08 Ogos 2008

KANAPA ANA MENULIS BLOG
.
.
Kira-kira satu jam lepas, sambil-sambil nak sangkut baju kat ampaian, ana terima satu sms yang kemudiannya menjadi dua dan tiga dan akhirnya empat yang semuanya ana balas. Hmm actually sms yang agak-agak terakhir agak berunsur provokasi dan alhamdulillah Allah bagi kemampuan untuk ana keluar dari medan perang dingin yang takda kesan lain selain dari renggangnya ukhwah antara umat Islam yang sekarang ni makin duk rengang tanpa usaha untuk merepatkan kembali jurang tu. Dan lepas baca balik semua sms ni tadi, teringat ana kat kata-kata seorang sahabat bila dia melawat blog ana dalam friendster dulu.
.
"Nta duk tulis blog tue, ada orang baca ke? Ana tengok takda orang comment pun"
.
Sekali dengar, memang boleh melemahkan semangat la jugak. Kutler nak support kita kan, at least bagi la cadangan untuk nak improvekan post dan apa yang ana nak kongsi dalam blog tue, tapi comment dan visitors jugak yang menjadi point utama.
.
Tapi apa-apapun, syukran sangat-sangat ana ucapkan (dalam hati) kat sahabat ana yang sorang nie, at least dia dah sedarkan ana, kenapa ana duk kongsi posting dalam blog dulu dan jugak sekarang nie.
.
So...Kenapa dan apa sebenarnya tujuan kita berblog atau berkongsi pendapat, life kita dalam blog yer? Adakah sebab nak tunjuk kat orang yang kita ni ada blog? Atau nak menunjuk kat orang yang kita ni ada ilmu yang tinggi? Atau nak bagitau kat orang life kita yang kita rasa best sangat? Bagi ana sendiri, lepas sahabat ana ni cakap macam tadi, ana cuba find out apa sebenarnya tujuan ana ada blog. Kadang-kadang ada sahabat yang agak "laser" ni baik jugak untuk kita muhasabah diri kita kan.
.
Hmm kenapa yer ana berblog? Actually kalau nak diikutkan ilmu, ana rasa ana tak layak untuk cakap bab-bab agama nie, nak cakap bab-bab tazkiyah nafs pun rasanya diri sendiri pun duk terbabas, hmm dah tak fakih dalam bidang-bidang ni, kenapa duk gatal tangan sangat post kat blog kan? Rasa ilmu banyak sangat dah ka sampai nak kongsi ngan orang nie? Bagi ana, bukan ketinggian ilmu yang membolehkan kita kongsi apa yang kita ada dengan orang lain. Ana suka nak kongsi satu kata-kata,
.
"Ada seposen, bagi seposen..."
.
Senang faham kan ayat kat atas, apa yang kita ada, kita kongsi dan bagi kat orang. Tak kira la ilmu kita sikit ka banyak, sampaikan ja. Apa tujuan kita sampaikan kat orang apa yang kita faham tu? Adakah semata-mata nak bagitau orang? Tak jugak sebab mungkin apa yang kita faham selama ni adalah tak betul. So bila orang yang lebih faham baca apa yang kita tulis, dia boleh betulkan kita balik. So bagi ana, tulis blog nie sebenarnya two way communication, bukan kita ja yang bagi, tapi kita jugak boleh dapat input dari orang yang baca kan.
.
Satu lagi, actually dengan tulis blog nie, kita sendiri boleh muhasabah diri kita balik instead of nak sampaikan kat orang. Contohnya harini ana cakap, jomla banyakkan solat sunat ba'diah dan qabliah. Then satu hari nie, bila malas-malas skit, liat ja nak solat sunat tue, kita akan teringat balik apa yang kita sarankan kat orang dalam blog kita. Secara automatik, kalau kita ni bukan seorang yang hipokrit, kita akan cuba jugak buat amalan yang kita malas tu. Kenapa, sebab kita duk sarankan kat orang, takkan kita sendiri tak buat. Mungkin ada yang pertikaikan balik, "eh kalau macam tue, dah tak ikhlas dahtu, buat semata-mata sebab "takkan kita tak buat" " kat atas ja kan. Ok fine, jom tengok surah As-Saff ayat 2:

Kalaula apa yang kita bincangkan kat atas tadi dikira tak ikhlas, takkan Allah nak turunkan ayat kat atas kan? Maknanya kata-kata kita tu sendiri boleh jadi pendorong untuk kita jadi rajin beribadah bila kita malas. So it is same to me, tujuan utama ana menulis blog ni pun sebenarnya nak apa yang ana cakap ni berkesan kat diri sendiri dulu sebelum orang lain mungkin boleh ambik apa-apa yang bermanfaat dari perkongsian dalam blog ni.

So bagi yang baru lagi dalam arena blog nie, termasuk ana, jomla kita sama-sama manfa'atkan teknologi blog nie. Sekurang-kurangnya sebagai medan untuk kita muhasabah diri kita balik. Dan bagi sahabat-sahabat yang ziarah ana dalam blog nie (camne la ziarah dalam blog, jemaah ruh kut:P), syukran atas nasihat-nasihat dan teguran yang ntum berikan, mudah-mudahan Allah berkati kita semua dan sentiasa pelihara kita dalam rahmatNya. Amennn...

.

Wallahua'lam...

2 ulasan:

Dini Syarif berkata...

Assalamualaikum wbt.

Sape yang menggelabah sangat tuh? Heh.

ABU IFFAH berkata...

Wa'alikumsalam...

Ada la sorang hamba Allah ni, takperla maybe dia tak faham macam kita faham:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...