.Alhamdulillah, syukur tak terhingga kerana diberikan Allah satu masa cuti yang sangat-sangat sesuai untuk ana kali ni. Dan ana rasakan cuti semester 1 2008/2009 ni adalah cuti yang paling best dan paling sempurna sejak 3 tahun ana bermastautin di Gombak.
Empat hari lepas, ditaqdirkan Allah, atuk ana yang terakhir kembali ke rahmatullah pada usia 92 tahun setelah hampir setahun terlantar sakit tua. Alhamdulillah segala urusan pengkebumian berjalan dengan lancar. Walaupun agak terkilan sebab tak dapat berada disisi tokwan waktu dia hembuskan nafas yang terakhir, seribu rasa syukur kepada Allah sebab ana sempat bertemu dengan tokwan beberapa jam sebelum dia berhijrah ke alam barzakh kira-kira jam 8.15 malam Sabtu lepas. Moga ruh tokwan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa...Amenn...
Usai urusan pengkebumian, satu perkara lagi yang membuatkan ana bersyukur sangat-sangat, ana tak pernah rasa rapat dengan makcik-makcik dan sepupu-sepapat sebagaimana rapat dan ramahnya kami berkongsi kenangan manis bersama tokwan. Kadang-kadang kematian yang selalu disambut dengan kesedihan ni, ada jugak hikmahnya untuk menghubungkan silaturrahim antara ahli keluarga yang tinggal ni. Dan doa ana, mudah-mudahan Allah membantu menguatkan lagi silaturrahim antara kami semua walaupun tokwan tak lagi bersama kami.
Dan hospital, alhamdulillah satu lagi nikmat Allah yang dianugerahkan kepada ana pagi tadi, sempat ana ziarah ke wad kanak-kanak di Hospital Pulau Pinang. Actuallay just jadik driver je and teman makcik, tapi ikut jugak la masuk dalam wad. Dalam wad, alhamdulillah Allah bagi peluang untuk tengok adik-adik yang masih lagi kecil, tapi dah diuji dengan ujian penyakit. Alhamdulillah Allah tak uji ana macam diorang, even dulu pernah jugak kena masuk ward. Tapi alhamdulillah tak lama dan tak menyusahkan mak ayah sangat. Dan sekali lagi tadi, Allah bagi peluang untuk merasai satu perasaan yang sangat tenang bila duduk di sofa dalam ward. Mungkin sebab faktor hospital tu sendiri yang menjadi tempat turunnya rahmat Allah kepada mereka-mereka yang memohon disembuhkan dari penyakit yang dihadapi, so bila kita duduk dalam ward tu, kena la tempias-tempias skit. Hehe ustaz ana la kata. Tapi serius, memang agak menenangkan la bila rest kat dalam hospital tadi.
Hmm ana stop sini dulu untuk catatan cuti kali ni, insyaAllah ana akan kongsikan lagi untuk separuh masa kedua cuti ni:)
Alhamdulillah....
Wassalam....
8 ulasan:
Takziah...
Jazakallah..
Doakan atuk ana selamat dalam "selamat dan selesa" di tempat barunya...
takziah jga buat nta..
stiap yg bernyawa pasti akn merasai mati..moga arwah ditempatkn dikalangan org2 beriman.
ketenangan di hospital..alhamdulillah..btl jga kata ustz nta tu..erm,hrp bila dh dpt kje d hosptal nnt ana akn tnang slalu..tmpat yg juga memberi byk peringatan ttg kematian..ttg nikmat kesihatan yg hanya pnjaman..kasih sayang..sabar..dan 1001 pengajaran lg..
Moga dapat manfaatkan sebaik mungkin peluang bekerja di hospital nanti:) Jadilah doktor yang baik dan tak garang...
Bestnyer bleh luangkan paling banyak masa di hospital:) Tapi nak buat camner nak amik medic tak layak ritu..Mungkin Allah dah letakkan ana di bidang yang lebih susuai, Engineering..
Alhamdulillah:D
salam...
takziah utk nta skali lagi..
smoga roh atuk nta dlm glgn yg beriman.
stiap dpd kita pasti akan berakhir jua spt itu..
smoga kita punya bekalan yg cukup utk ke sana...
ye, u're rite. bg ana, hospital tmpt terbaik utk muhasabah diri agar sntiasa mensyukuri nikmat sihat dan hidup yang dikurniakanNya...
nak spend lama di hospital? :P
boleh je... in the future, ana doakan.. :)
Rai: pernah menyamar jadi doktor di phg. gara2 nak tgk org deliver baby. :) menginsafkan...
Salam alaik...
takziah...ana sendiri ada pengalaman jg nenek yg sakit kat hospital waktu 1st year kt IIC, klu x sialp thn 2006. yg agak sedih tu nenek ana masuk wad sehari b4 hr raya puasa...ana dan mak yg bgilir jg nenek kt hospital...tp yg buat terubat kesedihan tu bila ramai saudara mara yg dtg bziarah...dkt smggu gak bkampung kt hospital...peluang utk muhasabah diri...syukuri nikmat sihat yg Allah berikn bl tgk keliling kita org2 sakit...
Syukran utk Rai dan Kak Yong:)
Teringat dulu masa nak bwk tokwan gi check kat hospital lepas operate. Punya la degil dia tanak gi hospital... Pagi tu ana nak gi amik, dia boleh tanya ana balik, "Nak pi hospital ka?" Adeyh, dia tanya kita plak... Last dah kesian kat ana sebab ana dah dtg, dia ikut jgk la.
Dah kat spital, lepas amik number, dia nak balik plak sebab lama kena tunggu..Huhu tak jadik keje jugak hari tue, balik camtue jer..
Tokwan-tokwan....(^_^)
salam takziah buat anta sekeluarga. Moga rohnya dicucuri rahmat bersama-sama para solehin.
ketenangan di hospital sememangnya Allah datangkan utk kita semua ambil iktibar, moga ada khairnya utk dihayati
Catat Ulasan