13 Jun 2009

KEJUTAN SENJA

Senja ini, heboh di rumah yang ana duduki sempena semester pendek ni dengan kamatian Ustaz Fathi Yakan. Sumber tersebut iaitu ikhwan-jor.com mengatakan Ustaz Fathi Yakan telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 12.31 tengahari tadi. Dan di Masjid UIAM, sebuah pengumuman dibuat bagi memaklumkan tentang pemergian seorang insan yang sangat banyak jasanya dalam penyebaran fikrah Islam. Kira-kira jam sembilan malam kejap tadi pulak, satu berita terbaru keluar di yahoo group yang ana sertai. Keadaan Ustaz Fathi Yakan sekarang sangat kritikal, belum meninggal sebenarnya. Beliau sekarang masih lagi dihubungkan dengan alat bantu pernafasan di Hospital Otel Dew di Beirut.
Sama ada beliau sudah meninggal atau tidak, realitinya sekarang, kita semakin kehilangan orang-orang soleh dan ilmuan Islam yang menjadi rujukan kepada permasalahan-permasalahan yang timbul dalam masyarakat Islam hari ini. Risau dan bimbang pulak memikirkan diri sendiri ni, berapa sangat kerja yang dah dibuat untuk melayakkan diri ini mendapat redha Allah dan diterima oleh Allah sebagai hambaNya di Mahsyar kelak. Timbul pulak dalam fikiran ana, sebuah hadith riwayat Imam Ahmad;
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

Ust Fathi Yakan, sumbangannya sangat besar kepada dakwah Islamiyah, kita??


Moga dengan berita sedih tentang seorang yang begitu kuat berdakwah dan menyampaikan fikrah-fikrah Islam ke seluruh dunia ini, menjadi satu dorongan yang lebih kuat kepada kita semua untuk bekerja dan berdakwah dalam menyebarkan kefahaman Islam yang syumul ini.

Bangkitlah, bekerjalah untuk Islam. Dunia ini semakin hari semakin tua, semakin dekat dengan "Hari Kehancuran". Jangan kita kembali kepada Allah tanpa bekalan yang utuh dan mantap. Ingatlah, tidak pernah ada umat Islam terdahulu yang dijamin tempat di syurga kecuali mati syahid dalam memperjuangkan agama Allah. Sama-sama renungi wahyu Allah melalui lidah Rasulullah SAW...


Moga semua beroleh manfa'at...Ameennn....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...