29 Ogos 2008

HOW THEY CAN FLY...

.
Posting kali ni adalah kesinambungan dari post yang sebelum ni berkaitan dengan prinsip penerbangan. Ana yakin ada yang akan cepat bosan dengan post kali ni sebab mungkin tak berkaitan dengan minat antum dan apa yang antum belajar sekarang. Tapi sebab ada yang berminat nak tau macam mana kapal terbang boleh terbang secara teknikalnya, ana postkan jugak sambil-sambil tu ana jugak boleh ulangkaji subjek Principle of Flight yang ana belajar sem ni.
.
Okeh, seperti yang ana bagitau sebelum ni, tanpa enjin dan sayap, secara teorinya kapal terbang tak mampu untuk terbang hanya dengan fuselage atau badannya saja. So apa sebenarnya hubungkait dan fungsi yang dimainkan oleh sayap dan enjin ni yer. InsyaAllah ana cuba terangkan dalam posting kali ni.
.
Kita akan ambil pesawat komersil sebagai contoh untuk kali ni sebab pesawat jenis ni yang kita biasa guna dan tengok kan? So dalam penerbangan komersil, pesawat tu akan deal dengan 4 jenis daya iaitu daya tujah (thrust), daya seretan (drag), daya julangan (lift) dan berat (weight) kapal terbang. Daya-daya ni pulak dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan mendatar dan kumpulan menegak. Thrust dan drag berada dalam kumpulan mendatar manakala lift dan weight berada dalam kumpulan menegak.
.

.

Untuk memahami bagaimana empat daya ni bekerja, kita ambil satu situasi pesawat komersil yang kita guna hari ini, contoh kat atas ialah Boeing 747.

Sebelum penerbangan, bila pesawat dah bersedia untuk terbang, pilot akan tingkatkan thrust enjin pesawat tu ke tujahan yang maksima untuk menggerakkan pesawat. Bila pesawat mula bergerak atas landasan, thrust dan drag akan memainkan peranan iaitu thrust akan memberi tujahan ke belakang yang akan menggerakkan pesawat ke hadapan dan drag akan memberi halangan kepada pergerakan itu bergantung kepada saiz pesawat tersebut. Sebab tu, enjin perlu dimaksimakan tujahannya untuk melawan drag ini.

Dalam masa ni jugak sebelum pesawat mula terapung, pilot akan turunkan flap, iaitu satu bahagian pada sayap untuk meningkatkan keluasan sayap pesawat. Pentingnya sayap yang luas adalah untuk memberikan lebih lift atau julangan kepada pesawat tersebut untuk melawan berat muatan dan badan pesawat tersebut. Kita akan mendengar flap ini diturunkan ketika kapal terbang ingin berlepas dan bagi yang duduk ditepi tingkap berdekatan sayap, antum boleh nampak flap ni diturunkan. Seandainya pilot lupa untuk menurunkan flap ni, besar kemungkinan pesawat akan terhempas atau melanggar block di hujung landasan kerana tidak cukup daya untuk mengangkat berat pesawat tersebut. Dan bila pesawat sudah berada di udara, flap akan kembali ditutup untuk mengurangkan drag yang dihasilkan oleh flap ini.

Dan bagaimana boleh terbang, ana dah ceritakan sedikit dalam post prinsip penerbangan sebelum nie. Prinsip yang digunakan adalah prinsip Bernoulli yang kalau nak diceritakan, panjang lagi jadinya. Yang kita kena faham, bila pesawat dah bergerak dengan laju, tekanan tinggi akan dihasilkan dibawah sayap dan tekanan rendah akan dihasilkan dibahagian atas pesawat. Hasilnya, tekanan tinggi tu akan mengangkat sayap dan badan pesawat ke udara. Sebab tu keluasan sayap ditambah dengan flap supaya daya yang lebih besar dihasilkan untuk menampung berat pesawat.

Basically, inilah yang berlaku ketika bagi penerbangan komersil. Dan tugas seorang pilot sebenarnya paling kritikal waktu berlepas ni dan jugak waktu mendarat. Bila kapal terbang dah terbang, pilot hanya setkan kawalan automatik kapal terbang untuk kekalkan ketinggian, kelajuan dan arah tuju pesawat tue. Bila dah dekat nak sampai airport tempat tujuan pesawat tue, baru pilot akan ambil alih kawalan dan lakukan pendaratan. Mudah kan kerja pilot... Tapi sebenarnya kerja yang mudah ni amat berisiko untuk dilakukan. Tersilap langkah sikit, terhempaslah pesawat tue. Dan bila terhempas nie, kalau pilot masih hidup, dialah yang akan dipersalahkan walaupun bukan salah dia yang menyebabkan pesawat tu terhempas.

Satu perkara lagi yang agak penting dalam sistem penerbangan nie, kapal terbang sememangnya dicipta untuk boleh meluncur walaupun tanpa kehadiran enjin. So kalau enjin mati atau rosak, pilot masih boleh kawal pesawat tu sampai mendarat. Jadi janganlah panik kalau enjin pesawat yang antum naik tu rosak. Selagi sayap depan dan belakang serta pengimbang menegaknya masih elok, insyaAllah pilot masih boleh mendaratkan pesawat tue. Setakat yang ana belajar, inilah serba sedikit, macam mana sesebuah pesawat boleh terbang. Statistik menunjukkan, kapal terbang merupakan pengangkutan yang paling selamat di dunia berbanding pangangkutan lain. Ini merupakan satu fakta yang benar, tapi perlu diingat, sekali kapal terbang terhempas, jumlah kematian tu lebih dari sepuluh kali jumlah kematian kemalangan lain. Tapi perlu diingat jugak, apa jenis pengangkutan pun yang kita guna, kalau dah ajal, jangankan naik kapal terbang, naik basikal pun boleh berlanggar kan. Hanya kepada Allah lah kita berserah:)

.

Wassalam...

.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bangun pagi tengok video kapal terbang...makan tengah hari tengok kapal terbang..tido malam pun tengok video kapal terbang...moga akhirnya dapatlah mencipta kapal terbang...

ABU IFFAH berkata...

Syukran akhi tanpa nama, doakan ana berjaya sebagai aircraft engineer satu hari nanti:)

Tanpa nama ni macam ANA kenal la:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...