“Mama, bila mama nak datang ambil Tikah??”
“Mak, harini mak tak jual nasi lemak ka? Ramai tak orang datang beli?”
“Tikah kesian nak tinggal mak, tapi Tikah tak kesian nak tinggal ayah…”
Tiga baris kata-kata yang sempat ana dengar dari mulut seorang kanak-kanak comel yang pada ana, belum umurnya untuk dia boleh berkata-kata sedemikian rupa. Di waktu kanak-kanak seumur dengannya masih lagi merangek meruntun baju ibu mereka untuk ke tandas di waktu malam, tetapi Tikah hanya bersendirian seorang diri menuju ke tandas, cuma fikiran kanak-kanaknya masih ada sedikit, sesudah menyempurnakan hajat, barulah dipanggil “mak” yang sebenarnya adalah nenek kepada Tikah.
Dikala malam tiba, kanak-kanak lain sudah tidak berani lagi keluar rumah, ditambah pula suasana kampung yang gelap gelita, dimomokkan pula dengan cerita-cerita seram ala Puaka Niyang Rapik. Jangankan kanak-kanak seumur dengan Tikah, ayah-ayah saudaranya yang dewasa pun seram sejuk untuk keluar rumah dan melalui kampung itu. Tetapi Tikah tidak gentar langsung, cakaplah apa jenis makhluk pun, Tikah hanya tersenyum dan terus berjalan ke tempat yang dituju. Pelik, ke mana perginya perasaan takut seorang kanak-kanak berumur empat tahun itu?
Kelmarin, Tikah kelihatan begitu gembira, seakan-akan itulah hari paling gembira dalam hidupnya. Ibu saudara sepupu Tikah yang mirip rupa ibu kandungnya bertandang ke rumah Tikah. Dek kerana hanya dikurniakan putera-putera semenjak berkahwin, ibu saudaranya itu begitu akrab melayan Tikah. Bagai mengantuk disorongkan bantal, begitulah Tikah. Sejak dilahirkan, Tikah hanya mengenal mamanya melalui perbualan telefon. Hari itu Tikah seolah-olah ingin melepaskan rindunya kepada seorang ibu, tidak langsung ia berjauhan dengan ibu saudaranya itu.
Semalam, ketika ibu saudaranya kembali menziarahi Tikah, terus ia bangun dari tidurnya dan berlari sambil menangis ke arah ibu saudaranya itu yang sudah dipanggilnya “mama”. Bagi sesiapa yang melihat kejadian tersebut, pasti akan menitiskan air mata. Bayangkan sejak dilahirkan, tidak pernah mendapat kasih saying seorang ibu, hanya mendapat sedikit simpati dari neneknya, sedikit jenguk tengok dari ayahnya dan sejumlah rasa benci dari datuknya yang belum reda rasa marah kepada ayah Tikah yang telah memalukan keluarga dengan membawa pulang anak yang tidak boleh di”binti”kan kepada ayahnya.
Mungkin satu anugerah Allah kepada anak yang tidak berdosa ini, Tikah agak berdikari dan jarang menyusahkan nenek yang menjaganya. Jika tiba waktu makan, Tikah tak akan berebut-rebut mengambil makanan sebagaimana sepupunya yang sebaya dengannya. Akan ditunggunya sehingga mereka selesai, barulah Tikah akan menyertai. Paling mengharukan, Tikah yang berumur empat tahun itu sedar yang datuknya tidak suka kepadanya. Ketika datuknya berada di rumah, Tikah tidak akan masuk ke dalam jika neneknya tiada. Biasanya Tikah akan bertandang ke rumah jiran dan bermain bersama anak jirannya itu sehinggalah neneknya pulang.
Dan esok, mungkin Tikah akan menemui sinar baru dalam hidupnya. Jika ibu kandungnya membenarkan, ibu saudara Tikah itu akan mengambilnya sebagai anak angkat dan mencurahkan kasih sayang seorang ibu kepada Tikah. Terharu juga mendengar kata-kata dari mulut Tikah petang tadi, “Tikah dah ada mama baru!!!”…
Adik Tikah, moga dirimu yang tidak berdosa, yang menjadi mangsa nafsu manusia yang berfikiran pendek, akan dikurniakan Allah kehidupan yang baik dan dijauhi dari kezaliman manusia sekelilingmu.
Bittaufiq Wannajjah!!!

9 ulasan:
hmm..cerita betul ke?mengharukan..lagi2 nama nye sama dgn ana...=)
-Atikah Mohd Hatta
Hmm...Ha'a...
Cerdik budak tue, tak macam kanak-kanak sebaya ngn dia yang asik nak main jer. At least dia dah mampu uruskan diri sendiri. Mungkin anugerah Allah untuk dia yang tak berdosa...
salam alaik..
1 entry yg bisa meruntun hati insan-insan yg mbaca...mabruk atas pkongsian anta...dlm msyrkt kita khususnya seringkali anak yg x bdosa ini dihukum atas dosa ibu dan ayah...perlu kita muhasabah kembali...mmg dia lahir bkn dr ikatan yg suci tp bkn dia yg menginginkn semua tu tjadi...sharusnya kita sbg msykt sekeliling yg harus mbentuk anak ini agar mjdi anak yg soleh wa musleh...knp?sbb stp anak yg lahir ke dunia ibarat kain putih yg suci dan bersih...
Salam...
Hmm satu lagi kisah insan senasib dengan Atikah menghiasi cerita cuti ana last two week. Anak angkat kepada qarabah ana nak kawin, tapi masalahnya dia takde wali sebab dia pun berbintikan abdullah jugak. Maybe ceritanya sama dengan Atikah masa kecil, tapi dia ni bernasib baik sebab dijaga oleh ibu angkat yang agak menitik beratkan soal pendidikan dan akhlak. Sekarang dah jadik inspektor Polis kat JB.
Nak dijadikan cerita, sebab takda wali yang sah untuk menikahkan dia, kena la angkat sumpah dua tiga kali dan masuk mahkamah syariah dua tiga sesi untuk dapat berwalikan hakim. Akhirnya 6 Dis lepas, selamatlah dinikahkan jugak dengan inspektor Polis.
Tapi Atikah baru empat tahun, panjang lagi perjalanan hidupnya. Taktau lepas ni mcm mana, bersekolah ke tak, masuk U ke tak...Wallahua'lam...
Moga Allah membantu pelayaran hidupnya...
Tahniah!
Syabas!
Cerita anda bisa menggusar jiwa manusia yang gentar pada jalan sabil Allah.
Teruskan mengharumi membajai akal dengan penulisan - penulisan mapan sebegini.
Jadikan lidah tangan pengukir dakwah.
hizb Allah.
Syukran for visiting me Dr Hilmi:)
Baru rini dpt bukak blog hang, ritu takleyh nak link.
Hmm alhamdulillah, semalam selamat semuanya, sesi angkat sumpah untuk menjaga Atikah telah selamat disempurnakan di Pej Pendaftaran dengan disaksikan oleh ibu kandung Atikah sendiri. Next week mungkin Atikah akan terbang ke Sabah untuk memulakan hidup barunya bersama keluarga angkatnya.
Moga Allah mempermudahkan segalanya...Ameenn....
where do u get this story my dear friend?
it was so touching.
teruskan penceritaan mengenai beliau ya?
subhanallah!
mengharukan cerita ni..
anak yang suci itu tidak ada dosa~sucinya :)
benarlah,ada hikmah setiap kejadian. kini terbukti,atikah bukanlah kanak2 biasa walaupun "berbintikan abdullah". semoga adik atikah terus tabah dan cekal hadapi hidup2 mendatang..ameen :)
Hmm cerita nie ana tengok sendiri beberapa peristiwa tu dan ana dengar sendiri ceritanya dari nenek si Atikah sebab mereka tinggal sekampung ngn atuk ana yang meninggal ritu.
Actually kat kampung tu ada dua kanak-kanak yang tak dapat dibin dan dibintikan kepada "bapak" masing-masing yang bertanggungjawab ke atas asbab kelahiran mereka.
Tapi yang sorang lagi tu bernasib baik skit sebab dia tinggal ngn ibu kandung dan "bapak" dia. Kesiannya kat Atikah ni, "bapak" dia pun taktau nak keje, nenek pulak orang susah, datuk pulak benci dia.
Bila fikir-fikir balik, kat kampung yang agak jauh dari pusat bandaraya negeri tu pun ada dua kanak-kanak yang tak sah taraf camtue, bayangkan kat pusat bandarnya??? Patutla statistik kanak-kanak yang dilahirkan camni agak besar...
Agak menakutkan bila relatekan benda ni dengan zina yang berlaku, pastinya lebih tinggi dari bilangan baby yang dilahirkan tue.
Anda Bijak??? Jauhi Zina!!!
Catat Ulasan