26 Ogos 2008

ANTARA EMOSI DAN RASIONAL

.
Assalamu'alaikum...
.
Antara emosi dan rasional, yang mana lagi penting yer? Kalau ditanya kepada akhwat, mesti jawapannya emosi, sebab they already know that women are emosional than men. Tapi kalau tanya pulak kepada ikhwah, for sure jawapannya rasional, sebabnya sama jugak, they also know that they are more rasional than women. It's true?:) Sorry la buat kontroversi skit untuk posting kali ni. Tujuan ana menulis fasal nie, just nak wujudkan satu perbincangan berkaitan soal emosional dan rasional nie yang kadang-kadang, dua hal yang berkaitan dengan perasaan dan akal ni jarang dititik beratkan yang akhirnya menimbulkan rasa tak puas hati bila buat kerja. Setuju atau tidak, inilah realitinya, seringkali ana mendengar dari ikhwah, "alaa akhwat ni emo la buat kerja!!" dari ikhwah, bila akhwat sangat-sangat risau dan bimbang bila sesuatu program tue macam lambat progress kerjanya. Akhwat pulak, "Eish ikhwah ni buat kerja main-main la, program nak start esok, tak confirm lagi barang-barang!!". Tapi bagi ikhwah, "alaa rileks la, jangan emos-emos, kita buat kerja relaks-relaks la..."
.
Sedar tak sedar, memang itulah sifat kedua-dua jantina nie, yang satu sangat-sangat risau, yang satu lagi selamba jer buat kerja. So which one better?:) Ana yakin sampai point nie, almost yang tak pernah fikir soal nie akan jawab, "eh rasional la ok, rileks2 jerla", bagi ikhwah, dan akhwat "Eh emosional la penting, tengok, kitorang lebih berjaga-jaga dan kerja siap awal". Bagi yang dah faham, mesti senyum je sekarang:)
.
Tapi kan, before we go further, eh betul ker yer akhwat lebih emo, dan ikhwah ni rasionalnya lebih? Berdasarkan pemerhatian so far, memang macam tue, kebanyakannya la. Dan ikhwah memang sangat selamber kalau buat kerja, projek besar baru dapat harini pun, dia boleh setuju lagi untuk run esoknya. Dan yang risaunya, akhwat la. Betul ke tak yer? Dari kajian psikologi, yang ana dengar dari Dr Fazilah dan jugak beberapa orang ustaz, memang kebanyakannya akhwat lebih beremosi dan ikhwah lebih rasional dalam tindakannya.
.
Kita ambil satu contoh. Dari segi pekerjaan, kenapa ikhwah lebih sesuai dan banyak tercampak ke bidang-bidang yang lasak-lasak macam tentera ke, panjat pokok ke, memburu ker...Kenapa? Dan akhwat pulak, kenapa mereka lebih sesuai bekerja dalam bidang yang bermain dengan emosi dan perasaan macam jadi cikgu tadika ke, pengasuh budak dan seumpama dengan itu? Sebenarnya taqdir dan perancangan Allah, akhwat sememangnya diberikan emosi atau perasaan yang lebih untuk bekerja dalam bidang-bidang ni dan ikhwah pulak, mereka diberi pemikiran yang rasional untuk bekerja dalam bidang-bidang mereka. Contohnya berburu. Masa nak membidik senapang atau panah tue, ikhwah atau lelaki yang rasional, takkan memikirkan kesian kat binatang tue nanti sakit ker, anak-anak binatang tu nanti takda tempat untuk bermanja dan nanti siapa nak jaga anak-anak binatang tu. Tapi akhwat, bila bermain dengan perasaan, dia akan fikir semua nie, silap-silap boleh menitis air mata sebab tak sanggup nak bunuh binatang tue. Ni advantage ikhwah bila mereka lebih rasional.
.
Bagi akhwat pulak, emosi atau perasaan yang lebih yang mereka ada nie, sebenarnya satu advantage bagi mereka untuk berjaya dalam mendidik anak-anak dan seumpamanya. Contohnya, kita ambik situasi nie, sebuah keluarga yang baru dapat anak sulung. Lepas tu pulak, baby diorang ni asyik nangis je malam-malam nak minum susu. Bagi yang bapak, kebanyakannya susah nak bangun. Dalam hati mungkin fikir, "ish budak nie nangis kuat betul, selotape mulut tu karang!!". Tapi bagi ibu, dia akan bangun tengok-tengokkan baby tu sebab dia kesian kat baby tue. Dan kalau kita tengok kat tadika-tadika pun, kebanyakan cikgu-cikgunya adalah akhwat, jarang ada ikhwah jadi cikgu tadika. Ada seorang ustaz nie cakap, seorang cikgu tadika perempuan, sama dengan dua orang cikgu tadika lelaki. So disinilah kelebihan perasaan atau emosi sebenarnya.
.
Betul atau tidak, antum boleh tengok sendiri. Pengalaman ana sendiri, yang terbaru. Ana duduk dalam satu majlis yang speakernya tu bawak anak saudara dia datang sekali hari tu. Masa dia bagi talk nie, anak saudara dia ni punyala nakal, kejap tarik baju dia, kejap panjat stage pastu lari kebelakang, kedepan pulak. Bagi ana dan ikhwah-ikhwah lain, "ishh budak nie nak buat camna eh, kena cubit nie, baru diam nie!!". Dalam duk fikir-fikir tu, turun sorang akhwat ke depan dan dia cakap apa tah, then budak ni tadi ikut dia ke belakang. Taktau la apa dia cakap, nak bagi makan karipap ke apa tah. Takpun ajak gi beli pistol air ker. Tapi masa nie, ana rasa lawak dan pelik jugak la, memang orang perempuan ni sesuai la bab-bab mengasuh budak nie. Ana memang surrender la kalau suruh mengasuh budak, kalau setakat dukung budak under two years ok la skit if dia tak nangis:)
.
So nampak tak advantage dan disadvantagenya emosi dan rasional nie? Apa kesimpulan yang kita boleh buat sekarang? Ana buat posting kali ni bukan bertujuan untuk condemn yang emos dan jugak bukan untuk condemn yang rasional. Tapi ana cuma nak kita semua appreciate kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mudah-mudahan lepas ni kita takda la nak gaduh-gaduh dan buat muka kelat lagi bila buat program. Bagi ikhwah terimalah kelebihan akhwat yang lebih beremosi dari kita, sebab dengan emosi yang lebih ni lah, melengkapkan kerja-kerja yang kita rasa boleh ditangguhkan dan last-last tak terkejar nak buat. Bagi akhwat pulak, terimalah kenyataan yang ikhwah memang rasional dalam berfikir yang kadang-kadang akhwat rasa benda tu tak praktikal, tapi ikhwah tetap boleh perform walaupun last minute. Kedua-dua pihak cuba faham kelebihan dan kekurangan masing-masing dan perahlah jus-jus kelebihan tu untuk kebaikan dan kejayaan kerja dan usaha da'wah kita.
.
.

Wassalam...
.
.

Tambahan: Apa yang ana sampaikan ni bukan satu fakta untuk diguna pakai untuk semua keadaan, tapi secara kasarnya dan keputusan kajian sama ada survey atau sesi kaunseling yang dilakukan oleh pakar-pakar motivasi, memang menunjukkan keputusan macam nie. So ana mohon maaf kalau apa yang ana sampaikan ni berlawanan dengan sifat antum. Wallahua'lam....

5 ulasan:

maryam berkata...

hehe, senyum je.. betulla tuh, give and take.. takde yg betul, yg betul kena seimbangkan rasional + emosi, itulah fungsi silang jantina

l - broad
p - detail
l - compete
p - share

ape lg tah, lupe..

*kena belajar cara nak faham rasional ikhwah nih..

Tanpa Nama berkata...

kena belajar nak faham emosional akhawat nih :)

ABU IFFAH berkata...

Bagus-bagus, belajar sifat masing-masing, senang nak buat kerja:)

So lepas ni, if nampak akhwat emo sangat, ikhwah senyum jerla, fahamla sifat diorang memang macam tue, tak payah duk lawan dengan emosi balik. If akhwat nampak ikhwah macam rasional sampai nak menjadi masalah, senyum jer, tegur baik-baik dengan rasional supaya rasional ikhwah boleh terima benda tue:)

Moga lepas ni tiada lagi muka-muka kelat akan terlakar diwajah-wajah ikhwah dan akhwat...Ameennn....

::Damia:: berkata...

Salam..

Stuju2! ana rasa bende ni berlaku kat mane2 tmpt. Tak kiralah yg buat keje2 dkwah ataupun x. tp lbh terasa dlm urusan dkwh sbb kita semua berada disitu.




Me: Susah nk faham ikhwah ni sbb kdg2 tu melampau2 rasionalnye..hehe
~xdinafikan, akhwt pn sama~

ABU IFFAH berkata...

Ha'a, ana menulis dalam konteks seorang pendakwah sebab bagi ana both situation tak patut berlaku dalam arena dakwah:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...