Hmm kehangatan sem II semakin terasa setelah memasuki minggu ketiga sem ni. Dan paling best, ana tak pernah rasa penat & letih sebelum ni. Mungkin alhamdulillah, diri sudah semakin matang dalam menilai "more important" dan "important" things. Even baru third week, tapi macam dah tak terteram untuk tidur siang dan biarkan masa siang berlalu macam tu je.
Dua malam lepas lebih kurang, sempat ngadu kat sorang sahabat ana yang turut berada dalam medan dakwah. Hmm sem nie, macam penat lebih jer, nak main pun macam tak sempat. Tengok geng-geng main game, jelous plak sebab diorang ada masa untuk main game. Kesimpulan yang ana boleh buat selepas perbincangan atas motor tue (saper yer sahabat tu??:)) itulah beza da'ie dan orang awam (not saying that I'm the da'ie, but I'm trying to be one of them). Kalau orang lain ada masa lapang untuk main game, da'ie perlu gunakan masa tu untuk dakwah. Tak kiralah either tambahkan ilmu untuk diri sendiri or terlibat dengan program dakwah. Agak pelik bila seorang yang mengaku dirinya pejuang agama, da'ie, boleh claim dia banyak masa lapang. Ulama'-ulama' dulu sampai tak cukup 24 jam berjuang, kita hari ni dengan keadaan dunia yang makin teruk, banyak pulak masa lapang. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami:(
Honestly, bila rasa penat nie, macam nak memberontak jugak hati. Rehat tak cukup, bawah mata dah hitam, main tak sempat, duit habis. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk tanya balik kepada diri, "Habis tu kau ingat syurga tu free-free jer Allah nak bagi kau masuk??!!". Astaghfirullah, ampunkan hambaMu ini Ya Allah... Berikan aku kekuatan untuk menggalas tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada manusia ini...
Ameennn...
SUNNAH ORANG BERJUANG
Berjuang menempah susah
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
.
Lirik Nasyid :Hijjaz
E2-4-6: 10.58, waiting for Control System Class
2 ulasan:
Salam alayk...
juz peringatan buat shbt dan diri ini jua...ssungguhnya jln dakwah ini mmg mmeritkn...byk yg perlu kita korbankan tmasuk waktu istirehat, waima air mata kdgkala...tp hasilnya nant insyaallah teramat indah dan manis utk dirasai...moga terus tsabat di atas jln ini...
KY: mggu ni sgt pack dgn study, xsgmnt, usrah2...penat tp insyaallah bbaloi utk saham di akhirat kelak...
haha...tau takpe... :p untuk ingatan bersama, janganla kita jealous dengan orang buat maksiat aka coupling,tengok movie ke,malampau2 main game dll... wallahualam :)
Catat Ulasan