29 Jun 2009

RIDER's DAY

Harini boleh dikatakan hari yang paling jauh dan paling lama ana menunggang satu-satunya aset (aset ke liabiliti eh?) yang dihadiahkan abah lima tahun lalu. Menunggang RF780 yang setia bersama ana sejak minggu ketiga berada di Gombak, ke UKM atas urusan kerja. Lainnya perjalanan kali ni, actually boleh je gi naik komuter, turun je kat belakang UKM, terus cari library. Tapi sebab nak cari jalan baru, yang dijumpai dalam Google Map dua hari lepas, tendang jugak la "engko" motor tu ke Bangi. Alhamdulillah, lebih kurang jam 2 petang, tongkat si hitam diturunkan di Masjid UKM Bangi. Macam nak patah pinggang jugak bila mula-mula bangun dari seat motor tu. Tapi bestla boleh rasa jugak ape yang orang lain rasa bila kena naik motor jauh-jauh.
Kadang-kadang, bila kita dah terbiasa dengan kesenangan dan selesa ni, sangat susah untuk terima sesuatu benda yang tak selesa. Sebab tu lah jugak kita dengar ada orang tak sanggup nak hidup lagik bila bankrup, hilang keje, or duit diorang kena curi. Actually disinilah iman dan kekuatan aqidah memainkan peranan yang penting. Bagi umat Islam, kita perlu sedar, rezeki, kekayaan, kesenangan hidup semuanya dari Allah. Kalau harini kita jatuh miskin, hilang harta, hilang ape-ape kesenangan hidup yang kita dah lama ada, tak mustahil esoknya kita akan dapat lebih banyak dari yang kita dapat hari ni. Mungkin Allah nak uji kita, sejauh mana iman dan 'aqidah kita mampu bertahan bila segala apa yang kita sayangi dalam hidup ni diambil dalam sekelip mata. Allah nak uji kita, kalau Dia ambil sesuatu dari kita harini, siapa akan kita cari dulu? Pelik kan, walaupun ramai orang Islam harini sedar yang Allah lah satu-satunya tempat pergantungan, tetap memilih jalan syirik dengan berjumpa bomoh untuk tilikkan dimana barang dia yang hilang tu berada. Wal'iyaadzubillah...
Berbalik kepada cerita di UKM tadi, lepas melawat-lawat perpustakaan UKM tue, ana pun bergerak balik ke Gombak. Alhamdulillah, satu lagi pengalaman susahnyer orang naik motor Allah bagi kepada ana. Bila tayar motor mula bergolek kat MRR2 je, nikmat Allah mulai terasa menghentam visor helmet. Hujan. Dapatla merasai nikmat menunggu hujan reda dibawah fly over highway buat kali yang kedua. Seronok jugak sebenarnya, kalau tak hujan, susah nak dapat peluang bertenggek kat tepi highway tu sambil menjamu mata ngan kereta-kereta kat jalan raya. Dan paling best, dapat rasa jugak camne orang yang takda kereta rasa waktu hujan camtu. Syukur alhamdulillah, Allah bagi rasa dua nikmat. Nikmat ketika senang, dan nikmat ketika susah.
Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau berikan, ketika susah ataupun senang...Ameennn...

Apakah kamu (tidak percaya) dan heran bahwa datang kepadamu peringatan dari Tuhanmu yang dibawa oleh seorang laki-laki di antaramu untuk memberi peringatan kepadamu? Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah lenyapnya kaum Nuh, dan Tuhan telah melebihkan kekuatan tubuh dan perawakanmu (daripada kaum Nuh itu). Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. [Al-A'raaf: 69]

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [Ar-Rahmaan: 45]

6 ulasan:

cikEff berkata...

nikmat Nya yg sangat tak terkira kan~ ;D

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* berkata...

salam.
nikmat oh nikmat..
"saya belum mensyukuri nikmat Allah kerana ......" ni soalam masa KBM2 yg ana pergi. berjejeran air mata adik-adik tu menjawab soalan ni.
bila2 je Dia boleh tarik balik nikmat yg Dia pinjamkan.
semoga ditabahkan hati utk setia bersama Dia.
ameen..

-syaimaa'-

ABU IFFAH berkata...

Yup, kalo bukan kerana nikmat Allah, jangan harap nak boleh bernafas macam sekarang. Allah tarik 5 minit pun, ada orang boleh pengsan. Kalau 40 minit, otak mulfuntion, terus mati. Ya Allah matikanlah kami dikala kami mengingatiMu...Ameennn...

keretasorong berkata...

ape jerh anta buat time menunggu di bwh teduhan fly over highwaytue???

mne tau kene time sy lak ade la bnda nk dibuat...

huhuhuh

ABU IFFAH berkata...

Heh takde buat pape pun, tengok orang yang cam-macam and tengok kete je:)

Kalau power bab-bab nak fardhi ni, insyaAllah leh dapat ramai mad'u time tue.

[ Nazihah ] berkata...

Ya tuhanku, anugerahkanlah ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatmu ke dalam golongan hamba-hambamu yang soleh.. [27:19]

Jangan pernah lupa untuk baca doa ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...