12 Ogos 2008

.
PRINSIP PENERBANGAN: ANTARA REALITI DAN TEORI
.
.
Masuk ke kelas Principle of Flight (PoF) 8.40 pagi tadi, ana dapat rasa satu sense yang agak baik bila tengok muka lecturer untuk fasa kedua kelas PoF nie. Sebelum nie, kami cuma didedahkan dengan satu bahagian dari anatomi sebuah kapal terbang yang menyebabkan ia terbang, iaitu sayap atau wing. Lebih dalam lagi dalam fasa 1 kelas PoF ni, kami lebih didedahkan dengan prinsip aerodynamic yang teorinya, kerana adanya aerodynamic, sebuah kapal terbang akan terbang di udara. Tapi jujurnya, sejak mula-mula nak apply majoring aerospace nie, hati ana asyik duk argue ja dengan otak (teori) sebab dua semester lepas, ana buat sikit kajian macam mana kapal terbang boleh terbang untuk pembentangan kelas Bahasa Melayu Kerjaya. Apa yang menyebabkan otak dan hati ana berbeza pendapat nie, adalah bila ana jumpa ayat dalam surah al-Mulk nie:

Untuk makluman semua, ayat 19 dari surah al-Mulk ni boleh dikatakan sebagai ayat popular la dalam bidang aerospace nie. Kalau ayat 4 surah As-Saff menjadi dalil mengapa kita perlu berda'wah dalam berjemaah, ayat 19 surah al-Mulk ni bagi ana sendiri, menjadi dalil mengapa ana memilih untuk buat pengkhususan dalam aerospace nie. Ana nak mengkaji dengan mendalam lagi teknologi penerbangan yang ada hari ni dan teknologi penerbangan yang Allah ciptakan yang sememangnya apa yang ada hari nie, tak dapat menandingi apa yang Allah buat, iaitu burung.

Berbalik kepada ayat kat atas, kita boleh faham, burung terbang, dengan mengembangkan sayapnya dan mengatupkan sayapnya. Dan lebih penting kita kena faham, burung boleh terapung diudara tu pun, sebab Allah tahan dia supaya tak jatuh ke tanah. Ishh, kalau nak compare dengan apa yang ana belajar dalam kelas, macam langit dan bumi la perbezaannya tue.

Dalam kelas, ana diterangkan, sayap atau wing lah yang menyebabkan sesebuah kapal terbang boleh terbang. Adala konsep-konsepnya, Bernoulli la, aerofoil la dan macam-macam lagi. Dan kapal terbang nie, untuk terbang, ia perlukan halaju yang tinggi untuk menghasilkan daya angkat (lift) untuk mengangkat kapal terbang tu ke udara. Ni konsep yang umum yang diterima hari ni. Tapi dikalangan saintis dan jurutera aeroangkasa dan aeronautika, konsep ni sebenarnya boleh disanggah balik.

Cuba fikir, awan takda sayap pun boleh terbang, belon udara panas takda sayap pun boleh terbang, roket takda sayap pun terbang. So teori sayap dah agak goyah. Dalam kelas tadi pulak, Dr Mohamed Ali cakap, engin sebenarnya yang menyebabkan kapal terbang boleh terbang. Dia cakap, wing tu sendiri, kalau takda engin, tak boleh terbang. Logik jugak, bila ditanya tadi, ana jawab, "depends on the aircraft" sebab roket, dan sesetengah fighter aircraft macam Harrier, hanya guna engin trust untuk terapung dan terbang. Dan Dr jawab tadi, "Wing without engin, like a dummy". Kenapa? Sebab macam ana cakap kat atas, wing sendiri, untuk terbang memerlukan halaju tinggi untuk mewujudkan tekanan tinggi di bawah sayap untuk mengangkat badan kapal terbang tue.

Kat sini, ana makin seronok belajar dalam kelas tadi, sebab Dr macam sama pemikiran ngan ana, apa sebenarnya yang menyebabkan kapal terbang boleh terbang. Dan sekarang, wing dah boleh ditolak secara logiknya. Dari segi teori, untuk menyatakan asbab, mungkin kita boleh guna.

Apa yang ana boleh buat kesimpulan tadi, engin adalah punca utama sesebuah kapal terbang boleh terbang. Dan burung sekalipun, burung tetap menggunakan engin untuk terbang. Bezanya engin burung dan engin kapal terbang ialah, teknologi burung jauh lebih tinggi dari teknologi engin kapal terbang. Cuba bayangkan, seekor burung hanya perlukan seekor ikan untuk migrate sejauh 4000 km. Tapi engin kapal terbang, memerlukan beribu-ribu gallon kerosin untuk terbang sejauh tu. Dan lagi canggih, engin burung ni boleh mengekstrak tenaga dari ikan yang ia makan tu. Subhanallah...

Tengok pulak kat landing gear (roda kapal tebang dan kaki burung). Kaki burung, mendarat berapa kali pun, tak perlu ditukar, tak pernah haus dan siap boleh tankap ikan lagi. Tapi landing gear kapal terbang, rodanya setiap dua kali mendarat dah kena tukar. Silap-silap, masa nak mendarat, tekan button landing gear, tanak turun pulak. Terus terhempas.

Dari segi navigasi pulak. Burung tak perlukan radar pun. Tapi kapal terbang perlukan radar. Harini secanggih mana pun radar, ada jugak kes kapal terbang berlanggar, pastu bila hujan lebat, tak dapat landing dan berlepas. Tapi burung, ana tak pernah dengar tragedi burung berlanggar sesama sendiri, kes burung terhempas lagi la takda. Yang ada pun, bila manusia-manusia yang jahil duk tahan pukat nak jerat burung. Dan lagi canggih, sistem navigasi burung nie, langsung takda kesan radiasi yang boleh menyebabkan barah dan sebagainya. Nampak tak, betapa tingginya teknologi seekor burung, hasil ciptaan Allah. Subhanallah...

Sebagai kesimpulan untuk post ana kali ni, jom kita sama-sama memerhatikan ciptaan hebat Allah yang ada disekeliling kita sekarang nie. Dan apa-apa yang kita buat, pastikan kita sedar, kita selesa, selamat, adalah kerana jagaan Allah. Contohnya naik kapal terbang, bukan sayap yang menyebabkan kita terbang, bukan engin yang memastikan kita terapung tue, tapi Allah yang menahan kapal terbang tue dari jatuh. Yakinkah kita hari nie, kejadian kapal terbang terhempas yang duk jadi tue, adalah sebab kegagalan engin, hilang kawalan dan sebagainya? Mungkin hanya asbab untuk menjaga emosi manusia, tapi sebenarnya kita perlu yakin, kejadian tu adalah diatas kekuasaan Allah untuk memberi pengajaran kepada manusia. Sepertimana firman Allah:

Bila membaca ayat nie, jangan pulak kita menyalahkan Allah jika kita diuji dengan musibah. Allah tak zalim macam yang kita fikir. Tapi cuba semak balik, mengapa kita diuji dengan musibah tu. Ana agak terpegun bila tengok dokumentari-dokumentari fasal kejadian kapal terbang terhempas nie. Selama yang ana tengok, kebanyakan yang terhempas tu adalah penerbangan-penerbangan Eropah dan Amerika yang majoriti penumpang pesawat tu adalah bukan Islam. Tapi kan, sejak jemaah haji mula ke Mekah dengan pesawat, tak pernah pun dengar ada yang terhempas (setahu ana la). Kita perlu fikir balik kat sini, mengapa jadi macam tu. Even pesawat yang membawa jemaah umrah pun, jarang yang terhempas walaupun setiap tahun lebih dari 100 penerbangan yang dibuat. Bukan saja kejadian pesawat terhempas, untuk setiap musibah yang berlaku, kita perlu semak balik, apa kesalahan yang kita dah buat selama nie. Firman Allah...


Wallahua'lam...Mudah-mudahan diri hina yang cuba menyampaikan ni sendiri dapat mengambil sebanyak-banyak input yang berguna dari perkongsian kali ni. Moga Allah pelihara kita dari ujian yang kita tak mampu nak terima...Ameennn...

4 ulasan:

Nuh Zuleffendi berkata...

kagum giler...
dpt aplikasi apa yg nta blaja dgn islam...
skrng ni ni ana nak tgh pilih major...
nak cari dalil gak la mcm nta utk apply major...
hehe..

ABU IFFAH berkata...

Haaa cari dalil fasal telepon ke, electronik ke, baru amik commu:D

Zan Hassan berkata...

rahsia nak jadi macam Sani selalu bukak youtube pastuh tengok video kapal terbang

Nabilah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...