29 Jun 2009

RIDER's DAY

Harini boleh dikatakan hari yang paling jauh dan paling lama ana menunggang satu-satunya aset (aset ke liabiliti eh?) yang dihadiahkan abah lima tahun lalu. Menunggang RF780 yang setia bersama ana sejak minggu ketiga berada di Gombak, ke UKM atas urusan kerja. Lainnya perjalanan kali ni, actually boleh je gi naik komuter, turun je kat belakang UKM, terus cari library. Tapi sebab nak cari jalan baru, yang dijumpai dalam Google Map dua hari lepas, tendang jugak la "engko" motor tu ke Bangi. Alhamdulillah, lebih kurang jam 2 petang, tongkat si hitam diturunkan di Masjid UKM Bangi. Macam nak patah pinggang jugak bila mula-mula bangun dari seat motor tu. Tapi bestla boleh rasa jugak ape yang orang lain rasa bila kena naik motor jauh-jauh.
Kadang-kadang, bila kita dah terbiasa dengan kesenangan dan selesa ni, sangat susah untuk terima sesuatu benda yang tak selesa. Sebab tu lah jugak kita dengar ada orang tak sanggup nak hidup lagik bila bankrup, hilang keje, or duit diorang kena curi. Actually disinilah iman dan kekuatan aqidah memainkan peranan yang penting. Bagi umat Islam, kita perlu sedar, rezeki, kekayaan, kesenangan hidup semuanya dari Allah. Kalau harini kita jatuh miskin, hilang harta, hilang ape-ape kesenangan hidup yang kita dah lama ada, tak mustahil esoknya kita akan dapat lebih banyak dari yang kita dapat hari ni. Mungkin Allah nak uji kita, sejauh mana iman dan 'aqidah kita mampu bertahan bila segala apa yang kita sayangi dalam hidup ni diambil dalam sekelip mata. Allah nak uji kita, kalau Dia ambil sesuatu dari kita harini, siapa akan kita cari dulu? Pelik kan, walaupun ramai orang Islam harini sedar yang Allah lah satu-satunya tempat pergantungan, tetap memilih jalan syirik dengan berjumpa bomoh untuk tilikkan dimana barang dia yang hilang tu berada. Wal'iyaadzubillah...
Berbalik kepada cerita di UKM tadi, lepas melawat-lawat perpustakaan UKM tue, ana pun bergerak balik ke Gombak. Alhamdulillah, satu lagi pengalaman susahnyer orang naik motor Allah bagi kepada ana. Bila tayar motor mula bergolek kat MRR2 je, nikmat Allah mulai terasa menghentam visor helmet. Hujan. Dapatla merasai nikmat menunggu hujan reda dibawah fly over highway buat kali yang kedua. Seronok jugak sebenarnya, kalau tak hujan, susah nak dapat peluang bertenggek kat tepi highway tu sambil menjamu mata ngan kereta-kereta kat jalan raya. Dan paling best, dapat rasa jugak camne orang yang takda kereta rasa waktu hujan camtu. Syukur alhamdulillah, Allah bagi rasa dua nikmat. Nikmat ketika senang, dan nikmat ketika susah.
Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau berikan, ketika susah ataupun senang...Ameennn...

Apakah kamu (tidak percaya) dan heran bahwa datang kepadamu peringatan dari Tuhanmu yang dibawa oleh seorang laki-laki di antaramu untuk memberi peringatan kepadamu? Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah lenyapnya kaum Nuh, dan Tuhan telah melebihkan kekuatan tubuh dan perawakanmu (daripada kaum Nuh itu). Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. [Al-A'raaf: 69]

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [Ar-Rahmaan: 45]

13 Jun 2009

KEJUTAN SENJA

Senja ini, heboh di rumah yang ana duduki sempena semester pendek ni dengan kamatian Ustaz Fathi Yakan. Sumber tersebut iaitu ikhwan-jor.com mengatakan Ustaz Fathi Yakan telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 12.31 tengahari tadi. Dan di Masjid UIAM, sebuah pengumuman dibuat bagi memaklumkan tentang pemergian seorang insan yang sangat banyak jasanya dalam penyebaran fikrah Islam. Kira-kira jam sembilan malam kejap tadi pulak, satu berita terbaru keluar di yahoo group yang ana sertai. Keadaan Ustaz Fathi Yakan sekarang sangat kritikal, belum meninggal sebenarnya. Beliau sekarang masih lagi dihubungkan dengan alat bantu pernafasan di Hospital Otel Dew di Beirut.
Sama ada beliau sudah meninggal atau tidak, realitinya sekarang, kita semakin kehilangan orang-orang soleh dan ilmuan Islam yang menjadi rujukan kepada permasalahan-permasalahan yang timbul dalam masyarakat Islam hari ini. Risau dan bimbang pulak memikirkan diri sendiri ni, berapa sangat kerja yang dah dibuat untuk melayakkan diri ini mendapat redha Allah dan diterima oleh Allah sebagai hambaNya di Mahsyar kelak. Timbul pulak dalam fikiran ana, sebuah hadith riwayat Imam Ahmad;
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

Ust Fathi Yakan, sumbangannya sangat besar kepada dakwah Islamiyah, kita??


Moga dengan berita sedih tentang seorang yang begitu kuat berdakwah dan menyampaikan fikrah-fikrah Islam ke seluruh dunia ini, menjadi satu dorongan yang lebih kuat kepada kita semua untuk bekerja dan berdakwah dalam menyebarkan kefahaman Islam yang syumul ini.

Bangkitlah, bekerjalah untuk Islam. Dunia ini semakin hari semakin tua, semakin dekat dengan "Hari Kehancuran". Jangan kita kembali kepada Allah tanpa bekalan yang utuh dan mantap. Ingatlah, tidak pernah ada umat Islam terdahulu yang dijamin tempat di syurga kecuali mati syahid dalam memperjuangkan agama Allah. Sama-sama renungi wahyu Allah melalui lidah Rasulullah SAW...


Moga semua beroleh manfa'at...Ameennn....

07 Jun 2009

AR-RIJAL SINGAPORE @ AMAZING RACE KL 2009

Berkumpul di Masjid Negara Kuala Lumpur
Kira-kira dua jam lalu, alhamdulillah ana dan beberapa sahabat seperjuangan berjaya melaksanakan sebuah program ukhuwwah bersama sahabat-sahabat baru dari Singapura yang berjaulah ke Kuala Lumpur. Program yang bermula dari Masjid Negara KL dan berakhir di Chow Kit yang mengambil masa kira-kira tujuh jam ini actually adalah pengalaman kali kedua ana dan sahabat-sahabat dari UIAM menguruskan program jelajah Kuala Lumpur dan sekitarnya. Kalau dulu, Youth Outdoor Quest menjadi medan latihan bagaimana menguruskan perlumbaan seumpama explorace atau Amazing Race ini, kali ini Amazing Race KL 2009 bersama Kelab Ar-Rijal dari Singapura pulak menjadi medan untuk melatih diri menguruskan program yang sangat-sangat memerlukan kerahan tenaga, ketepatan masa serta perancangan yang begitu teliti bagi memastikan para peserta dapat sampai ke setiap check point dengan baik dan pada masa yang sepatutnya.

Check point pertama, play ground Majid Negara

Namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Mungkin kerana Amazing Race kali ini melibatkan peserta yang hampir kesemuanya belum pernah menjejakkan kaki ke KL, terdapat beberapa kumpulan yang tidak dapat meneka dan mencari check point yang betul berikutan klu-klu yang diberikan masih kabur dan memerlukan penelitian yang mendalam untuk mengeluarkan nama check point yang sepatutnya. 'Ala kulli hal, alhamdulillah semua peserta berjaya sampai ke check point yang terakhir dengan selamat kira-kira jam 8.30 malam.


Check point ketiga, Grafiti Palestin


Apa yang penting sepanjang Amazing Race KL 2009 kali ini sebenarnya bukanlah dari segi siapa sampai dulu atau siapa yang menang sebenarnya. Dan jugak bukanlah kesempurnaan dan keberjayaan dalam menganjurkan program yang diidamkan, tetapi ukhuwwah yang terbina, pengalaman dan ilmu baru yang diharapkan oleh semua yang terlibat dalam Amazing Race kali ini. Bagi penganjur, ana dan sahabat-sahabat dapat menyenaraikan banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menganjurkan program jelajah sebegini, dan juga banyak perkara baru yang kami belajar setelah beberapa kali diminta untuk menguruskan program sebegini.
Alhamdulillah, syukur tak terhingga, Allah menghadiahkan kami ukhuwwah dari Kelab Ar-Rijal dan pengalaman baru dari program ini. Penat, letih dan badan melekit semata-mata untuk melancarkan Amazing Race KL 2009 ini. Tapi bila dilihat dan difikirkan balik dari sudut hikmah, hilang segalanya digantikan dengan rasa puas hati mendapat sahabat baru dan pengalaman baru, hadiah ukhuwwah dari Allah.
Ilalliqa'...(^_^)/"



01 Jun 2009

BILA USTAZ PUN NAK JUGAK...

Dua tiga bulan kebelakangan ni, kita dikejutkan dengan beberapa berita negatif yang mengaitkan nama "ustaz" dan "ustazah". Secara tak langsung, berita-berita negatif sebegini sebenarnya sedikit sebanyak memalitkan imej negatif kepada Islam itu sendiri memandangkan nama "ustaz" dan "ustazah" bukanla nama biasa, tetapi melambangkan imej pembawa risalah dan ajaran Islam sendiri.
Oleh sebab beratnya tanggungjawab membawa imej Islam inilah, sesetengah ilmuan-ilmuan Islam yang fakih atau menguasai bidang Syari'ah, Quran Sunnah atau Hadith, tidak sanggup untuk meletakkan gelaran ustaz dihadapan nama mereka. Malangnya hari ini, mungkin disebabkan market "ustaz" dan "ustazah" makin tinggi, ramai yang tak segan silu mengaku diri mereka ustaz dan ustazah. Akibat dari terlalu banyak ustaz-ustaz celup dan ustaz segera inilah, hari ini, kita dapat melihat di dada-dada akhbar, ustazah sana bercerai, ustaz bercinta, isteri ustaz tuntut cerai, ustaz mengajar Quran mencabul kehormatan anak didiknya, macam-macam lagi. Padahal ustaz atas "nama" jer, kesannya, habis semua ustaz ustazah terpalit dengan fitnah masyarakat, "Ustaz pun buat hal jugak"...
Dan menambahkan lagi kepelikan dan kemudharatan dalam memarketkan ustaz ustazah ni, harini semua benda orang tanya ustaz, sampaikan perkara yang tak berkaitan pun ditanya. Alhamdulillah, ustaz yang betul-betul faham ilmunya, takkan jawab dan jadi saksi untuk perkara-perkara yang dia tak faham. Tapi malangnya ustaz-ustaz celup pulak yang keluarkan hukum dan buat-buat faham bila pihak-pihak yang terdesak nak halalkan perniagaan mereka mintak jadi penasihat. Hmm kalau hukum dia keluarkan tu betul, takper la sikit, katakanla salah, dan benda tu jadi amalan orang ramai, contohnya hukum sebenar sesuatu perkara tu riba', tapi sebab bukan bidang dia, dia keluarkan jugak hukum "boleh". Astaghfirullah dan moga Allah jauhkan kita dari terlajak mengeluarkan hukum yang tak sepatutnya.
Tujuan ana bangkitkan isu kali ni bukanlah nak memburukkan sesiapa, tapi sekadar memberi peringatan untuk diri sendiri dan jugak semua sahabat-sahabat, siapa kita apabila kita bergelar Muslim dan jugak orang yang dilihat agak 'alim dalam ilmu-ilmu agama. Sekali fikir, ada logiknya bila seorang ustaz ni cakap, "Saya tak mintak pun orang panggil saya ustaz", bila dia di"fitnah" satu masa dulu. Tapi dua kali fikir, timbul rasa kesal dan kecewa apabila orang yang kita harapkan dapat membantu membimbing masyarakat ini terjebak dengan fitnah yang dah selalu sangat orang terjerat.
Dan lagi sedih, tidak cukup dengan kontroversi-kontroversi yang sudah cukup memalukan tu, ada pulak insan yang dulunya pernah disebut oleh ustaz ini dalam ceramahnya tampil mempersoalkan kembali tindakan si ustaz. Dulu ustaz pernah mempersendakan seorang artis bila artis tu digosipkan dengan si pulanah ni, ustaz nyanyi lagu "Ahhaaa tak tahu...". Lebih kurang liriknya, tapi harini, kata penulis dalam akhbar tue, mungkin si artis tu boleh nyanyikan balik untuk ustaz, "Ahhaaa tak tahu...". Hmm mungkin hanya doa boleh kita panjatkan ke atas ustaz ni dan kenalannya tue. Dua-dua bawak imej Islam, imej yang sama kita turut bawak pada hari ni sahabat-sahabatku. Dan ingatlah, Islam satu agama Yang Suci, agama yang tidak boleh dicampur adukkan dengan perkara-perkara lain yang kotor dan cemar.
Moga Allah bantu dan berikan petunjuk untuk kita semua insyaAllah..

HARI TEMBAKAU SE"KEMENTERIAN"


Semalam bila bukak paper, tersenyum ana bila tengok ada satu iklan besar kat front page ngan last page paper tu. Punyala semangat Kementerian Kesihatan buat promosi cegah merokok, sampai dua page utama surat khabar tu dia ambik. Tapi yang lucunya, rokok ada jugak terjual kat kedai-kedai. Hmm bagus dah usaha Kementerian Kesihatan ni, tapi selagi takda kerjasama dari kementerian lain, terutamanya Kementerian Perdagangan untuk menyekat kemasukan rokok ke Melaysia, buatlah iklan besar mana pun, tunjuk la gambar pelik-pelik fasal penyakit akibat dari rokok ni, berapa ramai sangat yang akan berenti merokok.
Tapi tahniah la sebab ada jugak usaha menaikkan cukai rokok, untuk mengurangkan orang merokok. Tapi kalau sekat terus apa salahnya kan. Bagi anak-anak orang kaya tak jadi masalah langsung kalau sebatang rokok naik RM1 pun, tapi sebenarnya bila naikkan cukai, tapi benda tu masih ada di pasaran, siaplah makcik-makcik kat kampung yang ada anak-anak tak bekerja yang ketagih rokok tue. Sehari kalau tak habis at least RM2 untuk anak bertuah dia beli rokok tak sah la. Tak bagi japgi, anak tu pegi mencuri pulak. Betul-betul kita ni nak tengok masyarakat kita baik ke tak sebenarnya?
Dan satu lagi benda lucu bila tengok kat kotak rokok, besar-besar ditulis amaran dari Kementerian Kesihatan "Merokok Membahayakan Kesihatan". Tapi sedihnya, walaupun ramai tahu dan diberitahu rokok ni membahayakan kesihatan, ada jugak rokok dijual di kedai-kedai. So bahaya camna pun, kalau dah dijual di kedai, bermakna bukan satu kesalahan la di sisi undang-undang negara la kan. Ibarat macam kita larang budak-budak kecil memanjat pokok sebab takut jatuh patah kaki ke, tapi yang angkat budak tu naik atas pokok, kita la jugak.
Hmm bila la kita nak tengok undang-undang negara kita pakai sikit hukum yang ulama-ulama buat. Terang-terang Majlis Ulama keluarkan hukum rokok haram, boleh pulak ada orang cakap makruh ja dan tak boleh dibuat undang-undang rokok ni haram. Hmm terpulang la nak ikut sapa, kalau yakin ijtihad ulama yang faham Islam ni, ikutlah. Kalau lebih yakin dengan "bukan ulama", yang buat hukum ikut suka hati depa tu, ikut la walaupun sebenarnya mereka sendiri tahu apa sebenarnya hukum bagi perkara-perkara macam rokok ni. Once again, "Sampai Bila Nak Buat-Buat Tak Reti??"(^_^)
Mudah-mudahan satu hari nanti, Allah mudahkan dan berikan hidayah kepada kita semua untuk jauh dari perkara-perkara haram sebegini...Ameennnn....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...