06 Ogos 2008

DISANA KUTEMUI KETENANGAN…
.
.
Alhamdulillah, semalam, genap tiga kali ana diberi kelapangan oleh Allah SWT untuk bersama-sama dengan adik-adik di SBPI, mentasmi’ bacaan Al-Quran mereka. Sedar tak sedar, bila tiba hari Isnin ja, rasa tak sabar nak masuk ke hari Selasa sebab hari Selasa, malamnya ana akan ke SBPI untuk bersama adik-adik kat sana. Kenapa yer, rasa seronok sangat nak pi ke sana dan duduk dengar mereka baca Quran.
.
Honestly, bila bersama dengan adik-adik yang rata-rata tingkatan satu dan dua kat sana, rasa tenang ja hati dan segala penat dan letih ke kuliah dan aktiviti-aktiviti sampingan kat kampus macam hilang separuh. Walaupun ada yang baca tak lancar, ada yang terlanggar baris, yang panjang dia pendekkan, yang pendek pulak dia panjangkan, tapi hati ni tetap nak jugak bersama-sama dengan adik-adik kat sana. Benar kan janji Allah dalam Surah Ar-Ra’ad kat bawah ni:
.

Walaupun kita hanya dengar orang baca, tapi kita pun dapat ketenangan jugak dari ayat-ayat Allah tu. Dan lagi menenangkan hati tue, bila tengok adik-adik kat sana, dengan muka innocentnya, ada yang still macam budak skolah rendah lagi walaupun dah form 1, rasa lapang je dada ni. Tahniah adik-adik SBPI, antum memang anak-anak yang menurut kata.

Semalam actually agak busy dengan kelas dan aktiviti kat kampus, mulanya memang nak mintak sahabat ana gantikan ana ja malam ni sebab pukul 9 ada meeting pulak. Tapi ntah, otak ni memberi input, “takper, penat tu akan hilang bila dengar ayat-ayat Allah”. So pegi la jugak.

Alhamdulillah, memang ketenangan yang dicari ana jumpa jugak kat sana. Hampir-hampir jugak nak terpejam tadi bila dengar mereka baca Quran sebab agak mengantuk tadi. Tapi cepat-cepat teringat masa zaman kanak-kanak dulu, masa belajar ngaji kat Pak Lang Biasanya ana akan baca dulu satu muka, then bila Pak Lang datang, ana akan baca sekali lagi, if lancar baru boleh ubah. So satu malam ni, lepas dah abih baca satu muka, ana tengok Pak Lang, dia dah terlelap dah. Hehehe taktau la kut sedap ke kan, tapi memang Pak Lang lelap la, kesian Pak Lang, bersungguh-sungguh dia ngajar anak buah dia ni sampai boleh ngaji even penat ngajar kat sekolah pun tak hilang lagi. Syukran Pak Lang, moga Allah berikan ganjaran sebaiknya untuknya bagi setiap ayat Allah yang ana baca.

Ya Allah,
Kekalkanlah aku dalam ni’mat Islam dan Iman ini,
Yang Kau berikan sebelum aku melihat dunia lagi,
Gagalkanlah segala rancanganku yang boleh menjauhkan diriku dari diriMu, agama Islam ini dan Al-Quran yang kau utuskan melalui kekasihMu yang agung, Muhammad bin Abdullah SAW,
Matikanlah aku seandainya hidupku hanya akan menyebabkan aku jauh dari diriMu,
Jadikanlah hidupku bermanfa’at untuk Islam,
Dan kupohon padaMu Ya Allah, berilah aku ni’mat syaheed dijalanMu,


Ameeennn…..

5 ulasan:

solahuddin the warrior berkata...

hoho...
dah mula bwk adik2 kat SBPI?

tahniah! tahniah!

ABU IFFAH berkata...

Bukan bawak usrah la, gi dengar diorang baca jer, tegur skit2 mana yang silap:)

Zan Hassan berkata...

bukan ketenangan ada kat selatan tanah air ker :p

ABU IFFAH berkata...

Takla zan-hassan, ketenangan ada dimana-mana la...Bid'ah betul!!:)

zaini_jb berkata...

Salam,

Ana kalau ada apa-apa urusan dgn SBPI rasa mcm tak sabar-sabar aja nak p sana.Rasa seronok aja.=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...