pena kat sini...erm, isu politik ek...honestly ana pun tak minat politik skrg ni...politik skrg ni tlalu 'kotor'...tp dlm x minat politik, ana pun hairan cmne ana bleh jd SRC...hehehe...tp yg penting bkn mlalui PRK...even dlm politik kampus pun ana x bkenan...mcm2 songeh...tu yg x sabar nk letak jwtn...'asif bg yg x bsetuju dgn ana, ini skdr pandangan peribadi...
wslm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...