07 Jun 2009

AR-RIJAL SINGAPORE @ AMAZING RACE KL 2009

Berkumpul di Masjid Negara Kuala Lumpur
Kira-kira dua jam lalu, alhamdulillah ana dan beberapa sahabat seperjuangan berjaya melaksanakan sebuah program ukhuwwah bersama sahabat-sahabat baru dari Singapura yang berjaulah ke Kuala Lumpur. Program yang bermula dari Masjid Negara KL dan berakhir di Chow Kit yang mengambil masa kira-kira tujuh jam ini actually adalah pengalaman kali kedua ana dan sahabat-sahabat dari UIAM menguruskan program jelajah Kuala Lumpur dan sekitarnya. Kalau dulu, Youth Outdoor Quest menjadi medan latihan bagaimana menguruskan perlumbaan seumpama explorace atau Amazing Race ini, kali ini Amazing Race KL 2009 bersama Kelab Ar-Rijal dari Singapura pulak menjadi medan untuk melatih diri menguruskan program yang sangat-sangat memerlukan kerahan tenaga, ketepatan masa serta perancangan yang begitu teliti bagi memastikan para peserta dapat sampai ke setiap check point dengan baik dan pada masa yang sepatutnya.

Check point pertama, play ground Majid Negara

Namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Mungkin kerana Amazing Race kali ini melibatkan peserta yang hampir kesemuanya belum pernah menjejakkan kaki ke KL, terdapat beberapa kumpulan yang tidak dapat meneka dan mencari check point yang betul berikutan klu-klu yang diberikan masih kabur dan memerlukan penelitian yang mendalam untuk mengeluarkan nama check point yang sepatutnya. 'Ala kulli hal, alhamdulillah semua peserta berjaya sampai ke check point yang terakhir dengan selamat kira-kira jam 8.30 malam.


Check point ketiga, Grafiti Palestin


Apa yang penting sepanjang Amazing Race KL 2009 kali ini sebenarnya bukanlah dari segi siapa sampai dulu atau siapa yang menang sebenarnya. Dan jugak bukanlah kesempurnaan dan keberjayaan dalam menganjurkan program yang diidamkan, tetapi ukhuwwah yang terbina, pengalaman dan ilmu baru yang diharapkan oleh semua yang terlibat dalam Amazing Race kali ini. Bagi penganjur, ana dan sahabat-sahabat dapat menyenaraikan banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menganjurkan program jelajah sebegini, dan juga banyak perkara baru yang kami belajar setelah beberapa kali diminta untuk menguruskan program sebegini.
Alhamdulillah, syukur tak terhingga, Allah menghadiahkan kami ukhuwwah dari Kelab Ar-Rijal dan pengalaman baru dari program ini. Penat, letih dan badan melekit semata-mata untuk melancarkan Amazing Race KL 2009 ini. Tapi bila dilihat dan difikirkan balik dari sudut hikmah, hilang segalanya digantikan dengan rasa puas hati mendapat sahabat baru dan pengalaman baru, hadiah ukhuwwah dari Allah.
Ilalliqa'...(^_^)/"



8 ulasan:

Afra' Azam berkata...

salam..lorh..ni ar-rijal yang dari masjid istiqamah s'pore heh??

dush! derang gi eksplorc kalian dan gi rebutia plak pah tuh..

ish3..sedihnya x dapat join 2 2 prgm derang..xplrc x..kat rebutia pun x..rugi2..

HambaAllah Yang Memakmurkan berkata...

rebutia tu malam sebelum explorace kot?

asal sikit je gambonye sani?

ABU IFFAH berkata...

Salam...

Afra',
Ha'ah Ar-Rijal tuh la, diorang gi Rebutia sebelum race kut:)

AO,
Heh mana leh tunjuk lebeih-lebeih. Nak tengok banyak-banyak, datang BF la:P

Afra' Azam berkata...

haah an..dush..confuse hari ar plak..sabtu di kem dan ahad eksplrc..wakaka..huhu..

terima kasih menyedarkan..hehehe..;D

solahuddin the warrior berkata...

graviti tu ape?
hehe

ABU IFFAH berkata...

Heh sori2 salah taip, terlepas pandang sebab mmg mata dah kuyu time nak citer ni. "Semang" punye fasal, nak jugak siapkan smlm(^_^)/"

Anyway, grafity actually:)

Beejan berkata...

pkol 1.30tghari dh sampai times square nk jage checkpoint..tggu pnye tnggu sampai pkol 7 mlm..last2 checkpoint dibatalkan..

Nak kate dpt ukhuwwah pon tk smpat jmpe ikhwah dr sgpore..

Ana mcm same jer dgn kutu rayau laen yg melepak kt times square tuh..

wallahua'lam

ABU IFFAH berkata...

Owh ye ke...

Hmm itulah kelemahan yang timbul time amazing race kali ni, dragging time yang membatalkan checkpoint tu. Apepun syukran jazeelan sebab menunggu dan bagi pihak penganjut maybe, sejuta kemaafan dipohonkan:)

Tapi takkan sama orang yang ikut tarbiyah dengan kutu rayau kut? Jangan sama sheikh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...