20 Ogos 2008

HIGH RISK OF FAILURE STUFF, BUT SAFEST IN THE WORLD...

Complicatednyer...

.
Assalamu'alaikum...
.
Hmm actually sekarang tengah study subjek Principle of Flight, then sampai kat part nie, tengok gambar nie, teringat apa yang Dr. Ali Ja'afar cakap fasal engin nie. Cuba antum tengok, bagi yang taktau, inilah salah satu jenis enjin yang digunakan oleh Boeing, Airbus dan lain-lain pesawat komersil untuk menghasilkan tujahan. Kalau antum perasan, yang tersangkut kat sayap kapal terbang macam sarang tebuan tue, inilah apa yang ada didalamnya. Kita tengok dari luar, nampak sarang ja kan? Bila dibuka, nah, lebih dari 200 komponen digabung untuk menggerakkan sebuah kapal terbang.
.
Bila ana sebut "lebih dari 200 komponen digabungkan", apa antum boleh bayangkan dengan statement ana ni. Hmm dalam engineering, lagi banyak komponen dalam sesebuah enjin tue, lagi tinggi peratus kegagalan dia. Dan enjin kepal terbang nie, kalau dia gagal berfungsi masa terbang, innalillah, hanya Allah lah tempat bergantung. Dr Ali sempat jugak buat lawak masa kelas haritu, masa nak naik kapal terbang dengan family dia, dia pesan kat wife dan anak-anak dia, "Let's say La'ila haillah first!!". Heheh, nilah satu masalah orang belajar aerospace, dia faham dan tahu apa potensi kegagalan enjin nie, then bila masa nak guna, memang agak bimbang la.
.
Berbalik kepada kegagalan engin nie, so apa yang ana cuba nak sampaikan yer? Ana rasa sahabat ana yang baca artikel ni semua boleh teka dah apa yang ana nak sampaikan. Yes, bila kita terbang, kita sebenarnya 100% berngantung nasib kat Allah sebab macam ana cakap tadi, engin kapal terbang nie, walaupun hanya satu komponen rosak, let say bilah turbine dia tue pecah atau patah, memang mati la enjin tue. Lepas dah stop engin nie, memang nyawa kita di tangan Allah jerla.
.
Ana teringat cerita seorang Tan Sri nie, subhanallah, diceritakan kat ana, dia ni memang seorang yang sibuk, dia ni CEO sebuah syarikat telekomunikasi kat Malaysia. Tapi dia sempat hafal 30 juzu' Quran dalam masa duk sibuk tue. Pelik kan? Bila ditanya, masa bila dia duk menghafal nie. Jawapannya, dia hafal masa naik kapal terbang. Alhamdulillah, Allah anugerahkan rezeki untuk dia, kalau ada urusan kerja yang jauh, dia ada personal jet untuk ke sana. So katanya, bila naik kapal jet jer, dia takkan bukak sebarang benda yang berkaitan dengan kerja. Tapi dia bukak Quran dan hafal. Alasannya, bila dalam penerbangan tue, pergantungan dia hanya dengan Allah, obviously la. Maybe ada yang kata, naik kereta pun kita dengan Allah jugak. Tapi ana nak ceritakan kat sini, zahirnya kita akan lebih berserah 100% nasib hidup mati kita kat Allah bila naik kapal terbang. Alhamdulillah kita ada Muslim professional yang fikir mcam nie.
.
So pendek je kali nie, sebab nak sambung study balik, japgi ada meeting plak... Pengajarannya, sentiasalah ingatkan diri kita bahawasanya Allah lah tempat kita bergantung, tak kiralah naik kapal terbang ker, naik kereta ker, all the time kita sememangnya bergantung kepada Allah yang menentukan apa akan terjadi kat kita. Kadang-kadang kita nie, macam tak sedar status "hamba" kita nie, kita rasa kita tak perlu bergantung kat sapa-sapa bila kita senang. Betulker? Wallahua'lam, jom cuba check balik amalan kita. Sedih kadang-kadang bila tengok orang solat macam nak tanak jer, seolah-olah Allah nak sangat kita solat dan sujud kat Dia. Padahal kita ni yang memerlukan solat tu, Allah tak rugi pun. Astaghfirullah, Ya Allah ampunkan segala kelalaianku selama ini...Ameennn...
.
.
Wassalam....
.
.
FK: Maafla yer, since I'm taking aerospace, banyak contoh main kut kapal terbang jer:P

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...menarik sungguh artikel ini, cumanya mungkin boleh ditambah fakta-fakta nya...dari segi teorinya bgaimana sebenarnya kapal terbang boleh terbang...how engine function...ana amat berminat nak tahu..slalu x de peluang nak tanya...bila dah slalu naik turun kapal terbang...inkuiri timbul..tpi x da jwpn

ABU IFFAH berkata...

InsyaAllah ana cuba buat posting baru untuk terangkan hal ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...